Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CYP 1 - exulansis

━━━━ CINTA YANG PEKAK  ━━━━
Exulansis
╰┈┈┈┈┈┈┈ Rasa hendak berputus asa untuk luahkan pada seseorang sebab mereka tak akan dapat faham.

.


"TOLONG belikan air untuk akak kejap."

   Tiga keping duit seringgit dipandang penuh skeptikal oleh Habri. Hana menurunkan telefon dari mukanya apabila merasakan duit pada tangannya belum diambil. Pantas dia bangun dari sofa. "Tunggu apa lagi? Pergilah belikan air dekat kakak kejap."

  Habri mengendahkan rayuan kakaknya lalu berlalu ke dapur. "Akak kacaulah air sendiri."  Lagipun si kakaknya bukan buat apa pun. Selain menjadi pembekal barangan (dropship) secara atas talian, kakaknya itu hanya tahu menonton drama Korea dua puluh empat jam tanpa henti! Nasib bukan penganggur sangat!

    "Malaslah, adik nak keluar juga, kan? Tolonglah... tolonglah... tolonglah..." Hana mula mendesak adiknya. Apa gunanya ada orang dalam kalau tidak digunakan, fikirnya. "Ke Habri belum mandi lagi?"

  "Eh, saya dah mandilah." Habri menidakkan tuduhan si kakak. Dia melepasi ibunya untuk mengambil minuman sejuk di dalam peti.

  "Tak dengar bunyi air pun," ujar Hana. Nadanya seolah-olah hendak mencari gaduh sahaja.

  "Memanglah, akak dengar bunyi pelakon korea dekat tv je." Selamba Habri meneguk air sejuk itu tanpa menyedari dia telah menyimbah minyak pada bara api.

    "Meow?" Si kucing hitam menjenguk-jengukkan diri ke dalam situasi tegang itu. Ingatkan dapatlah dengar bunyi burung berkicauan, tetapi apa yang sampai ke telinga berbulunya hanyalah percakaran adik-beradik itu. Hrm... inilah nasib jadi kucing. Meow.

  "Sudah! Sudah! Nak gaduh dalam dapur ibu pula." Puan Fatihah menghentikan suara-suara sumbang itu serta-merta. Kini hanya tinggal bunyi cekodok yang diterbalikkannya di dalam minyak yang menggelegak panas. Terus dia palingkan wajahnya ke arah Habri. "Habri tak ada kelas kan hari ni? Boleh tolong ibu beli barang dapur, kejap?"

  "Boleh je, ibu. Beli apa?" Habri akur. Walhal dirinya tidaklah ingin keluar rumah mana, namun disebabkan permintaan ibunya, dia relakan diri untuk melakukan.

  Hana yang berehat di ruang tamu sudah berkerut-kerut dahi tidak puas hati. Oh, bila dia suruh, tidak mahu pula berganjak kaki. Dasar adik derhaka. Bermuka tembok!

  "Nah." Ibunya memberikan sekeping kertas kecil kepada Habri. Wah, sudah tulis awal-awal lagi rupanya. Siap dengan sekeping duit berjumlah 50 ringgit lagi! Baru sahaja Habri ingin mengambilnya. "Ah, satu lagi... jangan lupa beli gula kasar. Haritu awaknya pergi beli gula halus."

  "Hehehe... ah, ibu! Cekodok tu dah nak hangit!" Terkejut Puan Fatihah mendengar teriakan anaknya. Alamak! Laju dia menuju ke arah cekodok berserta mangkuknya. Sempat dipersalahkan anaknya dalam nada selorohan. "Ah, Habrilah ni!"

  Tidak berhenti sengihan daripada Habri. Dia tahu itu sekadar gurauan daripada ibunya, jadi dia tidaklah terlalu mengambil hati. Duit dan nota itu lantas dimuatkan ke dalam poket seraya kakinya melangkah ke luar dapur. Amboi, ada lagi masa dia pergi belai kucing perliharaan mereka! Tangannya lantas mengambil kunci yang tersangkut pada penyangkut kayu berbentuk rumah.

  "Hoi..." Hana menegur Habri yang baru sahaja hendak membuka pagar rumah.

  "Apa hoi, hoi? Saya ada namalah." Habri menjeling ke arah Hana Suka sangat mengacau dirinya. Matanya terarah pada duit yang dihulurkan kembali oleh Hana.

  "Belikan akak air."

  Jadi begitulah macam mana dia boleh sampai ke sini.

  Habri meneruskan perjalanannya ke kedai runcit. Meskipun jarak rumahnya dan kedai itu sejauh perjalanan bila dikejar anjing, dia lebih lera memilih untuk menaiki kaki berbanding memandu kereta. Kalau terserempak dengan anjing liar, boleh tahan mengucap sahajalah. Itulah, nama sahaja pelajar universiti, tetapi soal stereng dan tekan pedal minyak pun tidak reti.

    Telinga kanannya sekali-sekala menangkap bunyi-bunyi kereta dan lori berselisih di seberang jalan, juga bunyi burung berkicauan mencari rezeki mahupun pasangan.

  Sejak diisytiharkan PKPB atau Perintah Kawalan Pergerakan Berkawal, banyak kedai mula membuka kembali perniagaan mereka. Jalan yang dulu sunyi pun mula terisi dengan kenderaan-kenderaan yang perlahan-lahan kembali ke rutin biasa. Akan tetapi, ada beberapa gerai kecil yang mula menggulung tikar disebabkan kekurangan modal akibat bencana Covid-19 sebelum ini.

  Fikiran si Habri terhenti saat matanya tearah pada gerai kecil di tepi jalan yang sudah terbiar rupanya. Daun-daun pun sudah bertumbuh di roda khemah tersebut. Lambat-lambat Habri mengalih pandangannya lalu terus melintas jalan.

  "Tit!"

  Habri menjauhkan kepalanya dari penjarak suhu. Tidak habis-habis keluar '36.5' darjah celcius sejak dia pergi ke mana-mana. Memang suhunya tidak pernah berubah-ubah ke? Sempat Habri mengomel di dalam hati.

  Jem kacang dibeleknya. Hrm, kalau ikutkan, dia hendak pergi ke rumah sepupunya, Sina Yaya dan Alia, untuk membantu dalam mengurus stok penjualan tudung miliknya. Tetapi kedua  sepupunya itu sibuk pula. Ataupun tidak mustahil mereka sebenarnya tidak mahu bertemu dengannya? Ah, jangan merepeklah!

  "Tapi, dia orang sahaja nak kawan dengan orang menyedihkan macam aku..." gumam Habri, sendirian sementara tangannya sibuk mencapai-capai barang ditulis pada nota itu. Terlalu tenggelam dalam emosinya, sampai tidak sedar ada orang terdengar luahan sedihnya.

  "Eh, dia ni... sempat lagi berjiwang belakang aku." Wanita itu mengomel, perlahan. Terlihat tanda nama 'Raisha' yang dipinkan pada tudung. Telefonnya dibuka kembali, melihat mesej yang dihantar pada neneknya.

  "Ah, mana tempat pencuci baju ni?"

...

BEBERAPA JAM SEBELUM...

  Cahaya skrin komputer memenuhi wajahnya. Raisha membetulkan kedudukan kakinya yang dalam keadaan bersila, memastikan dia selesa untuk melanjutkan sesi terapinya.

  Doktor Insyirah mengoyakkan senyuman ke arah Raisha yang terkulat-kulat.  "Macam mana awak rasa sekarang, sayang?"

  "Saya... saya tak tahu. Bila setiap kali saya pandang tv atau tengok sosial media, saya rasa takut. Takut kalau berita tu muncul lagi dekat depan mata saya, dan saya tak boleh buat apa. Sampai terbawa-bawa dalam mimpi."

  "Ah, awak mesti takut dipandang hina oleh orang lain."

    "Macam mana tak takut? Contohnya bila saya buka je berita hari tu, dia orang langsung tak kisah. Malah, dia orang salahkan mangsa itu pula." Air mata mula memenuhi tubir matanya seiring dengan suaranya yang kian meninggi. "Dia orang kata mangsa tu tak pandai jaga batas, padahal sepupu dia yang buat macam tu dekat dia! Memang orang sekarang kejam macam tu ke? Kalau saya luah... entah-entah dia orang akan fikir saya emosional. Dan..."

  Dan kalau ibu bapanya masih hidup, entah-entah... adakah mereka berdua akan menyalahkannya juga?

  "Ia menyedihkan... bila penjahat sebenar tak kena macam tu, sebaliknya, mangsa yang kena."

  Si doktor itu mengiyakan. "Saya setuju. Betul-betul tak adil. Tetapi, nampaknya, awak macam mencari-cari berita macam tu sejak kebelakangan ni."

  "Saya..." Raisha bermain tangannya. Memang tidak dinafikan kata-kata pakar kaunselingnya itu. Tatkala semua sibuk mencari pencetus hormon dopamin bagi diri mereka, dia pula melayari perkara yang menakutkan dirinya.

   "Saya fikir saya dapat cari seseorang yang dapat faham apa yang saya alami, bukan bermaksud doktor tak membantu. Tetapi, saya harap, akan ada orang yang betul-betul faham apa yang saya rasa."

  "Ktang!" Sudu yang dipegangnya tidak semena-mena terjatuh dari jarinya. Entah mengapa perbualannya bersama pakar terapinya siang tadi masih terlekat kuat dalam kepalanya. Dia membawa air itu ke tempat Puan Sri Rabbiya merehatkan diri di hadapan televisyen.

  "Oh, Raisha?" Pantas Puan Sri Rabbiya menghentikan siaran drama itu. Pandangan ditumpukan sepenuhnya kepada satu-satunya cucu miliknya. "Macam mana dengan sesi terapi Raisha? Ke Raisha nak luah apa-apa ke dengan Tok mummy?"

  Doktor Insyirah lantas bersuara setelah mereka melakukan praktis pernafasan untuk menenangkan Raisha. "Rasanya kamu terlalu gunakan pendapat orang lain untuk kamu nilai diri kamu sendiri. Hinggakan setiap kata negatif dikeluarkan oleh mereka buatkan kamu fikir; 'ah, aku memang layak kena macam tu'. Perbuatan itu berterusan hingga kamu tak kenal lagi siapa diri kamu."

  "Jadi, perkara pertama kamu kena buat ialah kenal diri kamu sendiri terlebih dahulu."

  Raisha terdiam seketika. "Tapi, macam mana saya nak kenal diri sendiri?"

  "Ramai fikir cara mengenal diri mereka yang sebenar ialah dengan bertanya pada orang lain, tetapi mereka perlu lebih jelas lagi." Doktor itu menegakkan tubuhnya sebelum mengujarkan kata lagi. "Mungkin orang lain fikir ulat bulu itu hodoh dan jijik, tetapi ulat bulu itulah yang akan membesar menjadi rama-rama nanti. Awak boleh tanya diri sendiri; 'betul ke aku dah kenal diri aku?'"
 
   "'Atau aku sekadar sentuh kaki gajah dalam gelap dan sangkakan ianya hanyalah sebatang pokok?'"

  "Jadi, macam mana saya nak buat?" Raisha bertanya lagi.

  "Dengan lihat semuanya dalam pelbagai aspek, dan perbanyakkan lakukan perkara yang selesakan kamu." Soalan Raisha dijawab Doktor Insyirah berserta senyuman yang tidak hilang dari wajahnya.

  "Dan kalau ada perkara yang teringatkan kamu fasal hari tu, kamu boleh catat di dalam nota dan ingat kata-kata semangat dan zikir yang saya ajarkan hari tu."

  Raisha memegang tangan Puan Sri Rabbiya yang menyentuh bahunya. "Jangan risaulah, tok mummy. Raisha okey je. Nanti Raisha tengok pokok-pokok segar sambil nak pergi butik nanti, Raisha okeylah."

  Puan Sri Rabbiya mengetap bibirnya, entah mengapa hatinya mengetahui bahawa setiap kata itu cumalah ingin menyedapkan hati tuanya. Lambat-laun tangannya melepaskan pegangan pada bahu Raisha. "Okeylah kalau macam tu. Tapi Raisha kena tahu, Allah dan tok mummy akan selalu ada dengan Raisha."

  Raisha menjatuhkan kepalanya.

  "Raisha nak keluar ni. Tok mummy nak apa-apa ke?

 













🎧

Haih, watak aku pergi terapi. Aku pergi stresskan diri. Penatlah 😔

Macam mana bab ni? Ke bosan dah? 💀

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro