CINTA TERLARANG 66
"Hey!... who the hell are you??!!!...", soal fariz dengan marah. Ketika itu puan sri mia sudah bersembunyi di belakangnya. soalan fariz tidak di jawap. Lelaki itu terus mara ke hadapan lalu di tikamnya fariz tapi pemuda itu sempat mengelak. Puan sri mia segera berundur ke belakang. Fariz memasang kuda kudanya. Walaupun dia sudah lama tidak menggunakan kemahirannya dalam bersilat namun dia akan cuba lakukan yang terbaik demi mempertahankan dirinya. Dia masih ingat lagi beberapa jurus silat gayung yang di ajar oleh arwah ayahnya ketika dia masih kecil. Itu pun di ajar sebelum ayahnya menjadi penagih dadah yang tegar. Setelah ayahnya jadi penagih dadah dia tidak lagi mengajarnya ilmu persilatan itu. Namun ada juga beberapa jurus yang dia masih ingat sehingga ke hari ini.
Pada masa inilah dia menggunakan ilmu silat gayung yang di ajar oleh ayahnya. Matanya di tumpukan ke arah pihak lawan. Dia kini bersiap menghadapi pihak lawan. Lelaki tersebut terus menerkam ke arahnya. Dengan sepantas kilat dia mengelak lalu memukul belakang lelaki tersebut dengan tangannya. Lelaki itu jatuh di atas lantai. Lelaki tersebut bangun semula. Dia mula menyerang fariz dengan pisau terhunus di tangan tapi fariz segera menyentak tangan lelaki tersebut dengan tangannya sehingga pisau di tangan lelaki itu terjatuh di atas lantai. Mereka mula bergelut di situ. Puan sri mia yang hanya memerhatikan mereka dari tadi terus mengambil pisau yang tergeletak di atas lantai tidak jauh dari situ. lantas di tikamnya bahu kiri lelaki tersebut dengan pisau di tangannya. Darah merah mengalir keluar dari atas bahu kiri lelaki tersebut.
"Ouuwhhh...", kedengaran lelaki itu menjerit kesakitan. Fariz segera menolak tubuh lelaki tersebut ke atas lantai lalu di sepak terajangnya tubuh lelaki itu secara bertalu talu. Lelaki tersebut menjerit kesakitan. Dia terbaring di atas lantai dalam keadaan yang kesakitan. fariz masih juga menyepak tubuh lelaki itu dengan sekuat hatinya. "Cukuplah tu riz... mari kita lari dari sini...", puan sri mia bersuara sambil menarik tangan pemuda tersebut supaya lari tinggalkan tempat itu. Dalam pada itu sempat juga puan sri mia membawa lari beg tangan dan beg pakaiannya dan juga beg sandang milik fariz. Mereka hanya sempat membawa sebahagian kecil pakaian mereka yang masih tertinggal di dalam beg. Yang tidak sempat di bawa di tinggalkan begitu saja. Mereka berlari keluar dari situ dengan perasaan yang bercelaru.
Dengan pantas mereka masuk ke dalam kereta sebaik saja mereka sampai di parking lot yang sunyi sepi itu. Fariz segera mengeluarkan anak kunci kereta dari dalam kocek seluarnya. Ketika mereka berada di dalam kereta kelihatan lelaki yang bertopeng hitam itu muncul di kawasan parking lot tersebut. Dia melangkah dengan bahu kiri yang berdarah. Pisau yang terpacak di bahu kirinya sudah tidak ada lagi di situ. Mungkin dia sudah mencabut pisau tersebut dengan tangannya sendiri. Terkejut betul mereka sebaik saja mereka melihat lelaki bertopeng hitam itu berada di parking lot tersebut. Dia melangkah menuju ke arah mereka. "Cepat pasang enjin kereta ni, riz... lelaki tu datang ke sini!...", jerit puan sri mia dengan cemas sekali. Dengan sepantas kilat fariz menghidupkan enjin kereta itu. Dia terus menekan clutch, masukkan gear dan tekan pedal minyak kereta dengan sepantas kilat. Bagaikan pelesit kereta itu terus meluncur laju dari situ.
"What was that all about?... kenapa ada seorang lelaki bertopeng hitam datang ke bilik hotel kita dan berusaha membunuh kita?"
"Saya tak tahu riz... Mungkin..."
"Mungkin apa mia?"
"Mungkin lelaki tu lelaki psycho. Tak pun serial killer... Maklumlah ini kan kota besar... tentulah banyak psychopath berkeliaran di kota besar macam ni..."
"Tapi dalam banyak banyak manusia yang hidup di kota besar ni takkanlah kita saja yang jadi mangsa lelaki bertopeng hitam tu... thats really weird, you know..."
"Entahlah riz... saya pun tak tahu kenapa lelaki jahat tu nak bunuh ki..."
Belum pun sempat puan sri mia menghabiskan perkataannya tiba tiba, "geeeduuummm!!!!...", kedengaran belakang kereta mereka di langgar dari belakang.
"Oh... shiiiittt!... lelaki tu kejar kitalah... dia langgar belakang kereta kita!...", fariz bersuara dengan nada suara yang terkejut. Kelihatan sebuah kereta jenis lancer berwarna hitam berada dekat di belakang kereta mereka. Kereta itu terus melanggar belakang kereta mereka dengan kuat sekali. Fariz terpaksa menekan pedal minyak keretanya dengan sekuat hatinya. Kereta tersebut terus meluncur laju ke hadapan. Maka terjadilah adegan kejar mengejar di situ. Fariz terpaksa memandu kereta tersebut dengan laju sekali. Puan sri mia duduk di tempat duduknya dengan perasaan yang takut. "Saya minta maaf mia... saya terpaksa memandu kereta dengan laju... awak pun tahu lelaki jahat tu kejar kita dari belakang...", kata fariz pada wanita yang berpeluh menahan ketakutan di dalam dadanya. "Never mind... you just go on...", balas puan sri mia dalam nada suara yang tertahan tahan. Dalam keadaan yang mencemaskan itu puan sri mia mengerang kesakitan.
"Kenapa mia?", soal fariz ingin tahu. "Kepala saya terasa sakit lagi...", balas puan sri mia dalam kesakitan. "Mia, awak cuba tutup mata awak, okay... awak cuba bertahan, ya...", kata fariz dalam nada suara yang cemas. "Ya... saya akan cuba bertahan riz... saya akan cuba bertahan...", tutur puan sri mia dalam kepayahan. Fariz terpaksa memandu sambil memotong di celah celah kereta yang lalu lalang di situ. Wanita inggeris yang menyeberang lebuhraya itu pun hampir saja di langgarnya. Nasib baik dia sempat mengelak kalau tidak tak tahu lagilah. Kereta lain berhenti di hadapan traffic light yang berwarna merah tapi dia pula tidak berhenti. dia terus saja memandu keretanya dengan laju sekali. Nasib baik dia sempat melintas laju di atas lebuhraya tersebut dengan selamat kalau tidak tak tahu lagilah. Beberapa pemandu kereta di situ membunyikan hon kereta padanya tapi dia buat buat tak tahu saja. Dia terus memandu lebih laju lagi.
Setelah dia memandu kereta dengan laju selama beberapa minit akhirnya dia berjaya lari jauh dari kereta lancer berwarna hitam itu. Kereta tersebut tidak lagi kelihatan di belakang keretanya. Mungkin ianya sudah ketinggalan di belakang. Mungkin juga ia masih berada di depan traffic light yang berwarna merah sebentar tadi ataupun mungkin lelaki jahat itu putus asa dan tidak mahu mengejarnya lagi. Fariz segera memberhentikan keretanya di belakang bangunan kedai lama yang terbiar di pinggir kota besar itu. Dia lihat puan sri mia menyeringai kesakitan di tempat duduknya. "Mia, are you okay?", soal fariz ingin tahu. Puan sri mia tidak segera menjawap. Dia memegang kepalanya yang terasa sakit. "Mana kereta tadi tu?", soal puan sri mia sambil menahan kesakitan di kepalanya. "Kereta tu dah ketinggalan di belakang. Dia tak tahu kita bersembunyi di belakang bangunan lama ni... anyway, are you okay mia?.... do you want to go to the clinic?... saya boleh hantar awak ke sana...", kata fariz penuh prihatin.
"Tak payahlah, riz... just give me the pain killer pills...", puan sri mia bersuara dalam kepayahan. Fariz segera menarik beg tangan wanita itu dari back seat kereta tersebut. Dia mengambil botol kecil berisi pain killer pills itu. Dia memberikan dua biji pills beserta sebotol air mineral pada wanita tersebut. Puan sri mia segera memakan pills itu. "Mia, kenapa awak selalu sakit kepala ni?... apa penyakit awak ni?", soal fariz ingin tahu. Dia memandang wajah wanita tersebut. "Sekarang bukan masanya untuk mempersoalkan tentang penyakit saya... sekarang ialah masa untuk kita pergi dari sini...", kata puan sri mia dengan pantas. Sakit kepalanya kini berkurangan sedikit. "Kita nak pergi ke mana mia?... kalau kita balik semula ke hotel tu sudah tentu lelaki jahat tu akan kembali mengganggu kita di sana...", kata fariz dengan wajah yang serius.
"Saya bukannya nak kita pergi ke sana... saya nak kita pergi ke rumah kawan lama saya, salina khairul... dia ada bagi alamat rumahnya pada saya tadi...", kata puan sri mia perlahan lahan. "Ya tak ya juga kan... mana kad alamat rumahnya?", soal fariz ingin tahu. Puan sri mia segera menarik keluar kad alamat rumah rakannya itu dari dalam beg tangannya. Dia menyerahkan kad tersebut pada fariz. Pemuda itu segera menelitikan alamat rumah yang tertera di atas kad tersebut. Enjin kereta di hidupkan. Dia mula memandu keretanya keluar dari belakang bangunan lama itu. Kereta tersebut kembali meluncur di atas lebuhraya yang sibuk. Kali ini dia memandu keretanya ke perumahan elit di Averill height....
*** *** ***
"Hello..."
"Hello... macamana?... awak dah bunuh 2 orang manusia yang tak berguna tu tak?"
"Belum lagi tan sri..."
"Kenapa belum lagi?"
"Tadi saya sempat masuk ke dalam bilik hotel mereka. Saya cuba bunuh mereka tapi tak sangka pula pemuda yang bersama dengan isteri tan sri tu pandai bersilat. Saya hampir saja tewas di tangannya. Saya cuba melawannya tapi isteri tan sri menikam bahu kiri saya dengan pisau. Nasib baik luka di bahu saya tidak dalam. Kalau dalam mungkin saya sudah mati sekarang..."
"Itulah... lain kali kalau awak buat kerja tu awas awas sikit. Jangan buat kerja tergopoh gapah. Tengok... apa jadi? Awak hampir saja tewas di tangan mereka. Mereka di mana sekarang?"
"Saya tak tahu lagi tan sri... saya cuba mengejar kereta mereka tadi tapi kereta mereka di pandu dengan laju. Saya tidak dapat mengejar kereta mereka sebab saya terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas. In other words, I just lost track of them a few minutes ago. Apa apa pun tan sri jangan bimbang, saya berjanji akan cuba mengesan mereka dalam beberapa hari ni..."
"Jangan lama sangat tau... saya nak mereka cepat mampus..."
"Baiklah tan sri... lain kali saya akan buat kerja saya dengan penuh teliti..."
"Yeah... whatever...",
"Bye..."
"Bye..."
Tan sri rizal segera mematikan talian handphonenya. Sakit juga hatinya bila dia memikirkan isterinya masih hidup dengan kekasih gelapnya itu. Dia berharap semoga mereka cepat mampus. Namun harapannya masih belum tercapai lagi. Lamunannya terhenti sebaik saja dia melihat anak gadisnya shasha berjalan masuk ke dalam ruang tamu itu dengan wajah yang sedih sekali. "Shasha... kenapa awak nampak sedih ni?", soal tan sri rizal ingin tahu. "Nothing daddy... I just felt tired...", dalih shasha lalu duduk di sebelah daddynya. "Bohong... daddy tahu awak sedang bersedih. Riak wajah awak sudah cukup menggambarkan perasaan awak yang sebenarnya...", kata tan sri rizal dengan wajah yang serius. "Sebenarnya saya sedih memikirkan fariz...", mahu tidak mahu shasha pun terpaksa berterus terang.
"Kenapa pula dengan tunang awak tu?", soal tan sri rizal ingin tahu. "Dia dah lama tidak datang ke tempat kerja. Saya tak tahu ke mana dia menghilangkan diri...", balas shasha dengan sedih. "Oh... mungkin dia dah balik ke kampung halamannya kot...", teka tan sri rizal. "Entahlah... kalau dia balik ke kampung pun dia akan bagi tahu saya tapi kenapa sekarang dia tidak bagitahu saya apa apa?... saya call dan sms dia pun dia tidak jawap. Dia terus senyap aje...", shasha menyuarakan rasa hairannya. "Mungkin dia busy kot. Tu yang buat dia tak sempat jawap call dan sms awak tu...", balas tan sri rizal pula. "Mungkin juga... tapi yang peliknya tu fariz menghilangkan diri sebaik saja mummy pergi melancong di luar negara... thats really weird, daddy...", kata shasha perlahan lahan. Tan sri rizal terdiam sebaik saja dia mendengar perkataan anak gadisnya itu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro