Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CINTA TERLARANG 62

Malam itu seperti yang di janjikan fariz keluar dengan shasha ke restoran McDonald's. Di sana mereka makan sambil berbual bual. Shashalah orang yang paling banyak bercakap di antara mereka berdua. Fariz hanya bercakap apabila dia di tanya saja. Kalau tidak di tanya dia akan berdiam diri. Tubuhnya saja berada di situ tapi fikirannya menerawang jauh. Dia teringatkan perkataan yang di ucapkan oleh puan sri mia padanya. "... kalau awak tidak ikut saya ke kota landon mungkin awak tak akan dapat berjumpa dengan saya selepas ini...", dia mula berfikir, apakah maksud di sebalik perkataannya tu?... apakah dia mempunyai rancangan lain di sebalik semua nya ni?... teringin juga dia nak tanya perkara tersebut pada puan sri mia tapi dia tidak berkesempatan berbuat demikian kerana dia terlalu sibuk sejak kebelakangan ini. Begitu juga dengan puan sri mia. Jadi amat sukar untuk dia mengajak wanita itu berbicara secara bersemuka dengannya.

"Riz... awak dengar tak apa yang saya cakapkan ni?", soal shasha di sebelahnya. "Oh... er... apa yang awak cakap tadi?... saya tak dengarlah...", fariz bersuara sebaik saja dia tersedar dari lamunannya. "Apa yang awak lamunkan tu sehinggakan awak tak dengar apa yang saya cakapkan ni?", soal shasha sedikit marah. "Maaflah... saya tak sengaja...", balas fariz perlahan lahan. "Fariz... kenapa awak selalu mengelamun bila saya bercakap dengan awak?... kenapa awak langsung tak beri perhatian awak pada saya?", soal shasha mula merasa bengang. "Kenapa awak marah marah ni?... Saya dah minta maaf pada awak tadi kan?...", giliran fariz pula bersuara. Shasha terus terdiam di tempat duduknya. Mereka kembali makan bersama sama tapi kali ini shasha hanya diam membisu. Mungkin dia merasa marah kerana fariz tidak mendengar perkataannya sebentar tadi. Setelah makan mereka melangkah keluar meninggalkan restoran tersebut.

Shasha menghantarkan fariz pulang ke apartmentnya. "Maafkan saya kerana saya selalu marah pada awak... saya memang macam ni...", ucap shasha setelah mereka sampai di hadapan bangunan apartment yang tersergam indah itu. "Its okay... saya cuma tak suka awak marah pada saya di depan khalayak orang ramai. Itu saja...", balas fariz perlahan lahan. Shasha terdiam di tempat duduknya. Fariz melangkah keluar dari dalam kereta tersebut. "Riz... boleh tak saya ikut awak balik ke apartment awak tu?", soal shasha perlahan lahan. "Kalau awak nak ikut saya, marilah...", pelawa fariz. Shasha terus melangkah keluar dari dalam keretanya. Mereka mula mengorak langkah meninggalkan parking lot yang sunyi sepi itu.

Tidak lama kemudian mereka pun sampai di hadapan apartment milik fariz. Perlahan lahan fariz membuka pintu apartment itu. Kemudian mereka melangkah masuk ke dalam apartment tersebut. "Awak duduklah dulu. Biar saya ambilkan air untuk awak...", fariz bersuara sambil melangkah ke ruang dapur. Shasha duduk di atas kerusi sofa yang ada di situ. Dia lihat apartment tersebut begitu kemas dan bersih sekali. Dia tidak menyangka yang fariz seorang lelaki yang mementingkan kebersihan dan rajin berkemas. "Nah... ini air untuk awak...", fariz menyerahkan segelas air oren pada gadis tersebut. Shasha mengambil gelas berisi air oren itu. Fariz duduk di sebelah gadis tersebut. Perlahan lahan Shasha minum air oren di dalam gelasnya. "Sha... betul ke awak cintakan saya?", soal fariz setelah dia lama berdiam diri. "Ya... saya cintakan awak... kenapa awak tanya soalan macam tu?", shasha mengalihkan pandangannya ke arah pemuda tersebut.

"Saya cuma nak pastikan perasaan sebenar awak terhadap saya... kadangkala ada manusia yang tidak dapat membezakan antara perasaan suka dengan perasaan cinta. perasaan suka pun di salah ertikan dengan perasaan cinta... contohnya awak sukakan seseorang tu tapi perasaan suka tu di salah ertikan dengan perasaan cinta. So, ada kesilapan sedikit kat situ...", fariz cuba menerangkan pendapatnya. "Jadi awak fikir saya tak dapat membezakan perasaan suka dengan perasaan cinta, begitu?", soal shasha. "Ya... begitulah", balas fariz. "Sebenarnya saya tahu bagaimana nak membezakan perasaan suka dengan perasaan cinta. Bukan saja saya sukakan awak. Malah saya sangat sayang dan cintakan awak... if I say I love you, thats mean I really love you... jika awak tidak percaya dengan perkataan saya ni biar saya buktikannya pada awak yang saya benar benar cintakan awak...", tanpa di duga oleh fariz, shasha terus saja mengucup bibirnya. Terkejut betul fariz di buatnya. Tak sempat pula dia mengelak. Dia bertambah terkejut sebaik saja dia melihat gadis itu mengucup bibirnya sambil membuka butang baju blouse putih yang di pakainya. Kelihatan buah dada shasha yang cantik menggunung terdedah di depan matanya. "Gila!... dia sengaja nak menggoda aku ke?... ini tak boleh jadi ni...", bisik hati kecil fariz tak keruan. Cepat cepat dia menolak tubuh shasha. Dia bangun lalu berdiri membelakangi gadis itu.

"Taut kembali butang baju awak tu, shasha...", perintah fariz dengan suara yang bergetar. Dia cuba melawan rasa 'horny' di dalam dirinya dengan berdiri membelakangi gadis tersebut. "kenapa awak marah marah ni?... saya hanya nak buktikan pada awak yang saya cintakan awak...", kata shasha perlahan lahan. dia kembali membutangkan baju blouse putihnya. "tak payahlah awak buktikan cinta awak dengan cara begitu...", balas fariz. kali ini dia berdiri menghadap ke arah gadis tersebut. "jadi macamana caranya saya nak buktikan yang saya cintakan awak?", soal shasha. "awak tak perlu buktikan apa apa pada saya... saya cuma minta awak 'lepaskan' saya dari hidup awak...", ucap fariz perlahan lahan. "maksud awak?", soal shasha. pura pura tidak faham pula. "maksud saya, saya nak awak batalkan pertunangan kita sebab saya tak cintakan awak...", akhirnya fariz berjaya meluahkan isi hatinya. "apa?... awak nak saya batalkan pertunangan kita?", soal shasha. "ya...", balas fariz sepatah. "tidak fariz!... tidak!... walau apa pun yang terjadi saya tidak akan batalkan pertunangan kita sebab saya cintakan awak...", balas shasha sambil menggeleng gelengkan kepalanya. "tapi sha saya tidak cintakan awak macamana kita hendak mendirikan rumahtangga jikalau saya tidak dapat membalas cinta awak?", soal fariz sedikit bengang.

"saya tidak peduli... yang penting awak menikah dengan saya. soal cinta tu belakang kira... lambat laun awak akan jatuh cinta pada saya juga...", kata shasha. "tak boleh macam tu sha... awak tak boleh memaksa saya untuk menikah dengan awak... itu hanya akan memburukkan keadaan...", kata fariz dengan pantas. "baiklah... cuba awak nyatakan sebab kenapa saya tidak boleh memaksa awak untuk menikah dengan saya...", shasha bersuara menahan kemarahan di dalam dadanya. "sebabnya saya tidak cintakan awak. saya cintakan perempuan lain...", balas fariz dengan jujur.
"apa keistimewaan perempuan tu sehinggakan awak mencintainya lebih daripada saya?", soal shasha cukup terkilan. "dia baik hati, lemah lembut, penyabar, murah hati, tidak gedik, tidak cerewet dan dia juga matang orangnya. semua keistimewaan itu tidak ada pada diri awak...", kata fariz berterus terang. "so what?...", soal shasha sambil memandang wajah fariz. "so, saya nak awak batalkan saja pertunangan kita tu...", balas fariz. "tidak fariz... tidak!... saya tidak akan melepaskan awak begitu saja... awak akan jadi milik saya buat selama lamanya...", shasha bersuara dengan tegas. setelah dia berkata begitu dia pun terus melangkah pergi dari situ. fariz menggetapkan giginya. geram betul dia bila dia melihat shasha berjalan meninggalkannya sebelum dia sempat bersuara. "damn it!!!!...", bentaknya dalam kegeraman.

*** *** ***

hari jumaat itu merupakan hari cuti umum. fariz balik ke kampungnya untuk bertemu dengan emak dan adik adiknya yang tersayang. kepulangannya di sambut dengan gembira oleh emak dan adik adiknya. ketika mereka berbual bual mak tijah terpandang akan cincin emas yang tersemat kemas di jari manis anak lelakinya itu. setelah puas di tanya akhirnya fariz pun memberitahu padanya yang dia sudah bertunang dengan anak gadis majikannya. mak tijah terkejut sebaik saja dia mendengar berita tersebut. maklumlah selama ini fariz belum pernah memberitahu dia tentang perkara itu sebelum ini. sekali anak lelakinya balik ke kampung dia sudah pun bertunang. bertunang dengan anak orang kaya pula tu.

pada mulanya mak tijah merasa sungguh marah apabila dia mendapat tahu yang anak lelakinya sudah bertunang tapi setelah fariz menerangkan yang mereka di tunangkan secara mendadak, dia pun diam selepas itu. fariz meminta maaf pada emaknya kerana tidak memberitahunya tentang pertunangan mereka. mak tijah memaafkan kesalahan anaknya. dia hanya berpesan pada fariz supaya dia menjaga hubungan dengan tunangnya tapi fariz tidak mendengar perkataannya. fikirannya kembali menerawang jauh, memikirkan rancangan puan sri mia yang ingin membawanya ke kota landon, euro hujung minggu itu. keesokan harinya Fariz kembali semula ke bandar mega dengan fikiran yang masih bercelaru...

*** *** ***

malam itu kelihatan puan sri mia sedang sibuk packing semua barang barangnya ke dalam beg pakaiannya. dia lihat suaminya sedang sibuk dengan pekerjaannya. dia masih menyelak files di tangan walaupun puan sri mia berdiri di sebelahnya. sedikit pun dia tidak menghiraukan puan sri mia yang sedang sibuk packing barang di dalam begnya. dalam diam puan sri mia merasa sedih apabila dia memikirkan suaminya yang lebih mengutamakan pekerjaan daripada dirinya sendiri. setelah berkemas puan sri mia berbaring di atas katilnya. dia menaip sesuatu di dalam handphonenya. dia ingin mengirimkan sms pada fariz...

pada waktu yang sama kelihatan fariz sedang duduk di atas katilnya. dia merenung tiket penerbangan yang di berikan oleh puan sri mia padanya tempohari. esok merupakan hari ahad dan esok juga merupakan hari yang di tentukan oleh puan sri mia untuk mereka bertolak ke kota landon bersama sama. lamunannya terhenti sebaik saja dia terdengar handphonenya berbunyi 3 kali 'beep'. dia tahu ada mesej baru untuknya. dia pun mengambil handphonenya. "hai sayang, awak dah packing semua barang barang awak tak?... kita kena bertolak awal pagi esok. sebelum pukul 8 pagi awak harus sampai di airport. saya tunggu awak di sana, ya...", begitu kata mesej yang di hantar oleh puan sri mia padanya. fariz hanya duduk diam ketika dia membaca sms tersebut. dia tidak segera menjawap sms itu. matanya kembali merenung tiket penerbangan yang tergeletak di atas meja tidak jauh dari situ.

puan sri mia menunggu jawapan sms dari fariz namun tiada jawapan dari pemuda tersebut. dia cuba menelefon fariz tapi tiada orang yang menjawap panggilannya. dia tidak tahu kenapa fariz tidak menjawap sms dan panggilannya. "mungkinkah dia sudah tertidur?", bisik hati kecilnya tak keruan. setelah dia puas menunggu panggilan dan sms dari pemuda tersebut dia pun tertidur lena di atas katilnya.

fariz sengaja tidak menjawap sms dan panggilan dari puan sri mia kerana otaknya sedang ligat memikirkan rancangan wanita tersebut yang ingin membawanya pergi ke kota landon. sebenarnya dia tidak tahu apakah dia perlu pergi ke kota landon dengan puan sri mia atau pun tidak?... sebenarnya dia takut jikalau suami puan sri mia tahu yang dia pergi melancong dengan isterinya. sudah tentu haru biru jadinya.

*** *** ***

pagi ahad yang indah. puan sri mia bangun lebih awal dari yang biasa. sempat juga dia menulis surat untuk suaminya dan juga 2 orang anaknya. perlahan lahan dia mencium pipi suaminya sebelum dia meletakkan surat di tangannya ke atas dada lelaki tersebut. setelah berbuat demikian dia pergi ke bilik anak perempuannya shasha. dia mencium dahi anak gadisnya. kemudian dia meletakkan surat di tangan kiri shasha. selepas itu dia melangkah menuju ke bilik tidur haikal pula. dia mencium dahi haikal sebaik saja dia sampai dekat dengan anak lelakinya itu. perlahan lahan dia meletakkan surat di tangannya ke atas tangan pemuda tersebut. setelah selesai semuanya dia pun melangkah pergi dari situ.

*** *** ***

fariz masih duduk di atas katilnya. semalaman dia tidak tidur memikirkan apa yang harus dia lakukan. jam di dinding tepat menunjukkan pukul 6 pagi. sesekali matanya merenung tiket penerbangan di atas meja tidak jauh dari situ. fikirannya semakin bercelaru....

pada ketika itu kelihatan puan sri mia sedang menunggu fariz di ruang legar yang sibuk itu. dia menunggu dengan penuh sabar. tunggu punya tunggu bayang kelibat fariz pun tidak kelihatan. dia menelefon dan menghantar sms pada pemuda tersebut tapi masih juga tidak ada jawapan. puan sri mia mengeluh sendirian. mungkinkah fariz masih merasa marah padanya kerana dia telah melukai hati pemuda tersebut?... entahlah... yang pastinya fariz tidak akan mengikuti dia ke kota landon setelah apa yang dia lakukannya terhadap pemuda itu...

"fariz... kenapa kau tidak muncul muncul lagi ni?... tolonglah datang ke sini secepat mungkin... kapalterbang dah nak berlepas dah ni...", bisik hati kecilnya tak keruan. dia melihat papan berlepas di atas dinding tidak jauh dari situ. sebentar lagi kapalterbang ke kota landon akan berlepas dari airport wonderfly tapi bayang kelibat fariz masih belum kelihatan. puan sri mia kembali mengeluh sendirian. mungkinkah fariz begitu marah padanya sehinggakan dia tidak mahu mengikutinya ke kota landon?.... persoalan tersebut mula timbul dalam benaknya. setelah puas menunggu akhirnya puan sri mia melangkah menuju ke balai berlepas dengan hati yang sedih. Airmata mengalir perlahan membasahi pipinya. Dia terus mengesat airmata yang mengalir di pipinya. Tiba tiba, "Mia!...", langkah kakinya terhenti sebaik saja dia terdengar suara itu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro