CINTA TERLARANG 61
Shasha sedang menonton TV bersama mummynya ketika mereka melihat iklan yang di lakonkan oleh fariz muncul di kaca TV. Iklan berdurasi 3 minit 40 saat itu sangat menarik kerana ianya di lakonkan di tepi pantai. Fariz nampak menggoda di dalam iklan tersebut. Puan sri mia dan shasha tersenyum lebar sebaik saja mereka menonton iklan itu. "Wah... tak sangka ya, iklan yang di lakonkan oleh fariz ni sangat menarik. Saya sukakan pemandangan di tepi laut tu...", komen shasha. "Pandai betul mereka pilih lokasi penggambaran, kan?...", kata puan sri mia pula. "Yelah...", balas shasha. "Eh... itu fariz kan?", soal haikal sebaik saja dia terpandang iklan tersebut. "Ya...", balas puan sri mia.
Tan sri rizal yang sejak dari tadi sibuk menyelak files di tangannya segera mendongakkan wajahnya. Dia menumpukan perhatiannya ke kaca televisyen. "Hm... tak sangka pula bakal suami awak tu ada bakat jadi pelakon, shasha... tak lama lagi tentu bakal suami awak tu akan jadi seorang artis...", komen tan sri rizal. "Apa salahnya kalau fariz jadi seorang artis?... tak ada salahnya, kan?", kata shasha sambil tersenyum lebar. "Memang tak ada salah pun tapi masalahnya kalau bakal suami awak tu dah jadi artis sudah tentu dia akan jadi buruan ramai gadis di luar sana... awak juga yang akan di buru perasaan cemburu yang tidak berkesudahan...", kata tan sri rizal. Shasha terus terdiam. Memang betul apa yang daddynya katakan tu. Ada kebaikannya dan ada juga keburukannya menjadi artis ni. Dia belum pernah terfikir pun perkara seperti itu sebelum ini...
*** *** ***
Malam itu fariz sedang berbaring di atas kerusi sofa sambil menonton TV ketika dia terdengar bunyi loceng pintu apartmentnya berbunyi nyaring. Dia segera membuka pintu apartmentnya. Kelihatan jayden dan seorang pemuda berdiri di depan pintu apartmentnya. "Hai riz...", sapa jayden sambil tersenyum. "Hai... jay...", balas fariz seraya membalas senyuman rakannya itu. "Er... ini... er...", kata kata jayden di potong pantas oleh pemuda di sebelahnya. "Saya boyfriend baru jayden. My name is brian wong....", pemuda itu menghulurkan tangannya pada fariz. Perlahan lahan fariz berjabat tangan dengan pemuda tersebut. "Oh... er... nama saya fariz junaidi. Nice to meet you brian... er, masuklah...", ucap fariz tersenyum kambing.
Dia mempersilakan mereka masuk ke dalam apartmentnya. "Er... boleh saya pergi ke tandas sekejap?... I need to go to pee...", kata pemuda bernama brian itu. "Oh... tandas kat sebelah dapur sana tu...", fariz segera menunjukkan di mana letaknya tandas tersebut. Sebaik saja pemuda itu masuk ke dalam tandas fariz segera melangkah menghampiri jayden. "Jay... betul ke dia tu boyfriend baru awak?", soal fariz separuh berbisik. "Ya... saya jatuh cinta padanya", balas jayden sambil tersengih macam kerang busuk. "macamana pula awak boleh jatuh cinta dengan si brian tu?... bukankah hari tu saya dah suruh awak bercinta dengan perempuan. Kenapa awak bercinta dengan lelaki pula?", soal fariz masih dalam nada suara yang berbisik.
"Nak buat macamana riz... hati saya dah terpikat pada dia... saya berusaha untuk menjauhkan diri daripadanya tapi saya tak boleh berbuat begitu sebab saya sayangkan dia...", bisik jayden. "Tapi takkanlah awak bercinta dengan lelaki pula... thats not right, jay...", ucap fariz sambil berbisik. "Yeah... I know its not right tapi hati saya ni... saya tak mampu menyangkal perasaan cinta saya terhadap dia...", ucap jayden perlahan lahan. Tiba tiba saja Fariz teringat perkataan yang di ucapkan oleh rakannya johan tempohari. "Cinta itu buta..." dia diam memikirkannya. Cinta tidak kenal usia mahu pun jantina. Jikalau hati sudah suka semuanya tidak di ambil kira lagi. Lelaki dengan lelaki ke... Perempuan dengan perempuan ke, tua ke or muda ke... semuanya akan bercinta. Bila dah jatuh cinta semuanya jadi indah indah belaka. Yang hodoh pun di katakan cantik. Yang tua di katakan muda. Yang tak kacak pun di katakan kacak. Hubungan yang tidak wajar macam tu pun di anggap hubungan yang wajar. Tak ada lagi istilah larangan bagi orang yang buta mata hatinya dengan cinta yang semu begitu.
"This is crazy man... this is crazy...", ucap fariz sambil menggeleng gelengkan kepalanya. "I know its sound crazy but what can I say?... I love him so much...", bisik jayden. "Apa yang korang bisik bisikkan tu?", soal suatu suara. Mereka segera mendongakkan wajah masing masing. Kelihatan brian sedang berdiri memerhatikan mereka. "Oh... nothing... er... mari kita makan sama sama... saya ada beli ayam KFC untuk kita semua...", kata jayden sambil mengangkat beg plastik ayam KFC di tangannya. Mereka pun duduk di ruang tamu sambil makan ayam KFC. mereka makan seraya menonton TV. Ketika mereka sedang makan dan menonton TV di situ, tiba tiba saja jayden merasa terkejut saat dia melihat iklan seluar dalam kelvin clint yang di siarkan di kaca TV. "Eh... itu awak kan, riz?", soal jayden sambil menunjukkan pemuda yang beraksi di dalam iklan TV tersebut.
Fariz menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. "Awak dah jadi pelakon iklan... wah!... awak dah semakin maju, eh... tak sangka pula awak ada bakat jadi pelakon. Tak lama lagi awak akan jadi artislah ni...", usik jayden sambil tersenyum. "Taklah... saya cuma berlakon dalam iklan saja. Belum terfikir lagi nak jadi artis yang betul betul...", ucap fariz sambil makan daging ayam di tangannya. "Yelah tu... apa apa pun kalau awak terkenal kelak jangan lupakan kami, ya...", ucap jayden sambil tersenyum. "Oh... saya pasti tak akan melupakan korang...", balas fariz sambil tersenyum lebar. Selepas itu jayden kembali berbual bual dengan kekasihnya, brian. Mereka duduk rapat rapat pula tu. Makan pun bersuap suapan. Fariz hanya memutarkan bola matanya. "Oh!... man....", bisiknya sendirian.
*** *** ***
Tengahari itu, selepas habis waktu bekerja fariz segera melangkah keluar dari dalam bangunan agency modelling new generation. Dia mengorak langkah menuju ke arah motosikalnya. Langkahnya terhenti sebaik saja bahunya di sentuh orang dari belakang. Perlahan lahan fariz menoleh ke belakangnya. Kelihatan seorang pemuda berkulit cerah, berambut sting berwarna perang dan bermata coklat merenung tepat ke arahnya. Fariz tidak kenal siapa pemuda itu. "Er... maaf, saya nak tanya mana alisha bakri?", soal pemuda tersebut. "Oh... alisha tidak datang kerja hari ni... awak ni siapa?", soal fariz ingin tahu.
"Saya sam... gadis peng-kid yang pernah bercinta dengan alisha dahulu...", balas pemuda itu. Dia menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan fariz. Perlahan lahan fariz berjabat tangan dengannya. Fariz merasa terkejut sebaik saja dia mendengar perkataan pemuda tersebut. Jikalau betullah pemuda yang berdiri di depannya itu ialah sam memang dia telah berjaya mengubah dirinya menjadi seorang lelaki yang tulen. Wajah dan tubuhnya kini betul betul menyerupai seorang lelaki yang tulen. Suaranya pun kedengaran garau. Fariz terpegun di saat dia melihat transformasi yang terjadi pada gadis peng-kid itu. Dia betul betul tidak menyangka yang sam telah berjaya menjalani pembedahan transgender tersebut. sam aka samsiah yang dulunya seorang gadis peng-kid kini bertukar menjadi seorang lelaki yang berwajah tampan. "Biar betul...", bisik hati kecilnya, terkejut.
"Mungkin awak terkejut melihat perubahan pada diri saya, kan?", soal pemuda itu sambil ketawa kecil. "Ya... awak betul betul dah jadi seorang lelaki...", ucap fariz perlahan lahan. "Yeah... ramai orang terkejut dengan perubahan saya ni... tapi saya tak kisah. Yang penting saya sudah merasa puas hati dengan diri saya sekarang. Anyway, tolong sampaikan salam saya pada alisha, ya... suatu hari nanti saya akan bertemu dengannya... sampaikan saja pesanan saya ni pada dia, ya...", ucap pemuda itu. "Okay...", balas fariz sepatah. "Oh by the way, you look so gorgeous in that TV promo. Sooner or later you'll become famous, you know...", ucap pemuda tersebut. "Yeah I know...", balas fariz sambil tersenyum. "Oh, forgot to add, just call me sammy anyway... oh, I've gotta go now, bye!", cepat cepat pemuda bernama sammy itu melangkah pergi meninggalkan tempat itu.
Fariz hanya terpinga pinga memerhatikan pemuda tersebut sehingga ianya hilang dari pandangan matanya. Tiba tiba, "fariz!!!...", terkejut betul dia di saat seseorang menjerit memanggil namanya. Kelihatan shasha melangkah menuju ke arahnya. "Riz... kita berjumpa kat restoran McDonald's pukul 8 malam nanti, ya?", ucap shasha dengan riangnya. "Tengoklah nanti...", balas fariz dengan malasnya. "Alah!... janganlah cakap macam tu... sekali sekala kita keluar bersama, apa salahnya?... Tak ada salahnya kan?", shasha bersuara sambil memaut lengan kiri fariz. "Yelah... yelah... kita berjumpa malam nanti...", balas fariz dengan separuh hati. "Muahh!... sayang awak...", shasha terus mengucup pipi kirinya. Fariz mengelap pipi kirinya yang terasa basah akibat di kucup oleh gadis tersebut dengan tangannya. Tanpa di sedari oleh mereka berdua kelihatan puan sri mia sedang memerhatikan mereka tidak jauh dari situ. Dalam diam dia merasa cemburu apabila dia melihat shasha dekat dengan fariz tapi dia berusaha untuk menepis perasaan cemburu itu dari lubuk hatinya. Dia tahu fariz tidak akan mudah tergoda biar pun shasha berulangkali menggodanya kerana dia tahu cinta fariz hanya untuk dirinya seorang saja.
Sebaik saja shasha melangkah pergi dari situ giliran puan sri mia pula yang mendekati pemuda tersebut. "Hai... sayang...", sapanya dengan lembut. "Oh hai...", sapa fariz perlahan lahan. Dia memandang wajah puan sri mia. "Er... riz, saya datang ni nak serahkan awak tiket penerbangan ke kota landon tu... kita akan berangkat ke kota landon pada hari ahad ni pukul 8 pagi... saya akan tunggu awak di lapangan terbang wonderfly... awak mesti ikut saya melancong ke kota landon kerana kalau awak tidak ikut saya ke kota landon, mungkin awak tak akan dapat berjumpa dengan saya selepas ini...", ucap puan sri mia dengan wajah yang serius. "Nanti dulu, mia... kenapa awak cakap macam tu pula?", soal fariz ingin tahu. "Awak akan tahu jawapannya di suatu hari nanti... sekarang saya tak ada masa nak jelaskannya pada awak... er... simpan baik baik tiket tu dulu, ye... jangan hilangkannya... see you at wonderfly airport on sunday morning, sayang...", ucap puan sri mia sambil beredar dari situ. Fariz hanya terpinga pinga saja memerhatikan tiket penerbangan yang ada di tangannya saat itu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro