CINTA TERLARANG 54
"Tiit- tiit... tiit- tiit... tiit- tiit...", kedengaran bunyi loceng pintu utama di tekan orang dari luar. Perlahan lahan fariz melangkah keluar dari dalam bilik mandi tersebut. Dia berjalan menuju ke pintu apartmentnya. Pintu itu di bukanya. Kelihatan puan sri mia sedang berdiri di depan matanya. Sebaik saja fariz membuka pintu rumahnya wanita tersebut segera melangkah masuk ke dalam apartment itu. Dia melangkah lalu duduk di atas kerusi sofa yang ada di situ. Fariz menutup pintu apartmentnya. Dia berjalan lalu duduk di sebelah wanita tersebut.
"Riz... betul ke shasha mengucup bibir awak semasa korang berada di dalam bilik rehat tu tadi?..."
"Dari mana awak tahu perkara tu?"
"Si jamil bagitahu semua models yang lain. Saya terdengar perbualan mereka tadi..."
"Ya... tapi dia yang tarik saya lalu mengucup bibir saya. Saya terkejut dan saya tak sempat mengelak... saya minta maaf jika perkara ini menyakiti hati awak... saya..."
"Tak apa riz... saya tahu awak bukannya sengaja berkucupan dengannya. Shasha yang gatal sangat nak goda awak... saya tahu apa tujuannya berbuat begitu..."
"Maksud awak?"
"Maksud saya dia bertujuan hendak menggoda awak supaya awak jatuh cinta padanya..."
"Saya bukannya jenis orang yang mudah jatuh cinta... dia nak goda saya beribu kali pun saya takkan jatuh cinta padanya. saya hanya mencintai awak seorang saja..."
"Betul ke cakap awak ni?"
"Betul mia... saya sayangkan awak..."
"Tapi saya dah tua, riz... kadangkala saya rasa saya tak layak berdampingan dengan awak sebab awak jauh lebih muda daripada saya..."
"Janganlah cakap macam tu... awak tak tua lagi lorh... bagi saya, awak ni masih awet muda dan cantik di mata saya... tak ada wanita lain yang lebih cantik daripada awak..."
"Oh... Jangan puji saya macam tu sekali, riz... saya merasa malu pula..."
"Apa yang di malukan sangat?... saya cakap yang betullah ni..."
"Riz, sebenarnya saya merasa susah hati memikirkan hubungan kita ni..."
"Kenapa pula?"
"Saya tak tahu sampai bila kita harus begini..."
Fariz terdiam seketika. Dia memandang wajah puan sri mia.
"Saya tak kisah pun jika saya menjadi kekasih gelap awak buat selama lamanya, mia... sebab saya ikhlas mencintai awak..."
"Tapi riz, saya takutlah suami saya tahu hubungan kita ni... jikalau dia tahu sudah tentu haru biru jadinya..."
"Pandai berhelah, pandai berahsia..."
"Maksud awak?..."
"Jikalau awak bijak bermain kata tentu awak bijak dalam menyimpan rahsia..."
"So?..."
"So... awak kena pandai menipu... kalau boleh rahsia kita jangan di ketahui oleh orang lain..."
"Okay, i got it... apa apa pun saya harap rahsia cinta kita tidak akan terbongkar sampai bila bila..."
"I hope so..."
Mereka berbalas renungan dan senyuman.
Perlahan lahan Fariz mendekatkan wajahnya ke wajah puan sri mia. Dia teringin hendak mengucup bibir wanita yang di cintainya itu. puan sri mia membiarkan pemuda tersebut mengucup bibirnya. buat pertama kali dalam hidupnya dia membiarkan lelaki lain menyentuh tubuhnya. dia tahu apa yang mereka lakukan itu adalah salah namun dia membiarkan saja ianya berlaku ke atas dirinya kerana dia sendiri pun menginginkannya... 'kadangkala cinta itu membuatkan manusia menjadi gila... gila dalam erti kata yang sebenarnya...'
*** *** ***
pagi itu puan sri mia terjaga dari tidurnya sebaik saja pipinya terasa di cium oleh seseorang. dia membuka matanya. kelihatan fariz tersenyum di sebelahnya. "good morning sayang...", bisik fariz sambil mencuit hidungnya dengan jari telunjuknya. "morning...", balas puan sri mia sepatah. dia tersenyum pada pemuda itu. puan sri mia ingin bangun tapi fariz memeluknya dari belakang. "jangan bangunlah sayang... hari masih awal lagi ni...", fariz bersuara manja di belakang tengkuknya. "riz... saya perlu balik ke rumah... nanti suami saya cari saya...", kata puan sri mia dengan lembut. "alah!... saya nak awak temankan saya kat dalam bilik ni sepanjang hari...", fariz bersuara dengan manja. "tak boleh riz... nanti suami saya syak saya yang bukan bukan pula... dahlah saya langsung tak balik ke rumah semalaman...", puan sri mia bersuara perlahan lahan.
"yelah... yelah... awak baliklah...", fariz bersuara sambil meleraikan pelukannya. "awak jangan merajuklah, ya sayang... saya janji akan datang menemui awak bila saya ada masa nanti...", pujuk puan sri mia. "whatever...", balas fariz separuh merajuk. "awak ni riz... dah besar panjang macam ni pun masih lagi merajuk macam budak budak... anyway, i love you sayang...", puan sri mia bersuara sambil ketawa kecil. Dia memakai pakaiannya. fariz tersenyum sebaik saja dia mendengar perkataan cinta dari mulut wanita itu. rasa rajuknya hilang entah ke mana. "i love you too mia...", balas fariz lembut. "bye sayang... talk to you later...", puan sri mia mengucup pipinya lalu beredar dari situ. fariz berbaring di atas katil dengan senyuman terukir di bibirnya. malam kelmarin merupakan malam yang terindah dan bahagia dalam hidupnya. dia tidak menyangka bahawa puan sri mia seorang wanita yang penuh 'bertenaga' dan seksi di atas ranjang. dalam diam dia semakin sayang pada wanita itu...
*** *** ***
puan sri mia melangkah masuk ke dalam rumah agam yang sunyi sepi itu. tiada orang di dalam rumah tersebut. agaknya suaminya sudah pergi kerja kot. mungkin shasha sekarang sedang sibuk di agency modellingnya. haikal pula mungkin sudah ikut daddynya pergi ke syarikat mereka pagi itu. puan sri mia melangkah naik ke tingkat atas namun langkah kakinya terhenti sebaik saja dia melihat suaminya sedang memerhatikannya tidak jauh dari situ. "awak pergi ke mana semalam mia?", soal tan sri rizal ingin tahu. "eh... abang... abang tak pergi kerja ke pagi ni?", soal puan sri mia ingin tahu. "tak... saya cuti hari ni... saya suruh haikal gantikan tempat saya... anyway, awak belum jawap soalan saya tu... awak pergi ke mana semalam?", soal tan sri rizal lagi. "oh... er... semalam saya pergi ke rumah datin amira tapi dia tak ada di rumah so saya baliklah tapi di pertengahan jalan tiba tiba saja tayar kereta saya tu pancit. saya terpaksa tidur dalam kereta sampai pagi sebab tak ada mekanik datang untuk gantikan tayar yang pancit tu...", bohong puan sri mia.
"kalau tayar kereta pancit kenapa awak tak call saya?... saya call awak handphone awak tak aktif pula... apa sebenarnya yang terjadi ni?", soal tan sri rizal sedikit bengang. "maaflah bang... handphone saya kehabisan bateri. ianya sudah lama terpadam sebab itulah abang tak boleh call saya...", bohong puan sri mia lagi. "oh... betul ke ni?", soal tan sri rizal ingin tahu. "ya... betul bang...", balas puan sri mia. "jadi siapa yang tolong awak gantikan tayar yang pancit tu?", soal tan sri rizal lagi. "oh... ada orang yang berjalan kaki di tepi jalanraya tu. Dialah yang datang tolong saya gantikan tayar kereta tu. nasib baik dia sudi tolong saya kalau tidak mungkin saya masih lagi berada kat tepi jalanraya tu...", kata puan sri mia berbohong. dia tahu berbohong itu salah tapi dia terpaksa berbohong demi menutup perkara sebenarnya. ketika dia sedang berdiri di situ tiba tiba saja kepalanya terasa sakit sekali. dia mengerang kesakitan. dia terduduk di atas lantai menahan kesakitan di kepalanya. "mia... mia... are you okay?", kedengaran suaminya bersuara di sebelahnya. rasa sakit di kepalanya begitu kuat sekali. Rasa kepalanya macam nak pecah pula.
"bang, tolong hantarkan saya ke hospital... kepala saya semakin sakit ni... saya tak tahan...", ucap puan sri mia dalam kesakitan. cepat cepat tan sri rizal memapahnya keluar dari dalam rumah agam itu. mereka menaiki kereta milik suaminya. Di sepanjang perjalanan ke hospital puan sri mia asyik mengerang kesakitan. Suaminya terpaksa memandu kereta dengan laju. Tidak lama kemudian mereka sampai di hospital besar bandar mega. Dia segera di masukkan ke bilik rawatan di mana doktor yang bertugas segera memeriksa keadaannya. setelah bahagian kepalanya di x-ray dan keadaannya di periksa oleh doktor dia pun di berikan ubat pain killer bagi menghilangkan rasa sakit di kepalanya. doktor yang merawatnya masih belum memberitahu apa penyakitnya kerana keputusan pemeriksaan dari makmal belum di keluarkan. dia terpaksa menunggu beberapa hari untuk mengetahui keputusan bagi hasil pemeriksaannya itu. apa apa pun dia berharap semoga penyakit yang di hidapinya akan sembuh dengan ubat pain killer yang di berikan oleh doktor padanya. dia balik ke rumah dengan di temani oleh suaminya....
*** *** ***
"shasha, tak lama lagi dato mustapha sekeluarga akan datang meminang awak untuk anak lelaki mereka azril... so you better get ready for that..." kata tan sri rizal pada anak gadisnya itu. "daddy... bukankah saya dah cakap yang saya tak sukakan azril tu... kenapa daddy asyik paksa saya berkahwin dengan lelaki tu?", marah shasha. "shasha, awak dengar sini... azril tu boleh beri awak kesenangan hidup, tau... daripada awak hidup susah dengan pemuda kampung yang awak sebut tempohari tu lebih baik awak berkahwin dengan azril. hidup awak pasti akan menjadi senang seperti seorang puteri diraja...", kata tan sri rizal dengan wajah yang serius. "yelah tu... macamlah hidup puteri diraja tu bahagia sangat...", shasha bersuara sambil memutarkan bola matanya. "shasha, awak jangan selalu melawan cakap daddy ni... ini untuk kebaikan awak juga...", tegas tan sri rizal.
"whatever...", shasha bersuara sepatah. "apa apa pun awak harus bersedia untuk pertunangan korang tu... sekurang kurangnya awak ada pakaian yang cantik untuk di pakai di hari pertunangan korang tu... kalau awak tak tahu nak beli apa awak bawalah mummy awak pergi shopping pagi esok... awak gunakan saja kad kredit daddy ni... tak kisahlah berapa harga pakaian tu. janji ianya cantik di pandang mata...", tan sri rizal bersuara sambil menyerahkan kad kreditnya pada shasha. "daddy, bagi shasha kad kredit tapi saya pula tak pernah di beri kad kredit macam tu...", rungut haikal dari tempat duduknya. "awak diam... awak jangan menyampuk perkataan orang tua...", marah tan sri rizal. terus terdiam haikal di tempat duduknya. "ingat tu shasha... pagi esok awak harus pergi beli pakaian untuk hari pertunangan awak tu...", tekan tan sri rizal dengan tegas. setelah dia berkata begitu dia pun terus beredar dari situ. Shasha hanya diam memerhatikan kad kredit berwarna keemasan itu. Hatinya sedih apabila memikirkan hari pertunangannya yang semakin dekat. Kalaulah fariz jadi tunangnya sudah tentu dia tidak merasa sedih seperti ini....
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro