CINTA TERLARANG 45
puan sri mia pergi ke tempat kerjanya seperti biasa. Ketika dia melangkah masuk ke dalam bangunan itu dia lihat fariz sedang berjalan menuju ke arah bangunan itu. Cepat cepat dia berjalan menuju ke officenya. Dia tidak mahu bertembung dengan pemuda tersebut. Sebenarnya dia berusaha untuk menjauhkan diri dari pemuda itu kerana dia tidak mahu terlalu dekat dengan pemuda tersebut. Dia takut jika dia dekat dengan fariz perasaan cintanya akan mekar kembali. Dan ini akan melemahkan usahanya untuk menghapuskan perasaan cintanya terhadap fariz. Dia berusaha untuk tidak menghiraukan pemuda tersebut. Ketika waktu bekerja dia asyik menyuruh shasha yang menguruskan semua model di dalam studio, manakala dia pula duduk terperap di dalam office. Dia saja tak nak keluar dari dalam officenya sebab dia tak mahu bertembung dengan fariz. Untuk mengelakkan dirinya dari terus memikirkan tentang fariz dia pun mula menyibukkan dirinya di dalam office...
fariz melangkah masuk ke dalam bangunan itu. Dia lihat puan sri Mia sedang sibuk buat kerjanya di dalam officenya. Sudah tiga hari wanita itu terperap dalam officenya dan sudah tiga hari juga wanita itu tidak menghubunginya. Mungkinkah puan sri mia terlalu sibuk dengan pekerjaannya sehingga dia tidak ada masa lagi untuk menghubunginya?... atau mungkinkah dia cuba menghindarkan diri daripadanya?... maklumlah dalam dua dan tiga hari berturut turut wanita itu tidak berbual bual lagi dengannya seperti yang selalu dia lakukan pada setiap hari. Biasanya jika mereka tak dapat bertemu di tempat kerja, puan sri mia akan menghubunginya ataupun mengirimkan sms padanya tapi kali ini dia senyap saja. Mungkinkah suaminya sudah tahu tentang mereka? Jadi puan sri mia terpaksa menjauhkan diri daripadanya?.... persoalan itu mula timbul dalam benaknya. Fariz tak tahu apa yang sebenarnya terjadi pada wanita tersebut. Tiba tiba saja dia berubah sikap. Wanita itu seperti tidak menghiraukannya pula. Malah dia buat buat tak tahu saja bila fariz berdiri di sebelahnya ataupun berjalan di depan matanya. Fariz merasa hairan dengan perubahan sikap wanita tersebut.
"Apa yang awak lamunkan tu?", kedengaran suatu suara menegurnya. Fariz segera mendongakkan wajahnya. Kelihatan alisha sedang berdiri sambil tersenyum padanya. "I just thinking...", balas fariz perlahan lahan. "Thinking about what?", soal shasha. "About puan sri mia... kenapa dia tiba tiba saja begitu sibuk?... dia asyik terperap dalam officenya tu...", kata fariz dengan jujur. "entahlah... Saya sendiri pun tidak tahu kenapa puan sri mia terlalu sibuk sejak kebelakangan ni. apa yang di sibukkannya tu pun saya sendiri tidak tahu. Padahal sebahagian kerjanya sudah shasha buat...", kata alisha di sebelahnya. Fariz pun diam selepas itu. dia memerhatikan puan sri mia di dalam officenya...
Malam itu selepas makan malam fariz berbaring di atas katilnya. Dia berfikir tentang puan sri mia. Sebenarnya dia ingin berbual bual dengan wanita tersebut tapi nampak gayanya wanita itu tidak lagi menghiraukannya. Fariz merasa seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan wanita tersebut. Perlahan lahan dia mengambil handphonenya. Dia ingin menghubungi puan sri mia di rumahnya.
Sementara itu kelihatan Puan sri mia sedang menonton TV dengan suaminya ketika handphonenya berbunyi nyaring. Dia pun mengambil handphonenya. Nombor si pemanggil di perhatikannya seketika. Dia tahu itu nombor handphone fariz. Dia terus reject panggilan tersebut. "Siapa yang call awak tu?... kenapa awak tak jawap panggilan tu?", soal tan sri rizal di sebelahnya. "Saya nak jawap tapi orang tu hung up pula... maybe dia salah nombor kot...", dalih puan sri mia perlahan lahan. Padahal ianya panggilan dari fariz dan dia baru saja reject panggilan tersebut. Dia terpaksa berbohong sebab dia tak mahu suaminya tahu tentang fariz. Perlahan lahan dia merapatkan punggungnya di sebelah suaminya. Tan sri rizal segera memeluk bahu isterinya. Mereka duduk sambil menonton TV bersama sama. Tanpa mereka sedari shasha sedang berdiri memerhatikan mereka tidak jauh dari situ. Dalam diam dia merasa sungguh gembira sebab mummy dan daddynya kembali berbaik seperti dulu lagi.
Fariz berhenti menghubungi wanita itu setelah panggilannya tidak di jawap oleh wanita tersebut. "Mungkin suaminya ada di sisinya kot. itu sebabnya dia tak nak jawap panggilan aku... hm... whatever!...", fariz mencampakkan handphonenya di tepi bantal. Dia menyembamkan wajahnya di atas bantalnya. Fikirannya terus memikirkan tentang puan sri mia. Dia sudah biasa berbual dengan wanita itu tapi bila dia lihat wanita tersebut tidak menghiraukannya lagi dia merasa sungguh terkilan. terkilan dalam erti kata yang sebenarnya. di malam yang sunyi sepi itu fariz tidak dapat tidur. perlahan lahan dia mengambil handphonenya. kemudian dia mula menaipkan sms untuk wanita tersebut. "mia, kenapa awak tidak mahu berbual dengan saya lagi?... saya ada buat salah pada awak ke?... kalau ada tolong maafkan saya... sebenarnya saya nak berbual dengan awak....", demikian bunyi mesejnya. dia menunggu balasan sms dari wanita itu tapi tiada balasan. handphonenya senyap aje. mungkin wanita tersebut sudah tidur ataupun suaminya ada di sisinya?... entahlah...
puan sri mia sedang bercumbuan dengan suaminya ketika handphonenya berbunyi 3 kali beep. dia tahu pasti ada mesej terbaru untuknya. mungkin itu mesej dari fariz. "er... bang, saya nak pergi ke tandas sekejap...", puan sri mia bersuara perlahan lahan. "hm... baiklah...", tan sri rizal meleraikan pelukannya. cepat cepat puan sri mia bangun. dia mengambil handphonenya lalu beredar dari situ. dengan langkah kaki yang pantas dia melangkah menuju ke dalam bilik tandas. sebaik saja dia menutup pintu tandas dia pun terus membuka mesej yang terbaru dalam handphonenya lalu membaca mesej itu. dia merasa serba salah sebaik saja dia membaca mesej dari fariz. sebenarnya dia mahu berbual dengan pemuda tersebut kerana dia masih merindui fariz namun dia berusaha untuk memadamkan perasaan rindu itu... "mia, kau jangan lupa tentang azam kau tu... kau tidak boleh merinduinya lagi... dia bukan suami kau...", sekali lagi puan sri mia memperingatkan dirinya. perlahan lahan dia menaip sms pada fariz. mungkin itu merupakan smsnya yang terakhir pada pemuda tersebut. sebaik saja dia selesai menaip sms itu dia pun mengirimkan sms tersebut pada fariz.
fariz berusaha untuk melelapkan matanya ketika dia terdengar handphonenya berbunyi 3 kali beep. dia tahu ada mesej terbaru untuknya. dia segera membuka dan membaca mesej itu. "fariz... awak tak ada salah pada saya... cuma saya tak mahu kita berhubungan lagi... jika awak merasa sunyi awak berbuallah dengan shasha. ini nombor handphonenya 0109876543... p/s: tolong jangan berbual dengan saya lagi...", begitu bunyi mesej tersebut. berkerut dahi fariz di saat dia membaca mesej itu. "tersalah makan ubat kot mia ni... bukankah hari tu dia marah aku sebab aku berbual dengan shasha... kenapa sekarang dia menyuruh aku berbual dengan shasha pula? siap beri nombor handphone shasha pula tu... pelik... pelik...", bisik fariz sendirian. dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan wanita tersebut dan dia ingin tahu apa yang menyebabkan puan sri mia jadi begitu.
keesokan harinya fariz pergi bekerja seperti biasa. dia lihat puan sri mia sibuk memanjang di dalam officenya. shasha di suruhnya menguruskan sesi photoshoot pada pagi itu. fariz langsung tak ada kesempatan untuk berbual dengan wanita tersebut. selepas habis waktu bekerja fariz menunggu puan sri mia di parking lot di mana kereta mazda milik wanita itu di tempatkan. ketika dia sedang berdiri seorang diri di situ, kelihatan puan sri mia melangkah menuju ke arah keretanya. shasha pun melangkah di sebelahnya. perlahan lahan fariz menghampiri wanita tersebut. "er... boleh saya tumpang kereta awak tak?... motosikal saya rosaklah... ianya tak boleh di hidupkan...", bohong fariz pada puan sri mia, padahal motosikalnya masih okay. dia saja berbohong supaya dia ada alasan untuk berbual secara face to face dengan wanita tersebut. "oh.... er... shasha, boleh tak awak tolong hantarkan fariz ke apartmentnya?... mummy ada urusan nak buat lepas ni...", soal puan sri mia pada anak gadisnya itu. "oh, okay...", balas shasha tersenyum lebar. dia pun menarik tangan fariz supaya melangkah masuk ke dalam keretanya. belum pun sempat fariz bersuara puan sri mia sudah pun masuk ke dalam keretanya. kereta mazda hitam itu terus meluncur laju dari situ. "er... saya tak jadi baliklah sha... saya nak periksa motor saya tu sekejap... awak baliklah...", kata fariz pada gadis tersebut. mahu tidak mahu shasha pun balik ke rumahnya seorang diri.
puan sri mia memandu keretanya dengan hati yang bercelaru. dia teringatkan ekspresi wajah fariz di saat dia menyuruhnya menumpang kereta shasha. tentu fariz merasa terkilan kerana dia tidak menumpangkannya balik ke apartmentnya. bukannya dia tak mahu memberikan tumpangan pada pemuda itu dia saja tak nak berbual atau bertembung dengannya. dia takut jikalau dia bertembung dan berbual dengan fariz perasaan cintanya akan kembali mekar. namun dia merasa sedih kerana dia terpaksa menyangkal perasaannya terhadap pemuda tersebut. "maafkan aku, riz... aku terpaksa memulaukan kau... aku terpaksa... aku terpaksa...", bisik hati kecilnya dengan sedih. ketika dia sedang memandu keretanya tiba tiba sebuah motosikal meluncur laju di sebelahnya lalu berhenti betul betul di hadapan keretanya. dengan secepat kilat puan sri mia menekan pedal brek keretanya. "screeeechhh...", kedengaran bunyi tayar keretanya berdecit panjang. puan sri mia merasa sungguh terkejut sebaik saja dia melihat penunggang motosikal itu memandang ke arahnya dan melangkah turun dari atas motosikalnya. Kalau tidak salah itu ialah... "fariz?!!!...", nama itu terus terpacul keluar dari bibirnya. "bukankah tadi dia cakap motosikalnya rosak, tak boleh di hidupkan dan aku menyuruh dia menumpang kereta shasha tapi kenapa dia berada kat sini pula?...", soal hati kecilnya terkejut. dia lihat fariz membuka helmet di kepalanya lalu melangkah menuju ke arahnya. puan sri mia tidak tahu nak buat apa lagi...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro