CINTA TERLARANG 41
"Ehemmm!... kenapa korang tercegat kat situ pula... dah tiba masanya untuk bekerja... lets get to work...", tegur puan sri mia dari tempat duduknya. Mahu tidak mahu shasha pun melangkah masuk ke dalam office. manakala fariz pula beredar dari situ.
*** *** ***
fariz melangkah keluar dari dalam bangunan itu. dia lihat shasha sedang mengangkat files yang banyak di tangannya. sejak gadis tersebut bekerja dengan mummynya dia sibuk saja di dalam office. macam macam benda dia kena buat. kadang kadang kerja yang tidak dapat di siapkannya akan di bawa ke rumah. buktinya setiap hari lepas waktu bekerja dia akan bawa balik banyak files ke rumah. tentu dia nak siapkan kerjanya di rumah. bila fariz melihat gadis itu terkial kial membawa files di tangan dia merasa kasihan pula. perlahan lahan dia menghampiri gadis tersebut. "boleh saya bantu awak?", soal fariz. "ooh... awak fariz... ingatkan siapa tadi...", shasha terkejut sebaik saja fariz muncul di depan matanya. "er... boleh saya bantu awak angkat files awak yang banyak tu?", soal fariz lagi.
"boleh... tolong bawakan files ni ke dalam kereta saya...", shasha bersuara sambil menyerahkan files di tangannya pada fariz. "baiklah...", dengan pantas fariz mengambil ke semua files tersebut lalu di angkat files files itu semua menuju ke kereta porche milik shasha. mereka berjalan beriringan. "thanks riz sebab awak sudi tolong saya angkat semua files ni...", shasha bersuara sambil membuka pintu keretanya. "sama sama... wah!... sejak awak jadi assistant mummy awak tu awak semakin sibuk, eh...", fariz bersuara sambil tersenyum. "yeah.... sibuk memanjang... sehinggakan saya tak ada masa nak keluar jalan jalan macam dulu lagi...", shasha bersuara perlahan lahan. "eh... takkanlah awak langsung tak ada masa keluar jalan jalan... itu dah melampau dah tu...", komen fariz. "yeah... you can say that again...", shasha bersuara sambil ketawa kecil. "mummy awak tak bagi awak peluang untuk keluar jalan jalan ke?", soal fariz ingin tahu. "dia ada bagi saya peluang untuk keluar jalan jalan tapi saya tak berani jalan seorang diri kat bandar tu... saya takut kena... you know...", shasha berhenti bersuara.
"you mean awak takut kena serang dengan perogol seperti apa yang berlaku hari tu?", soal fariz. "yep...", balas shasha sepatah. dia menutup pintu keretanya. "ooohhh... awak masih trauma dengan peristiwa yang terjadi hari tu?", soal fariz sambil memandang wajah gadis tersebut. "ya... ianya masih segar di ingatan...", balas shasha perlahan lahan. dia berdiri sambil menyandarkan tubuhnya di kereta porche itu. fariz pun turut menyandarkan tubuhnya di kereta tersebut. mereka memandang di kejauhan. "bila saya memikirkan kembali peristiwa yang terjadi tempohari saya merasa sungguh bernasib baik kerana awak datang menolong saya ketika itu... kalau awak tidak datang menolong saya ketika itu sudah tentu saya sudah di rogolnya... by the way, saya nak tanya awak suatu soalan...", shasha bersuara perlahan lahan. "apa dia?", soal fariz. "kenapa awak masih nak tolong saya sedangkan saya baru saja memarahi awak kerana awak selalu keluar dengan mummy saya?... lagi pun saya anggap awak seperti musuh saya tapi kenapa awak masih nak tolong saya?... kenapa awak tak biarkan saya begitu saja malam tu?", soal shasha ingin tahu. fariz tersenyum lembut. "Sebab saya tak boleh membiarkan orang lain berada di dalam kesusahan... sebagai seorang manusia kita harus tolong menolong sebab itulah saya menolong awak... bagi saya jika kita saling tolong menolong hidup kita pasti akan menjadi bertambah baik...", balas fariz.
"oh begitu... tak sangka ya awak ni suka menolong orang lain...", komen shasha. "yeah... saya memang macam ni... saya tak tahan kalau melihat orang dalam kesusahan... saya merasa turut terbeban kalau ada orang di landa kesusahan...", kata fariz dengan jujur. shasha terdiam sebaik saja dia mendengar perkataan pemuda itu. dalam diam dia mengakui bahawa fariz seorang pemuda yang baik hati. patutlah mummynya suka keluar dengan fariz. rupa rupanya dia mempunyai sekeping hati yang baik. itu yang menarik hatinya untuk mengenali fariz dengan lebih mendalam lagi. "riz.... kalau saya ajak awak keluar dengan saya awak nak tak?", soal shasha setelah dia lama berdiam diri. sebenarnya inilah pertama kali dia memberanikan diri mengajak seorang lelaki keluar dengannya. dulu banyak juga lelaki yang mengajaknya keluar tapi mereka bukannya 'taste' dia. so dia pun menolak ajakan mereka tapi bila dia bersama dengan fariz dia merasa seperti 'tertarik' pula.
sebenarnya dia merasa tertarik dengan kebaikan hati fariz. jarang sekali ada lelaki seperti fariz. dia suka menolong orang, tidak berdendam, pemaaf dan penuh dengan belas kasihan. dah tu pula wajahnya handsome dan cute, tak ubah macam justin bieber. shasha dapat rasakan yang fariz mempunyai ciri ciri lelaki idaman hatinya. "awak dengar tak apa yang saya cakapkan ni?", soal fariz di sebelahnya. shasha terkejut dari lamunannya. "apa?", soal shasha sepatah. "saya cakap saya sudi keluar dengan awak... itu pun awak tak dengar ke?", soal fariz kehairanan. "oh... my mind is full right now... itu sebabnya saya tak dengar apa yang awak cakap tadi... sorry...", balas shasha sambil tersengih. "yelah tu... mengelamun aje kerjanya...", fariz bersuara sambil ketawa kecil. shasha pun turut ketawa di sebelahnya. "wei... awak nak ajak saya keluar tapi awak tak bagitahu saya pun bila dan di mana nak berjumpa...", fariz bersuara setelah tawanya reda. "oh lupa pula saya... kita berjumpa kat restoran KFC jalan siantan, pukul 8 malam...", kata shasha. "okay, no problem...", balas fariz dengan pantas. mereka berbual seketika. tanpa mereka sedari kelihatan puan sri mia sedang berdiri memerhatikan mereka tidak jauh dari situ. dia menggetapkan giginya. geram betul dia bila dia melihat fariz berbual dengan anak gadisnya. cepat cepat dia melangkah menuju ke arah dua insan tersebut.
"shasha... bila lagi awak nak balik ni?... hari dah petang dah ni...", tegur puan sri mia pada anak gadisnya itu. "oh... mummy... yelah, sekarang juga saya balik ke rumah...", cepat cepat shasha membukakan pintu keretanya. dia segera masuk ke dalam perut kereta porche itu. enjin kereta di hidupkan. fariz melambaikan tangannya pada shasha sebaik saja dia melihat shasha melambaikan tangan ke arahnya. "ehemmm...", puan sri mia berdehem di sebelahnya. "kenapa awak asyik berdehem ni?.... tekak awak sakit ke?", soal fariz sambil ketawa kecil. "tekak saya tak sakit pun cuma hati saya saja yang sakit...", balas puan sri mia dengan wajah yang tegang. fariz berhenti ketawa sebaik saja dia mendengar perkataan majikannya itu. "lain macam aje bunyinya tu... ada apa sebenarnya ni?", soal fariz sambil memandang wajah wanita tersebut. "riz... kenapa awak asyik berbual dengan shasha pula?... sepatutnya awak berbual dengan saya...", kata puan sri mia mula bengang.
"awak ni.... bukannya saya selalu berbual dengan shasha pun...", balas fariz perlahan lahan. "yelah tu... apa apa pun saya tak suka awak berbual dengan shasha...", tekan puan sri mia. "kenapa pula?", soal fariz kehairanan. "sebab saya tak nak awak dekat dengannya...", kata puan sri mia dengan wajah yang serius. "tapi kenapa mia?... kenapa saya tak boleh berbual dengan shasha?... kenapa saya tak boleh dekat dengannya?", soal fariz bertubi tubi. "sebab saya tak suka, okay... saya tak suka... titik!...", balas puan sri mia cukup marah. dia melangkah masuk ke dalam keretanya. fariz terdiam selepas itu. dia hanya membiarkan wanita tersebut memandu keretanya pergi dari situ. dalam diam fariz merasa hairan dengan wanita itu. dia marah padanya hanya kerana dia berbual dengan shasha?.... "thats really weird....", bisik hati kecilnya.
*** *** ***
malam itu seperti yang di janjikan fariz keluar dengan shasha. mereka makan di restoran KFC bersama sama. "terima kasihlah sebab awak sudi keluar dengan saya malam ni...", shasha bersuara sambil makan ayam KFC di tangannya. "sama sama...", balas fariz sambil tersenyum. mereka makan sambil berbual bual. ketika mereka sedang duduk di situ tiba tiba handphonenya berbunyi nyaring. perlahan lahan fariz mengangkat handphonenya. "hello...", sapa fariz. "hello... riz... mia ni...", kedengaran suatu suara di hujung talian. "ya... ada apa?", soal fariz. "awak di mana sekarang?... saya pergi ke apartment awak tapi awak tak ada... mak awak cakap awak dah keluar sebentar tadi... jadi awak kat mana sekarang?", soal puan sri mia dalam handphonenya. ingin saja dia katakan pada wanita tersebut yang dia sedang makan dengan shasha tapi bila dia teringatkan yang wanita itu tidak suka dia dekat dengan shasha dia pun segera mematikan niatnya. "saya keluar dengan kawan ni... er, talk to you later, bye...", cepat cepat fariz mematikan talian di handphonenya. dia tidak mahu berbual panjang dengan wanita tersebut kerana dia takut puan sri mia mengesyakinya yang bukan bukan. "siapa tu riz?", soal shasha ingin tahu. "oh... itu kawan saya... mari kita makan...", dalih fariz. dia segera offkan handphonenya. dia tidak mahu di ganggu ketika dia sedang makan. dia kembali menikmati makan malamnya dengan shasha.
*** *** ***
puan sri mia duduk resah di dalam keretanya. berkali kali dia menghubungi fariz tapi panggilannya tidak di jawap. malah handphone fariz seperti tidak aktif pula. bunyi 'tuut' memanjang saja. puan sri mia mengeluh sendirian. Sebenarnya dia merasa rindu pada fariz tapi pemuda itu tidak menjawap panggilan handphonenya. dia tidak tahu kenapa fariz tidak menjawap panggilan handphonenya. biasanya pemuda itu akan menjawap panggilan handphonenya tapi kali ini lain pula jadinya. mungkinkah fariz masih merasa marah padanya kerana dia membentaknya petang tadi?... mungkin itu sebabnya dia tidak mahu menjawap panggilan handphonenya?... persoalan itu mula timbul di benaknya. puan sri mia merasa tidak keruan. dia perlu meminta maaf pada fariz.....
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro