CINTA TERLARANG 39
Fariz berbaring di atas katilnya sambil berfikir panjang. Soalan puan sri Mia sebentar tadi masih terngiang ngiang di cuping telinganya. "Riz... saya nak tanya awak satu soalan... kalau di suatu hari nanti ada seorang wanita yang jauh lebih tua dari awak jatuh cinta pada awak apakah awak akan menerima cintanya?", soalan itu terus bergema di cuping telinganya. Dia tidak tahu apakah tujuan puan sri Mia bertanyakan soalan seperti itu padanya. Apakah wanita tersebut mula jatuh cinta padanya atau itu hanya soalan cepumas yang sengaja di lontarkan hanya untuk buang masa saja?... entahlah.... ekoran daripada persoalan yang timbul di mindanya dia tidak dapat melelapkan matanya...
*** *** ***
Pagi ahad yang indah. Fariz tersedar dari tidurnya sebaik saja bahunya di goncang orang. "Riz... bangun sayang... dah pagi dah ni...", kedengaran suatu suara bergema di cuping telinganya. Dia membuka matanya. Kelihatan emaknya sedang berdiri sambil tersenyum padanya. "Selamat pagi mak...", fariz bersuara sambil tersenyum. "Selamat pagi... sebelum mak terlupa mak nak ucapkan selamat harijadi, riz... semoga awak panjang umur dan murah rezeki hendaknya... oh... ini hadiah untuk awak...", ucap mak tijah sambil menyerahkan sekotak hadiah kecil pada anaknya itu. Apabila fariz mendengar perkataan emaknya barulah dia sedar yang hari tersebut merupakan harijadinya. Perlahan lahan dia mengambil kotak kecil yang berbalut kertas cantik tersebut. Dia pun terus membuka kotak hadiah itu. Kelihatan seutas jam tangan jenama swatch berada di dalam kotak tersebut. Fariz segera mengambil jam tangan itu.
"Oh... Terima kasihlah mak sebab mak masih ingat harijadi saya...", fariz bersuara dengan riangnya. "Maaflah... itu hanya jam tangan murah mak beli kat pasar malam chow ket. mak tak ada wang yang banyak untuk belikan hadiah mahal buat awak. Hanya ini saja yang termampu mak belikan... apa apa pun mak doakan semoga segala impian awak akan tercapai...", kata mak tijah sambil duduk di atas birai katil anak lelakinya itu. "Tak apalah mak. Ini pun dah cukup baik untuk riz... terima kasih mak...", fariz bersuara sambil tersenyum. "Riz... mak nak cakap sesuatu dengan awak...", kata mak tijah sebaik saja fariz bangun dari tidurnya. "Ada apa mak?", soal fariz ingin tahu. "Riz... sebenarnya mak nak balik kampung... mak nak tengok keadaan adik adik awak kat kampung tu...", kata mak tijah sambil duduk di hujung birai katil anak lelakinya itu. "Mak, tak payahlah mak balik kampung tu... biar saya seorang saja yang balik ke kampung untuk menjenguk mereka di sana...", kata fariz perlahan lahan.
"Tapi mak rindukan adik adik awak... mak nak berjumpa dengan mereka...", kata mak tijah perlahan lahan. "Mak... saya fikir saya akan bawa adik adik jumpa dengan mak bila tiba masa cuti panjang kelak... mak bersabar dulu, ya... tunggu musim cuti panjang tiba barulah saya bawa adik adik berjumpa dengan mak kat sini...", kata fariz sambil memegang kedua belah bahu emaknya. Matanya menatap wajah emaknya. Perlahan lahan mak tijah menganggukkan kepalanya. Fariz tersenyum lembut. dia mencium dahi emaknya. "Sayang mak...", ucapnya dengan penuh manja. Kemudian dia memeluk emaknya. "Dahlah tu... cepat pergi mandi sana...", mak tijah bersuara sambil meleraikan pelukan manja anak lelakinya itu. Fariz tersenyum lalu bangun dari atas katilnya. Dia berjalan menuju ke bilik mandi yang terletak tidak jauh dari situ.
Ketika dia sedang mandi tiba tiba handphonenya berbunyi nyaring. Dengan sepantas kilat dia melilitkan tuala di pinggangnya kemudian dia berjalan keluar dari dalam bilik mandi tersebut. Dia mengangkat handphonenya. Rupa rupanya ianya panggilan videocall dari rakannya johan. Dia pun segera menyambut panggilan videocall tersebut. "Hello...", sapa fariz. "Happy birthday to you... happy birthday to you... happy birthday to you fariz yang semakin tua... happy birthday to you... hahahaha...", johan mengakhiri nyanyiannya dengan hilai tawa yang panjang. "Wei... mentang mentanglah umur saya dah meningkat setahun, awak cakap saya dah tua, eh... cekik cekik leher awak tu nanti tau...", fariz pura pura marah. "Alolorh... birthday boy ni... marah marah pula... hahaha... jangan marah... nanti cepat tua... tinggal gigi dua... macam nenek tua... hahaha...", johan ketawa lagi. Fariz menarik muka masamnya.
"Awak ni... kalau ye pun nak ucapkan happy birthday tu janganlah asyik cakap tua aje...", gerutu fariz. "Hehehe... saya bergurau saja lorh... wei... sorrylah saya tak ada hadiah nak bagi kat awak...", kata johan sambil tersenyum lebar dalam handphonenya. "Ya... tak apa... saya tak kisah pun kalau awak tak bagi hadiah pada saya. Yang penting awak masih ingat harijadi saya... itu sudah memadai... eh... awak kat mana ni?", balas fariz sambil cuba mengecam pemandangan yang sibuk di belakang johan. "Oh... saya dan sarah jalan jalan kat shopping mall pagi ni...", kata johan. "Shopping mall?... korang shopping kat mana tu?", soal fariz ingin tahu. "Kami shopping kat shopping mall jaya stores... kami baru saja sampai kat sini... saja jalan jalan bershopping sambil releasekan tension...", balas johan sambil tersenyum. "Mana sarah?", soal fariz. "Hai... fariz... i'm here... saya saja nak beri peluang pada johan supaya berbual dengan awak... apa apa pun happy birthday to you riz...", sarah bersuara sambil berdiri di sebelah johan. Dia melambaikan tangannya.
Fariz kembali tersenyum. Dia pun turut melambaikan tangannya. "Hai sarah... wah!... bestnya, korang pergi bershopping sama sama... macam orang yang dah kahwin pula korang berdua ni kan... pergi shopping sama sama pula tu...", komen fariz. "Mestilah sama sama... ini barulah di katakan sehati sejiwa... buat semua benda pun mesti buat sama sama... hahaha...", tawa johan memanjang. "Yelah tu...", balas fariz sambil tersengih macam kerang busuk. Ketika fariz sedang leka berbual dengan johan dan sarah di dalam handphonenya tiba tiba, "riz... ada orang nak berjumpa dengan awak...", kedengaran emaknya bersuara dari sebalik pintu bilik tidurnya. "Okay... suruh dia tunggu saya kat ruang tamu...", kata fariz perlahan lahan.
Setelah menamatkan perbualannya dengan johan dan sarah di dalam handphone, dia pun segera memakai baju tshirt dan seluar jeans pendek paras lutut. Setelah berpakaian kemas dia melangkah keluar dari dalam bilik tidurnya. Langkah kakinya terhenti sebaik saja dia lihat puan sri mia sedang berbual dengan emaknya di ruang tamu. Bukan main mesra lagi mereka berbual bual, macam orang yang dah kenal lama pula. Mungkin mereka sudah berkenalan semasa dia berada di dalam bilik tidurnya. "Ehemm...", fariz berdehem. "Eh... riz... puan sri mia nak berjumpa dengan awak...", kata mak tijah sebaik saja dia menyedari yang fariz sedang berdiri memerhatikan mereka berdua. Perlahan lahan fariz mendekati 2 orang wanita tersebut. "Er... boleh tak saya dan fariz keluar sekejap?... ada hal yang ingin saya bincangkan dengan fariz...", kata puan sri mia pada mak tijah. "Hm... baiklah...", mak tijah bersuara sambil menganggukkan kepalanya. "Riz... mari kita keluar...", ajak puan sri mia. "Keluar ke mana?", soal fariz ingin tahu. "Keluar jalan jalan...", balas puan sri mia. "Okay... er, mak saya keluar sekejap, ya...", fariz bersuara pada emaknya. "Baiklah...", balas mak tijah sepatah. Perlahan lahan mereka beredar dari situ.
"Kita nak pergi ke mana ni?", soal fariz sebaik saja mereka berada di dalam lif. "Adalah... anyway, tak sangka ya mak awak begitu friendly orangnya...", kata puan sri mia. "Yeah... mak saya memang macam tu... dia friendly pada semua orang...", kata fariz. "I like your mother...", komen puan sri mia. Fariz hanya tersenyum sebaik saja dia mendengar komen wanita tersebut. Mereka sama sama melangkah keluar dari dalam lif itu sebaik saja mereka tiba di ground floor. Mereka mengorak langkah menuju ke parking lot. Perlahan lahan mereka melangkah masuk ke dalam kereta mazda hitam milik puan sri mia. Enjin kereta di hidupkan. Tidak lama kemudian kereta tersebut mulai meluncur laju meninggalkan tempat itu. Di sepanjang perjalanan mereka berbual bual sambil bergurau senda. Mereka pun tiba di atas bukit tempat di mana mereka pernah jejaki sebelum ini. Pemandangan di atas bukit pada waktu pagi begitu indah sekali. Fariz berdiri memerhatikan keindahan alam sambil menghirup udara segar di situ. Ketika dia sedang berdiri di situ tiba tiba, "selamat hari jadi... selamat hari jadi... selamat hari jadi fariz... selamat harijadi...", kedengaran suara puan sri mia menyanyi di belakangnya.
Perlahan lahan fariz berpusing ke belakang. Kelihatan puan sri mia sedang berdiri sambil memegang kek coklat di tangannya. Siap ada lilin pula tu. Fariz merasa sungguh terkejut dan terharu. Dia tidak menyangka puan sri mia tahu yang hari ini merupakan harijadinya. "Macamana awak tahu ini harijadi saya?", soal fariz. "Adalah... anyway, selamat harijadi yang ke 24 tahun, fariz. Semoga awak panjang umur dan murah rezeki... cepatlah... make a wish dan tiup lilin ni...", kata puan sri mia sambil tersenyum lebar. Fariz pun memejamkan matanya seketika. Kemudian dia meniup lilin di atas keknya itu. Kemudian mereka duduk di bawah perdu pokok beringin yang ada di situ. Mereka makan kek sambil berbual dengan riangnya. Setelah puas makan kek dan minum air coca cola di dalam tin, puan sri mia pun menarik keluar sehelai tuala kecil dari dalam beg tangannya.
"Riz... saya nak tutup mata awak dengan tuala ni...", kata puan sri mia sambil menunjukkan tuala kecil di tangannya. "Eh... buat apa pula awak tutup mata saya dengan tuala?", soal fariz terkejut. "Adalah... awak ikut saja apa yang saya cakapkan ni...", kata puan sri mia sambil tersenyum lebar. "Okay...", balas fariz sepatah. Puan sri mia mula mengikat tuala tersebut di atas kepala fariz. Setelah dia pasti mata fariz tertutup rapat dengan tuala itu dia pun mula menarik tangan fariz ke suatu tempat. Tiba di tempat yang di tuju dia pun membuka tuala di atas kepala fariz. "Tadaaa!...", puan sri mia bersuara sambil menayangkan segugus anak kunci kereta di hadapan mata pemuda tersebut. Fariz terkejut sebaik saja dia melihat anak kunci kereta tersebut. Malah dia merasa lebih terkejut lagi bila dia lihat sebuah kereta subaru impreza wrx berwarna biru tua tersadai di depan matanya. "Kereta baru ni untuk awak...", puan sri mia bersuara sambil tersenyum lebar. Fariz bertambah terkejut sebaik saja wanita itu mengatakan bahawa kereta tersebut adalah miliknya.
"Biar betul awak ni mia...", fariz bersuara macam tidak percaya pula. "Ya... betullah ni... kereta baru ni untuk awak... saya hadiahkannya pada awak sempena harijadi awak... awak suka tak?", kata puan sri mia dengan lembut. "Suka... tapi kenapa bagi saya hadiah yang mahal macam ni?...", soal fariz sambil matanya memandang ke arah kereta tersebut. "Kenapa awak tak suka kereta ke tu?", soal puan sri mia sedikit terkilan. "Suka tapi ini keterlaluan... i mean tidakkah ini membebankan awak?... awak berhabis wang ringgit untuk membelikan kereta yang mahal buat harijadi saya... saya merasa sungguh segan dan terharu pula bila terima hadiah yang mahal macam ni...", kata fariz sedikit terharu. "Riz... janganlah awak rasa segan dan terharu pula... saya berikan hadiah ni pada awak dengan seikhlas hati saya...", kata puan sri mia. "Mia... saya tak tahu nak cakap apa... saya betul betul merasa terharu... inilah pertama kali saya menerima hadiah yang mahal sempena harijadi saya...", kata fariz dalam nada suara yang terharu.
"Riz... terima saja pemberian saya ni... saya tidak minta sebarang balasan dari awak... saya cuma nak awak hidup senang macam orang lain sebab itulah saya berusaha memberikan apa yang mampu saya berikan pada awak...", kata puan sri mia perlahan lahan. "Oh thanks mia... you are the best...", pantas fariz memeluk tubuh wanita itu. Terpaku puan sri mia sebaik saja tubuhnya di peluk erat oleh pemuda tersebut. Perlahan lahan dia memeluk fariz. "Riz...", belum pun sempat puan sri mia bersuara, fariz segera meleraikan pelukannya. Dia mengambil anak kunci dari tangan wanita itu lalu dengan pantas dia menarik tangan puan sri mia supaya beredar dari situ. "Mari ikut saya... kita pusing pusing kat bandaraya mega dengan kereta baru ni...", fariz bersuara sambil melangkah masuk ke dalam kereta baru tersebut. Puan sri mia pun turut melangkah masuk ke dalam kereta itu.
Fariz lihat kusyen kereta masih berbalut dengan plastik. Bau kereta baru menusuk rongga hidungnya. Bila melihat semuanya itu dia merasa sungguh gembira. Sudah lama dia impikan untuk memiliki kereta sendiri dan kini impiannya telah menjadi kenyataan. Dalam diam dia berterima kasih pada puan sri mia kerana dia telah merealisasikan impiannya itu. "Mia pakai seat belt awak tu... this is going to be a wild ride...", kata fariz sambil tersenyum nakal. "What do you mean with a wild ride??...", soal puan sri mia. "You will see... hehehe...", balas fariz sambil ketawa kecil. Enjin kereta di hidupkan. Dengan pantas kereta tersebut meluncur laju menuruni jalan bukit yang curam itu. Fariz memandu dengan laju sekali sehinggakan puan sri mia terjerit ketakutan. Maklumlah kelajuannya hampir saja sampai ke tahap yang maksimum. "Fariz... kurangkan kelajuan kereta ni... ini terlalu lajulah...", protes puan Sri mia cukup ketakutan. Peluh dingin memercik di dahinya. "Awak rileks aje... nothing to worry... everything is going to be fine...", kata fariz sambil memandu kereta tersebut. Dia terus menekan pedal minyak dan memotong beberapa buah kereta yang ada di depan matanya. Lagaknya tak ubah seperti seorang pelumba kereta di litar perlumbaan pula. Puan sri mia menutup matanya. Dia tidak sanggup melihat semuanya itu lagi. Dia betul betul merasa ketakutan. Dia takut mereka terkena kemalangan di jalanraya tapi fariz tenang saja di sebelahnya. Dia memandu kereta barunya dengan hati yang gembira...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro