Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CINTA TERLARANG 17

Mereka tiba di restoran wonderfoods. tempat itu penuh dengan pelanggan yang menjamu selera. Mereka duduk di suatu sudut yang agak tersembunyi dari pandangan orang ramai di situ. Setelah order makanan dan minuman masing masing mereka berbual dengan riangnya. "Riz... sudah lama saya nak ajak awak keluar makan dengan saya tapi saya tak berani sebab saya tak mahu ada orang lain melihat kita berdua duaan begini... apatah lagi jikalau orang yang melihat kita tu kawan business suami saya, sudah tentu haru biru jadinya...", kata puan sri mia perlahan lahan. "Oh... jadi awak takut ketahuan oleh suami awak yang awak keluar dengan saya?...", soal fariz sambil memandang wajah wanita tersebut. "Ya...", balas puan sri mia sepatah. "Kalau awak tak nak suami awak tahu yang awak keluar dengan saya, kita cari tempat yang sunyi sepi saja lorh...", kata fariz. "Tapi di mana?", soal puan sri mia ingin tahu. "Saya tahu tempat mana yang sesuai untuk kita keluar pada waktu malam begini... awak ikut saja ke mana saya pergi...", kata fariz dengan wajah yang selamba. Cepat cepat dia menarik tangan wanita tersebut supaya beredar dari situ.

"Eh... macamana dengan makanan dan minuman yang sudah kita order tadi tu?... sekejap lagi pelayan tu akan menghantarkannya ke sini...", kata puan sri mia. "Tak payah fikirkan tentang makanan dan minuman tu dulu... mari kita pergi dari sini...", kata fariz dengan wajah yang serius. Mahu tidak mahu puan sri mia pun terpaksa bangun lalu melangkah mengekori pemuda tersebut dari belakang. Beberapa orang yang berada di dalam restoran itu mula pandang semacam ke arah mereka berdua. Mungkin mereka merasa hairan apabila melihat mereka melangkah keluar dari restoran tersebut secara tergesa gesa. "Kita nak pergi ke mana ni?", soal puan sri mia. "Adalah...", balas fariz sepatah. "Er... awak pandai drive kereta ni tak?...", soal puan sri mia sebaik saja mereka sampai dekat dengan kereta mazda tersebut. "Pandai...", jawap fariz sepatah. "Kalau awak pandai awak drivelah kereta ni...", kata puan sri mia.

"Okay, no problem...", balas fariz sambil tersenyum lebar. Puan sri mia melemparkan kunci kereta ke arah pemuda itu. Fariz segera menyambut anak kunci tersebut. Kemudian mereka melangkah masuk ke dalam kereta itu. Enjin kereta di hidupkan. Perlahan lahan kereta tersebut meluncur laju meninggalkan kawasan restoran yang sibuk itu. Sebelum mereka pergi ke tempat yang di tuju sempat juga fariz membawa puan sri mia di restoran KFC yang berdekatan untuk membeli makanan dan minuman. Kemudian mereka meneruskan perjalanan mereka. Di sepanjang perjalanan, fariz menyanyi lagu 'one call away' dari penyanyi charlie puth dengan penuh semangat. Kebetulan lagu tersebut berkumandang di radio jadi dia pun menyanyi lagu tersebut. Dia mengajak puan sri mia menyanyi bersamanya. Jadi mereka pun menyanyi bersama sama.

'I'm only one call away
I'll be there to save the day
Superman got nothing on me
I'm only one call away

Call me, baby, if you need a friend
I just wanna give you love
Come on, come on, come one
Reaching out to you, so take a chance
No matter where you go
You know you're not alone

I'm only one call away
I'll be there to save the day
Superman got nothing on me
I'm only one call away

Come along with me and don't be scared
I just wanna set you free
Come on, come on, come one
You and me can make it anywhere
For now, we can stay here for a while, ay
'Cause you know, I just wanna see you smile
No matter where you go
You know you're not alone

I'm only one call away
I'll be there to save the day
Superman got nothing on me
I'm only one call away

And when you're weak I'll be strong
I'm gonna keep holding on
Now don't you worry, it won't be long, Darling
And when you feel like hope is gone
Just run into my arms

I'm only one call away
I'll be there to save the day
Superman got nothing on me
I'm only one, I'm only one call away
I'll be there to save the day
Superman got nothing on me
I'm only one call away
I'm only one call away...'

Mereka menyanyi sehingga lagu tersebut habis di putarkan. "Wow... sudah lama saya tak menyanyi lagu macam ni...", kata puan sri mia. "Oh ye ke?...", soal fariz sambil memandu kereta tersebut. "Ya... sebenarnya saya tak ada masa hendak menyanyi. Banyak betul kerja nak di buat...", kata puan sri mia sambil tersenyum. "Takkanlah langsung tak ada masa untuk menyanyi.... sekali sekala menyanyi tak ada salahnya. Dalam kereta pun awak boleh menyanyi. Tak kisahlah suara awak merdu ke tak merdu ke, yang penting awak dapat menghiburkan hati awak yang lara. Kalau saya merasa sunyi ataupun sedih, saya pasti akan menyanyi... saya akan pasang lagu yang rancak di radio... kalau boleh saya akan menyanyi sambil menari ikut rentak lagu tu... barulah ada rasa happy sikit...", kata fariz sambil tersenyum. "Oh begitu... saya akan cuba ikut saranan awak tu kat rumah...", kata puan sri mia sambil tersenyum. "Good for you... anyway, sekejap lagi kita akan sampai di tempat yang saya maksudkan tu... awak bersabar dulu ya... biar saya bawa awak ke tempat tu...", kata fariz. "Baiklah...", balas puan sri mia sepatah. Tidak lama kemudian mereka pun sampai di tempat yang di tuju.

Fariz memberhentikan kereta mazda berwarna hitam itu di atas sebuah puncak bukit yang terletak tidak jauh dari jalanraya tersebut. Perlahan lahan dia melangkah keluar dari dalam kereta itu. Puan sri mia turut melangkah keluar dari dalam kereta tersebut. Langkahnya terhenti sebaik saja dia melihat pemandangan indah bandaraya mega di atas puncak bukit itu. Perlahan lahan dia berdiri di sebelah fariz. "Wow... tak sangka dari tempat ni kita boleh melihat seluruh bandaraya mega...", kata puan sri mia sambil memandang keindahan bandaraya mega. Kelihatan lampu di seluruh kawasan bandaraya mega bercahaya di malam yang sunyi sepi itu. "Yep... dari tempat ni kita boleh tengok keindahan bandaraya mega. Buat pengetahuan awak, saya selalu datang ke sini apabila saya merasa sedih atau tertekan...", kata fariz perlahan lahan. "Oh ya kah?", soal puan sri mia sambil memandang wajah pemuda tersebut. "Ya... saya sukakan pemandangan indah bandaraya mega di waktu malam. Kadangkala saya suka tengok bulan dan bintang di langit...", balas fariz sepatah.

"Samalah kita... saya pun suka tengok bulan dan bintang...", kata puan sri mia sambil tersenyum. "Tengok... bulan dan bintang pun ada di atas langit tu... cantik kan?...", fariz bersuara sambil menunjukkan bulan dan bintang di langit. "Ya, cantik...", balas puan sri mia sambil tersenyum. "Duduklah... biar saya ambil makanan dan minuman untuk awak...", kata fariz pada wanita tersebut. Perlahan lahan dia melangkah menuju ke arah kereta mazda yang terletak tidak jauh dari situ. Dia menarik keluar makanan dan minuman yang mereka beli di restoran KFC sebentar tadi. Sempat juga dia memasang radio di dalam kereta itu dengan volume yang sederhana. Dia membiarkan pintu kereta terbuka supaya irama lagu di dalam radio dapat mereka dengar di luar kereta tersebut. Dia meletakkan makanan dan minuman di sebelah wanita itu.

"Nah... di sinilah tempat yang paling best untuk menjamu selera. Sambil makan dan minum kita boleh tengok keindahan bandaraya mega dan sekaligus tengok bulan and bintang di langit...", kata fariz sambil tersenyum lebar. "Good idea...", balas puan sri mia tersenyum manis. Dia mula makan ayam KFC dengan di temani oleh pemuda itu. Angin malam bertiup lembut. Kedinginan malam mula terasa. Fariz lihat puan sri mia seperti menahan kesejukan pula. Perlahan lahan dia membuka baju jaket di tubuhnya. Kemudian dia meletakkan baju jaket tersebut di atas tubuh wanita itu. Puan sri mia merasa sedikit terharu apabila fariz melayannya dengan baik. Suaminya tidak pernah melayannya begitu. Paling paling pun dia buat muka selamba saja jikalau dia merasa kesejukan atau pun tidak selesa. "Thanks...", kata puan sri mia dengan lembut. "You are welcome...", balas fariz.

Mereka duduk di situ sambil makan dan minum. "Riz... terima kasih sebab awak sudi bawa saya ke tempat yang indah macam ni...", kata puan sri mia. "Sama sama... sebenarnya saya memang dah lama merancang hendak datang ke sini tapi saya tak berkesempatan untuk berbuat demikian kerana saya terlalu sibuk kebelakangan ini. Jadi malam ni saya bawa awak ke sini...", kata fariz. "Oh begitu... by the way, tempat ini memang best sangat... lain kali kita datang lagi ke tempat ini, ya...", kata puan sri mia sambil melirikan matanya. "Yalah...", balas fariz tersenyum. Ketika mereka sedang duduk di situ kedengaran lagu justin timberlake bertajuk 'cant stop the feeling', berkumandang dari dalam radio kereta. Fariz bangun lalu menyanyi dan menari mengikut rentak lagu tersebut. Tergamam puan sri mia sebaik saja dia melihat pemuda itu menyanyi sambil menari. Dia sungguh pandai menari.

"Kenapa awak tengok saya saja?... marilah menyanyi dan menari bersama dengan saya...", ajak fariz tapi puan sri mia menggeleng gelengkan kepalanya. "Alah... janganlah begitu... mari menari dan menyanyi dengan saya. Its so fun, you know...", kata fariz sambil menarik tangan wanita itu. Mahu tidak mahu puan sri mia pun terpaksa menari bersama pemuda tersebut. Mereka menari sambil menyanyi dengan riangnya. Puan sri mia merasa begitu gembira sekali pada malam itu. Dalam diam dia merasa terhibur. Rasa sunyi tidak ada lagi dalam hatinya. Fariz benar benar telah membuatkan dia lupa akan segala masalah rumahtangganya. Dia merasa tidak rugi menghabiskan masa dengan pemuda tersebut. Betul kata datin amira yang pemuda itu ialah seorang lelaki yang 'wild, funny and crazy'. Apa apa pun dia sukakan perwatakan fariz. Dia membuatkan jiwanya yang 'mati' terasa 'hidup' kembali. Setelah mereka puas menari dan menyanyi mereka pun berbaring di atas rumput nan menghijau dengan senyuman gembira terukir di bibir...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro