Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

018 🍎 UJIKAJI BUNIAN BIJAK

"DIAAMM!"

Beryl meninggikan suaranya. Wajahnya sudah merah padam.

Sylvan tidak henti-henti ketawa.

"Setakat terpijak najis macam tu sudah dianggap malapeteka?"

Ketawa bunian itu berlanjutan.

"DIAM! Kau tak kena kau tak tau!"

Beryl duduk di tepi sungai. Kasutnya yang baru dibasuh diletakkan disisinya.

Pemuda berambut merah itu menghembuskan keluhan. Wajahnya diraup.

"Aku tak sepatutnya tinggalkan Raegan.."

Sempat pula Beryl terasa kesal. Entah ya atau tidak.

Sylvan hanya sekadar tertawa.

"Aku rasa itu hanyalah kebetulan."

Sylvan mengurut dagunya.

"Tak...aku tak anggap tu sebagai satu kebetulan."

Beryl menidakkan hujah Sylvan.Satu keluhan berat dihembuskan.

"Bagi aku itu adalah kebetulan."

Sylvan menjongketkan keningnya sambil tersenyum.

"Kau gila apa? Bukan dah jelas ke? Itu malapetaka!"

Beryl cuba meyakinkan Sylvan.

"Malapetaka itu sepatutnyya adalah sesuatu yang memudaratkan."

Sylvan menyilangkan kedua tanganya.

"Terpijak taik tu memudaratkanlah! Aku boleh mati kalau aku tergelincir."

Beryl mula meninggikan suaranya.

"Apa? Jangan mengarutlah."

Sylvan mengangkat bahunya. Bunian berambut putih itu mula mengatur langkah.

Beryl berkerut. Ke mana Sylvan nak pergi!? Gila ke?!

"Sekejap! Kau nak ke mana?!"

Beryl mula gelabah.

"Ujikaji."

Jawab Sylvan bersahaja. Bunian berambut putih panjang itu hanya terus melangkah tanpa langsung mempedulikan Beryl.

"Berhenti! Kau tak boleh tinggalkan aku!"

Beryl terkial-kial berdiri dan menyarung kasutnya. Dia perlu menghalang Sylvan!

Mereka tidak boleh berpisah!

"Selamat tinggal dan jumpa lagi di lain masa!"

Sylvan melambai tangannya tanpa menoleh sedikit pun pada Beryl.

Nekad betul bunian bodoh ni.

"Sylvan!! Tunggu!"

Beryl meninggikan suaranya.

Sylvan mengabaikan sahutan Beryl. Semakin jauh pula dia berjalan meningglkan Beryl.

"Tak guna bunian bodoh! Dia buat macam aku hegehkan dia!"

Beryl merungut tidak puas hati!

Saat Beryl mula ingin mengejar Sylvan tak sampai pun beberapa saat--

GEDEBUKK!

Beryl tersandung batu!

Tubuhnya jatuh tertiarap di atas tanah
Bertambah malang, Beryl tergigit bibirnya sehingga berdarah!

"UMMMPHHH.....SAKKKkkkk--it..."

Beryl menahan sakit. Matanya berair.
Tak taulah ini malapetaka ataupun sebab kegopohan Beryl sendiri.

Lantaklah!

Buang masa nak fikir semua tu!

Bangun Beryl!

Tak ada masa nak merengek manja!

CEPAT! KEJAR SYLVAN!

KEJAR BUNIAN BODOH TU!

Beryl pantas berdiri dan terus berlari ingin mendapatkan Sylvan!

Sylvan pula sudah hilang daripda pandangan mata.

Gila betul bunian ni! Masalahnya sekarang ni! Kenapa segala malapetaka itu hanya berlaku pada Beryl?! Ini tidak adil!

🍎

Sylvan berhenti melangkah di tengah-tengah hutan.

Satu hembusan nafas dilepaskan.

"Seperti yang kusangka. Sumpahan cinta siluman adalah tahyul. Aku langsung tidak ditimpa sebarang mala petaka."

Sylvan bercekak pinggang dan tersenyum.

Angin musim luruh sungguh menenangkan. Suasana damai dihiasi dengan bunyi desiran daun sungguh menenangkan.

UU AK AK AK AKKKKK!!

Eh? Dahi Sylvan berkerut. Bunyi yang tenang dan damai serta merta lenyap.

Bunian itu mendongak.

"Oh, seekor monyet yang comel. Apa khabar!"

Sylvan melambai-lambaikan tangannya.

AKKKKKK..UUUH..UHH AKKK!!

Monyet itu tiba-tiba menjerit.

Rasa tak sedap hati pula.

Sylvan tersenyum seperti kerang busuk.

Risau betul dan alamak..... rasa menyesal pula.

Akk!AKKK!!!

Monyet itu mula melompat dari satu pokok ke satu pokok sambil terpekik terlolong.

Sylvan mula rasa tidak sedap hati. Monyet seekor ni agresif semacam.

Hmm...

Macam mana keadaan Beryl agaknya?

AKKKK!!!!!! HUU! huu!

Biji mata Sylvan terbuntang luas dan tertacap pada monyet itu. Monyet itu tiba-tiba hinggap pada satu pokok yang bukan calang-calang pokok.

Bzzzzz...bzzzzzz.....bzzzzz...


Wajah Sylvan kian memucat.

Sarang tebuan?!!

Sylvan meneguk air liurnya.

AKKKKKKKKKKKKK AKKK!!!!!!!

Dengan selamba sahaja monyet itu mematahkan sebahagian daripada sarang tebuan itu.

Baiklah, rasanya malapetaka sudah menghampiri.

"Aku perlu dapatkan Beryl...."

AAAAAAAAKKKKKKKKKKKKKKK!!!

Dengan selamba sahaja dan tanpa sebab monyet itu melontarkan serpihan sarang tebuan itu pada Sylvan.

Monyet gila....

DUSHHHH!!!!!!!!!

"BERYLLLLLLLLLL!!!!!!!!!"

bersambung...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro