Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

017 🍎 MUSYKIL MUSYKIL MUSYKIL

"Beryl?"

"Apa?"

"Aku rasa kita tak ada pilihanlah.."

"Apa maksud kau?"

"Kita terpaksa terima?"

"Ah! Tak nak! Kepala otak nak terima. MENGARUT! Bayangkan nak duduk serumah dengan kau pun aku tak mampu!"

Beryl meninggikan suaranya.

"Eh? Kau fikir apa? Kau ingat aku sanggup hidup dengan kau?"

Sylvan mula terasa jelik.

"Apa? Habis tu?"

"Maksud aku kita tiada pilihan lain dan terpaksa jadi kuli siluman tu. Faham? Bukan terima jadi suami isteri."

Sylvan menerangkan panjang lebar dan memutarkan bola matanya.

"Oh.. itu ke? Kenapa tak cakap awal-awal."

Beryl menjongketkan keningnya dan tertawa.

"Aku nak kita berpisah secepat mungkin."

"Oh...kena jadi kuli siluman tu ye?"

Beryl menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Itu sahaja pilihan yang kita ada."

Sylvan mula mengatur langkah.

Beryl masih berdiri.

Jadi kuli kepada siluman tu? Ish..tak naklah...

"Oi! Cepatlah..berdiri di situ buat apa?"

Laung Sylvan yang hanya dua langkah sahaja jarak mereka berdiri.

"Heh...takut berpisahlah tu?"

Beryl tertawa sinis. Sempat dia berjenaka.

"Aku tidak mahu mati katak."

Sylvan merengus.

"Tuan.."

"Berhentilah panggil aku tuan! Bukannya kau ada rasa hormat pada aku pun?"

Sylvan mula naik darah. Ada pelbagai tugasan yang bakal dirinya pikul dan dia terpaksa berhadapan dengan masalah bodoh ini?

"Habis tu? Nak panggil apa? Abang?? Er...."

Beryl meremang. Terkenangkan yang mereka kini adalah suami isteri terasa ingin muntah pula.

"Panggill aku, kanda.."

Sylvan pula tertawa sinis. Membalas jenaka Beryl. Wajahnya sedikit merah. Perasaan sakit hati dan segan bercampur.

"Err.. Hentikan gurauan bodoh ni. Sebelum ada antara kita yang muntah isi perut.."

Kedua tangan Beryl mengusap kedua bahunya sendiri. Sejujurnya tekak dia mula terasa mual.

"Benar kata kau.... Sudah, jangan buang masa. Cepat."

Sylvan mula ingin mengatur langkah.

"Err..tuan sekejap."

"Panggil aku Sylvan.."

"Oh, baiklah."

"Apa dia?"

"Aku musykil..."

"Musykil?"

"Ya, musykil."

"Musykil tentang apa?"

"Tentang status kita."

Beryl memutarkan bola matanya.

"Maksud kau?"

"Apa perasaan kau, kalau kita dah penat-penat jadi kuli tiba-tiba status perkahwinan kita ni? Sebenarnya tak wujud?"

Beryl menyilangkan kedua tangannya.

"Maksud kau Myran hanya mempermain kan kita?

Sylvan turut menyilangkan kedua tangannya.

"Ya."

"Kemungkinan itu ada. Siluman suka bodohkan bangsa lain.Hmm.... musykil .musykil..musykil..""

Sylvan terangguk-angguk.

"Apa kata dia? Kalau kita berpisah kita akan mati? Kalau berjauhan malapetaka akan menimpa kita?"

Beryl bertanya inginkan kepastian.

"Ya, begitulah."

"Sylvan..."

"Erm?"

"Aku nak buat eksperimen."

Beryl tersenyum.

"Uji kaji apa?"

"Aku nak uji sama ada betul atau tidak debu bodoh tu telah mengikatkan pertalian suami isteri antara kita."

"Baiklah..kita cuba. Kita mulakan dengan menjauhkan jarak antara kita."

Sylvan memberi cadangan.

"Tengoklah persekitaran yang damai dan tenang ni. Aku tak rasa ada malapetaka akan datang."

Beryl mendepakan kedua tangannya sambil berundur beberapa tapak kebelakang.

"Lainlah kalau naga tiamat muncul."

Beryl tertawa. Naga yang paling digeruni suatu ketika dahulu.

"Mulut jangan cabul."

Sylvan turut tersenyum sinis.

Beryl terus berundur kebelakang. Dada mereka berdua berdebar.

Sehinggalah langkah yang kesepuluh Beryl berhenti melangkah.

Nafasnya deras.

"Sepuluh langkah lagi..kalau tiada apa-apa maknanya siluman itu berbohong."

Sylvan menyuarakan pendapatnya.

"Baiklah, sepuluh langkah lagi"

Beryl menarik nafas dalam.

Dia berjalan membelakang.

Sepuluh langkah kebelakang.

"Sembilan langkah..."

"Tujuh langkah ...eh! Silap maaf. Lapan langkah."

Sylvan tertawa.

"Kiralah betul-betul! Mampus aku kalau terlebih langkah sebab kau. Kau tengoklah! Aku jadi hantu gergasi aku kacau kau!"

"Maaflah..dah cepat! Langkah seterusnya.."

"Berapa tadi?"

"Lapan."

"Betul ni?!"

"Betul.."

"Baiklah..lapan.."

Beryl berundur setapak kebelakang.

"Tujuh.."

"Enamm.."

"Lima..."

"Empat..."

"Tiga...."

"Dua..."

.........
...

..

Beryl meneguk airliurnya.

Sylvan turut terasa debarannya.

Beryl sempat menjeling langit. Harap-harap tiada naga yang akan muncul.

Baiklah langkah terakhir.

"Sa........tu.."

PYEKKKK...

"AGHH! Apa ni?!"

Beryl menjerit!

Sylvan membuntangkan biji matanya.

Apa yang berlaku pada Beryl?!

"Malapetaka apa ni?! Aku terpijak taik apa ni?!!!!!!"

bersambung...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro