016 🍎 NYANIAN JELIK PETUNIA
Beryl dan Sylvan keduanya sedang duduk bersandar pada bangku kayu.
Pasrah..
Baiklah..sekarang siapa sangka?
Mereka berdua adalah pasangan suami isteri.
Celaka betul.
Sylvan memicit-micit dahinya. Memikirkan masalah yang baru ditimpanya.
Beryl tersandar sambil melunjurkan kakinya. Pada hujung bibirnya tidak henti-henti melafazkan bisikkan carut.
Bengang terasa.
Apa betul ke? Sekiranya mereka berjauhan malapetaka akan menimpa mereka?
Tak nak percaya tapi terpaksa.
Suasana begitu tengang.
Angin musim luruh sedikit sebanyak menenangkan mereka berdua.
Sampai keringlah baju pada tubuh mereka yang kuyup ditimpa air hujan tadi.
Na~na~na~naaa~
nana~naaa~ na~nanaaaa~
nana~ naaa~na~nanaaaa~~
nana~~
(Utk nyanyian budak ni. Sy cadangkan rentakkan dengan lagu It ain't me sperti yang sy insert kat atas)
Suara nyanian kanak-kanak yang comel memecahkan suasana tegang.
Seorang kanak-kanak bernyanyi riang kedengaran.
Beryl melirikkan pandangan matanya ke arah kanak-kanak itu.
Sylvan turut mengangkat wajanya.
na~na~nanaaaa~ nana nanana~~Mama suka bunga..tanam dalam pasu..baja taik kucing~~nana naaa~
Dahi Beryl dan Sylvan berkerut seribu. Apa budak tu nyanyi? Peliknya seni katanya..
na~naa~nananaaa~ nana nananaaa~
Kucing aku comel~~~ comel macam bantal~~~aku nak tidur~~~nanana~~
Suara kanak-kanak itu semakin menghampiri.
nananana~~~nana~ nanana~~~
Cikgu aku botak...pakai cermin mata...
baik orangnya..ajar matematik~~~
nanana~~~nana~
Sylvan mula tersenyum menampakkan baris giginya saat terlihat tubuh gebu seorang anak kecil melompat riang menuju ke arah mereka sambil terus menyanyi entah apa yang tak ada kena mengena.
Beryl pula hanya sekadar menjongketkan keningnya.
Pada tangan kanak-kanak itu terdapat anak patung beruang. Dihayun-hayunkan di udara sambil terus menyanyi riang.
"Nanananaaaa~~kucing aku berak~~berak dengan senyuman~~Baju aku basah~~sup mama buat tumpah atas lantai~~~nanana~~"
Sylvan menggigit bibir menahan ketawa mendengar seni kata mengarut daripada budak kecil itu.
Beryl pula tertawa kecil dan menjongketkan keningnya. Senyuman sinis terukir pada bibirnya..
"Nanananaaa~~~aki sayang abah tapi baju abah busuk..buat kain buruk... i~~ nanana~~"
"Oit..sayang. Sini jap.."
Beryl memanggil gadis genit comel itu.
Nyanyian gadis itu terhenti.
Aduh! Kacaulah Beryl ni, baru nak dengar dia nyanyi lagi!
"Hurmmmm??"
Gadis genit dan comel itu menghampiri Beryl.
"Abang panggil saya?"
"Ya, sayang.." Beryl memaut pinggang kecil gadis itu.
Sylvan sekadar berkerut dan melirikkan mata birunya pada mereka berdua.
"Nama siapa?"
Beryl bertanya.
"Petunia.."
Jawab gadis itu.
"Comelnya nama.."
Beryl mencuit hidung gadis itu. Comel betul. Si gadis kecil itu merapatkan matanya saat Beryl mencuit hidungnya.
"Petunia suka nyanyi ye? Sedap betul suara".
Puji Beryl ikhlas.
"Suka.."
Petunia mengangguk dan tersenyum.
"Siapa ajar nyanyi?"
Tanya Beryl sambil merenung wajah tembam gadis itu.
"Ayah ajar.."
Petunia tersenyum.Tersipu gadis itu apabila ditemu ramah bagaikan seorang penyanyi terkenal.
"Ayah siluman ke?"
Beryl bertanya dalam nada sinis.
Sylvan berkerut seribu apabila Beryl bertanyakan soalan sedemikian.
"Taklah....kenapa,abang??"
Petunia memuncungkan mulutnya.
"Bagitau ayah. Lagu tu bodoh. Macam orang gila punya lagu. Pergi buat lagu lain."
Selamba sahaja Beryl mengutuk senikata nyanyian Petunia.
"Errr...Beryl?"
Sylvan tersentak dan mula tidak sedap hati. Biar betul Beryl ni.
"Abang jahat!"
Bibir Petunia mula terketar-ketar menahan nangis.
Beryl hanya sekadar tertawa kecil yang sinis. Padan muka. Segala apa yang menjengkelkan mengingatkannya pada siluman gila.
Petunia memasamkan wajahnya. Air liur dikemam di dalam mulut sebanyak-banyaknya dan sepekat-pekatnya!
"PTUIHHHHHHHHH!! PLUERKKK!!"
Petunia meludah pada wajah Beryl! Tepat air liur pekatnya terkena pada wajah lelaki itu!
DUSHHH!!!
Anak patung beruang dilibas dan tepat terkena pada mata Beryl!
"Abang bodoh!"
Petunia terus berlari pergi!
"Ishh!!! Tak guna!"
Beryl memejamkan matanya erat! Pedih terasa!
Sylvan bantai ketawa!
Pantas Beryl mengesat wajahnya dengan lengan bajunya. Tak guna pekat betul air liur budak ni! Busuk pulak tu! Kahak apa?!
"Itulah, lain kali jangan lepaskan marah pada orang lain."
Sylvan sempat menasihat.
bersambung....
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro