Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

015 🍎 PERKAHWINAN SAMA JENIS

Mengharungi sangat getir hidup bersama adalah lambang cinta sejati.

Bahagia dan tertawa saat kehidupan disiram dengan berita gembira adalah lambang cinta yang sempurna.

Seandainya maut menyambar nyawa, datanglah iringi pemergian itu. Itu adalah bukti perpisahan tidak pernah wujud antara cinta.

Itulah tanda ikatan cinta seorang siluman.

Manusia menyarungkan cincin pada jari sebagai tanda ikatan cinta.

Tapi tidak bagi bangsa siluman.

Mereka menyatukan dua insan dengan menggunakan sihir.

Sihir yang senantiasa menyatukan mereka, sihir yang tidak akan benarkan perpishan wujud antara dua insan.

Seandainya mereka berpisah mahupun berjauhan.. ajal dan segala bentuk malapetaka akan meragut nyawa mereka.

POFFFFFF!!!!!!!!!!!!!!!

Debu sihir telah dilemparkan!

Terasa geram sangat dengan apa yang diperkatakan Beryl! Myran pun melemparkan debu sihir itu.

Secara tak sengaja mahupun tidak, itu belakang kira.

"Kenapa lemparkan kat aku?!"

Beryl membuntangkan biji matanya! Debu-debu yang melekat pada tubuhnya yang basah kerana air hujan ditepuk-tepuk.

"Kenapa aku dan dia? Aku tak cintakan dia. Kami berdua lelaki."

Sylvan terpinga-pinga.
Kenapa Myran lemparkan pada dirinya dan juga manusia ini?

Myran tersenyum sinis.

"Padan muka, siapa suruh berdiri dekat-dekat..."

Myran menyilangkan kedua tangannya sambil memerhatikan gelagat badut dua ekor di hadapan matanya.

"Apa? Apa maksud semua ini?!"

Sylvan seakan-akan tidak percaya.

"Ini gila!"

Beryl semakin cemas.

Sylvan dan Beryl berpandangan sesama sendiri.

Myran menepuk tangannya.

"Selamat pengantin baru~~~🎶"

Ucap Myran dengan nada sinis.

Beryl membuntangkan lagi biji matanya.

"Apa maksud semua ni?! Aku tak faham?!"

Sylvan pula masih terkebil-kebil.

"Kau manusia dan bunian tak akan berpisah. Sekiranya berpisah dalam jarak tertentu kamu berdua akan mati."

Myran tersenyum sinis.

"APA?! Aku dan dia berkahwin?!!!"

Beryl meninggikan suaranya.

"Lembab.. daripada tadi dah..."

Myran memutarkan bola matanya.

"Dengan bunian kolot ni?!"

Jari Beryl ditundingkan pada Sylvan.

"Beryl... tak sangka kau adalah pasangan aku yang keempat? Tak sangka.."

Sylvan tersenyum dan menepuk dahinya.

"Ini menjijikkan! Ini cinta larangan! Terlebih terlarang! Bukan setakat bangsa dan usia! Tapi jantina pun terlarang! Lelaki mana boleh bercinta sesama lelaki! Ini menjijikkan! Aku masih ada nafsu terhadap perempuanlah!"

Sylvan memutarkan bola matanya dan mengeluh.

Lelaki bunian itu menepuk bahu Beryl.

"Beryl... kenapa gelabah. Boleh bertenang??"

Beryl berkerut seribu seraya menoleh pada Sylvan.

"Gila tak gelabah?! Aku tak nak tidur sekatil dengan kau! Aku tak nak habiskan sisa hidup aku dengan kau. Kau membosankan."

Selamba sahaja Beryl meluahkan rasa bencinya terhadap Sylvan.

Sylvan mengeluh.

"Beryl, kita boleh bercerai.."

Beryl terdiam.

"Oh...."

"Kita boleh bercerai. Jadi jangan risau.'

Sylvan memegang bahu Beryl. Kecoh betul manusia bengab ni. Terasa jelik pula. Ingat dia sorang sahaja jijik?

"Macam mana nak bercerai?"

Tanya Beryl tulus.

"Hanya yang kahwinkan kita sahaja mampu ceraikan kit--"

"Jangan harap!"

Myran memotong cakap Sylvan.

Beryl dan Sylvan terdiam.

"Jauh sekali aku tidak akan pisahkan kau berdua..."

Myran tersenyum sinis.

"Apa? Mana boleh macam ni?"

Beryl berkerut.

"Nikmatilah saat-saat bahagia bersama."

Myran tersenyum.

"Myran.. janganlah macam ni. Saya perlu lakukan macam-macam tugas. Tak nak lah manusia hingusan ni menyibuk."

Sylvan menyuarakan suara hatinya.Sengaja dia mengutuk Beryl.

"Apa hingusan kau kata?"

Beryl tidak puas hati.

Sylvan hanya sekadar abaikan Beryl.

Myran berfikir sejenak.

"Hmmmm...ada beberapa perkara yang aku nak kau berdua turuti."

"Apa lagi?"

Beryl memintas.

"Kalau kau nak aku ceraikan kau berdua jadi hamba abdi aku dulu."

Selamba sahaja Myran memberikan syarat dan arahan.

Aduhhhh...

Sylvan mengeluh.

Beryl menepuk dahinya.

Aduhai...nasib..

Di manakah agaknya Salanah sekarang ni? Harap-harap dia boleh pulang cepat. Rasanya.. hanya dia sahaja yang mampu pujuk Myran.

🍎

Salanah tersenyum. Akhirnya tiba juga dia di tanah Kerajaan Siluman.

Salanah tersenyum saat susuk tubuh seorang lelaki kelihatan. Seorang pemuda, seorang perpustakawan yang amat dikenalinya.

"Apa khabar, Rasmus!"

Salanah melambai tangannya.

"Salanah.. lama tak jumpa. Apa hajat ke sini?"

Lelaki siluman bermata hijau tersenyum.

"Macam biasa.. bercuti di tempat paling aku suka. Perpustakaan!"

Salanah tersenyum riang.

"Patutlah kau suruh aku jemput kau.Bila sampai?"

Rasmus tersenyum.

"Semalam."

Jawab Salanah sepatah sambil tersenyum manis.

"Jum, aku bawak kau pergi perpustakaan."

Rasmus mempelawa.

Salanah mengangguk.

Maka mereka berdua pun berjalan bersama sambil berbual kosong diiringi dengan cuaca berangin yang indah.

"Lama ke kau nak lepak sini?"

"Selama yang mungkin."

bersambung...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro