Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

011 🍎 BERYL ADALAH PENJENAYAH

Urgh! Pagi yang indah!

Beryl menggeliat sehabis-habisnya.

Berpakaian segak di musim luruh.

Hari ni Salanah kata dia ada hal. Maka, hari ni adalah hari yang bebas!

Sejak tiba di Eplé Beryl langsung tiada kesempatan untuk melawat Eplé.

Hari sebelum-sebelum ini adalah hari malang! Tak guna betul!

Hari-hari jumpa Salanah! Keluar berjanji temu! Katanya Aku masih belum cukup layak nak jadi kekasih orang.

Katanya aku ni tak pandai memujuk.
Katanya aku tak romantis.
Katanya aku kasar.

Aduh, letih betul!

Tak apa. Anggaplah semua ini hanyalah sebagai dugaan hidup insan terpilih.

Maka ini adalah harinya!

Hari bertuah Beryl!

Tombol pintu dibuka luas.

Cahaya mentari mula menyinari!

"Eh?"

Tercegat seorang pemuda bunian berpakaian lengkap seragam Rosamund di hadapan pintu kediaman Beryl.

"Selamat pagi. Encik Yyscadtobleron?"

Senyuman manis bergayut di bibirnya.

"Hah? Apa benda tu?"

Beryl terpinga-pinga.

Eh! Tak!!!

Itu bukan nama yang direkanya?

"Ya! Ya, saya. Ada apa tuan?"

Beryl mula gelabah.

Dahi Beryl berkerut. Apa lagi?! Masalah lagi ke?!

"Saya Sylvan. Pegawai Kelas 1 Pangkat 3 ingin menjemput Encik Yyscadtobleron ke muka pengadilan."

"Hah? Apa ni? Saya tak faham lah?"

Kekeliruan semakin menguasai mindanya.

"Encik adalah penjenayah yang dikehendaki."

Ujar bunian itu bersahaja.

"Hah? Apa ni?! Aku penjenayah?!"

KTAKKK!!!

Kedua tangan Beryl digari oleh lelaki bunian berambut putih itu.

"Sila ikut saya dan sila jangan bantah."

Bunian bernama Sylvan itu tersenyum.

"Kenapa?! Ap?Apa aku buat?!!!"

Beryl tidak puas hati.

"Sila ikut ke pejabat saya. Ada seseorang tunggu encik di sana.." 😉

🍎

"Tuan, apa salah saya tuan? Saya baru sahaja tiba di Eplé. Bila masa saya sempat buat jenayah?"

Beryl terus merayu sepanjang perjalanannya diiringi oleh Sylvan ke pejabat.

"Lagipun jenayah apa yang tuan maksudkan? Dan siapa yang tergamak buat tuduhan tidak berasas ni?! Aku akan dakwa dia!"

Beryl merengus geram.

"Tuan? Tuan tak boleh buat tindakan melulu macam ni. Tuan kena dapatkan bukti."

Sylvan berhenti melangkah.

"Encik sudah tiba di kamar pejabat saya. Sila masuk dan terima kasih untuk kerjasama yang diberikan."

Sylvan membuka pintu.

Sakit pulak hati Beryl. Celaka mana yang gamak buat fitnah!

Salanah?! Adakah Salanah?!

Hati Beryl mula terbakar. Panasnya hatinya.

Nak atau tak nak? Beryl terpaksa akur.

Dengan hati yang berat dia melangkah masuk.

"Kita jumpa lagi... wahai sahabat."

Suara seorang lelaki kedengaran.

Dahi Beryl berkerut.

Lelaki ni?

Myran?!

Stefanus Myran Sandros?!!!!

"Kau?! Kau siluman gila tu?!"

Pandangan mata Beryl terbuntang luas.

"Encik Yysca---"

"Panggil aku Beryl jelah!"

Beryl memotong cakap Sylvan. Meluat dia mendengar lelaki Rosamund itu memanggilnya dengan nama rekaan bodohnya itu. Dengan dialek baku bunian kolotnya lagi.

URGHHH!! MELUAT!

Menyesal pulak terasa bagi nama putar belit macam tu.

"Ah, ya. Beryl. Encik Stefanus membuat aduan. Dia berkata anda telah berkelakuan biadab terhadap kekasihnya."

Sylvan memulakan hujahnya.

"Apa?!"

Beryl meninggikan suaranya.

"Ya, betul tu."

Lelaki siluman itu menghampiri Beryl sambil terangguk-angguk.

"Kata Encik Stefanus lagi.. Beryl juga berbahasa kasar terhadap kekasihnya."

Beryl menggenggam kedua tangannya dengan gari yang masih terkunci. Rasa macam nak sangat tepuk dahi atau tepuk sesiapa. Terutama sekali bunian bodoh ni!

"Ini aduan apa Rosamund terima ni? Aduan bodoh? Hal remeh macam ni pun nak bawa ke atas?"

Beryl mula hilang sabar. Sakitnya hatinya.

"Siapa nama kau? Beryl ye?"

Myran bertanya sinis.

Beryl tidak menjawab. Sekadar merenung tajam pandangan mata siluman itu.

"Beryl dengar sini. Aku tau perkara ni adalah perkara kecil. Tapi kalau kau nak aku tarik balik tuduhan ni kau kena ikut satu arahan aku."

"Apa yang kau nak?"

Beryl bertanya dingin.

"Beryl..."

Sylvan memegang bahu Beryl.

"Sekiranya kau nak masalah ini selesai dengan cepat.Ikut sahaja arahannya."

Beryl memutarkan bola matanya. Cakap senanglah.

"Cepatlah cakap. Arahan apa yang kau nak bagi aku?"

"Ini berkaitan dengan Salanah.."

bersambung......

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro