005 🍎 TEMU JANJI GAGAL
"Beryyyylllllllll!!!!!!!"
Jeritan si gadis kedengaran begitu bingit. Salanah berlari ke arah si pemuda berambut merah dan terus memeluk tubuhnya dari belakang.
Sengaja memanggil Beryl dengan nada yang begitu gedik dan sangat manja.
"Oi! Jangan buat macam ni lah! Kalau orang nampak?"
Beryl meleraikan dakapan gadis siluman itu. Terasa jelik dan meluat. Si gadis siluman hanya sekadar mempamerkan lagak selamba.
"Beryl! Tengok! Cantik tak baju aku?"
Salanah memusingkan tubuhnya dengan niat ingin meragakan pakaiannya. Gaun merah beralun mengikut lenggok tubuhnya.
Beryl berkerut melihatnya dari atas sehinggalah ke bawah. Baju dress putih dan berkain labuh merah.
"Asyik pakai merah je. Semalam pun merah. Tak bosan ke?"
Beryl mencebik. Warna merahnya terlalu garang. Tak minat Beryl. Merah yang menawan hanyalah seperti rambutnya.
Salanah memasamkan wajahnya mendengar komen Beryl. Apa yang diharapkan adalah pujian! Bukan kritikan!
Jari telunjuknya pantas sahaja menunjal dahi Beryl!
"Tu! Kepala kau tu! Merah hari-hari ?! Tak bosan?"
Salanah merengus dan terus berjalan pergi. Beryl mencebik. Macam sial je perangai.
"Kak..."
Beryl mengekorinya dari belakang. Senyuman sinis terukir di bibir. Sengaja memprovok gadis siluman itu.
"Berani kau panggil aku kakak?
Salanah pantas menoleh. Bola mata birunya menyinga merenung wajah Beryl.
"Kalau nak nampak muda jangan marah-marah."
Beryl menjungkitkan kening. Senyuman sinis kekal terukir di bibirnya.
Salanah menjeling dan merengus. Terus mengatur langkah pergi.
"Kita nak pergi mana ni?"
Tanya Beryl bersahaja. Hanya sekadar mengekori Salanah dari belakang.
"Ladang epal."
Jawab Salanah dingin tanpa menoleh pada Beryl.
"Alah, janganlah dingin-dingin.Merajuk-merajuk. Bermasan muka. Ini kan temu janji. Cubalah senyum sikit."
Beryl bermain madah bicara. Cuba mengusik hati si gadis siluman yang gedik.
"Diamlah. Kau yang rosakkan segalanya."
Langsung Salanah tidak mahu menoleh. Beryl memutarkan bola mata. Mempamerkan ekspresi meluat. Salanah ni dahsyat. Bila-bila masa sahaja anginya bertukar.
"Kenapa aku pulak? Sebab aku tak puji kau?"
"Diamlah."
"Aku bukan tak nak puji. Nanti kau kembang koyak baju tu. Sesakan nafas aku je nanti.Haha!"
"Kau tak tau malu ye? Muda-muda lagi dah miang ye?"
Salanah merengus dan terus melangkah dengan hentakkan kaki yang kuat. Tanda marah.
"Laki mana tak gatal? Kalau dah nampak perempuan cantik."
Beryl menyatakan sebuah fakta. Laki tak gatal tak wujud. Kalau ada pun hmm.. satu dalam infiniti.
"Diam. Aku tak nak dengar apa-apa."
"Sekarang ni kita nak pergi ladang epal buat apa?"
Tanya Beryl yang jelas kelihatan bosan. Temu janji apa macam ni? Bosan nak mati.
"Kutip buah epal."
Jawab Salanah dingin.
"Buat apa?"
"Buat Myran sakit hati. Nanti dia akan datang."
"Apa? Myran? Apa ni?"
Beryl terpinga-pinga.
"Apa bodoh sangat ni?"
"Yelah, aku tak faham. Apa kena mengena kutip buah epal?"
Beryl mula terasa jelik. Jawab nak tak nak lepas tu nak marah-marah bila orang minta penjelasan.
"Cuba bukak sikit kepala otak kau tu? Nak buat Myran cemburulah! Kutip buah epal bersama-sama adalah tanda mesra! Aku nak buat Myran benci aku! Tak akan tak faham lagi?"
"Masalahnya sekarang ni, kenapa kau nak marah-marah?"
Baiklah. Beryl bukan seorang yang penyabar. Dan gadis siluman ini ternyata telah menguji kesabaran Beryl.
Masa datang tadi kemain baik anginnya. Ini sejak kena kritik tentang warna baju yang sama, angin mendadak jadi tak baik.
Melampau!
"Kau tanya soalan bodoh kan? Mana aku tak sakit hati."
"Siapa yang bodoh sekarang ni? Kau nak dia cemburu macam mana? Aku dan kau ni lagi dahsyat daripada anjing dan kucing tau."
"Itu aku tak peduli. Yang aku nak pastikan, Myran mesti meluat dan benci dengan aku."
"Kau pun kenalah bagi kerjasama! Jangan lah marah-marah!"
Beryl sedikit meninggikan suaranya.
Salanah terdiam.
"Kalau datang bulan duduk rumah. Oh, aku faham. Patutlah kau pakai merah. Tak adalah perasan kalau terbocor."
Beryl tertawa.
"Jangan biadab!"
Pak! Kena tampar.
🍎
Sedar tak sedar, sepanjang perjalanan mereka bertekak tanpa henti. Akhirnya mereka pun tiba di ladang Eplé.
"Baiklah sekarang ni aku kena berlakon jadi lelaki paling romantik."
Tiada jawapan daripada Salanah.
Asyik dan leka melihat gugusan buah epal.
Bakul yang sedia ada dicapai.
Salanah melutut. Bakul diletakkan di sisinya.
Aduh...
Salanah berbisik perlahan. Bisa sangat. Jarinya tercucuk paku di dalam bakul tersebut. Bisa..Darah mula mengalir.
"Salanah.."
"APAHAL?!"
Salanah tiba-tiba meninggikan suaranya! Terasa jelik dengan suara Beryl. Beryl berkerut seribu. Wajahnya jelas mempamerkan ekspresi keliru.
"Eh? Apahal tengking-tengking ni? Aku panggil kakak salah. Panggil nama kau pun salah?"
"Ya, salah!"
Salanah meninggikan lagi suaranya! Emosinya terganggu. Dah sakit melepaskan marah pada orang lain. Seburuk-buruk perangai.
"Habis tu? Nak aku panggil apa? Sundal?"
Beryl semakin meluat. Dah tak boleh sabar dengan perangai perempuan siluman gila ni. Kata-kata sinis dilemparkan tanpa berfikir panjang.
"Kau melampau tau tak! Jangan melampau hina aku!"
Salanah terus meninggikan suaranya. Semakin meluap-meluap api kemarahannya. Pantang kalau ada yang biadab dengan dirinya. Tapi kalau dia buat orang, tak apa.
"Sekarang ni aku nak tolong kau tapi kau----"
BUKKKKKKK!!!!!
Satu tumbukan yang padu dan padat singgah pada wajah Beryl!
Tepat mengena wajahnya!
"BERYLLLLL?!!!!"
Bersambung
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro