002 🍎 JANGAN MENANGIS SAYANG
"Janganlah gelabah..saya bukan hantu.."
Gadis itu menyeka air matanya. Nafas ditarik dalam dan dihembus perlahan. Si gadis cuba untuk menstabilkan emosinya.
"Maaflah...tiba-tiba je dengar suara saya menangis.."
Si gadis memohon maaf. Pandangan mata yang masih tersisa dengan air mata merenung pandangan wajah Bery. Beryl pula masih lagi terasa cemas. Dadanya jelas kelihatan turun dan naik.
"Apa kau buat dalam rumah aku?!"
Beryl melenting! Boleh selamba dia suruh jangan gelabah?! Memang macam hantu lagaknya!
"Rumah awak ke?? Saya ingat rumah ni tak berpenghuni."
Gadis itu terpinga-pinga. Pandangan mata merenung setiap inci ruang kamar yang penuh dengan habuk dan sawang.
"Lantaklah rumah siapapun! Apa kau buat dekat sini? Menangis-nagis pulak tu."
Beryl tidak puas hati. Bagaimana gadis ini boleh berkelakuan selamba setelah pecah masuk ke dalam rumahnya? Lagi satu, perempuan ni tak takut ke duduk menangis sorang-sorang dekat rumah usang ni? Beryl menghembuskan nafas kasar dan terus meraup wajahnya. Pening betul kepala dia!
Masalah!
Masalah!
Masalah!
"Aku larikan diri daripada Myran."
Si gadis tiba-tiba bercerita tanpa segan-silu saat pandangan wajah tertunduk. Apa? Bertambah-tambah kerutan di dahi Beryl. Perempuan ni faham tak? Bukan itu yang Beryl nak dengar. Beryl langsung tidak berminat dengan apa yang berlaku pada dia.
Tapi...
Tapi kalau dah tanya apa buat di sini? Itulah kot jawapannya. Beryl menepuk dahi! Tak faham betul apa yang bermain dalam kepala otaknya sendiri.
"Myran mana pulak ni."
"Myran.. aku benci dia."
Si gadis menggigit bibir menahan sebak. Air mata kembali menitis. Beryl terkebil-kebil. Dramatik betul perempuan ni.
"Oh, jadi dialah yang buat kau menangis ni?"
Beryl memutarkan bola matanya. Layankan lah jugak cerita perempuan ni. Masalah cinta bodoh.
"Ya, Myran lelaki tak guna. Dia terlalu kasar dan mendesak. Aku benci semua tu."
Si gadis mengepal buku lima. Dadanya mula berombak deras saat ribut hiba datang menyerang. Kedua tangan terus meraup wajah dan akhirnya si gadis menangis teresak-esak.
Beryl berkerut. Aik? Sambung menangis balik? Aduh, benci betul tengok perempuan menangis ni. Beryl bukannya pandai bab memujuk ni.
Isk...iskk...
Alamak?! Esakkan gadis itu semakin kuat kedengaran.Beryl serba salah. Menyesal pulak tanya siapa yang menjadi punca dia menangis ni. Beryl bukan minat pun nak tau.
Macam mana nak pujuk ni? Tak sampai hati pulak.
"Isk...isk..Myran.. jahat.. sampai hati buat aku macam ni.."
Esakkan gadis itu semakin menjadi-jadi.
"Errr..."
Beryl mengambil tempat duduk di sisi gadis itu.
"Isk...iskk..."
"Berhenti menangis..."
Kaku sahaja kedengaran nada suara Beryl.Gadis itu pula masih lagi teresak-esak.
"Fikirkanlah sesuatu yang kelakar. Nanti tak adalah kau sedih."
Beryl berseleroh. Gadis itu masih lagi menangis. Tiada langsung tanda untuk tangisannya reda.
"Baiklah..macam nilah.. Biar aku ceritakan tentang sesuatu yang kelakar."
Beryl melirikkan matanya pada gadis itu. Harap-harap menjadilah lawak dia.
Nafasnya dihembuskan.
"Ada seorang lelaki ni.. dia nak lamar seorang perempuan dengan sebentuk cincin.."
Beryl memulakan bicaranya.Gadis itu menyeka air matanya. Sekali-sekala sedu-sedannya kendengaran. Mujurlah dia masih jugak nak dengar lawak jenaka Beryl. Harap-harap menjadilah.
"Masa makan malam di restoren mewah, lelaki tu telah letakkan cincin lamaran di dalam seglas air cincau perempuan tu. Tapi malangnya perempuan tu tercekik kan cincin tu dan terus mati. Tamat!"
Gadis itu terus menoleh pada Beryl seusai cerita tamat dibicarakan.Beryl menjongketkan keningnya.
"BODOH! Jangan jadikan kematian tu sebagai bahan lawak!"
Gadis itu tiba-tiba melenting! Beryl tersentak! Tak sangka kena marah.
"Maaflah.. aku tak pandai buat lawak. Tapi sekurang-kurangnya senyum lah sikit."
Isk...iskk....sob.sob..
Tangisan gadis itu kembali kedengaran.
Beryl menghembuskan keluhan. Betina ni. Harap rupa je lawa.Rupanya kuat menagih perhatian. Orang dah pujuk pun masih lagi tak reda.
"Buat apalah menangis untuk lelaki. Bukan dia nampak pun air mata kau ni. Kalau nak simpati pergi menangis depan dia."
...........
Wuuuuuuu.....isk..isk..iskkk!
Gadis itu menekup wajahnya. Hahaha. Kata-kata Beryl ternyata menambahkan lagi air mata gadis itu. Sekali lagi Beryl mengeluh. Dahinya dipicit-picit. Sakit betul kepala apabila tidur tak cukup. Baiklah, tiba-tiba Beryl teringat akan pesanan maknya. Mak pesan, kalau seorang gadis itu sedang berduka maka hiburkanlah hatinya. Buat dia gembira.
"Kau nak berhenti menangis tak? Kalau tak aku boleh tolong."
Ujar Beryl dalam nada mendatar. Gadis itu mengalihkan pandangan wajahnya pada Beryl. Sedu-sedan dan esak hibanya masih kedengaran.
Mengharapkan Beryl mampu menghiburkan hatinya yang lara.
"Kau baringlah atas katil. Meh aku naik sekali dan hiburkan kau."
Beryl tersenyum nakal.
PAKKKKK!!!
Satu tamparan hebat singgah pada pipi Beryl.
🍎
"Aku pelik.. macam mana kau boleh masuk dalam rumah aku?"
Beryl bertanya sambil mengusap pipinya. Tak apalah. Walaupun dia marah, sekurang-kurangnya Beryl berjaya buat dia berhenti menangis.
"Pintu belakang dah terkopak. Aku masuklah."
Jawab gadis itu selamba.
"Eh?"
"Apa eh?eh? Kata rumah sendiri tapi tak tau apa-apa."
"Err.....aku baru pindah lah ke sini."
Beryl tegaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
"Oh..patutlah. Nama kau siapa?"
"Beryl."
"Beryl sahaja?"
"Panggil Beryl jelah. Kau sibuk apahal?"
"Nama macam perempuan.."
"Diamlah..Kau tu? Nama kau apa?"
"Megan Salanah Marlys. Panggil aku Salanah."
"Kejap..kalau ikutkan susunan nama tu? Kau ni siluman?"
Beryl berkerut. Nama sebenar yang diapit nama keluarga adalah nama buat bangsa siluman.
"Ya, aku seorang siluman."
"Mak aku pesan, kalau jumpa siluman dan hantu. Bunuh siluman dulu."
"Memanglah. Mana boleh bunuh hantu. Perkauman betul."
"Baiklah Salanah, pedulilah dengan apa orang tua-tua cakap. Ni dah pagi buta dah ni. Aku nak tidurlah."
"Tidurlah"
Beryl berkerut..
"Apa maksud kau?"
"Tidur jelah situ. Aku tak akan ganggu kau."
"Tak. Masalahnya kau kena keluar."
"Tak nak."
"Apahal pulak?!"
"Beryl..."
Lembut sahaja kedengaran suara Salanah.
"Apa....."
Cairlah jugak Beryl.
"Aku nak minta tolong..."
"Apa?"
"Jadi kekasih aku.."
Bersambung
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro