Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

TEASER 9

Hyunjin dan Yeonseok jatuh kasihan melihat sahabat mereka itu dilayan acuh tak acuh oleh Cyrena. Hanya pandangan lirih yang mampu diberikan.

Semuanya saling silih berganti melihat sesama sendiri.

Cyrena tidak sepatutnya melayan Kyungjae begitu. Dia tidak bersalah kerana tidak mengingati siapa dirinya. Tapi Cyrena sekarang bukanlah Cyrena yang pernah mereka kenal dahulu.

Cyrena yang sekarang lebih keras kepala dan tembok egonya sukar untuk diruntuhkan. Tentang putusnya pertunangan Cyrena dan Kyungjae juga sudah diketahui oleh anggota Knight.

Mereka sendiri tidak tahu kenapa Cyrena hanya memikirkan perasaannya sahaja. Mungkin salah mereka juga tidak memberitahu perkara sebenar kepada Cyrena. Fiona sendiri baru tahu keadaan Kyungjae baru-baru ini. Namun jika dia ingin mengatakan perihal Kyungjae, Cyrena pasti akan mengelak.

Kadang tanpa sedar Cyrena tidak sengaja menengking Fiona. Sejak hari itu, Fiona hanya mengikut sahaja cadangan anggota Knight dan Irene. Kembali semula kepada keadaan sekarang, dewan yang tadi hanya kedengaran bunyi bising barang-barang yang diangkat tiba-tiba senyap.

Semua orang terdiam dan terpaku ditempat mereka. Masing-masing tertanya-tanya apa yang telah berlaku. Bunyi hentaman objek berupa besi ke lantai telah membuat semua orang terdiam. Kejadiannya begitu cepat berlaku. Bunyi tersebut datangnya dari sisi dewan.

Tanpa berlengah lagi, mereka bergegas berlari ke sisi dewan untuk melihat apa yang telah berlaku. Perkara pertama yang mereka lihat adalah beberapa tiang besi yang akan digunakan untuk bahagian pelamin sudah tumbang. Fiona yang tidak melihat kelibat Cyrena pun meliarkan pandangannya.

"Guys... Rena mana?" soal Fiona.

Saat itu juga merekatercari-cari dimana keberadaan Cyrena. Yeonseok kata tadi Cyrena pergi ketempat mereka berada sekarang untuk mengambil barang. Dia juga melihat Kyungjaedan seorang pekerja butik turut ke situ untuk mengambil barang. Ketika merekasedang mencemaskan Cyrena, seorang pekerja butik datang menghampiri mereka.







Salam sayang,

themiracle401/NHabibah

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro