Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

TEASER 7

Tok! Tok! Tok!

Ketukan pintu dari luar tidak semena-mena menganggu konsentrasi dan ketenangan Cyrena untuk menyiapkan rekaannya. Suara meminta kebenaran untuk masuk didengarinya lalu dia menyuruh untuk masuk. Pintu tersebut dikuak oleh salah seorang pekerjanya yang menjawat jawatan setiausaha sementara iaitu Sohee.

"Unnie..."

Wajah didongak melihat Sohee yang berdiri di muka pintu. "Ya Sohee?"

"Encik Kim dan pasangannya dah sampai." Sohee pun mengatakan maksud kedatangannya itu.

"Oh okey baiklah. Awak suruh mereka tengok katalog yang ada dulu. Kejap lagi unnie datang."

Sohee hanya mengangguk dan segera mengundurkan diri untuk pergi melayan pelanggannya itu. Cyrena pula sedang mengemas sedikit meja kerjanya sebelum keluar menemui pelanggan yang telah membuat temu janji itu. Selesai mengemas, dia berjalan ke arah pintu lalu keluar menuju ke ruang menunggu.

"Annyeong dan selamat datang ke Butik Rosealla. Maafkan saya kalau sudah buat encik dan pasangan menunggu lama." Cyrena segera menyapa pelanggannya itu. Beserta dengan anggukan.

"Annyeong. Tidak mengapa, cik Rena. Kami pun baru saja tiba dan sedang melihat katalog-katalog yang ada." kata encik Kim.

"Okey baiklah. Silalah tengok dan pilih."

Mereka kembali tenggelam dalam pemilihan dekorasi dewan, pakaian, kad undangan dan sebagainya. Terkadang mereka juga meminta pendapat Cyrena untuk memilih yang sesuai mengikut kehendak mereka. Perbincangan mereka boleh dikatakan mengambil masa lebih kurang dua jam dimana mereka juga mencuba beberapa jenis gaun pengantin untuk disewa.

Perbincangan mereka selesai tepat saat waktu lunch tiba. Memandangkan semua urusan sudah, pasangan pengantin tadi pergi untuk menguruskan benda lain pula.

"Letihnya..." Badan direnggangkan sedikit sebelum punggung menghenyak sofa.

Hari ini dia begitu penat padahal dia belum memulakan tugasnya.

Mungkin kerana malamtadi tak cukup rehat dan pagi ini dia telah dihadapkan dengan kerja yangbanyak. Tak apalah rezeki jangan ditolak. Cyrena membuka kembali bukucatatannya tadi dan membaca nama pasangan tadi. Kim Danial dan Song Irene.







Salam sayang,

themiracle401/NHabibah

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro