TEASER 6
Minuman yang kami pesan juga sudah dihidangkan beberapa minit yang lalu. Aku dan Jihyun masih lagi berbual tentang perpindahan Jihyun. Jihyun tetap rasa bersalah kerana terpaksa berhenti kerja di butik. Padahal dia dah selesa kerja di sana.
Aku pun memberikan semangat dan memintanya untuk tidak perlu rasa bersalah. Jika dia ada masa boleh saja datang berkunjung. Jihyun berjanji akan meluangkan masanya untuk datang berkunjung di saat dia tidak disibukkan dengan pekerjaan di syarikat keluarganya. Aku hanya mengiyakan saja.
Tepat jam 9 malam, aku dan Jihyun berpisah di luar kafe. Jihyun yang sudah ditunggu oleh abangnya pun bergegas pulang. Aku pula baru saja ingin berganjak ke keretaku tiba-tiba terserempak dengan keluarga bekas tunang aku. Awalnya aku pura-pura tidak melihat tapi malang, ibu kepada Kyungjae iaitu Eunjung telah melihatku terlebih dahulu.
Beliau memanggil namaku sambil berlari dari seberang jalan menuju ke arahku yang berada di seberang. Ayah Kyungjae, Minjun segera mengejar isterinya begitu juga diriku. Kami beruntung kerana saat itu jalan agak sedikit sepi jadinya tidak ada berlakunya kes kemalangan.
Eunjung sudah dibawake tempat aku meletakkan kereta. Aku melihat beliau sedang mengatur nafasnya keranapenat berlari. Faktor usia juga mempengaruhi beliau yang sedikit kesulitanbernafas. Aku yang mengingat di dalam kereta ada sebotol air mineral pun segeramengambilnya lalu dihulurkan kepada Eunjung.
Setelah nafasnya sedikit teratur barulah dia memandangku. Pandangannya sedikit sayu dan hal itu telah membuatkan hatiku berdenyut sakit. Aku jadi serba salah apabila teringatkan hari dimana kali terakhir aku datang bertemu keluarga Kyungjae.
Hari dimana aku datang menemui mereka lalu mengatakan bahawa aku ingin memutuskan pertunangan tersebut tanpa memberi alasan yang kukuh. Setelah hari itu aku tidak pernah berkunjung ke rumah mereka lagi. Entahlah aku malu untuk bertemu mereka lagi.
Hari ini jika boleh aku ingin sekali pergi tapi... aku terpaksa juga berhadapan dengan mereka. Minjun cuba berbicara untuk mencairkan keadaan canggung diantara kami.
"Rena, apa khabar?"
Salam sayang,
themiracle401/NHabibah
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro