Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Teaser 19

Selesai menjalani serangkaian proses pendermaan darah, Cyrena kembali ke bilik kecemasan. Ya. Cyrena mendermakan darahnya untuk Kyungjae.

"Tuan Do memerlukan penderma darah dengan segera. Pihak kami kekurangan stok darah yang sama dengan Tuan Do," kata sang doktor.

"Apa jenis darah Kyungjae, doktor?" tanya Daehyun.

"Darah Tuan Do jenis A."

Mereka saling memandang antara satu sama lain. Baru sahaja salah seorang dari mereka ingin menawarkan diri, terdengar seseorang mencela.

"Saya doktor. Ambil darah saya."

Semua ahli Knight kalih pandangan ke belakang. Mereka kerut dahi. Cyrena?

"Rose/Rena..." Jinsang, Fiona dan Knight terkejut.

"Darah cik jenis A ke?"

"Ya saya doktor."

Hyunseo yang sedang menyandarkan badan pada tembok yang berada tidak jauh dari mereka, turut terkejut.

"Mari ikut saya," pinta Dr. Sang.

"Nanti."

Pandangan kini berubah sepenuhnya ke arah Hyunseo yang kian mendekati Cyrena. Risau sekiranya Hyunseo hilang pertimbangan. Mata Cyrena berlaga dengan mata merah Hyunseo.

"Oppa..." Cyrena cuba berkata.

"Apa yang kau buat di sini? Nak sakitkan Kyungjae hyung lagi sekali?"

Cyrena hela nafas berat. Dia tahu dia salah. Dan mungkin dengan cara ini, dia boleh membantu Kyungjae. Seokmin mengatur langkah mendekati Hyunseo. Ditepuk perlahan bahu lelaki itu.

"Hyun, sekarang bukan masanya. Kyungjae perlu diutamakan," tutur Seokmin lembut. Hyunseo pandang muka pucat Cyrena. Menghela nafas berat.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro