Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Teaser 15

Orang yang dipanggil Rose itu pun menoleh dan langsung memeluk pemuda tersebut.

"Oppa, I miss you so much," kata Rose atau Cyrena.

"Oppa also miss you, sayang. Bila sampai?"

"Tengah hari tadi."

"Oh okey tapi kenapa banyak sangat kereta dekat luar?"

"Oh itu kereta kawan-kawan Rose, oppa. Fi, kenalkan ini Jinsang oppa. Oppa, she my housemate at Seoul, Fiona."

"Annyeong." Mereka saling menyapa dan membungkuk.

"Jinsang, kamu pergi mandi dulu. Lepas ni kita makan bersama dekat tepi pantai," kata Soomin.

"Baiklah eomma. Rose, Fi, oppa naik bersihkan diri dulu ya. Nanti kita bergabung lagi."

Cyrena dan Fiona pun mengangguk. Fiona yang pelik kenapa Jinsang memanggil Cyrena dengan panggilan Rose. Dia pun bertanya kepada Cyrena.

"Rena, tadi aku dengar Jinsang oppa panggil kau Rose. Kenapa Rose bukan Rena?"

"Oh. Oppa memang suka panggil aku dengan nama kedua iaitu Rosealla atau Rose. Katanya lain daripada orang lain. Aku pun tak kesah sangat yang penting masih nama aku."

"Oh macam tu. Okey-okey. Dah jomlah kita pergi keluar sekarang. Jom Soomin eomma."

Mereka pun keluar ke tepi pantai. Setelah semuanya selesai dimasak, Jinsang juga sudah ikut bergabung akhirnya mereka memulakan makan malam. Cyrena tidak habis-habis bermanja-manja dengan Jinsang. Hal ini tidak luput daripada pandangan semua ahli Knight. Mereka tidak tahu apa hubungan Cyrena dan Jinsang. Dari satu sisi, Kyungjae tidak henti-henti melihat kemesraan yang ditunjukkan oleh Cyrena dan Jinsang.

Jinsang pula tidak menghiraukan tatapan aneh atau pertanyaan dari semua orang. Dia sibuk melayan kerenah Cyrena yang memang sangat manja. Ahli Knight sempat curiga dan berfikir adakah mereka pasangan kekasih. Jika benar bagaimana dengan Kyungjae. Adakah rancangan mereka untuk mendekatkan Kyungjae akan menjadi sia-sia. Waktu makan malam mungkin berlangsung sekitar sejam lebih dan kini mereka sibuk mengemas.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro