Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

TEASER 10

"Awak... sa..."

Cyrena toleh ke sebelah bersama pandangan mautnya. Mata Kyungjae terkebil-kebil.

"Boleh tak awak berhenti cakap? Kepala saya pening, kaki saya sakit. Tambah sakit saya dengar suara awak," nada suara sedikit keras.

Kemudian kembali melemparkan pandangan dekat luar, tangan disilang ke dada. Kyungjae tergamam seketika. Dia belum mula cakap lagi dah kena sembur macam ni.

Kyungjae juga menukar pandangan melihat ke hadapan semula. Entah mengapa hatinya pedih mendengar ayat yang meluncur keluar dari mulut Cyrena.

"Okey. Sebenarnya saya tak tahu apa penyebab awak jadi tak sukakan saya. Seolah-olah... saya buat satu kesalahan besar terhadap awak," lirih suara Kyungjae.

Cyrena bergaya sinis. Seolah-olah? Dia tahu tak apa dia buat dulu. Atau buat-buat lupa?

"Tapi, tolong. Kalau awak kenal saya, tahu masa lalu saya, saya ada kesalahan besar terhadap awak, tolong beritahu saya."

Rayuan yang tersemat di setiap bait bicara Kyungjae, membuatkan jiwa wanita Cyrena tiba-tiba meronta. Tangan naik memegang dada, debaran yang sudah lama dia tidak rasakan bersama kyungjae.

'Apa maksud dia?'

Tatkala itu kenderaan mereka berhenti di kafe seperti yang diminta Cyrena. Brek ditarik ke atas. Keadaan menjadi sunyi seketika. Jelas telinga menangkap helaan nafas berat pada telinga Cyrena setelah itu.

"Takpelah, awak rehat. Biar saya pergi beli makanan," pintu kereta dibuka, lantas Kyungjae melangkah keluar.

Mata Cyrena hanya memerhati belakang tubuh jejaka yang sedang berjalan, memasuki kafe. Lantas kini giliran Cyrena melepaskan keluhan yang teramat berat.

Apa sebenarnya yangterjadi dengan Kyungjae? Jujur, separuh hatinya mahu bertanyakan segalanya. Diamahu tahu semuanya tentang Kyungjae. Namun di sisi lain, ego menahan kerashatinya. Kesakitan yang lelaki itu tinggalkan untuknya begitu jauh ke sanubari.Sehingga, Cyrena sudah tawar hati.







Salam sayang,

themiracle401/NHabibah

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro