BAB 5
CYRENA mengerling ke arah jam dinding. Tepat jarum jam menunjukkan jam 8 malam (waktu Korea). Keluhan berat dilepaskan.
"Mana minah ni? Tak reti nak balik ke."
Kalau dah keluar dating, memang kaki tu dah sesat dah nak balik habitat. 'Eleh Rena kau mengata orang. Masa kau dating dengan Kyungjae pun boleh tahan juga kan,' Cyrena berkata dalam hati sendiri.
Tapi Itu dulu. Eh? Apasal dia ingat Kyungjae pula ni. Kepala digeleng perlahan. Gelas kaca dicapai, kemudian dibawa ke mulut.
"Rena, I'm back!" jeritan Fiona mengejutkan Cyrena yang sedang minum air di ruang tamu.
Tiba-tiba pintu dikuak daripada luar. Terjenggul wajah ceria Fiona di depan muka pintu. Sambil bibir menguntum senyuman. Amboi.
Tersembur keluar sedikit air yang diminum Cyrena tadi. "Aish... ya!" marah Cyrena lalu mencapai tisu disisi sofa untuk mengelap tumpahan air yang diminumnya tadi.
"Opsss... sorry beb." Banyaklah kau punya sorry.
Setelah puas keluar dating dengan belahan jiwanya itu, Hyunseo menghantar Fiona kembali ke rumah dengan selamat. Hyunseo hanya menghantar Fiona di muka pintu sahaja dan menitipkan satu bungkusan makanan kepada Fiona untuk diberikan kepada Cyrena.
Selesai mengucap salam perpisahan, Fiona bergegas masuk kerana dia tidak mahu berlama-lama diluar rumah. Cuaca di Seoul saat malam hari sangat sejuk sebab itu dia bergegas masuk.
Niat mahu memberi kejutan dekat Cyrena. Tak tahu pula kawan dia itu tengah minum air.
Fiona pun duduk di sebelah Cyrena dan meminta maaf kerana dia tidak sengaja. Tak disangka pula Cyrena sedang menonton televisyen sambil minum air. Cyrena hanya berdehem dan menjerling tajam.
"Kau dah kenapa nak menjerit. Aku tak pekak lagi." Bebel Cyrena sambil mengelap sisa tumpahan yang tinggal.
"Sorrylah wey. Aku ingatkan kau dalam bilik tadi sebab tu aku jerit. Tak sangka pula kau ada dekat sini."
Cyrena hanya menggeleng kepalanya dan berdiri untuk pergi ke dapur. Fiona juga turut mengikutinya dari belakang. Fiona tetap mengikuti Cyrena tanpa henti seperti anak yang takut ditinggal ibunya. Cyrena naik rimas bila Fiona terus menerus mengikutinya.
"Fi, lebih baik kau pergi mandi daripada kau asyik ikut aku ni."
"Aku akan pergi mandi lepas kau maafkan aku pasal tadi."
"Haih... yalah aku maafkan kau. Dah pergi mandi."
"Ikhlas ke kata maaf tu?"
"Fi, kau nak pergi mandi sekarang atau aku siram kau dengan air yang aku tengah bancuh ni," ancam Cyrena sambil mengangkat gelas yang sedang digunakannya.
Fiona membolakan matanya apabila sahabatnya itu mengancam untuk menjirus dirinya dengan air kopi yang dibuatnya. Lebih baik dia pergi mandi daripada terkena jirus dengan air kopi. Sebelum pergi mandi, Fiona sempat memberikan makanan yang dikirim oleh Hyunseo untuk Cyrena.
"Yalah aku pergi mandi. Nah, Hyunseo oppa belanja." Fiona meletakkan makanan dihadapan Cyrena lalu pergi dari dapur.
"Okey cakap terima kasih pada Hyunseo oppa." jerit Cyrena.
"Okey!"
Cyrena pun mengambil makanan itu lalu membukanya. Jajangmyeon? Oh my musnah diet Cyrena. Punyalah dia nak berdiet tapi semuanya hancur apabila dihadapannya terhidang makanan yang paling dia suka dan dah lama tak makan. Dengan hati tak rela dia terpaksa makan juga.
Cyrena berjanji hanya malam ini sahaja dia akan makan makanan seperti ini. Sudahlah dia baru sahaja mula jadual dietnya. Hancur sudah semuanya. Tak apalah malam ini sahaja dia makan. Mulai esok dia akan kembali diet. Sedang menikmati makan malamnya, Fiona datang dan bergabung dengannya.
Tiada perbualan yang serius pun. Fiona hanya menceritakan bagaimana Hyunseo melayan dirinya di Lotte World hari ini. Cyrena hanya menjadi pendengar sahaja.
Tidak lama kemudian telefon Cyrena berdering minta diangkat. Berkerut dahinya apabila melihat nama Jihyun tertera di dada skrin telefon.
Panggilan dijawab, sementara Fiona membuat minuman untuk dirinya.
"Hello, Jihyun. Ada apa?" suara kendur menyapa pendengaran Cyrena.
"Hello, unnie. Boleh kita berjumpa sekejap tak?"
"Berjumpa? Kenapa?"
Fiona mengalihkan pandangan ke sisi. Siapa pula nak ajak jumpa malam-malam ni?
"Ya unnie. Ji, ada benda penting nak bagi tahu."
"Tunggu esok tak boleh ke?"
"Mianhae, unnie. Esok saya tak boleh."
Kejanggalan menyelubungi Cyrena. Kenapa Jihyun yang merupakan salah seorang pekerja dibutiknya itu meminta untuk bertemu malam itu juga. Padahal boleh jumpa esok pagi di butik.
"Baiklah. Nak jumpa dimana?"
"XOXO Cafe."
"Okey jumpa di sana."
Seusai panggilan ditamatkan, Cyrena menyudahkan acara makannya lalu bergegas membersihkan gelas dan pinggan yang digunakan. Fiona yang melihat Cyrena seperti tergesa-gesa pun bertanya.
"Kau nak pergi mana tergesa-gesa ni?"
"Aku nak keluar kejap jumpa dengan Jihyun."
"Sekarang? Kenapa tak esok je jumpa dekat butik?"
"Entahlah. Mungkin ada hal mustahak. Aku nak bersiap-siap dulu."
Cyrena kembali bergegas pergi ke biliknya. Dia hanya menukar bajunya sahaja dan memakai sweater lalu mencapai beg tangan dan kunci kereta. Setelah itu dia bergegas keluar selepas mengatakan dia akan pergi. Fiona menghantar pemergian Cyrena sehingga ke muka pintu. Kereta Cyrena telah lesap dari pandangan barulah Fiona kembali masuk.
Salam sayang,
themiracle401/NHabibah
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro