BAB 4
"YUP. Tu pun kalau tak kisah."" Hyunseo senyum segaris. Melihatkan sebaris gigi putihnya.
"Boleh je."
Keadaan menjadi sunyi seketika. Sehingga terdengar bunyi pintu kamar Fiona dibuka. Gadis itu mengatur langkah untuk turun. Dia hanya mengenakan dress simple namun tetap cantik dimata kekasihnya.
"Aku nak keluar ni. Kau tak apakan aku tinggal sorang-sorang dekat rumah?" Fiona bertanya untuk kepastian.
"Aku okey. Oppa, jaga Fiona baik-baik." Sempat Cyrena berpesan.
Ibu jari kanan dinaikkan tanda setuju. Fiona dan Cyrena seperti biasa sempat berlaga pipi.
Setelah mendapatkan greenlight dari Cyrena, Hyunseo pun segera membawa Fiona pergi. Kini tinggallah Cyrena seorang diri. Hmm, entah apalah yang boleh dia buat saat ini. Mungkin rehatkan minda lagi baik.
KNIGHT DORM
Suasana dorm sedikit riuh dengan pelbagai jenaka dari beagle line iaitu Hyunjin, Daehyun dan Yeonseok. Ahli yang lain hanya melihat sahaja. Mereka semua baru saja selesai makan malam bersama tadi.
Serentak pandangan mereka terarah ke daun pintu yang dikuak daripada luar. Terjengul kepala Hyunseo.
"Hyung, I'm back!" ujar Hyunseo sambil tangannya menjinjing beberapa jenis plastik lut sinar yang berisikan pelbagai jenis makanan.
Lumayan. Jadi stok makanan.
"Hyunseo! Ada belikan apa yang hyung kirim tak?"
"Mestilah ada Min hyung. Ini semua apa yang hyung kirim." Hyunseo menyerahkan satu plastik kepada Seokmin. Tteokbokki pedas.
"Dan ini makanan ringan untuk stok di dorm." Hyunseo meletakkan plastik yang lain di atas meja.
Pantas mereka semua berkerumun memeriksa apa yang dibeli oleh magnae mereka. Plastik yang diletakkan di atas meja penuh dengan makanan ringan yang digemari oleh semua ahli kumpulannya. Sementara Hyunseo beredar masuk ke biliknya untuk membersihkan diri.
Selepas membersihkan diri, Hyunseo pun bergabung dengan yang lain di ruang tamu. Hyunseo baru teringat tentang apa yang dikatakan oleh Fiona tadi.
Memandangkan Kyungjae tidak bersama dengan mereka, maka ini kesempatan untuk dia bertanya. Myeonjo menjadi sasaran.
"Hyung..." panggil Hyunseo. Myeonjo mengalihkan pandangan ke sisi, sambil mulut masih mengunyah makanan.
"Wae?"
"Pagi tadi... Kyung hyung ada pergi Sungai Hankan?"
"Ha'aa. Kenapa?" tanya Myeonjo kembali.
"Aniya. Pagi tadi, Fiona kata... dia dan Cyrena juga pergi Sungai Han..."
Mendengar sahaja nama Cyrena, seakan magnet menarik pendengaran ahli lain. Pantas mereka semua mengerumuni Hyunseo dan Myeonjo.
"Cyrena? Cyrena... teman wanita Kyungjae kan?" tiba-tiba soalan itu terpancul keluar daripada mulut Hyunjin.
"Betullah tu," Daehyun menjawab.
"Eh tapi, Kyungjae jumpa tak dengan..."
Belum sempat Junghwa menghabiskan soalannya, dedaun pintu dorm terkuak daripada luar. Sekali lagi pandangan dibawa ke muka pintu. Wajah berkerut Kyungjae membuatkan mereka terkedu.
"Mwo?" Kyungjae bertanya. Dengan kening yang terangkat sedikit.
Serta-merta semua ahli pergi ke tempat masing-masing. Bertaburan semuanya seperti ayam yang baru keluar kandang. Perangai pelik mereka yang tiba-tiba tidak semena-mena menimbulkan kehairanan Kyungjae.
Pintu ditutup kembali. Langkah diatur memdekati Hyunseo. Bahu ditepuk perlahan.
"Yah magnae..." panggil Kyungjae.
Hyunseo berpaling dengan keadaan cucuk lidi tteokbokki masih melekat di mulut. Dalam masa yang sama dapat pula dia senyum.
Kyungjae mengambil tempat berhadapan Hyunseo. "Kenapa dengan diorang tu? Pelik semacam lepas tengok hyung."
"Errr... ermm... hah... tiada apalah hyung. Diaorang kan memang pelik," boleh pula Hyunseo tergagap-gagap jawab.
Nasiblah si Kyungjae ni percaya. Cuma pelik. Tiba-tiba mereka berperangai sedemikian.
"Err tapi..."
Hyunseo meletakkan cucuk lidi di meja, sambil menunggu soalan meniti dari mulut hyungnya ini.
"Masa dekat Sungai Han tadi... hyung, jumpa dengan... seseorang," ujar Kyungjae.
Hyunseo teguk liur. Kesat.
Alamak. Jangan-jangan Kyungjae nampak Cyrena. Ahli lain yang kononnya sedang sibuk dengan makanan masing-masing, dalam diam mereka semua memasang telinga akan perbualan antara Kyungjae dan Hyunseo.
"Se... seorang? Siapa... hyung?"
"Hyung pun tak pasti. Tapi, hyung rasa hyung pernah kenal dia. Dulu. Tapi, hyung tak ingat. Seseorang yang hyung sayang mungkin," luah Kyungjae bersama sengih di hujung kata. Kepala tertunduk ke bawah.
Tatkala mendengar kata luahan itu, tak semena-mena mereka semua tumpah rasa kasihan dengan Kyungjae. Bukan niat mereka untuk menyembunyikan hal sebenar.
Namun mengenangkan keadaan Kyungjae pada saat ini tidak mengizinkan, maka mereka harus tutup mulut dahulu.
Hyunseo meliarkan pandangan melihat ahli yang lain. Jelas air muka mereka turut rasa kasihan dengan Kyungjae. Tiba-tiba, Myeonjo menepuk perlahan bahu Kyungjae. Dengan tujuan untuk menyalurkan semangat.
Segaris senyumandiberikan.
Salam sayang,
themiracle401/NHabibah
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro