BAB 3
TETAPI kali ini dia terpaksa kerana perjumpaan tanpa sengaja mereka berdua tadi telah membuatkan hatinya kembali terhiris mengingat kenangan silam.
Saat sedang fokus menonton, tiba-tiba telefon Fiona berdering minta diangkat. Dia segera melihat siapakah yang menelefonnya di hari minggu seperti ini. Nama yang tertera diskrin telefon pun membuat dia terpana. Pantas dia segera menjawab panggilan tersebut yang ternyata dari sang kekasih.
"Annyeong, oppa," kata Fiona dengan nama sedikit manja.
"Annyeong, baby. How are you?" si pemanggil pula bersuara.
"I'm okay, oppa. How about you?"
"That's good. Oppa also okay. Baby, can you guest. Where am I right now?"
Si pemanggil meminta Fiona meneka dimana dia berada sekarang. Oleh kerana terlalu sibuk dan sudah lama tidak mengikuti perkembangan sang kekasih, dia tidak pasti dimana sang kekasih berada namun dia akan cuba meneka.
"Okey oppa. Ermmm... America?"
"Aniya. You're wrong. Guest again."
"I don't know oppa. Just tell me where are you."
"Okay fine. Oppa infront your house."
Fiona terlopong seketika.
Tak mungkin kekasihnya berada di Seoul pula. Tanpa membuang masa, Fiona segera bangkit dan sedikit berlari ke pintu untuk melihat betul ke sang kekasih berada di sana.
Sebelum membuka pintu, Fiona memeriksa intercome yang bersambung dengan loceng rumah untuk kepastian. Skrin intercome itu hanya menunjukkan bahagian belakang seseorang. Jika dilihat dari postur tubuh, Fiona seperti sangat mengenali orang tersebut. Dia pun segera membuka pintu.
"Oppa?"
Orang itu pun membalikkan badannya lalu segaris senyuman menghiasi bibir merahnya.
"Hyunseo oppa!" jerit Fiona lalu memeluk kekasihnya.
Cyrena semakin tenggelam dalam lamunannya jika tidak dikejutkan dengan jeritan Fiona yang memanggil nama sang kekasih.
Cyrena berfikir ini semua bukan khayalan. Apa yang dia nampak di Sungai Han tadi betul. Kyungjae sudah kembali. Buktinya Hyunseo sudah datang ke rumah mereka untuk bertemu Fiona. Cyrena cuba menenangkan dirinya terlebih dahulu sebelum turun ke bawah untuk menyapa.
"Eh jom masuk..."
Fiona menyilangkan tangannya pada lengan Hyunseo. Sambil memimpin teman sejiwanya itu masuk ke dalam rumah.
Pandangan Hyunseo melilau memerhati keadaan sekeliling rumah. Tidak banyak yang berubah. Keadaan isi rumah yang masih saja sama seperti kali terakhir dia datang ke sini dahulu. Semuanya masih kekal ditempat yang sama.
Fiona meminta Hyunseo untuk duduk dahulu sementara dia pergi membuatkan minuman.
"Oppa, duduk dulu ya. Baby nak buat air untuk oppa."
"Aniya, baby. Oppa datang sini nak ajak baby keluar kejap lagi."
"Keluar? Pergi mana?"
"Oppa nak bawa baby pergi berjalan-jalan. Maybe Lotte World or Namsan Tower. You choose it."
Fiona sangat teruja. Ternyata kedatangan Hyunseo adalah untuk mengajaknya pergi dating. Oh dia harus memilih dimana tempat mereka ingin pergi. Lotte World atau Namsan Tower? Kedua-dua tempat itu sangat menarik jadi Fiona bingung nak pilih yang mana.
Aduh.
"Oppalah yang pilih. Baby tak tahu nak pilih yang mana sebab kedua-dua tempat tu sangat menarik." Nada suara masih terdengar manja.
"Okey baiklah oppa akan pilih. By the way... Mana Rena? Oppa dari tadi tak nampak dia. Kereta dia ada dekat luar."
Hairan. Sejak tadi, Hyunseo tidak melihat kelibat sahabat baik kekasihnya. Nak kata keluar keretanya ada. Kalau keluar dengan Kyungjae lagilah tak mungkin. Jauh panggang dari api.
"She in her room. Entahlah apa yang dia buat."
Hyunseo mengangguk perlahan. "Oh okey. Kenapa? Kalian berdua bertengkar ke?"
"Aniya oppa. Kami tak bertengkar. Entahlah baby pun tak tahu punca dia tiba-tiba berkurung dalam bilik. Padahal pagi tadi dia ajak baby pergi Sungai Han okey je. Lepas beli air bubble tea tadi dia tiba-tiba senyap dan terus masuk bilik."
Hyunseo pun hanya mengangguk namun dalam masa yang sama sedikit terkejut. Fiona bagi tahu mereka pagi tadi ada pergi Sungai Han. Seingat dia tadi Kyungjae juga meminta kebenaran untuk pergi ke sana. Masa dia hendak keluar tadi, Kyungjae belum kembali ke dorm.
"Atau jangan-jangan..." Hyunseo berjeda. Fiona menanti kata-kata yang keluar daripada mulut kekasihnya itu.
Hyunseo mengira bahawa mereka telah bertemu tapi tak mungkinlah. Untuk masa sekarang, Kyungjae tidak mengingati sesiapa, apatah lagi Cyrena. Dia mungkin tidak kenal.
"Ermm nothing. Just... hmm nevermind," ujar Hyunseo.
Hyunseo buat keputusan akan bertanya kepada Kyungjae jika dia sudah kembali ke dorm nanti malam. Sekarang ini dia ingin pergi dating dahulu.
"Baby pergilah bersiap-siap. Kita boleh keluar sekarang."
"Okey baiklah. Baby bersiap-siap kejap. Oppa tunggu sini ya."
Lantas, Fiona bergegas berdiri dan berjalan menuju ke tingkat dua. Cyrena pula baru sahaja keluar dari biliknya dan ingin turun ke bawah. Mereka bertembung di atas tangga.
"Oh Rena. Aku nak keluar kejap lagi dengan Hyunseo oppa. Kau tak apa-apakan?"
"Hyunseo? Pergi mana?"
"Dating!" Fiona bersua ria lalu meneruskan langkah naik dan masuk ke biliknya.
Cyrena pula hanya menggeleng kepala lalu kembali melangkah turun ke bawah. Di tingkat bawah, matanya disajikan dengan batang tubuh Hyunseo yang sedang duduk.
"Ohh... Hyunseo oppa," tegur Cyrena.
Mendengar suara seseorang menegurnya, pantas Hyunseo berpaling kemudian bangun dari duduknya.
"Rena. Sihat?" soalnya ringkas.
"Sihat. Ermm nakkeluar dengan Fiona?"
Salam sayang,
themiracle401/NHabibah
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro