BAB 1
"HMM bosannya..." Dalam tidak sedar seulas bibir Cyrena menghela keluhan.
Kepala kemudian didaratkan pada meja kerja bercorak bunga miliknya. Laptop yang terletak elok di hadapannya ditatap kosong. Keinginan untuk melakar rekaan pakaian yang terbaru untuk koleksi dibutiknya tidak kesampaian.
Cyrena menghela nafas sekali lagi kerana kebosanan. Matanya kemudian melilau, melihat segala barang-barang keperluan wajib seorang pereka pakaian sepertinya. Lalu pandangannya jatuh pada satu bingkai gambar.
Bingkai gambar tersebut dicapai, kemudian ditatap dengan pandangan sayu.
Figura yang ada dalam gambar tersebut adalah foto kenangannya bersama Kyungjae. Dimana foto tersebut diambil ketika Cyrena dan Kyungjae sedang menikmati hari minggu mereka di Namsan Tower.
Kotak memori Cyrena masih kuat mengingat bagaimana Kyungjae memberikan kejutan kepadanya pada malam perayaan ulang tahunnya beberapa tahun yang lalu. Bukan itu sahaja kenangan terindah yang tercipta selama mereka masih bersama. Ingatannya terus saja menerawang mengingati semua kenangan indah bersama Kyungjae.
Tanpa sedar, seketul hati ini mengalunkan irama rindu. Rindu akan si dia.
"Rena!"
Kenangan itu terus lesap tatkala si Fiona ini menyergahnya secara tiba-tiba.
"Aish... kau ni. Masuk tu tak reti ketuk pintu dulu ke? Main terjah je. Nasib baik aku ni tak ada heart attack." Rungut Cyrena.
"Hehe. Maaflah kalau kau terkejut. Aku bukan saja nak terjah tapi aku dah ketuk pintu tau. Sakit dah tangan ni ha asyik ketuk je tapi orangnya tidak dengar."
Tanda 'peace' dibuat sambil mata kiri dikenyitkan.
"Hmmm..." Jelingan maut diberikan. Kepala kemudian kembali diletakkan pada meja kerja.
Fiona mengambil tempat duduk di atas katil milik Cyrena.
"Kau kenapa? Eh ada gambar Kyungjae oppalah. Cie... ada orang rindulah."
Cyrena tidak mengendahkan apa yang dikatakan oleh sahabatnya itu. Buat apa dia nak rindu pada orang yang belum tentu rindukan dia. Lagi pun dia tidak sengaja melihat bingkai gambar itu dekat atas mejanya tadi.
Seingatnya dia sudah menyimpan segala barang-barang atau gambar yang berkaitan Kyungjae dalam satu kotak. Tidak disangka ada benda alah yang tertinggal.
"Tak ada apalah. Dahlah tak payah cakap pasal dia. Tak ada guna aku rindu pada dia kalau dia dah bahagia dekat sana." Tanpa sedar dia terlepas cakap. Mata Cyrena membulat. Aduh!
"Hah? Apa yang kau cakap tadi?" tanya Fiona. Kening dijengket-jengketkan.
'Alamak terlepas cakaplah pula. Apa alasan yang aku nak bagi ni. Aduhai.' getus Cyrena dalam hati.
"Ah! Tak ada apalah."
Lebih baik menghindar daripada ditanya lebih banyak soalan maut. Keadaan menjadi sunyi seketika.
"Ermm Fi, jom keluar nak?" Cyrena mengutarakan hasratnya. Kebetulan dia malas yang teramat sangat, lebih baik dia ajak sahabat dia ni keluar.
"Aik? Tak pernah-pernah kau nak ajak keluar. Kenapa?"
"Ala jomlah keluar. Aku bosanlah asyik mengadap semua rekaan ni. Nak sambung pun dah tak tahu nak buat rekaan apa."
Pujuk Cyrena dengan mulut tercebik-cebik. Mata bersinar-sinar seakan anak kecil minta gula-gula.
Fiona berkerut seribu. Dah kenapa kawan dia ni?
"Oh... tak sangka kau pun boleh juga tak ada idea ya. Biasanya aku ajak keluar kau cakap sibuk. Baru kali ini aku dengar kau mengeluh pasal kerja kau." Bebel Fiona.
"Ya aku tahu. Entahlah tiba-tiba hari ini aku bosan dan nak keluar." Cyrena tayang sebaris gigi putihnya. Tanda memujuk lagi.
"Okey. Fine. Kau nak pergi mana Tuan Puteri Cyrena?" sempat si Fiona ni berseloroh.
Jari telunjuk dibawa ke dagu sambil otak Cyrena ligat mencari tempat. Cyrena mencari tempat yang sesuai untuk hamburkan segala kekusutan ini yang menyerabutkan otak bersihnya.
Sudah tadi bayangan Kyungjae pula tiba-tiba menjelma. Makin kusut dia dibuatnya. Hmm.
"Apa kata... Sungai Han?" Cyrena memberi pendapat.
SUNGAI HAN
Udara segar dihirup lama. Lalu dilepas perlahan. Sungai Han merupakan salah satu tarikan pengunjung untuk datang ke sini.
Rasanya, mungkin tempat ini sesuai untuk lepaskan segala tekanan yang terasa berat menghimpit raga.
Mata Cyrena yang masih tertancap pada keindahan air laut Sungai Han, dikejutkan dengan sambaran pada tangannya secara tiba-tiba.
"Rena jom!" Dengan rasa teruja Fiona menarik tangannya entah nak dibawa ke mana.
"Eh! Apa main tarik-tarik ni? Kau nak pergi mana?" tanya Cyrena, sambil cuba menyamakan langkah lariannya dengan Fiona.
"Aku nak pergi sana."
Jari telunjuk Fiona lurus menunjukkan satu gerai bubble tea. Bukan main lebar lagi senyuman Fiona apabila melihat gerai minuman kegemarannya sejak dulu.
Cyrena berdongkol geram. Ish! Ingatkan kenapalah tadi. Pegangan pada tangan Cyrena, Fiona lepaskan. Kemudian Fiona mendekati bahagian tempat mengambil pesanan.
Daripada perasaan geram terhadap kawannya tadi, kini perasaannya bertukar 360 darjah menjadi gentar.
Matanya terbuntang luas. Kakinya seolah lemah untuk berdiri. Aliran nafas seakan susah untuk diatur. Tidak sangka matanya tertancap pada satu figura yang amat dia kenali.
'Saranghae... Rena-ssi...'
Pantas kedua telinga ditekup menggunakan kedua belah tangan dan mata ditutup rapat apabila terasa satu suara singgah pada cuping telinganya.
Tidak! Ini tidakmungkin.
Salam sayang,
themiracle401/NHabibah
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro