Prologue
"Hana!" Ibu mendapatkan aku yang jatuh terduduk di lantai.
Darah pekat menitik. Darah !
"Ibu...Hana takut..." Ibu memeluk erat tubuh anaknya. Kepala Hana diusap perlahan.
"Jangan takut Hana. Ibu ada kat sini. Usah hiraukan pasal tu. Ibu pasti , suatu hari nanti, Hana akan sembuh." Lirih suara ibu.
Aku menangis dalam dakapan ibu. Aku tak mahu ada penyakit ni. Aku tak nak menyusahkan ibu lagi. Terlalu besar pengorbanan ibu untuk aku. Untuk aku sembuh dari penyakit ini.
Ya Allah kuatkanlah aku.
Darah di kesat menggunakan kain yang bersih. Alhamdulilah, darah yang keluar dari hidung sudah surut.
Aku bangun lalu bergerak ke sinki untuk membersihkan kesan darah pada kain dan baju aku.
Aku tak boleh putus asa untuk terus hidup. Ibu korbankan harta dan masa untuk aku. Jadi, aku kena kuat, kena doa banyak - banyak agar Allah menyembuhkan penyakit ini, dan tawakal kepada-Nya.
Kena yakin dengan kuasa Allah.
Dia tahu apa yang terbaik untuk aku. Mungkin dalam proses ni, Allah nak hapuskan dosa aku yang banyak? Who knows?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro