👑 One 👑
"....aku nak kau jaga Hana."
"Tapi kenapa? Apa yang dah jadi ni?"
"Hana sakit lagi... aku tak mampu nak beri dia kebahagiaan. Aku tak nak dia tengok dia sedih apabila aku menangis..."
Lelaki itu hanya mendiamkan diri. Kalau boleh dia mahu sahaja memeluk wanita yang berada di hadapannya. Namun ikatan antara mereka telah terputus lebih sepuluh tahun yang lalu.
"Tapi, kalau aku jaga dia, kau akan bersendirian. Aku risau."
"Jangan risaukan aku. Risaukan Hana. Dia satu satunya anak kita. Aku nak dia sembuh , aku tak nak dia hidup menderita atas penyakitnya ."
Lelaki itu akhirnya mengalah dengan permintaan daripada bekas isteri tercinta.
"Aku akan jaga Hana. Aku akan berusaha cari rawatan yang terbaik untuk Hana." Wanita itu mengangkat mukanya memandang wajah yang selalu dirindui.
"Terima kasih... Farish." Akhirnya wanita itu tersenyum meskipun matanya bengkak akibat menangis.
"Rusyda .... aku buat ni untuk kau dan Hana. Hanya untuk korang berdua. Korang harta yang bernilai dalam hidup aku."
"Aku tahu. Kalau bukan sebab kau sayang pada aku dan Hana, kau sanggup ceraikan aku demi keselamatan semua. Kau korbankan hidup dan cinta hanya untuk kami berdua. Aku tak mampu nak balas kebaikan kau. Hanya memori indah antara kita berdua dulu sahaja yang aku mampu."
Kedua-duanya sebak mengenangkan peristiwa dulu. Demi masa depan Hana, mereka sanggup bercerai. Peritnya hidup berjauhan itu hanya Tuhan yang tahu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro