SEPULUH
🌹SAYA DAH TUKAR NAMA AYIE TAUFIQ KEPADA ESHAL ISKANDAR. MAAF KALAU MASIH ADA NAMA² AYIE, SAYA EDIT SEHABIS BAIK TAPI TULAH TERTINGGAL JUGAK 😆 ADA JUGAK NAMA² LAIN YANG SAYA TUKAR, SORRY KALAU KELIRU 🤣
HARAP MAKLUM YA 🤭
Alya menutup pintu perlahan lahan sehinggakan tiada bunyi yang terhasil. susuk tubuh Alisya yang sedang nyeyak tidur dipandang sebelum menutup rapat pintu.
langkah diatur menuju ke dapur. tekak nya terasa dahaga semasa menidurkan Alisya. kanak² itu mahu dia bercerita tentang kisah dongeng. dilayankan saja kerana Alya yang mahu Alisya tidur bersamanya.
tidak mahu Alisya menganggu malam istimewa pengantin baru itu.
mug diambil sebelum dia menuang air kosong ke dalam mug tersebut. terasa lega tekak nya apabila air masuk .
mug dibasuh sedikit sebelum diletak atas dulang tepi sinki. pusing saja belakang dia dikejutkan dengan susuk tubuh seseorang.
" err.. Alya kan? adik Arissa, kan?" soal eshal dengan mata tak lepas memandang gadis sekolah menengah itu.
Kita berjumpa kembali.
cantik rupa paras nya membuatkan jantung eshal bagai terhenti seketika saat menatap wajah putih bersih itu.
adakah ini cinta?
" ha ah. panggil Lya saja. kenapa abang?" soal alya dengan wajah sedikit hairan.
" ha? kenapa abang? ehh tak. err abang nak minta tolong boleh?" gugup.
seorang manusia bernama eshal Iskandar gugup buat pertama kali bila bersuara dengan gadis bernama alya itu.
" tolong apa abang? kalau lya boleh tolong lya tolong. "
" buatkan abang air kopi. boleh? abang tak boleh tidur kalau tak minum kopi.. " ujar eshal bersama senyuman kekok nya.
awal² jer dia malu kucing, tunggu bila dah rapat sikit. haaa kucing jadi harimau ngerrr!
" ouh buatkan air eh. masuk la sini. Lya buatkan air." Eshal tersengih sebelum mengatur langkah menghampiri meja makan.
Rezeki jangan ditolak matt !
malam ini dia bersama mak iti serta Alisya disuruh bermalam dirumah keluarga Arissa.
dan Eshal lah manusia paling suka sekali. dia dapat mengenal lebih dekat dengan adik Arissa. tak sia² dia bersetuju dengan ajakan puan aishah.
" abang, Lya buatkan milo panas. tak elok minum kopi lewat² macam ni. nak tidur susah nanti." mug berisi air milo panas diletakkan dihadapan eshal.
" iya ke tak elok? patut selama ni abang susah nak tidur malam. ermm.. "
Alya tersenyum nipis. ada² je la mamat sorang ni. dari semalam lagi dia perasan adik ipar kakaknya asyik melihat diri nya bila dia sibuk buat kerja.
" okey la. Lya masuk dulu. nanti mug tu abang tinggal situ ja, esok lya basuhkan" Alya berlalu pergi.
Eshal yang sedang meneguk air milo panas itu sedikit tersedak.
"uhuk .. hukk!"
Alya menjenguk sedikit kepalanya. muka berkerut melihat Eshal mengibas gibas lidah nya dengan tangan.
" abang, panas sangat ke?" alya segera menghampiri eshal.
sempat mata melihat ke arah lidah eshal yang sudah merah.
Gelojoh sungguh.
" abang minum tak tiup dulu ke?"
"tak.. mana la abang tahu milo tu panas"
alya terkebil kebil mendengar jawapan dari eshal.
" kan Lya dah bagitahu, Lya buatkan milo panas untuk abang" bebel Alya sedikit geram.
air milo yang disembur oleh eshal tadi dilap. Sisa air milo itu elok bertaburan atas meja.
bukan main menyembur air nya.
" abang tak dengar pun Lya cakap milo tu panas." balas eshal sambil melihat ke arah alya yang sudah selesai mengelap sisa air yang tumpah.
cantik walaupun tanpa mekap. ehh tiberrr
Alya juling mata ke atas. Aku dah bagitau tadi, dia yang tak dengaq !!
" cantik " tanpa sedar eshal menguman sesuatu. tapi dapat didengar oleh alya.
" apa cantik² ?? " alya menjeling sebelum meninggal kan eshal keseorangan di dapur.
Eshal yang dijeling tersengih sendiri.
" puji cantik pun kena marah..ishh mulut ni, tak boleh jaga rahsia tuan ke??!"
pap
pap
mulut eshal ditampar berkali kali sebelum dia menghabiskan sisa air milo yang masih berbaki dalam mug.
Sedap dooh !
.
.
.
Thaqeef yang sedang membelek sesuatu di telefon nya mengalihkan pandangan apabila terdengar bunyi pintu bilik air dibuka.
lama dia menunggu kelibat isterinya tetapi tidak kelihatan sebelum dia bangun untuk menjenguk.
" err.. awak " tak sempat jenguk Arissa terlebih dahulu munculkan kepalanya disebalik pintu bilik air.
" siapa awak?" soal Thaqeef sambil menjongkitkan kening nya.
tangan disilang ke dada. wajah serius ditayangka, sengaja ingin mengusik Arissa.
" ermm.. awak.. "
" takde awak².. panggil abang. " ujar Thaqeef dengan wajah yang masih serius.
Arissa garu kepala. kenapa la dia lupa nak bawak masuk pakaian dia? sudah la baju pengantin dia terjatuh ke dalam air semasa hendak menyalin tadi.
Pastu encik suami dia boleh pulak ajak bergurau-senda dengan keadaan dia yang macam ni.
takkan nak keluar berkemban? mahu terkeluar biji mata encik somi nanti, dulu boleh laa masa tu dia sorang². Tapi sekarang?
" aa.. abang. " lembut suara Arissa menyapa telinga Thaqeef. rasa macam nak je tarik wanita itu keluar dari menjadi kura² dalam bilik air tu.
" ya sayang.. buat apa menyorok dekat pintu tu?" soal Thaqeef bersama senyuman paling kacak abad ini. akan dia goda puan isteri habis habisan.
yeahhhh !!
" err tak. tolong ambik kan baju rissa dalam almari tu. boleh?"
"alaaa abang tak tahu baju sayang yang mana. sayang keluar la ambik. " sengaja Thaqeef kembali ke katil lalu melabuhkan punggung di atas katil.
Arissa melopong. serius la macam ni perangai encik somi nya?
"tapi rissa tak-"
" tak pakai apa² ke? mehh abang nak tengok" Thaqeef berdiri dengan wajah gatal nya.
" ehh jangan!! awak pusing sana. rissa nak keluar ni"
Thaqeef menggeleng sambil mencebik kan bibirnya tanda tidak mahu. Arissa hantukkan kepala nya sedikit dipintu.
kenapa susah sangat ni???
" sayang keluar atau abang masuk, pilih cepat"
" abang, rissa sejuk dah ni. tak kesian- okey² ! rissa keluar" kelam kabut Arissa apabila Thaqeef tidak menghiraukan pujukan nya, malah kaki suaminya itu laju melangkah ke arah nya.
dalam segan dia keluar dengan berkemban dan inilah yang Arissa malukan. dia masih belum pernah berkemban begini dihadapan sesiapa.
malu nya tuhan saja yang tahu.
manakala Thaqeef menahan tawa. dilihat saja isterinya yang berkemban berlari terkedek kedek menuju ke almari baju.
kalau di ikutkan nafsu nya sudah diterkam isteri xxl nya itu. tapi ditahan kerana tidak mahu terlalu memaksa Arissa.
Arissa menyarung cepat² baju nya apabila terasa tubuh dia dilihat. dan siapa lagi kalau bukan encik somi nya.
jelas kedengaran Thaqeef bersiul sedikit semasa dia menyarung seluar tidur.
astaga !
maluu hanya tuhan yang tahu !
siap berpakaian Arissa mula mengambil tempat disofa hujung biliknya. dia terasa sedikit malu dengan Thaqeef. rasa gugup bila berduaan dengan lelaki itu.
" Sayang, nak ke mana tu?" soal Thaqeef bila melihat isterinya sudah mula baring di sofa.
" nak tidur la. awak tanak tidur?" aik, soalan dibalas soalan. bagus isteri aku ni. patut lepas jadi cikgu taska.
"ye tahu sayang nak tidur, tapi kenapa dekat situ? suami isteri kena tidur satu katil, satu bantal dan satu selimut. pendek kata semua nak kena SATU."
Keluar dah bebelan thaqeef, membuatkan Cik isteri mula melangkah perlahan lahan dan naik ke katil dengan akur.
Thaqeef tersenyum. berseri seri wajah Arissa selepas berkahwin ni. geram nauu dia.
Thaqeef turut melabuhkan badan nya di atas katil. bantal peluk yang berada diantara dia dan Arissa dialihkan.
" sayang.." panggil Thaqeef lembut. wajah sengaja digatalkan sedikit. nak mengusik katakan.
Arissa pula sudah gelisah bila badan Thaqeef sudah mula rapat pada tubuhnya. kepala Arissa diangkat dan bantal yang melapik kepala arissa tadi ditolak sehingga jatuh ke bawah.
terkebil kebil wanita itu dengan perbuatan dari Thaqeef. lantas kepala wanita itu dilapik dengan tangan kiri Thaqeef.
" lepas ni tidur atas tangan abang tau. abang dah berniat dari dulu lagi ni." Kening di angkat² dengan wajah macho.
"niat apa?" Soal arissa pelik.
" kalau abang kahwin abang nak isteri abang setiap kali tidur atas lengan abang macam ni" balas Thaqeef sambil mencium ubun² kepala Arissa.
Hilang sedikit gugup arissa. Satu perasaan meresap masuk ke dalam jiwa. Macam ni eh rasa bila dah kahwin?
"Sayang suka tak?"
" suka. " jawab Arissa masih malu².
" abang, terima kasih ya."
" kenapa berterima kasih dengan abang?" soal Thaqeef hairan. rambut isteri nya yang tidak berikat dimain dengan tangan kanan.
"sebab sudi jadi suami rissa."
" sama² sayang. abang yang patut berterima kasih pada sayang. sayang sudi terima abang dengan Alisya walaupun dia bukan anak kandung abang tapi sayang masih layan dia dengan baik.."
Arissa mengangguk mengiakan. Thaqeef belum berkahwin dan alisya adalah anak angkat yang Thaqeef jumpa dihadapan masjid ketika Alisya masih bayi lagi.
Thaqeef mengambil dan mendaftarkan Alisya sebagai anak angkat nya. semua itu telah Alya ceritakan pada nya sebelum malam perkahwinan mereka.
pada Thaqeef dia mahu mencerita selepas mereka sah menjadi suami isteri, tetapi atas nasihat adik ipar nya, dia akur alya menceritakan dulu perkara itu.
kalau boleh dia tidak mahu ada rahsia antara mereka berdua.
" tidur la sayang. pasal hak abang tu, nanti je abang tuntut okey?" dahi Arissa dikucup lama. bahagia dia rasa saat ini.
" ermmm. tak apa ke abang?"
"atau memang sayang dah bersedia nak jalankan kewajipan sayang tu?"
laju Arissa menggeleng. Thaqeef ketawa kecil. comel betul isteri xxl nya ini.
" boleh bagi rissa masa ?" soal Arissa dengan nada tidak yakin.
jika ikutkan hati memang dia belum bersedia, tetapi menjalankan kewajiban itu hendak lah diharuskan.
" abang nak sayang betul² bersedia. abang tak kan paksa sayang melainkan sayang sendiri yang bersedia dan masa tu abang akan.."
Thaqeef menjongketkan kening nya pada Arissa. ayat sengaja dibiarkan tergantung. ingin melihat reaksi Arissa.
" akan apa abang?"
"akan mengandungkan sayang"
cup, bibir Arissa dikucup dan tubuh xxl itu ditarik ke dalam pelukannya.
sungguh, Thaqeef benar² rasa bahagia malam ini.
.
.
.
Prangg!!
"tak guna ! macam mana dia boleh kahwin dengan perempuan gemuk tu ???!!"
segala barang di dalam bilik itu dibaling. rambut dicengkam kuat. kepala digeleng berkali kali.
" tak.. tak boleh. Thaqeef hanya milik aku. milik akuu !!"
pasu bunga yang berada di atas meja solek dibaling ke arah cermin.
prangg!
" aku akan dapatkan hak aku balik. "
dan jasmine ketawa dengan kuat tanpa menghiraukan luka dikaki dan tangan yang berdarah.
.
.
.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro