Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

SEMBILAN

" Aku terima nikahnya Nur Arissa Hana Binti Muhammad Adam dengan emas kahwinnya berjumlah satu ribu dua ratus ringgit dibayar tunai"

Genggaman tangan tok kadi terasa erat. dengan sabar dia menanti kata² sah saksi yang berada pada hari bahagia nya.

manakala Arissa menggenggam erat tangan puan aisyah yang duduk menemani dirinya di sebelah.

dia juga terasa gugup. hendak dipandang wajah Thaqeef sendiri dia tidak kuat. dia hanya menunduk ke bawah. juga sabar menanti kata² sah dari saksi yang ada.

"Nanti dulu !" jeritan seseorang membuatkan semua mata tetamu memandang ke arah pintu.

kelibat Aizad yang sedang memegang sepucuk pistol membuatkan tetamu yang berada disitu menelan liur kesat. masing² takut.

Ni dah kenapa berpistol bagai?

" Kau buat apa datang sini Aizad?" tegur Aidil Bila keadaan menjadi sunyi.

mata Aizad tidak lepas memandang ke arah Arissa di atas pelamin.

" aku nak dia." Laju tangan naik menunjuk ke arah arissa yang ketakutan.

" tapi dia milik aku !!" tegas Thaqeef bersuara. dia sudah berdiri dan eshal juga turut sama.

manakala Arissa memeluk erat Alisya yang sudah ketakutan saat ini. puan aisyah pula cuba menenangkan Arissa disebelahnya. bahu Arissa dipeluk kejap.

" oh ya? kalau aku tak dapat dia, siapa² pun tak akan dapat la bodoh !!" jerkah aizad kuat. tak peduli mata² yang memandang nya.

yang dia peduli kekasih hatinya yang berada di atas pelamin itu.

Dia mahukan Arissa!!

hanya Arissa.

" sayang, mari sini kat abang. kita pergi dari sini. hanya abang dengan sayang saja. mari cepat. " Aizad melangkah ke arah pelamin yang terhias cantik.

sikit saja lagi hendak sampai dan dia hanya perlu menarik tangan Arissa dan dibawa lari keluar.

" kau berhenti situ. jangan sentuh milik aku!!" Thaqeef menghalang, tangan aizad ditarik sebelum lelaki itu tumbang.

aizad bengang lantas bangun berdiri, pistol ditangan dihala tepat ke arah Arissa yang sedang memeluk Alisya.

tetamu yang berada disitu menjerit spontan. terkejut dengan tindakan diluar jangkaan aizad.

Sudah la malu kena tarik dengan thaqeef. Mana dia nak letak air mukanya??

" hehehe... kau halang aku, dia mati" ugut aizad bersama senyuman psiko.

semua mata memandang ke arah Thaqeef. berharap jejaka itu dapat membuat sesuatu. manakala Arissa menyerahkan Alisya pada puan aishah.

Dia perlu bertindak, dalam hal ini kerana dia yang menjadi punca segalanya.

"nanti dulu. saya ikut awak. janji jangan ada yang mati disini" ujar Arissa yang sudah berdiri.

" No rissa. jangan ikut dia." Laju Thaqeef membantah.

jangan rissa. tolong laa.

" HAHAHA macam ni la sayang abang. jom ikut abang, kita bahagia berdua." tangan Arissa ditarik sempat pistol ditangan kiri diacu pada Thaqeef dengan wajah mengejek.

dia berjaya membawa Arissa lari dari perkahwinan itu.

Thaqeef tidak tunggu lama, laju dia mengejar aizad dan pistol ditangan ditendang tetapi berjaya dielak oleh aizad.

" eh kau celaka! memang nak mampos kan? " aizad mengacukan pistol tepat pada Thaqeef. tak tunggu lama dia melepaskan tembakan.

" jangan, Qeef !!" jerit Arissa bila peluru mula keluar dari pistol dan -


Pang !!

" Adoiiii !!"

Arissa bangun dari tidur. wajah puan aishah dan abang nya dipandang.

keadaan sekeliling ruang tamu yang sudah siap dihias pelamin dilihat.

sempurna.

kejap, adakah dia bermimpi tadi??

" Ngah, kau kenapa?" soal Aidil dengan kening terangkat.

Pelik melihat adiknya itu tiba² bangun mengejut.

" Kamu dah kenapa ?" puan aishah menyoal yang sama.

" rissa mimpi mak. " Arissa terdiam sekejap. benarkah dia mimpi tadi? Keadaan sekeliling dilihat semula.

Semua nya dalam keadaan yang baik².
Nafas dilepaskan perlahan-lahan.

" rissa mimpi aizad datang rosakkan majlis ni dan dia nak bawak rissa lari mak, dekat tangan dia ada pistol. Dia- dia cuba bunuh thaqeef..iskk iskk  " airmata Arissa mengalir tanpa sedar .
rasa sedih yang buat dia sebak. Makin lama makin deras turun airmata dia.

" ishh kau ni Ngah tidur lagi waktu asar macam ni. Mainan mimpi je tu. sedar tak ngah nak kahwin malam ni? " soalan Aidil dibalas dengan wajah sembab. Riak wajah nya hanya kosong.

airmata yang mengalir tadi terhenti sendiri.
Nafas di tarik dan perlahan dia lepaskan.

"Ngah rasa tanak kahwin.."

membulat mata puan aishah dengan luahan dari anak daranya itu.

" Ada pulak kau main rasa² taknak kahwin? Kau ni ngah !! " Aidil sudah meraup wajah.

tak tunggu lama dia keluar dari rumah. tinggal puan aishah dan Arissa disitu. Pandai² laa dua beranak tu berbincang.

" Rissa ! jangan memain soal kahwin ni. Kamu bersedia ke tidak ni? "

"mak, rissa takut mimpi tu jadi nyata. Rissa tak nak ada yang kena tembak dengan lelaki tu!" bentak Arissa tanpa dia sedar.

rambut nya yang tidak bertutup tudung dicengkam erat

dia rasa bungkam. dia rasa takut.

"Rissa tengok sini. pandang mak." puan aishah menarik tangan Arissa yang menggenggam rambut.

Cuba untuk menenangkan anak nya.

" mak, rissa takut mak. Rissa tak-"

" Thaqeef sayang kamu. dia buat macam² nak halal kan kamu. abang kamu bantah perkahwinan ni, tapi tengok sekarang? along yang beria ria siapkan majlis ni. " pujuk puan aishah dengan tenang.

dalam diam Arissa mengiakan. kalau dulu aidil lah manusia yang kuat menghalang perkahwinan mereka. tetapi sekarang? macam aidil saja yang nak berkahwin.

segala persiapan arissa dia dan puan aishah yang siapkan.

" mak nak tengok rissa bahagia macam kawan² kamu yang lain. Kamu sendiri cakap kamu teringin nak berumahtangga macam kawan² yang lain kan? sekarang dah sampai masa kamu. kenapa nak batalkan?" lembut suara puan aishah. tiada nada marah.

padanya anak dara nya seorang ini sedang terbawak dengan mimpi. Arissa diam menekur lantai. Dia kehilangan kata².

Memang ini impian dia, dia juga nak merasa alam perkahwinan, merasa ada anak².

"KakNgah , abang Qeef nak jumpa" tegur alya secara tiba² dihadapan pintu rumah.

dia yang sedang sibuk menyiapkan kelengkapan diluar dipanggil oleh Aidil untuk segera memanggil Arissa keluar.

bersama aidil tadi turut ada Thaqeef yang segak bergaya dengan wajah sedikit serabut.

" sapa? Qeef? buat apa dia datang sini?" soal puan aishah keliru. jangan la ada yang bergaduh.

tak jadi majlis karang.

" Ngah, cepat la. karang along marah alya pulak. " gesa alya bila Arissa masih memandang nya.

Dapat dilihat wajah sembab kakaknya. Tu dah kenapa pulak? Bergaduh dengan mak ke?

" Kamu pakai tudung lepastu pergi jumpa Qeef. Dan ingat pesan mak, bincang baik²." Arissa mengangguk perlahan

tudung sarung dicapai dan dia melangkah keluar rumah. kelibat Thaqeef yang sedang bersembang dengan along nya dipandang.

" Qeef " tegur Arissa lembut.

Aidil yang memahami segera meninggalkan mereka berdua. cuba memberi ruang antara satu sama lain.

Thaqeef pandang wajah sembab bakal isterinya. tadi ketika dia sedang bertekak dengan eshal tentang sampin yang hendak dipakai untuk majlis kahwin nya malam ini dia mendapat panggilan dari Aidil.

aidil mengatakan yang Arissa hendak membatalkan majlis perkahwinan mereka. macam hendak luruh jantung nya ketika itu. terus ditinggal segala sampin dan terus memandu ke rumah Arissa.

" Rissa.. pandang Qeef. "

Arissa mengangkat wajah dan mata mereka bertemu. Thaqeef merenung mata Arissa. bagaikan ada megnet yang kuat membuatkan mata mereka terpaku.

" rissa minta maaf."

" tak apa. rissa sayang Qeef kan? pasal mimpi tu rissa tak payah fikir sangat. mimpi tu kan mainan tidur. syaitan suka benda² macam tu. " bagaikan anak kecil Thaqeef memujuk bakal isterinya.

" tapi rissa takut " sedikit bergetar dia bersuara.

Thaqeef mengeluh perlahan. andai saja rissa sudah halal buatnya, mahu saja dia memeluk tubuh xxl itu. memujuk dan mengatakan tiada apa yang perlu dirisaukan.

" sokey sayang. Qeef minta kawan Qeef jaga rumah ni masa majlis akad nikah malam ni. okey?" Dia cuba untuk menyenangkan arissa .

melihat saja anggukkan dari Arissa membuatkan Thaqeef tersenyum melebar.

hilang terus rasa gelabah nya tadi. dia takut andai saja Arissa batalkan majlis ini, dia akan kecewa. sungguh dia tidak sanggup untuk berjauhan lagi.

" okey. pergi masuk mandi siap semua. malam ni kita kahwin. masa tu rissa nak nangis dalam pelukan Qeef pun takpe. Qeef tak kisah. Qeef pun senang, isteri Qeef dapat pahala sebab bahagiakan suami dia" usik Thaqeef pada Arissa.

Geram rasa, macam nak peyuk². Eeiiii omel !!

Arissa tersenyum malu. sempat dilihat pakaian Thaqeef yang berbaju tshirt hitam dan kain pelikat.

astaga.

" maaf sebab susahkan Qeef datang sini. maaf juga kalau rissa buat perangai"

Kalau yee, kalau. Perempuan mana pernah salah!

" untuk rissa tak ada yang susah. Qeef balik dulu. malam ni jumpa ya, bakal isteri abang" sempat Thaqeef mengenyitkan mata seksi nya buat bakal isterinya itu.

Arissa tersenyum. dalam hati dia berdoa semoga tiada perkara buruk yang berlaku. dan majlis mereka malam ini berjalan dengan lancar.

amin.

.

.

.

"SAH !"

"SAH "

"SAH !!"

Alhamdulillah.

semua yang ada disitu mengucap syukur. tak kurang juga Alisya yang berada disebelah Alya, anak kecil itu mengucap syukur mengaminkan doa yang dibaca.

usai membatalkan air sembahyang, cincin sudah tersarung kemas dijari Arissa, dipandang bersama sebuah senyuman.

bahagia nya seorang Thaqeef, impian untuk bersatu dengan wanita kesayangan nya tercapai jua.

wajah cantik Arissa yang di make up simple dipandang. tersangat sempurna dimata nya.

cantik macam bidadari.

"Qeef !" sergahan dari eshal menyedarkan Thaqeef yang ralit memerhati wajah Arissa.

" ha? apa ?" soal Thaqeef yang terpinga pinga.

" kot ye pun tenung tu tengok la orang kiri kanan ni, ada ke tak. ini ditenung macam nak terkam je, macam auch-!" Mak Iti menjeling pada eshal sekali pakej lengan  ditampar .

Amboiii mak iti !

" sakit mak iti, apa ni "

" sudah la mengusik abang kamu tu. dia tengok benda dah halal untuk dia tatap. jangan nak usik² dia " ujar mak iti pada eshal.

wajah bahagia Thaqeef dipandang. Ada wajah riak sikit dari abangnya. Menyampah betul !

Tapi tak apa, janji dah selamat berkahwin.

" daddy !" jerit Alisya dalam dukungan alya.

Thaqeef yang segak berbaju melayu segera mengambil Alisya yang berada dalam dukungan alya, adik ipar nya.

" ya sayang daddy." pipi alisya dicium. ketawa alisya dek ciuman dari daddy nya.

" tahniah daddy, selamat pengantin baru." ucap Alisya bersama tepukan gembira, kepala di angguk berkali kali.

mereka yang berada disitu ketawa melihat telatah comel Alisya.

" mummy, malam ni icha tidur dengan mummy ya?"

" ehhh tak boleh. icha tidur dengan ucu la." sampuk alya yang dari tadi menjadi penonton.

" kenapa icha tak boleh tidur dengan mummy dan daddy?" soal Alisya pelik. jari telunjuk diletak pada dagu seperti memikir sesuatu.

" sebab nya sini papa bisik" eshal membisik sesuatu ditelinga Alisya. dan Thaqeef yang mendukung alisya terdengar bisikan eshal itu segera menolak eshal menjauh.

Yang bukan² jee dia mengajar.

" kau jangan nak rosakkan fikiran anak aku lah ! malam ni icha tidur dengan mummy.. okey?"

Eshal ketawa geli hati. seronok betul dapat kenakan abang nya.

" tapi papa cakap malam ni mummy busy? tak pe ke? "

" papa cakap apa?" mak iti sibuk menyoal sengaja nak memeriahkan lagi suasana.

Thaqeef sudah menggeleng kepala kepada Alisya. manakala eshal dah mula menjauhkan diri, nak lari senang.

" papa cakap mummy sibuk dengan daddy. mummy kena tidur awal sebab nanti perut mummy ada baby . icha dapat adik" laju Alisya berbicara dengan tanpa rasa bersalah.

manusia yang berada disitu sudah mula ketawa dengan kata² alisya.

"ESHAL ISKANDAR NI MENGAJAR ANAK AKU YANG BUKAN². HEYY SINI KAUU !!"

tak tunggu lama Thaqeef mula mengejar Eshal yang sudah melarikan diri. berkejaran dua beradik itu diluar rumah puan aishah.

" aku gurau je la Qeef !!"

jeritan demi jeritan tetapi pergaduhan dua beradik itu tiada siapa yang hendak leraikan.

biarkan mereka bergusti diluar. HAHA

manakala Arissa tersenyum. syukur majlis perkahwinan mereka berjalan dengan lancar dengan bantuan rakan polis Thaqeef dan juga along nya.

' terima kasih Allah '









# SIS DAH UPDATE .
HARAP ADA YANG TAK PENING BACA😅
SIS RASA SIS BANYAK MERAPU 😂

MAAF YA ✌

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro