Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

SEBELAS



Senyuman Arissa terukir apabila matanya terarah pada susuk tubuh kecik Alisya yang didukung thaqeef melangkah masuk ke ruang dapur.

Tubuh alisya diletakkan atas kerusi berhadapan meja makan sebelum thaqeef mendapatkan isteri tercinta nya dan sebuah kucupan berlabuh dipipi debab wanita itu.

Membulat mata arissa bila kucupan itu berlabuh dipipi nya.

"Morning kiss sayang" ujar thaqeef bila melihat wajah terkejut isterinya.

Manakala alisya ketawa sambil menutup mata.

"Daddy gatal la kiss mummy! " bebel alisya dengan mata tertutup.

Konon nya tak nampak apa daddy nya buat pada mummy rissa nya itu.

"Oo daddy gatal eh. Mehh sini daddy kiss icha .." thaqeef menghampiri alisya yang mahu melarikan diri,  tetapi tidak berjaya bila thaqeef memeluk tubuh kecil itu .

Bertubi tubi thaqeef memberi kucupan dipipi alisya. Jelas kedengaran suara jeritan alisya bergema didapur puan aisyah.

"Daddy!!  Gelii... Haha geli daddy! "

Arissa tersenyum melihat telatah suaminya dan alisya. Melihat jejaka itu tidak kekok untuk bergurau senda dengan anaknya bila dimana saja mereka berada.

"Apa yang riuh ni dari luar dengar suara icha" tegur puan aisyah yang baru masuk ke dapur di ikuti oleh alya dan eshal.

"Tokma, tolong icha.  Daddy haha geletek haha icha hahahaha " suara alisya yang meminta tolong berkumandang disitu.

Rata rata mereka hanya ketawa melihat telatah alisya yang berada dalam pelukan thaqeef.

" icha nak minta tolong ke nak ketawa nii" alya mengusik menambah perisa.

"Mummy help me" arissa menepuk bahu thaqeef dan meminta alisya dilepaskan dari pelukan nya.

Akur,  thaqeef melepaskan alisya dan satu kucupan diberi pada pipi comel anaknya itu .

Dimeja makan itu mereka sekeluarga berkumpul. Suasana bising dengan celoteh dari alisya yang masih merajuk dengan daddy nya. 

Mujur arissa pandai memujuk dan selepas itu eshal pulak galak mengusik alisya.

Merajuk bertimpa timpa budak kecik tu hari ni.

.

.

Alya menolong kakaknya mengemas meja makan usai bersarapan, Melihat wajah kakak nya yang sentiasa tersenyum membuatkan hati nya gembira.

"Kakngah bahagia? " soal alya bila mereka berdua sudah selesai mengemas.

Mug berisi susu coklat kesukaan alya dan arissa dihulur pada kakaknya.

" masih terlalu awal untuk kakngah rasa macam tu.  Tapi kakngah bersyukur sebab ada suami macam abang thaqeef kamu tu. " ujar arissa bersama senyuman.

alya hanya mengangguk faham. walaupun kakaknya bertubuh sedikit berisi tetapi masih ada lelaki yang boleh dikatakan sempurna menerima kakaknya itu seadanya.

"Tak semua lelaki suka perempuan yang macam kakngah ni, jadi kakngah kena bersyukur"

" Apa cakap macam tu. Kakngah cantik laa, dan kecantikan kakngah ni di mata orang yang tepat tau, macam abang qeef." Balas alya , sempat dia cubit sedikit lengan kakaknya.

Ada pulak kata macam tu !

sedangkan alya yang cantik pulak ramai je yang memandang tetapi biasa la, dia bukan jenis melayan.

" Okey² fine, maaf. Lya sekolah macam mana?" soal arissa sekadar menghabiskan masa mereka didapur itu.

" macam tu la. okey je sekolah tu tak lari ke mana pun."

pap!

bahu alya dipukul dengan tangan comel arissa.

"orang tanya elok elok dia jawab memain" bebel arissa pada alya. ketawa gadis remaja itu bila dapat mengenakan kakak comel nya.

"ololo comel nya kakngah merajuk..sorry Lya tak pandai memujuk orang, minta abang Qeef pujuk tauu" meleret suara alya mengusik kakak nya itu sebelum melangkah keluar dari dapur apabila terpandangkan kehadiran abang iparnya.

senyuman diberi buat thaqeef sebelum dia keluar dari dapur. kehadiran sang suami masih tidak diketahui oleh arissa.

dia masih menongkat dagu dimeja makan tersebut. wajah nya masam dengan kata2 alya. suka benar budak tu mengusik dia sekarang ni.

terasa tempat duduk alya diduduki seseorang.

" ehh tadi suruh abang Qeef pujuk. nak apa duduk sini balik? " soal arissa tanpa memandang gerangan manusia yang duduk disebelah nya.

sepi tanpa balasan arissa menoleh sebelah dan matanya ketika itu membulat besar bila bibirnya berlabuh dibibir thaqeef.

sejak bila suami nya berada disebelah nya??

thaqeef tersenyum. sejujur nya dia tidak menyangka bahawa keadaan mereka akan serapat seperti sekarang.

terkebil kebil mata arissa bila bibir nya sudah tidak lagi suci.

elehh suami sendiri jugak bukan orang lain😅

" rissa boleh disabitkan kesalahan.." ujar thaqeef sambil melihat wajah malu isteri nya.

" ehh kenapa pulak..rissa tak sengaja"

" apa pulak boleh tak sengaja. mana ada boleh tak sengaja. mesti sayang sengaja kan?" soal thaqeef dengan wajah yang sengaja diserius kan.

"be..betul la..rissa tak tahu awak ada-"

" haa tu apa awak awak dengan suami sendiri??" arissa ketap bibir.

Alaa cik suami ni.

" rissa tak sengaja tadi. rissa ingatkan alya tadi nak usik rissa" ujar arissa dengan riak serba salah.

takut juga andai thaqeef tidak suka dengan kucupan yang tidak sengaja mereka tadi.

melihat wajah si isteri sudah keruh berubah thaqeef lantas menggenggam erat tangan comel isteri nya. senyuman habis kacak diberi agar sang isteri mencair.

" abang gurau je sayang. lepas ni biasakan diri sebut abang. tak mau dah dengar awak awak. ingat abang burung awak awak ke ?" gurauan thaqeef buat arissa ketawa.

kelakar pulak kalau orang sekacak thaqeef jadi burung.

" tapi okey jugak kalau awak, eh tak. kalau abang jadi burung" usik arissa yang masih malu dengan pandangan mata thaqeef.

" iya ke? kenapa pulak best?"

"sebab abang boleh terbang masuk dalam hati rissa " arissa cuba buat pickup Line spontan.

thaqeef kulum senyuman sebelum laju bibir nya melabuhkan ciuman sepantas kilat di pipi isterinya.

"abang !" marah arissa .

cepat betul thaqeef buat kerja 'halal' nya itu.

" apa? abang tak habis lagi tau. sayang disabitkan dua kesalahan" berkerut dahi arissa.

dah kenapa suami nya tukar kerjaya jadi polis ni??

" satu, sayang dituduh atas kesalahan telah mencabul bibir seksi abang tadi dengan SENGAJA "

membulat mata arissa dengan tuduhan ala² polis dari encik suami.

Mahu saja arissa nak membantah tapi melihat anak mata suaminya tajam merenung wajah nya terus terbantut hendak membalas.

" dua, sayang dituduh atas kesalahan mencuri."

Arissa mengerut dahi, pelik ni. Aku curi apa?

" mencuri? bila masa rissa curi ni? rissa curi apa dari abang?" soal arissa dengan tidak puas hati.

ooo nak main polis polis sangat kan. mehh sini pesalah nak soal siasat polis pulak.

" sayang jangan buat tak tahu pulak. sedangkan sayang tahu apa yang sayang dah curi dari abang" thaqeef angkat kening dengan wajah bangga.

arissa merenung lama2 wajah suaminya sebelum dia sendiri mematahkan renungan itu. tidak sanggup melihat wajah kacak suaminya.

tergoda.

" serius la rissa tak faham."

tangan arissa yang berada dalam genggaman nya ditarik dan ditekap di dada kiri nya. mata redup memandang sang isteri.

" sayang curi perhatian abang. sayang curi kasih sayang abang. sayang curi sekeping hati yang selama ini sunyi tanpa pemilik sebenarnya. sayang curi segalanya dari abang."

arissa menunduk ,  sedikit sebak dia rasakan. tak sangka lelaki ini begitu mengasihi dirinya. dia berasa benar2 dihargai saat ini.

bersyukur dengan jodoh yang telah ditetapkan oleh Nya.

" terima kasih..rissa tak tahu nak cakap apa. tapi rissa bersyukur dengan Allah sebab beri jodoh terbaik pada rissa." airmata nya jatuh setitik demi setitik sebelum dikesat oleh jari kasar thaqeef.

" abang cuma perlukan kasih sayang cinta dan kepercayaan rissa pada abang. abang nak hidup selamanya dengan sayang sampai Jannah."

dan sebuah kucupan kasih sayang thaqeef berlabuh di dahi arissa. sungguh dia begitu menyanyangi isterinya melebihi dari segalanya.

" abang sayang arissa."

bisik thaqeef perlahan. hanya mereka berdua sahaja yang mendengar.

.

.

.

.

''tengok apa tu?" Alya segera menoleh bila suara seseorang menegur.

Eshal Iskandar rupanya.

"kus semangat. apa main sergah orang!" marah alya sekadar mahu menutup malu.

" oooo skodeng burung dua ekor tu buat kerja ehh..abang report ibu alya" ugut eshal bila mata nya terpandang akan aksi panas abang nya yang sedang membuat perkara halal didapur .

lebih kepada mencium dahi si isteri sebenarnya.

" ehh jangan la. nanti ibu marah alya. abang cakap abang nak alya buat apa supaya abang tak bagitahu ibu?" alya bertanya dengan cemas. tak mahu kerja nya kantoi dengan ibu.

habis dibebel oleh ibu nanti.

Eshal mengulum senyum sendiri. kena ugut baru gelabah eh budak ni.

" alya kena teman abang pergi mall nanti. nak beli barang. boleh?"

laju alya mengangguk setuju.janji eshal tak bagitahu ibu nya.

huhuhuhu

.

.

Alya mendapat keizinan dari ibunya untuk menemani eshal Iskandar ke mall. entah macam mana ibu nya mudah sahaja memberi izin bila eshal mengatakan mahu ajak alya menemani dirinya membeli barang.

" abang nak beli apa?" soal alya bila kaki mereka melangkah masuk ke satu kedai menjual pakaian lelaki.

" abang ingat nak beli ikan la Lya. orang kata ikan dekat kedai ni murah2 belaka" balas eshal dengan selamba.

alya mencebik bibir tanda bengang.

berani mempermainkan pertanyaannya.

" kalau macam tu jom la kita pilih ikan tu. balik nanti suruh ibu buat masak lemak cilipadi. cili tu kan letak banyak2 sikit biar berdesing bibir tu" bebel alya yang sudah bengang.

dengan eshal Iskandar ni ada je benda buat dia nak menjawab. Selalu nya seketul alya bukan macam ni.

Eshal sudah ketawa bila mendengar bebelan alya. tahu marah rupanya budak ni.

" amboii bebel apa tu sayang panjang macam nak rap buat lagu je?" usik eshal lagi  suka melihat wajah cantik alya yang sudah merah diusik oleh nya.

jelingan diberi pada eshal. suka buat orang sakit hati.

" Alya ! " Terhenti gelak tawa eshal bila satu suara menegur mereka.

" ehh betul la awak alya.." suara itu datang dari arah belakang mereka.

Aizam Hakimi sedang tersenyum menghampiri Alya

alya membalas senyuman dengan ramah. tak sangka pulak boleh terjumpa ketua pengawas di mall ni.

" Lya datang dengan siapa? abang ingat abang salah orang tadi. sekali tengok ye la memang alya abang." ujar hakimi tanpa memandang orang sekeliling.

bila bersama alya dia terus lupa akan dunia nya. adakah ini namanya cinta?

Eshal yang berada di hadapan alya hanya mampu menjadi penonton. macam nak kenal budak lelaki ni.

ouh ya. pengawas yang cuba nak try alya dekat sekolah dulu.

Tengok dari gaya nya macam nak mengorat si alya ni, mana boleh gais !

"Ehemm ! Datang dengan saya." ujar eshal membalas pertanyaan pertama dari hakimi.

laju hakimi menoleh. ehh ada orang rupanya.

macam pernah nampak lelaki dihadapan nya ini.

" encik ni eshal Iskandar kan?" soal hakimi konon nya ramah.

Eshal bangga mengangguk-angguk kepalanya.

ye aku la tu. siapa lagi yang nama eshal Iskandar yang paling hensem dalam dunia ni selain dia? 

" encik buat apa dengan girlfriend saya dekat sini?" soal hakimi tanpa rasa malu.

sungguh dia rasa sedikit cemburu melihat ayla keluar bersama dengan lelaki asing ini.

alya menarik wajah. bila masa pulak kitaorang couple?

"Bila masa-"

" sayang tak bagitahu dia ke?" membulat mata alya bila mendengar pertanyaan dari eshal.

Tak sempat dia hendak menyoal hakimi tadi, masuk saka ke apa eshal ni?

" Sayang? " Panggil eshal sedikit romantik.

ni lagi sorang. dok bersayang-sayang pulak. ada jugak aku cepuk kang.

" bagitahu apa?", soal alya dengan sedikit hairan.

Eshal tersenyum manis. lengan alya ditarik untuk rapat dengan tubuh nya. hakimi yang melihat sudah berbulu anak matanya.

" bagitahu yang kita cari barang tunang." ujar eshal sambil merenung anak mata alya.

alya hampir ternganga bila pandangan mata eshal memanah matanya.

ahh sudah.

" err..." alya kematian kata2. wajah keruh hakimi dipandang sebelum lelaki itu meminta diri untuk pergi.

ayie mengangguk sahaja. malas hendak membalas apa2.

" apa abang cakap macam tu? esok kecoh satu sekolah bila tahu alya betul2 nak bertunang." rungut alya bersama jelingan. cukup pakej.

bukan alya kalau tak menjeling orang.

" Lya tak nampak ke dia berharap pada alya? suka bagi orang harapan? kalau alya tak suka berterus terang dengan dia. jangan buat dia menaruh harapan dengan cara layanan alya pada dia.." nasihat eshal betul2 buat alya rasa sesuatu.

adakah selama ini layanan dia membuatkan hakimi semakin menaruh harapan pada nya?

"Tapi bila masa pulak lya bagi harapan dekat dia?"

Laju alya mengejar langkah eshal yang sudah ke depan.














#TBC

😁

HAPPY 1K GAIS.

TQ SUPPORT

💞

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro