SATU
Hi gais .
Ketika cerita ini ditulis pada tahun 2019, masa tu penulis seorang yang suka tangkap muat. Mana² dia nak dia masukkan terus.
Maap andai ada terlalu banyak kekurangan ketika itu.
TAPI
Untuk tahun 2023 ini penulis sedang giat untuk edit semula ayat² yang tak berapa nak bagus dan dirasakan ayat² tersebut macam terlalu "baik"untuk anda 😂
Penulis juga perasan banyak ayat² berterabur dan seperti kanak² riang.
Jadi penulis sedang dalam memperbetulkan semula ayat dan mengubah beberapa nama watak dalam cerita ini.
Nama hero dan heroin masih kekal 🙈
Maafkan saya ☺️
"PAPAZOLA !!"
terhenti terus langkah kaki apabila mendengar panggilan 'papazola' terbit dari mulut si kecil itu, Nur Alisya.
tersengih anak kecil itu melihat wajah garang si gerangan 'papazola' nya yang tak berkedip memandang dia
" morning sayang daddy. "
senyuman diukir buat si kecil yang sudah siap berseragam taska.
tocang dua yang di ikat menambahkan lagi kecomelan Nur Alisya.
"morning too PAPAZOLA ..heee " dua jari diangkat sebagai isyarat peace diberi pada 'papazola' .
"ni.. mana dapat panggilan papazola ni? daddy tak pernah dengar pun sebelum ni. mana belajar? taska? cikgu dekat sana ajar?"
soal Thaqeef kepada anak kecil nya itu.
Alisya ketawa dengan tangan tutup mulut sebelum menggeleng laju.
comel !!
" Papa Es suruh Icha panggil PAPAZOLA dekat daddy. Papa es cakap daddy garang macam PAPAZOLA. tapi icha tak tahu siapa PAPAZOLA tu. daddy kenal tak?"
petah sekali Alisya bercerita. dengan umur yang baru berusia tiga tahun itu ada sahaja bicara nya.
kadang² sampai Thaqeef tidak larat melayan soalan yang diluar kotak fikiran Alisya.
Thaqeef membulatkan matanya mendengar cerita dari Alisya. terus mata garang itu mencari kelibat Eshal Iskandar, satu satunya adik lelaki.
tak tunggu lama muncul kelibat Eshal atau nama panggilan nya Eshal Iskandar masuk ke dalam dapur untuk bersarapan.
Eshal yang baru hendak melabuhkan duduk terasa bahunya dipukul sesuatu. laju dia menoleh.
" sakit la Qeef. apahal pukul² bahu orang niii "
bebel eshal sambil menggosok bahu nya yang dipukul oleh Thaqeef.
Sakit matt !
" sakit yang kau rasa tu tak sesakit hati aku sekarang ni tahu."
Thaqeef meletakkan Alisya disebelah tempat duduk nya, betul² berhadapan dengan Eshal.
sempat Eshal mengejitkan mata seksi nya pada Alisya. dan anak kecil itu ketawa mengekek dek usikan Papa Eshal nya.
"asal pulak? aku tak tahu apa pun. kau tetiba masuk terus pukul bahu aku. hilang sado."
kepingan roti yang dibakar diambil dan disapu jem strawberi lalu diberi pada Alisya yang tersenyum manis.
" terima kasih papa "
"sama sama kasih sayang papa " sempat dicubit pipi tembam Alisya sebelum dipukul oleh tangan Thaqeef.
"kau period ke? garang semacam je pagi ni" soal Eshal sebelum menyumbat kepingan roti yang sudah disapu jem.
Sedap dooh !
" banyak ah kau period. apa kau ajar dekat Alisya?" soalan Thaqeef membuatkan eshal tersembur sedikit roti yang dikunyah.
alamak, kantoi dah ke? Eshal pandang Alisya sebelum Alisya pandang Thaqeef.
" ajar apa pulak? Kau ingat aku cikgu dia ke? Anak sendiri pergi taska lagi mau tanya aku "
Balas eshal tak mahu mengalah.
" Alisya panggil dekat daddy apa tadi sayang?" pipi Alisya dikuis manja oleh Thaqeef.
"Papa Es suruh icha panggil daddy PAPAZOLA "
polos anak kecil itu menjawab tanpa mengetahui peperangan dua beradik itu akan berlaku tidak lama lagi.
Eshal tersengih seperti kerang busuk bila mata Thaqeef tajam memandang dirinya. terasa kerdil pula dia saat ini.
" halahhh kau ni, aku tengok BoBoiBoy semalam. lepas tu dia tanya yang muka garang² tu apa nama, aku jawab la PAPAZOLA.."
Eshal mengerling ke arah Alisya, seolah olah membuat isyarat mata.
Kan echa kan?
air milo suam dihirup sedikit demi sedikit dengan mata tak lepas pandang Alisya yang sudah turun dari kerusi.
"oh kau nak cakap yang daddy dia ni garang la? macam tu? !"
" kau ni kalau sekali dua takpe tahu. ini setiap kali aku outstation kau ajar yang bukan². tahu tak yang nak menghadap dia tu aku??"
Haaa kan dah kena bebel dengan Eid Thaqeef.
padan muka Eshal, siapa suruh cari pasal.
"ehh Qeef, dah lewat la. aku gerak dulu la. nanti jalan jem. aku hantar Alisya hari ni. okey chaw !"
Laju gerak eshal selaju mulutnya yang bercakap. Tangan Alisya ditarik untuk keluar.
Thaqeef hanya melihat kelibat adiknya hilang bersama Alisya. dalam tak sedar dia mengeluh perlahan.
"Qeef, mengeluh jer. kenapa ?" satu suara menegur. Thaqeef tersenyum seraya menggeleng.
" tak ada apa mak iti. geram dengan perangai eshal tu. umur dah 27 tapi perangai kalah Alisya. "
" biasa la eshal tu. macam la Qeef tak tahu perangai dia. Qeef takde selama kat rumah ni, dia yang urus semua pasal Alisya. hantar taska, lepastu pergi ambik lagi. tak ada pulak mak iti nampak dia mengeluh. suka lagi ada agak nya jaga Alisya tu"
Thaqeef mengangguk. memang adik lelakinya itu sukakan kanak² seperti Alisya. dia tak kisah sangat, tapi itu caranya dia dan eshal bergurau.
biasa la orang lelaki. tak gaduh tak meriah la meja makan tu pagi².
"Qeef...mak iti tanya dia mengelamun pulak." ketawa mak iti kedengaran.
"apa mak iti tanya? sorry Qeef tak dengar..."
"mak iti tanya, tak nak cari ibu ke untuk Alisya?"
Thaqeef kematian kata dengan soalan mak iti. dia pandang mak iti sebelum tersenyum.
" Qeef pergi dulu ya. tengahari Qeef balik terus pergi ambik Alisya. jadi mak iti tak payah masak tengahari ni. Qeef makan kat luar dengan dorang.." Thaqeef membasuh tangan nya dan keluar dari dapur.
sementara mak iti hanya mampu menggeleng. sampai bila dia nak mengelak dari soalan tu?
dalam diam mak iti berdoa, semoga ada jodoh Thaqeef nanti.
.
.
.
" Rissa.. buku rekod kesihatan anak² yang akak letak dalam almari semalam mana eh? akak cari tak jumpa ni"
Aku yang sedang menyusun perlengkapan untuk aktiviti anak² sekejap lagi menghentikan langkah. terus arah ditukar menghadap bos besar taska tempat aku bekerja, Puan Siti.
" betul ke akak letak dekat dalam ni?" aku ikut mencari buku rekod tersebut.
habis meja bersepah sebab nak mencari buku rekod.
" betul. semalam kan akak ada bagitau dekat rissa." aku hanya mengangguk.
memang la ada bagitau, tapi rasanya dia tak simpan buku tu dalam almari.
kejap.
aku menghampiri laci yang menempatkan rekod² kanak-kanak.
baru hendak membuka laci pertama, cikgu Elly masuk memanggil aku.
"kenapa Elly?" terjongket kening aku bila Elly menarik aku keluar dari taska.
Kalut² aku ikut Elly keluar.
sampai dihadapan pintu pagar seorang lelaki bersama dengan kanak² yang sedang memeluk erat bersama tanggisan kecil.
aku pandang wajah elly. elly buat isyarat yang mengatakan budak tu tanak masuk taska.
aku menghampiri mereka. Si Alisya rupanya.
"Alisya ..."
bahu alisya aku tepuk perlahan. terus dia menoleh ke arah aku dan melepaskan pelukan dileher lelaki itu, dan diturunkan alisya ke bawah.
Alisya menghampiri aku dan memeluk kaki aku erat
"cikgu Rissa, jangan la cuti lagii. nanti icha rindu cikgu Rissa.."
Alisya menguman perlahan. aku tersenyum kecil sebelum menarik tangan Alisya yang memeluk kaki aku.
airmata Alisya aku lap pakai ibu jari aku. aku tersenyum pada Alisya.
Comel nya dia, Alisya budak yang paling rapat dengan aku di taska.
kalau aku tidak dapt hadir ke taska hanya puan siti sahaja yang boleh memujuk Alisya.
lain dari kami berdua Alisya akan mogok, macam tadi.
" ye cikgu tak cuti dah. haritu jer last cikgu cuti. okey sayang?" Alisya mengangguk sebelum kembali menyalam tangan lelaki yang menghantar Alisya.
" papa esbbalik la. icha masuk dulu. bye !" Alisya berlari membuka kasut dan masuk ke dalam taska.
aku kembali memandang lelaki yang menghantar Alisya.
" papa Alisya ke?"
sepanjag Alisya duduk di taska ini, tak pernah aku berjumpa dengan papa Alisya. selalu yang hantar pakcik Rahim, pemandu khas untuk Alisya.
" ya, saya papa Alisya. err cikgu ?"
"oh saya Nur. "
" Nur? bukan Rissa?"
" ouh nama betul Nur Arissa.. "
" okey, patut icha panggil Rissa. maaf lah cikgu, saya nak tanya Alisya memang rapat dengan cikgu ke dekat sini?" lelaki itu menyoal bersama sebuah senyuman.
hensem. kulit putih kalah mat saleh dengan hidung mancung nya. memang taste gadis² zaman sekarang.
" dengan saya dia rapat. Tapi dengan cikgu lain pun rapat juga cuma tak serapat kami. Kenapa ya encik?
" Saya Eshal, tak ada apa sekadar bertanya saja. " Senyuman diberi untuk cikgu bersaiz chubby itu.
" Ouh... kalau macam tu saya minta diri dulu ya. assalamualaikum"
aku menunduk sedikit dan melangkah masuk ke dalam taska selepas menutup pagar.
"icha tanak masuk?" soalan puan siti mengejutkan aku.
bila masa pulak dia dekat belakang aku?
"terkejut saya akak. ye, macam biasa la icha." aku menjawab sambil tersenyum.
kelibat Alisya yang sedang bersembang bersama seorang lagi kanak² di lihat. comel. agak nya ikut muka mak dia kot?
sebab wajah Alisya tak macam papa dia. dengan pipi tembam, mulut kecil merah menyala dan kulit putih susu.
" alah kak siti, bukan tak tahu alisya tu macam mana. dengan saya dia taknak, nak jugak cari cikgu rissa dia tu" Elly bersuara sambil membawa sepinggan biskut untuk diberi kanak².
" Ha ah lah. Tapi dia memang rapat dengan rissa pun. Ehh siapa yang hantar dia? hensem bergaya orang nya. " puan siti senyum pada aku.
"ouh tadi tu? papa Alisya la. sesuai untuk elly." terus aku masuk ke dalam kelas.
kedengaran suara usikan puan siti dekat elly.
"Rissa, puan siti tanya, rissa tak berminat ke dekat papa Alisya tu?" elly menjerit dari dapur. suara mengalah kan speker dewan rakyat.
" ahh takde². jangan nak merepek ye elly.. debik kang!"
maka tercetus lah tawa puan siti dan elly. ada saja benda yang nak dibahankan.
sabar je la Nur Arissa Hana.
.
.
.
Tepat jam 12.30 tengahari Thaqeef sudah terpacak dihadapan taska Alisya.
jam tangan ditilik sebelum menekan loceng disebelah pagar taska.
lima saat kemudian kelihatan seorang wanita bertubuh comel membuka pintu dan menghampiri pagar.
senyuman terukir dibibir wanita itu.
cantiknya !
desis hati Thaqeef. pandangan nya menilik wanita itu. berkulit secerah susu dan bibir yang merah tanpa sebarang lipstik dan -
"Encik? " Thaqeef mengedipkan matanya berkali kali.
'aku kena sumpah ke tadi?' bisik hati Thaqeef.
" saya Thaqeef, penjaga kepada Nur Alisya. saya datang nak jemput dia." Thaqeef menghadiahkan sebuah senyuman pada wanita itu.
sempat mata melihat ke arah nametag yang dipakai, Nur Arissa.
" penjaga Alisya? err maaf la. boleh tahu apa hubungan dengan Nur Alisya?" soal wanita bernama Arissa itu.
"saya daddy dia. "
Arissa memandang lelaki dihadapan nya yang mengaku penjaga kepada Alisya. nampak kacak lagii berbanding papa Alisya.
eh kejap.
" Daddy Alisya ? bukan ke encik eshal papa Alisya? err encik ni cakap daddy dia. saya pening la." Arissa menggaru kepala nya yang tertutup dengan selendang pink.
Mana satu betul ni? Takkan dia nak lepaskan alisya pada orang yang tidak dia kenali?
Thaqeef ketawa kecil melihat reaksi Arissa yang menggaru kepala.
kemudian pintu kereta disebelah penumpang dibuka, kelihatan Eshal Iskandar melangkah keluar segak bergaya menghampiri mereka.
" haaa ni papa Alisya kan?" soal Arissa dengan wajah keliru. keliru diantara dua jejaka itu.
" saya papa dia, tapi ni daddy sebetul nya. daddy Alisya..." Eshal menepuk bahu Thaqeef sambil tersengih.
Thaqeef pulak jadi malu. yelah sebelum ni mana sempat dia jemput Alisya pulang dari taska, selalu nya pakcik rahim yang akan jemput Alisya.
" oh okey. sekejap ya, saya panggilkan Alisya." Arissa pantas masuk ke dalam taska.
Thaqeef memandang adiknya dengan wajah tak puas hati.
" kenapa muka cikgu tu confius gila bila aku cakap aku daddy Alisya?" soal Thaqeef dengan nada geram pada Ayie.
Ayie hanya angkat bahu dan melihat ke arah kereta yang diparking.
Malas lah nak layan.
"Daddy !!" sekelip mata tubuh Alisya berada dalam dakapan Thaqeef.
Eshal pun segera menghampiri Alisya yang masih lagi tidak perasan akan kehadiran papa Es nya.
laju tangan mengusap rambut Alisya.
"EHHH PAPA ESS pun ada !! wahh ..! ramai nya yang jemput icha hari nii...icha sukaa !!"
jerit Alisya dengan riang, tangan nya menepuk nepuk suka.
Arissa hanya tersenyum senang melihat gelagat mereka bertiga. untung Alisya dikelilingi orang yang menyayangi dirinya.
" suka ya anak daddy ni. so sayang, kita nak ke mana?" soal Thaqeef sambil memandang Alisya yang berada dalam dukungan eshal.
"ermm...icha teringin la nak makan kepci. daddy kita makan kepci nak?" pinta Alisya dengan wajah comel nya, dikerdip mata bulat nya berkali kali.
terletus tawa eshal dan Thaqeef. begitu juga Arissa.
comel betul.
" okey daddy on jer.. " Thaqeef mengangguk setuju. senang dia melihat wajah ceria Alisya.
"yeahhhhh...Cikgu Rissa jom la ikut sekali. haritu cikgu janji kan nak teman Rissa makan kepci" ajak Alisya tanpa rasa bersalah.
"eh sayang tak boleh la. cikgu kena kerja lagi ni.. lupa la tu icha balik awal hari ni.." Arissa menguis pipi tembam Alisya.
terus mendung wajah comel itu.
"Icha. papa ada beli mainan baru untuk Icha, nak tak? kita masuk kereta tengok..jom?"
pantas eshal mengalihkan perhatian Alisya. terus dia berlari ke arah kereta di ikuti oleh eshal.
Thaqeef memandang gelagat adiknya dan Alisya. dah macam adik dan abang. lalu wajah Arissa menjadi tatapan nya semula.
" err cikgu, saya minta diri dulu. ada masa kita borak ya. banyak saya nak tanya pasal Alisya. harap cikgu tak kisah ya?" senyuman diberi pada cikgu comel itu.
yatuhan, hati nya rasa sesuatu.
" boleh²..insyaallah saya akan luangkan masa untuk encik bertanya mengenai perkembangan Alisya." jawab Arissa dengan sopan.
tanpa sedar pipi nya kemerahan apabila ditenung oleh Thaqeef.
"Baikkk² . saya minta diri dulu ya cikgu. assalamualaikum"
hilang saja kereta mewah itu terus bahu Arissa rasa ditepuk seseorang.
"Puan Siti! ..terkejut saya !"
Apa pasal puan siti ni suka muncul mengejut?
"siapa ambik Alisya ?" soal puan siti tanpa menghiraukan Arissa yang terkejut.
mujur tak mati budak tu.
" daddy dan papa dia la" jawab Arissa dan menoleh ke arah puan siti. atas bawah dia perhati.
"kak, nak ke mana ni?"
" Allah..lupa pulak. akak nak keluar kejap, ada meeting dengan JKM, rasanya tak balik taska dah. apa² rissa info akak okey. selamat bercuti ya rissa ."
kelam kabut puan siti sebelum menghilangkan diri disebalik kereta nya.
Arissa mengunci pagar semula sebelum melangkah masuk ke dalam taska.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro