LIMA
Alya melangkah masuk ke kawasan sekolah dengan keadaan malas. Terasa agak malas untuk dia ke sekolah pada hari ini.
mulut nya tak berhenti dari menguap yang tak sudah bagaikan tiada limit untuk berhenti.
ini semua gara² kakak dia yang mengajak menonton cerita korea.
dia tak minat drama korea tetapi teman juga sebab kakak nya itu sudah berjanji mahu bawa dia shopping bila bergaji nanti.
dan dia tak akan lupa waktu itu. mahu dihentam gaji kakak nya itu habis habisan.
" Lya ! " sergah satu suara. bahu Alya ditepuk tanda menegur.
" waalaikumussalam.." sindir Alya bersahaja membuatkan Elfa ketawa dek sindiran sahabat baik nya.
Perempuan ni kalau tak menyindir mana lengkao hidup dia !
" ala kau ni macam tak kenal aku pulak sindir² bagai. nii kau tengok zupp naik ke hati. deep betul pepagi sindir² aku hahaha "
Elfa ketawa dengan kata² nya sendiri. sedangkan Alya hanya mengangguk dengan tersenyum.
tahu dah perangai Elfa begitu. kaki masih melangkah. terasa jauh pulak kelas nya hari ini. buat entah kali ke berapa dia menguap lagi.
Mengantuk!
" hoii menguap luas macam mulut gajah. tutup la sikit anak dara oii. kau tidur lewat eh semalam?" Elfa yang disebelah Alya dijeling.
suara dia macam speaker.
" kau kalau bercakap macam aku duduk beribu batu jauh dari kau kan? "
Elfa ketawa lagi. kena perli lagi lagi dan lagi dengan Alya.
Dan dia tak pernah serik.
" kakak aku ajak teman dia layan drama korea dia tu sampai tak sedar aku kena sekolah hari ni." bebel Alya dengan malas.
Elfa tersengih sebelum mereka melangkah masuk ke dalam kelas 5Bayu. suasana dalam kelas masih lengang tidak ramai yang datang lagi.
Boleh laa nak lelap sekejap. Tapi tak sempat duduk tangan Alya ditarik Elfa.
" apa kau ni tarik² aku? " marah Alya bila Elfa sudah tarik dia keluar dari kelas menuju ke koridor yang mengadap ke arah padang sekolah.
Lebur angan² dia untuk melelapkan mata.
" kau tengok tu, lelaki yang berdiri dekat kereta honda putih tu. " beria Elfa menunjuk ke arah lelaki yang dimaksudkan.
Alya pandang sekilas sebelum buat muka bosan nya.
" so ?" menguap lagi si Alya. dia cuma mahu tidur sekejap.
" weh lelaki tu pandang kau la!" pak, bahu Alya ditepuk berkali kali.
fuhhh hilang mengantok oii!
" sakit la woii ! eh Faa sudah la tepuk aku, sakit do!" tangan Elfa yang masih memukul bahu nya ditepis berkali kali.
eeeiii geram pulak dengan minah ni.
" okey² aku stop. " Elfa ketawa bila melihat wajah Alya sudab merah.
bukan sebab malu tetapi sebab marah kan dirinya.
" apa motif kau ajak aku lepak sini? " soal Alya malas.
mata dia melihat sekeliling sekolah sebelum terhenti pada lelaki yang Elfa beria ria tunjuk tadi.
'cikgu baru ke? tak pernah nampak pun. hensem '
" weh, kau dengar tak aku cakap apa ?"
" ha? kau cakap apa?"
Elfa tepuk dahi. wajah cantik Alya dipandang sebelum menarik tangan Alya untuk turun ke tapak perhimpunan.
" pagi ni budak² form 5 macam kita ni ada ceramah. "
" ceramah? serius la ada ceramah ? tak tahu pun." Alya memikir.
rasanya memang tak ada apa² ceramah pun ? tapi Elfa kata-
" tula kau, ada whatssap tak on. eh tolong buang telefon samsung kau tu dalam longkang kalau tak guna "
" wah kau kutuk samsung aku pulak. tahu la pakai iphone sekarang. ni ceramah apa pulak ?"
sepanjang hendak ke dewan perhimpunan Alya ditegur oleh pelajar lelaki.
Alya memang cantik, peramah. tetapi peramah nya itu hanya bila perlu sahaja. pelajar lelaki yang suka kan Alya sedikit pun tidak dilayan. bukan sombong tetapi dia memang begitu.
tidak mahu melayan takut nanti dia lupa diri HAHA
" hi Alya " sapa ketua pengawas merangkap senior mereka, Nadim Hakimi.
Alya hanya membalas dengan senyuman. bukan dia tak tahu yang hakimi syok kat dia. tapi dia tidak melayan.
" kimi, ceramah apa hari ni?" soal Elfa pada hakimi.
" ceramah tentang Spm la. Elfa tak tahu ke?"
"eh Elfa tahu. tapi ni haa tak tahu apa dok tanya Elfa serius la ada ceramah? tak tahu pun " sempat lagi si elfa meniru percakapan Alya tadi.
Alya hanya mampu mengetap bibir bengang.
" oo, tak on whatssap group eh? abang ada hantar chat tapi Lya tak balas pun" hakimi cuba berkomunikasi dengan gadis pujaan nya.
dengan wajah kacak dan sikap tegas dan juga jawatan sebagai ketua pengawas tentu sahaja ramai pelajar perempuan gila² kan dia.
Tetapi tidak pada hakimi . Dia hanya gilakan Nur Alya.
Elfa sudah mengambil tempat duduk meninggalkan Alya yang berdiri kaku sebelah hakimi.
Alya seorang pengawas gais. jadi lagi mudah hakimi nak masuk line.
" Lya tak ada data. sorry" jawab Alya dengan senyuman. walhal dalam hati dia sudah berbakul bakul makian dilemparkan pada Elfa.
tergamak tinggalkan dia bersama hakimi !
" balik nanti abang top up, kita chat ya?" ujar hakimi.
senyuman kacak dilempar khas buat Alya. hakimi jarang nak senyum tanpa alasan dekat orang. tetapi dengan alya, dia tak kisah, senyum sampai esok pun dia sanggup !
" eh takpe. lagipun Lya jarang online sebab Lya study. nak exam kan tak lama lagi. takpela Lya masuk dulu. " terus Alya pergi meninggalkan hakimi tanpa sempat lelaki itu membalas.
sampai saja dekat Elfa terus cubitan hinggap dilengan gadis itu.
" sakit la woii. kenapa kau ni?"
" kau la, tinggal aku kenapa??"
" ehhh mana ada tinggal. dah kau dok menyembang dengan hakimi tu, aku tinggal je la. tanak ah ganggu korang berasmara"
" banyak ah kau asmara, pang kang!" Alya membetulkan duduk nya. Elfa yang sedang ketawa tak dihiraukan.
"uish kak long, marah benor ni. eh, hakimi borak apa dengan kau?"
" tak ada apa. eh pandang depan la, nak mula dah" jawab Alya malas.
buku catatan dibuka dan dia sudah bersedia untuk mencatat perkara yang akan disampaikan oleh penceramah nanti.
" weh. lelaki tadi tu kan? dia ke yang nak bagi ceramah dekat kita? wahhhhh hensem boek punya.." Alya juling mata ke atas bila bebelan Elfa sudah kedengaran gedik ditelinga nya.
malas mahu melayan Alya hanya buat tidak tahu.
.
.
.
Eshal Iskandar memandang ke arah suara yang bunyi. di bangunan tingkat dua kelihatan dua pelajar perempuan sedang berdiri di karidor tersebut. seorang freehair manakala seorang lagi memakai pakaian pengawas.
lama dia tenung wajah cantik pengawas itu sebelum bahu nya ditepuk seseorang.
" amboii hang boleh tengok perempuan, lupa aku kat sebelah" ujar teman eshal, Arman Rahmat yang segak berkemeja ungu.
" mana ada aku tengok perempuan. " bidas eshal cepat. kantoi ke tadi?
" eleh hang tu bukan nya aku kenai dua tiga hari. hang nak try budak sekolah pulak ka?" ketawa arman buat eshal hendak siku manusia itu.
" kalau dah jodoh, hang kisah apa "
" wuuuu.. nanti aku habaq dekat Qeef. biaq dia gelak kat hang. kemas la dulu ni takmau bercinta, tup² hang nampak budak tu terus hilang akai "
Eshal mengendahkan bebelan rakannya itu. kaki melangkah menuju ke dewan perhimpunan bagi acara pada pagi ini. ceramah yang dihandle oleh rakannya yang lain tetapi kebetulan rakannya itu ada hal kecemasan dan dia diharap untuk membantu arman berceramah hari ini.
dalam menunggu kedatangan arman matanya sempat melihat sekeliling sekolah Abdul Rahman ini. sehinggalah matanya bertembung dengan gadis pengawas itu.
cantik dia bukan main lagi. tapi rupa tu macam seseorang yang dia pernah lihat.
siapa?
" Man, kau handle eh. aku tolong main slide ni jer. okey?" ujar eshal apabila mereka sudah berada di atas pentas untuk ceramah.
" hang takmau ke? "
Eshal hanya menggeleng kepala. rasanya dia lebih suka duduk melihat dari memberi ceramah. itu bukan bidang nya. dia hanya sekadar meneman arman sahaja.
pandangan nya tertacap pula pada gadis pengawas tadi. sedang bercakap dengan pelajar lelaki, pengawas seperti nya juga. lama dia perhati gadis itu, bagaikan hendak tak hendak saja dia melayan.
muka cantik, perangai pun cantik. bagus tak layan lelaki.
.
.
.
" Rissa , petang ni tutup awal sikit taska. akak dah bagitahu dekat semua parent dah" Arissa yang sedang membasuh tangan usai makan mengerutkan dahi.
"awal tutup kak? ada emergency ke?"
" ha ah. JKM nak jumpa pengusaha taska dengan pengasuh² hari ni pukul 5. akak dah info kan dekat parent kejap lagi pukul 4 lebih dorang datang ambik la kot" ujar puan siti.
selepas itu hilang terus kelibat puan siti masuk ke dapur.
Elly menghampiri Arissa, ditarik tangan wanita itu. bersedia untuk bergosip.
" so apa cita?" soal elly tanpa basa basi.
" citer apa?" Arissa tak faham.
" ish kau ni. seminggu takde kat taska si daddy icha tu tiap² hari nak jumpa kau tahu. sampai aku dah penat dok bercakap ulang ayat yang sama. penat tau." bebel elly dengan muka masam nya.
benar.
daddy icha tiap² hari datang hantar dan ambik semata mata nak berjumpa dengan Arissa walaupun sudah diberitahu yang Arissa tiada.
" lepas tu kan, setiap kali icha datang mesti menangis sebut nama kau. wehh kau jampi apa kat budak tu?"
"Mana ada jampi apa pun. tapi rissa bagi sepenuhnya kasih sayang rissa pada Alisya sebab tu dia nangis bila rissa takde. haa jangan jeles eh" usik Arissa .
Elly tersengih sendiri. tak dapat dinafikan kasih sayang Arissa bukan hanya untuk Alisya seorang tetapi kanak² lain jugak dijaga sempurna bagaikan dia la ibu bagi kanak² ini.
dalam diam elly mengaku andai saja dia lelaki pasti dipinang Arissa buat isteri. HAHA
" Rissa, ada orang nak jumpa." puan siti masuk ke dalam. sejak bila dia diluar?
"jumpa rissa ke?"
" ha ah, Nur Arissa. bukan Elly"
"amboii kak, perli bukan main dia. "
Arissa menggeleng kepala melihat puan siti dan elly bertikam mata.
bukan hendak bergaduh tetapi begitu cara mereka bergurau 😂
Arissa melangkah keluar dari taska, pintu pagar dihampiri dan kelihatan seorang jejaka membelakangi nya.
'siapa pulak ni?'
" err Encik? encik nak jumpa saya ke?" soal Arissa sopan.
Lelaki itu menoleh membuatkan Arissa sedikit terkejut.
dia kenal lelaki ini. lebih dari kenal. kenapa lelaki ini boleh tahu dia berkerja di sini?
" Rissa.." ujar lelaki itu perlahan tetapi tegas membuatkan Arissa segara mengundur ke belakang beberapa tapak.
" lama abang cari rissa. sampai hati rissa lari dari abang. abang rindu rissa tau " Arissa menelan liur yang terasa kelat. langkah undurnya tidak teratur.
malahan jejaka itu semakin menghampiri Arissa yang sudah gelabah.
" sini jom, ikut abang balik. kita tinggal sama², abang dengan perempuan tu dah berpisah dah. jom sayang ikut abang.. mari " huluran tangan lelaki itu hanya dipandang sepi.
Arissa menggeleng berkali kali, airmata nya sudah mengalir dipipi. dia takut. takut akan kejadian 2 tahun dulu.
"Rissa !" panggil satu suara.
Arissa kenal suara itu. terus dia berlari mendapatkan jejaka itu.
Thaqeef segera melangkah di ikuti oleh pak rahim dibelakang. tubuh Arissa yang seperti ketakutan membuatkan dia risau akan tentang wanita itu .
lengan Thaqeef dipaut sebelum membuat isyarat mata pada jejaka itu.
" sayang. siapa lelaki ni? sepanjang abang tak ada sayang curang dengan abang??" soal lelaki itu agak kasar. suaranya bergema disitu.
Arissa menyorok dibelakang Thaqeef. sempat dia mendengar bisikan Thaqeef.
"siapa ni rissa?" bisik Thaqeef perlahan.
" ex majikan rissa. tolong rissa, rissa takut. dia gila Thaqeef. tolong " lengan Thaqeef yang dicengkam membuatkan Thaqeef dapat rasa yang wanitanya itu benar² ketakutan.
" maaf encik. saya suami Arissa. encik siapa?" soal Thaqeef sedikit tegas. Arissa yang sedang menangis tersendu dibelakang tubuhnya ditarik ke dalam pelukan. bahu Arissa digosok perlahan.
'maaf rissa, saya terpaksa '
" aku Aizad, kekasih dia. kau suami dia? sejak bila korang kahwin hah?? rissa bagitahu abang, kenapa buat abang macam ni? abang sayang rissa sorang je tahu. abang dengan betina tu dah berpisah. abang nak hidup dengan rissa sayang. meh dekat abang sayang, ikut abang balik. mari sayang" Aizad melangkah perlahan lahan menghampiri Arissa yang berada dalam pelukan Thaqeef.
isyarat mata diberi pada pak rahim, lelaki tua itu berlari masuk ke dalam taska untuk memaklumkan pada puan siti.
sementara Arissa menggeleng laju sehingga bergoncang sedikit badan Thaqeef.
" NUR ARISSA !! Aku cakap mari sini!! kau pergi ikut jantan tu buat apa !! kau tu aku punya tahu!! sini kau sini !!" Aizad hilang kawalan.
dia melangkah laju menghampiri Arissa dan tanpa sempat dia menarik tubuh Arissa tangannya ditepis Thaqeef.
" eh celaka, kau apahal??? Arissa ni aku punya la binatang !!" satu tumbukan hinggap di muka Thaqeef tanpa sempat lelaki itu mengelak.
Arissa terlepas dari pelukannya tetapi sempat tangan kanan mengapai lengan Arissa dan memeluk tubuh itu menyebabkan mereka jatuh terlentang dan kepala Arissa terkena pada pagar batu. Arissa terasa pening sebelum dia melihat semua nya gelap.
manakala Thaqeef menggigit bibir. bengang. dia harus lindungi Arissa.
" ya allah Arissa!" suara riuh puan siti serta elly membuatkan Aizad gelabah.
lagi gelabah bila lihat Arissa yang sudah tidak sedarkan diri dengan tudung kepala berdarah.
tak tunggu lama Aizad melarikan diri dari situ. pak rahim yang bersedia untuk mengejar dihalang oleh Thaqeef.
" biar dulu pakcik, sekarang bawak rissa pergi hospital. sediakan kereta." arahan Thaqeef diterima.
Maka kelam kabut pak rahim mendapatkan kereta yang diparkir tidak jauh dari taska.
Thaqeef menepuk berkali kali pipi Arissa. risau dia melihat Arissa dalam keadaan sekarang ini.
" encik bawa dia ke hospital. nanti saya bagitahu keluarga dia. " ujar puan siti cemas.
Thaqeef mencempung tubuh Arissa dan segara dibawa ke kereta, pintu ditutup . sepanjang perjalanan Thaqeef tak henti berdoa semoga tiada yang serius berlaku pada rissa.
jika ada, dia takut.
takut kehilangan wanita itu.
genggaman tangan mereka bersatu. Thaqeef nekad, dia mahu menjadikan Arissa isterinya. kalau boleh tidak mahu Arissa diganggu lagi!
Arissa milik nya.
milik seorang Eid Thaqeef.
..
.
TBC.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro