Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ENAM





" Aizad?"

Thaqeef hanya mengangguk sambil merenung sekilas ke arah Arissa yang masih belum sedarkan diri.

" mak, kakngah kan dah lama tak berhubung dengan Aizad lepas kejadi-"

" Alya.." teguran abang nya mematikan percakapan Alya.

dia mengeluh sebelum bangun duduk dikerusi berhadapan dengan Arissa.

Arissa masih belum sedar selepas pengsan dek terkena tolakan dari Aizad tadi.

mujur tiada kecederaan yang serius, hanya luka dikepala sahaja.

Aidil Syafiq melihat lelaki yang membantu adiknya. muka kacak macam ni takkan la nak kan si Arissa yang xxl tu? dia sedikit was² dengan jejaka itu.

" mak, Dil rasa elok la cari suami untuk Ngah tu. sampai bila nak dia macam ni? si aizad tu bukan boleh duga perangai dia. nanti lebih dari ini dia boleh buat" cadang Aidil.

puan Aishah sekadar berdiam diri. mengenangkan nasib anak perempuan nya itu membuatkan hati ibu nya risau.

" kalau mak setuju, kawan Dil tengah cari calon isteri sekarang ni. "

terus Thaqeef jadi tak senang duduk dengan cadangan abang Arissa.

dia pandang puan Aishah yang kebetulan memandang dia.

" along nak jodohkan dengan kakngah ke?" soal Alya tiba².

" ha ah. Itupun kalau mak setuju. kita buat kecil² sudah. yang mana penting dulu. lepas tu baru fikir nak buat kenduri meriah ke apa. macam mana mak?"

soal aidil meminta pendapat puan aishah. Alya tersenyum melihat Thaqeef yang tidak senang duduk.

" mak tak nak bagi apa² keputusan. itu atas rissa sendiri. mana tahu dia dah ada seseorang yang dia suka"  ujar puan aishah, matanya melihat Thaqeef sekilas yang berdiam diri tetapi masih jelas riak tidak senang hati.

" Ngah dah ada yang punya ke?" soal aidil . matanya tertacap pada Thaqeef yang sedang melihat Arissa.

apa yang ada dalam fikiran lelaki ini? puan Aishah diam tidak bersuara.

Thaqeef berdehem. tumpuan kembali terarah pada Thaqeef.

" kalau makcik dan encik aidil tak kisah, saya sudi jadikan Arissa sebagai isteri saya." ujar Thaqeef tegas bersama senyuman.

yang penting keyakinan perlu ada.
Thaqeef risau sekiranya aidil tidak menerima memandangkan lelaki itu asyik perhati kan dirinya dari tadi.

puan Aishah tersenyum sedikit. dia akui keberanian Thaqeef. tidak segan dan malu menyatakan hasrat nya.

" aku kisah. sebab dia adik aku. aku nak tanya kau, mana kau kenal Arissa ni?" Aidil Syafiq pandang wajah Thaqeef dengan renungan maut.

bukan dia tidak sukakan lelaki ini tetapi dia sudah berjanji dengan rakan nya untuk jodohkan Arissa.

" dia guru tempat anak saya -"

"ANAK?? kau dah kahwin? oo lepas tu nak jadikan adik aku isteri nomber dua la? supaya senang orang sekeliling cakap dia perampas suami orang?? kau ingat aku setuju? pegi mam-"

"AIDIL SYAFIQ" suara tegas puan Aishah mematikan kata² aidil.

" mak tak ajar kamu untuk bercakap macam tu dengan orang. hormat dia Dil. " aidil merenung tajam ke arah Thaqeef. dia benar² rasa sakit hati.

perluke jadikan adiknya isteri kedua lelaki itu?

Alya yang diam dari tadi menjadi penonton. tidak mahu ikut campur kerana itu bukan urusan nya.

tetapi apa yang Thaqeef hajatkan tadi dia tersangat lah setuju!!

Thaqeef love Arissa. haa gituu.

" makcik terima kalau apa yang kamu cakap tadi tu betul². cumanya makcik nak pesan, kalau dah tak nak dia nanti pulang kan cara elok. macam mana makcik serah pada kamu, macam tu jugak kamu serah pada makcik kembali." puan Aishah melihat ke arah Arissa.

sudah sampai masa kamu berkahwin. mak restu.

" Insyaallah makcik. saya akan jaga Rissa,macam mana saya jaga nyawa saya" janji Thaqeef bersama senyuman. syukur.

" tapi, kamu kena hantar rombongan. ikut adat melayu kita tetapkan tarikh dan waktu nya. boleh?"

Thaqeef mengangguk. lebih dari boleh sangat makcik!

" Mak.."

puan Aishah melihat aidil yang gelisah. apa saja yang menganggu fikiran anak sulung nya itu?

" mak nak yang terbaik untuk adik kamu." jawab puan Aishah perlahan tetapi cukup untuk buat semua yang ada disitu terdiam.

" mak tak nak aizad ganggu rissa. mak tak sanggup tengok dia derita . along sanggup tengok adik along macam ni?" Aidil terdiam.

terhenti apa yang hendak dihalang.

sejujurnya dia tidak kisah dengan siapa arissa berkahwin, tetapi kerana janji yang dibuat dia rasa terbeban.

" mak, Dil mintak maaf. Dil tak setuju dia kahwin dengan lelaki ni" tegas Aidil Syafiq sebelum melangkah keluar dari wad menempatkan Arissa.

sedangkan Thaqeef hanya mampu menahan rasa. pelbagai yang bermain difikiran dia saat itu.

apakah dia harus melepaskan Arissa ? tetapi macam mana dengan perasaan nya?
adakah Arissa merasakan apa yang dia rasa selama ini?

wajah puan Aishah yang tersenyum pahit dilihat. dia tahu wanita itu mahu yang terbaik untuk anak nya.

" Pakcik, boleh kita cakap sikit? berdua" alya si adik yang berdiam diri tadi bersuara. pandangan puan Aishah tak dihiraukan.

Alya keluar dari wad di ikuti oleh Thaqeef. sempat senyuman diberi pada puan Aishah.

" mak tak tahu apa yang adik kamu rancang,tapi mak harap ada penyelesaian nya" ujar puan Aishah sambil melihat ke arah Arissa yang belum sedar.

.

.

.

" Pakcik, saya Alya satu² nya adik kakngah  " Alya mengenalkan diri.

kini dia dan Thaqeef berada di cafe hospital. ada benda yang harus dibincang kan.

" Thaqeef. boleh panggil Qeef atau abang Qeef. rasanya abang ngah pun okey" jawab Thaqeef dengan lawak dia.

tak tahu la kat mana kelakar sampai Thaqeef boleh tergelak sendiri.

" memandangkan pakcik lebih berumur dari saya, saya panggil pakcik abang. boleh?" soalan alya mendapat anggukan dari Thaqeef.

" okey. Alya nak tanya. betul ke apa yang abang cakap tadi dekat mak?"

" yang mana satu?" soal Thaqeef dengan wajah keliru.

Alya pejam mata sejenak. mulut nya beristighfar.

" yang cakap nak buat kakngah jadi isteri tu"

" nampak macam abang main² ke?" Thaqeef angkat kening berkali kali.

"orang tanya jawab la. bukan tanya alya balik. mana la alya tau abang main² ke bebetul." bebel Alya dengan muka tidak puas hati.

Thaqeef ketawa kecil.  Boleh buat geng budak alya ni.

"abang betul² maksud kan apa yang abang cakap tadi." ujar Thaqeef seikhlas hati.

" abang suka kakngah?"  Thaqeef angguk.

" cinta?" duga Alya, matanya sengaja melihat tajam ke arah Thaqeef.

dia tidak mahu kakak nya menjadi mangsa cinta buta buat kali kedua.

" abang tak ada jawapan untuk soalan tu. tapi apa yang abang tahu, abang memang ikhlas terima kakak alya. abang tak kisah bentuk fizikal dia macam mana. abang terima seadanya" jawapan Thaqeef membuatkan alya simpul senyuman.

" okey abang ngah. memandangkan abang ngah bakal menjadi salah seorang keluarga kami,  Alya akan cerita pasal aizad tu"

Thaqeef melihat ke arah Alya. salah ke dia dengar tadi?

" kejap . alya panggil apa tadi?"

" alya panggil ABANGNGAH,  Abang ngah. faham?" jawab alya malas.

" FAHAM"  Thaqeef tersengih suka.

nampak nya dua orang akan menyebelahi nya. jadi dia ada peluang untuk jadikan Arissa sebagai isterinya.

.

.

.

Arissa tersedar dari lena panjang nya. kepala disentuh bila terasa sakit sebelum mata melihat sekeliling.

" hospital?" soal Arissa sendiri. sedikit hairan melihat keadaan itu.

"Rissa ?"  Arissa beralih ke arah suara itu. puan Aishah menghampiri Arissa. beg plastik berisi bubur ayam diletak atas meja.

" dah sedar? " Arissa mengangguk.

" kenapa rissa ada kat sini?"

" tadi rissa pengsan lepas aizad tolak dekat taska. Rissa tak ingat ke?"

Arissa terdiam. kepala nya ligat memikirkan benda yang terjadi sebelum keluhan kecil terlepas.

" tak baik mengeluh, benda dah jadi. dah lepas dah pun. mujur ada Qeef, kalau tak anak mak ni dah kena culik agaknya"

" mak ni apa cakap macam tu. Rissa okey kan ? dah selamat dah. cuma, mana Thaqeef?  nak ucapkan terima kasih sebab dah tolong rissa "

" dia dah balik tadi. ada urusan katanya."

"Rissa "

" ya mak?"

puan Aishah memegang tangan Arissa. genggamannya erat membuatkan Arissa mengerutkan dahi.

hairan.

" mak, kenapa ni?" soal Arissa risau. ditenung wajah tua itu.

" mak nak tanya, rissa dengan Qeef tu memang ada apa² hubungan ke?"soalan puan Aishah membuatkan Arissa berasa berdebar.

" kenapa mak tanya macam tu? "

" kenapa mak tak boleh tanya ke?"

eh mak ni.

Arissa gigit bibir. tak tau nak membalas. seolah olah dia kehilangan kata. wajah tua mak nya dipandang.

" mak cuma nak yang terbaik untuk kamu. kalau kata Qeef nak dekat kamu, terima tak?"

Arissa kerutkan dahi. tak faham ni.

" apa maksud mak?"

" dia nak jadikan ngah sebagai isteri dia."

Arissa kematian kata bila puan Aishah memberitahu yang Thaqeef mahu menyunting dia sebagai isteri.

tetapi perempuan yang dekat mall haritu siapa?

Arissa hanya mampu memandang puan Aishah tanpa membalas apa².

.

.

.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro