Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

EMPAT


Hari ini genap seminggu Arissa berkampung dinegeri perlis. dia mendapat arahan dari puan siti untuk menghadiri kursus dinegeri ini selama seminggu dan tanpa fikir panjang dia bersetuju.

dan seminggu juga kejadian dimana dia dan Thaqeef tidak berjumpa. ada Elly memberitahu yang daddy icha hendak berjumpa dengan nya tetapi sudah dimaklumkan bahawa Arissa ke luar negeri ada kursus.

manakala icha menangis tidak mahu masuk ke taska bila Arissa tidak menyambut dia pagi². Dan majlis hari lahir Alisya juga dia tidak pergi.

ada juga Thaqeef menelefon dan mesej Arissa tetapi tidak dijawab wanita itu. bukan merajuk tetapi dia tidak mahu terus berharap pada jejaka itu.

jadi di abaikan segala mesej dan panggilan dari jejaka itu.

tanpa sedar keluhan terbit dari bibir Arissa. kemudian terasa siku nya dicuit seseorang.

" Uiit, hang okey dak ni? hang dok pikiaq apa? " Qirra atau nama sebetulnya Ain Faqirra sahabat baru yang dikenal semasa kursus menegur.

" tak ada apa la qirr, fikir mak kat sana. tu je."

" elehh ya² la tu dok pikiaq mak. ke hang teringat kat marka niii .. haaa betui dak? "
Arissa menggeleng kepala, malas mahu melayan si minah kepoh ni.

" nak tanya nih, lepas habis kursus ni hang balik sana terus ka? "

" ye la. nak balik mana lagi tak balik rumah. kenapa qirr?"

" aku ingat nak ajak hang pi padang besar, cuci mata. hang pernah sampai sana dak?" cadangan dari qirra buat Arissa berfikir dua kali.

macam best jer jalan² cuci mata.

" ON " setuju Arissa membuatkan qirra tersengih gembira.

"naik kereta aku tau, aku yakin yang hang tak akan menyesal ikut aku pi padang besar "

" ha ye la. dah fokus² " ujar Arissa pada qirra. sempat lengan Arissa ditampar qirra.
sengaja!

ting, ting!

telefon yang disilent kan oleh Arissa bergetar tanda mesej masuk.

🤵daddy icha

kenapa rissa diam?
rissa masih terasa dengan kes kat mall tu ke?
saya minta maaf.
balik nanti saya jemput rissa, kita bincang ya.

satu persatu chat yang masuk dibaca Arissa.
lama dia melihat, tetapi tiada rasa mahu membalas.

keluhan kecil terlepas lagi. nafas dikumpul sebelum dilepaskan perlahan.

apa yang hendak dia jawab?
perlukah dia berdiam diri lagi?

ting !

🤵daddy icha

jngn bluetick 😭
blas la, saya tahu rissa baca 😢

.

.

.

.

Thaqeef tidak senang duduk. berpuluh kali dia menelefon wanita xxl nya, tapi sayang tidak berjawab.

mesej? jangan cakap la. tak balas langsung!

whatssap yang dihantar hanya ditinggal kan bluetick. stress dibuat nya Thaqeef gara² sikap Arissa yang mendiamkan diri.

berkali kali dia ke taska untuk berjumpa dengan wanita itu, tetapi diberitahu wanita nya itu sedang kursus diluar negeri.

" Qeef, jauh mengelamun. fikir apa sampai aku tegur tak sahut?" teguran eshal mematikan lamunan nya.

Iphone X ditangan ditenung sebelum melihat wajah adik nya.

" tak ada apa la. macam mana dengan kerja ?" soal Thaqeef sekadar mengubah topik.

tidak mahu eshal mengetahui masalahnya ini.

" okey jer. cuma esok aku kena attend ceramah kat sekolah menengah Abdul razak. " balas eshal  .

matanya tak lepas memandang wajah abang nya yang sedikit serabut.

fikir apa manusia ni?

" weh, kau pahal?" sekali lagi Eshal menyoal. dia betul² tidak puas hati. Muka macam ada masalah dunia.

" tak ada apa la . kan dah bagitahu tadi."

" eleh kau, dengan aku pun nak berkira ke? share la. kata brothers forever bro. setakat masalah saiz spender kau tu aku boleh settle la. share la qeef "

bantal bentuk muka kucing dilontar ke arah Thaqeef, namun laju ditepis oleh jejaka itu.

" bantal icha ni. kau ni kan, menangis anak aku nanti. "

" cengeng, elok la. ikut bapak dia la kuat menangis" ejek Eshal sambil menjelir lidah buat Thaqeef.

tak tunggu lama bantal milik icha kembali ke muka eshal tanpa sempat jejaka itu mengelak.

kena setempek kat muka kacak dia!!

"cakap aku, kau pun sama je baling bantal anak kau merata." rungut eshal sambil mengutip bantal milik icha.

Thaqeef kembali mengambil Iphone nya bila satu chat masuk. tersenyum dia apabila melihat chat itu dari Arissa, wanita xxl!!

💕 Rissa
rissa xmrah. maaf sbab trpksa blik awal ritu. rissa ada hal.
jmpa nnti ya.

Thaqeef tersengih, akhirnya wanita kesayangannya membalas. sekurang nya ada juga respon dari Arissa.

" dah senyum² pulak kau ! Ishhh seram la dengan kau ni Qeef.."

Eshal pandang Thaqeef atas bawah. Dah macam orang tak betul je.

Kena sampuk ke ? Kalau kena sampuk nak kena azan ke iqamat ni? Eshal garu kepala.

" apa kau ni? sibuk je. "

"amboii kau, sombong eh sekarang ni dengan aku. tahu la tengah ngorat cikgu icha, tu bahagia je muka kau " bebel eshal sambil pandang abangnya atas bawah.

Berbulu pulak dia nengok!

dengan phone tak pernah lepas ditangan, tahu sangat dah. walhal Eid Thaqeef bukan manusia yang suka pegang phone masa dirumah.

" manada. aku memang bahagia dari dulu lagi. bukan macam kau, forever alone je. si saleha tu nak kau jual mahal. macam perempuan "

Eshal buat muka meluat bila dengar nama saleha. nama sedap tapi perangai tak sedap.

bukan mahu menghina tetapi saleha itu seorang yang suka bertukar pasangan.

" mahal aku pada yang benar tau. kau nak ke adik ipar kau kaki lelaki? Tukar² pasangan macam tukar baju "

" serius la saleha tu kaki lelaki? aku ingat lelaki jer ada kaki perempuan. " komen Thaqeef.

" Ada lah, tu saleha yang kau sebut² tu salah satu nya. "

Thaqeef pandang satu² nya adik lelaki itu. Eshal Iskandar yang tak pernah bercinta. bukan anti pada perempuan tetapi ada kisah silam mereka yang hanya dia, eshal dan mak Iti yang tahu.

semoga adiknya itu cepat² berpunya.

.

.

.

.

" Daddy !"

suara kecil Alisya menyapa lembut daddy nya, Thaqeef.

mainan patung barbie dan masak² dikemas bila melihat daddy nya melangkah masuk ke bilik.

" nak daddy tolong tak?" soal Thaqeef dengan tangan yang sudah mula mengutip mangkuk² kecil mainan masak² milik alisya.

" nak! daddy kita buat sama² tau. sebab cikgu rissa cakap lepas main kena simpan mainan. nanti sepah² lipas suka. daddy bilik jangan sepah² tau, nanti lipas suka lepak " petah Alisya membebel pasal lipas pada Thaqeef membuatkan lelaki itu ketawa kecil.

" cikgu rissa cakap macam tu ke?" soal Thaqeef bersama senyuman kacak nya.

" ha ah daddy. cikgu rissa tu selalu kemas² lepas buat aktiviti. Icha suka dengan cikgu rissa, boleh tak nanti Icha nak keluar dengan cikgu? "

"boleh sayang. nanti daddy bagitahu cikgu ya? ni kenapa tak tidur lagi? esok sekolah kan? taknak pergi taska jumpa kawan²?"

Thaqeef menyimpan barang mainan yang sudah dikemas ke dalam almari yang disediakan khas untuk mainan Alisya.

Alisya naik ke katil sebelum baring. mata nya terkebil kebil memandang Thaqeef.

" kenapa ni sayang daddy?" pipi gebu Alisya diusap sebelum sebuah ciuman diberi dipipi itu.

" Icha rindu cikgu rissa. dah lama Icha tak jumpa dia. " airmata mengalir dipipi Alisya membuatkan Thaqeef kaku seketika.

sayang betul Alisya pada cikgu Arissa tu.

terus dia mendapatkan Alisya dan dibawa ke dalam pelukan nya. ditepuk dan diusap belakang tubuh sikecil itu bagi menenangkan tangisan nya.

" Icha..isk isk rindu.. mummy rissa" teresak esak tangisan Alisya. lebih kuat dari yang awal tadi.

"ya sayang. kejap daddy call cikgu ya" Thaqeef bangun untuk keluar mengambil telefonnya dibilik, Alisya diangkut sekali.

keluar saja bilik Icha dia bertembung dengan eshal yang kebetulan mahu ke bilik Alisya.

" looo asal ni sayang papa menangis ? meh papa tengok" tubuh Alisya bertukar tangan.

sempat eshal menyoal dengan pandangan mata pada Thaqeef.

" rindu cikgu rissa" jawab Thaqeef perlahan sebelum masuk ke bilik nya untuk mengambil telefon.

tak tunggu lama number telefon Arissa didail dan cuma menunggu wanita itu menjawab.

jam dilihat, pukul 11.30 malam.

dah lewat tapi dia berharap Arissa menjawab. tidak mahu anak kecilnya menangis lagi.

" jawab Arissa, please" kehulu kehilir Thaqeef dalam bilik. tiga kali dia dail dan panggilan nya tidak berjawab.

"aduh, macam mana nak jawab dengan Icha ni" kepala tak gatal digaru.

serabut? tidak. tetapi lebih kepada pening untuk memikirkan alasan yang harus diberi pada Alisya.

iphone dipandang, sebelum dia melangkah keluar. dicari dua kelibat manusia itu dibilik tetapi tiada sehinggalah dia turun ke ruang tamu.

Alisya sudah tidur dalam pelukan eshal. keluhan lega terlepas dibibir. dia menghampiri mereka berdua. rambut Alisya diusap perlahan penuh kasih.

" sorry sayang, daddy dah cuba tapi cikgu tak jawab." ujar Thaqeef perlahan.

Eshal hanya memandang. dia perlukan penjelasan dari Thaqeef.

" malam ni aku teman Icha. " bagitahu eshal sambil memandang Alisya dalam pelukan nya yang sudah tidur.

" Tak apa ke? esok tak jaga pulak kau."

" eh aku pakai alarm phone la kejut. ni apahal icha menangis?" soal eshal dengan kerutan di dahi.

awalnya tadi dia turun ke bawah untuk minum air sebelum tidur, memang rutin hariannya begitu. dan tergerak hati untuk ke bilik Icha yang bersebelahan dengan bilik Thaqeef.

belum sempat masuk dia terkejut bila Thaqeef membuka pintu dengan Alisya didalam dukungan menangis.

pelik. tidak pernah Alisya menangis seperti itu melainkan dia demam dan tak sihat sahaja.

" dia ngadu dekat aku yang dia rindu cikgu Arissa dia tu." jawab Thaqeef dengan suara yang lemah. kepala disandarkan pada sofa.

'esok isnin dan isnin hari yang paling aku tak suka. KERJA '

" larh, tiap² hari pergi sekolah jumpa cikgu Arissa tu, kenapa nak rindu pulak?" Eshal menyoal dengan wajah pelik.

hari² jumpa kot, takkan rindu? ini mengalahkan dari orang bercinta.

" Rissa takde. kursus luar negeri seminggu tu yang dia tak jumpa sampai rindu menangis ni"

" patut la. Pastuu -"

kata² eshal terhenti bila telefon milik Thaqeef berbunyi tanda ada panggilan masuk.

" siapa?" soal eshal ingin tahu.

" Arissa " jawab Thaqeef sebelum tersengih dan bangun untuk masuk ke bilik menjawab panggilan dari wanita xxl nya.

"wah kau, senyum bukan main eh. kahwin la woiii " jerit eshal bersama dengan gelak tawa.

Kuat betul suara !

lupakah dia sedang memangku Alisya tidur?

pap, kepala nya dibaling sesuatu. casing iphone!

Taguna punya abang!

" anak aku jaga kang kau pujuk eh. bising!" sempat lagi Thaqeef membebel sebelum berlari masuk ke bilik.

Eshal mengetap bibir bengang. susah ada abang macam ni.

wajah Alisya yang tidur dipandang.

" Icha, daddy mung tu taklama lagi kahwin la dengan cikgu Arissa . so Icha akan dapat mummy baru, Yeayyy !" bisik eshal pada telinga Alisya.

sayangnya anak kecil itu tidak mendengar. apala eshal, bercakap dengan orang yag dah tidur.

anda patut berkahwin, Eshal Iskandar.

.

.

.

.

Arissa menutup pintu bilik dengan rapat sebelum melabuhkan duduk di atas katil nya.

tangan kiri dan kanan menumbuk udara bagi menghilangkan sengal dibadan.

sampai saja dari perlis pukul 8 malam, dia terus melepak dengan mak dan adiknya di ruang tamu.

pelbagai cerita bertukar dan barang² yang diborong semasa teman Qirra shopping di padang besar dibagi pada mak dan Alya.

dan baru sekarang dia dapat merehatkan diri. mujur esok puan siti bagi dia cuti sehari kerana kursus.

jadi dapat la dia tidur lewat malam ini.

telefon di ambil, terkejut melihat 3 panggilan tak berjawab dari daddy Icha.

" kenapa ni? Icha demam pulak ke? " guman Arissa sendirian sebelum dia menelefon kembali.

panggilan berjawab. suara daddy icha kedengaran dicuping telinga.

" assalamualaikum... encik Thaqeef call saya tadi, kenapa ya? maaf saya dekat luar tadi. " ujar Arissa perlahan dan penuh sopan.

" eh takpe. err tadi Alisya nak bercakap dengan rissa. tu yang saya terpaksa call jugak. maaf la ya sebab menganggu rissa"

" oo tak apa la. tak ada ganggu pun. mana dia? "

" ermm dah tidur. sebenarnya dia menangis tadi. rindukan rissa katanya sebab rissa takde dekat taska lama."

"maaf la, rissa kursus. kesian Icha. takpela, esok saya jumpa dia di taska. saya pun rindu sangat dekat icha ni. " jawab Arissa. sungguh dia rindukan Alisya si anak kecil comel itu.

" Rissa .." panggil Thaqeef ditalian.

suara nya sangat romantik. ah sudah. dah kenapa?

"err ya encik?"

" rissa rindu Alisya kan? dekat daddy dia tak rindu ke?" soalan dari Thaqeef buat Arissa malu sendiri.

tanpa sedar pipi nya sudah kemerahan sebab malu.

" err.. ermm.." Arissa kematian kata.

jujur, dia rindukan jejaka itu tapi siapa dirinya? layakkah perempuan xxl ini berdamping dengan jejaka kacak itu?

" Rissa .."

" ha?"

" saya rindu awak "



















TBC

Eid Thaqeef & Alisya

Eid Thaqeef

Nur Arissa

anda bayangkan sendiri siapa wanita itu. pastinya saiz XXL 😍

Eshal Iskandar
bab seterusnya saya lampirkan gambar dia 😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro