Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

DUABELAS





Sedar atau tidak perkahwinan yang dibina dua insan itu kini sudah masuk usia sebulan, dan semestinya Arissa sudah berpindah ke rumah Thaqeef memandang kan tempat nya sekarang adalah di sisi suami.

sarapan disediakan sambil dibantu oleh mak iti, pekerja yang sudah lama bekerja dengan thaqeef dan sudah dianggap mak sendiri.

" rissa tinggal je. nanti mak iti hidangkan. pegi naik atas kejutkan suami dengan Alisya. " tegur mak iti bila Arissa sudah mula menghidangkan sarapan di atas meja.

sememangnya tugas mak iti untuk menyediakan sarapan buat keluarga thaqeef merangkap majikan nya. tetapi isteri tuan rumah pulak yang siapkan.

terbit rasa bersalah oleh wanita tua itu tetapi arissa menyatakan dia sudah terbiasa membuat kerja dapur semasa dirumah.

" eh tak apa la mak iti. rissa okey je la nak hidang semua ni." balas arissa yang sudah mula mengambil teko berisi air teh bancuhan mak iti.

" ya mak iti tahu nak tolong. tapi tengok jam dah pukul berapa rissa "

laju matanya melihat ke arah jam dinding. sudah pukul 7 pagi. ini bermakna?

dia sudah lambat untuk kejutkan suami dan Alisya!!

"ya allah mak iti. rissa lupa kejut dorang. terima kasih ingatkan rissa ya. rissa naik dulu." laju kaki diatur ke arah tangga sebelum satu persatu anak tangga di daki.

boleh kurus la dia lepas ni kalau hari hari panjat tangga 😂

pintu bilik alisya dibuka sebelum dia masuk mengejutkan anak dara nya itu. alisya mudah dikejutkan dan bagai memahami kejutkan itu dia segera menarik tuala dan masuk ke dalam bilik air.

sempat pipi arissa dikucup oleh bibir comel alisya.

baju taska Alisya disedikan sebelum dia melangkah keluar dari bilik itu. pintu bilik eshal yang berada dihadapan bilik alisya diketuk tiga kali sebelum eshal menyahut.

"Ye² dah bangun ni!" Jerit eshal dari dalam bilik.

kini kaki diatur ke bilik tidur mereka. tersenyum arissa melihat suami nya masih berbungkus dengan selimut.

"awak.. bangun. dah pukul 7.30 ni. nanti lewat pegi kerja. " bahu thaqeef ditepuk berkali kali.

mulanya jejaka itu mengeliat sedikit dengan menguman perlahan. tetapi mata tidak bercelik juga.

" Eid Thaqeeq !! bangun mandi la, dah lewat ni" kali ini selimut pulak ditarik arissa.

tubuh suaminya sudah 'bogel' sepenuhnya. hanya tinggal seluar pendek. Encik suami tu dah selesa tidur tak berbaju.

Dalam sibuk mengejut thaqeef sempat juga arissa menyediakan pakaian buat suaminya untuk pakai kerja nanti.

sambil tu bakul berisi baju kotor mereka diambil dan diletakkan dihadapan pintu bilik.

senang nak bawak turun nanti. sekali lagi matanya terarah pada thaqeef yang masih tidur. jam di dinding dilihat.

sudah berganjak ke angka 7.45. astaga suaminya ini. biar betul liat sangat nak bangun???

" abang.. bangun la. " usai sahaja bicara seperti itu terus thaqeef bangun duduk. senyuman terukir dibibir seksinya.

arissa merenung tajam bila melihat senyuman thaqeef.

adakah suami nya sengaja tidak mahu bangun tadi?

ralit memikir tanpa sedar bibir thaqeef mendarat dibibir comel nya. terpana dengan kelakuan suaminya dia menampar perlahan bahu terdedah thaqeef.

" morning kiss sayang" bisik thaqeef dengan suara serak basahnya.

seksi pagi2 begini.

" ambik kesempatan. mana aci !"

" aci tak de kat sini. mak iti ada " thaqeef mengenakan isteri comelnya!

" eeii memain kan. bangun la mandi,dah lewat ni" arissa sudah mula mahu bangun tetapi ditarik thaqeef dan dia terduduk kembali betul2 dihadapan thaqeef.

mata thaqeef galak merenung wajah bersih isterinya. tangan menggengam erat tangan comel arissa dan kucupan berlabuh di tangan itu.

" abang nak morning kiss. sayang tak kasi pun" bibir di muncung . bagi siapa yang melihat pasti boleh menyangkut hanger dibibir itu.

serius nampak bukan macam bapak budak!

cup.

kucupan arissa sekadar berlabuh di pipi kanan thaqeef. lagi masam mencuka wajah thaqeef bila lain yang diharap lain pulak yang dapat.

tak tunggu lama tubuh arissa ditarik ke dalam dakapan nya. terjerit kecil wanita itu dengan tingkah thaqeef.

"awak! buat apa ni.." arissa malu sendiri. sungguh thaqeef tidak kekok melayan dia. tapi dia pulak yang kekok dengan layanan thaqeef.

" sayang dah mandi belom ni.." soal thaqeef sambil membenam bibir nya dileher isteri yang berlapikkan tudung.

" err dah.. dah mandi tadi. abang tu bangun la mandi bersiap. "

" kenapa mandi tak tunggu abang?" soal thaqeef lagi tanpa menghiraukan suruhan isterinya.

dagu nya berlabuh di bahu arissa. pelukan dieratkan lagi. sungguh dia berasa bahagia bersama arissa. dan arissa juga sangat memahami dirinya.

" jom mandi dengan abang. abang takut laa nak mandi sorang² " ajak thaqeef dengan suara manja.

pap !

tangannya mendarat ditangan thaqeef. sejak bila encik suaminya mengada kalah alisya ni?

" Icha pun pandai mandi sendiri tau. abang yang tua ni takut kalah budak2 kenapa?" soal arissa dengan kening dijongketkan berkali kali.

" alaaa icha tu icha la. ini abang suami sayang. jom laaa " thaqeef sudah mula berdiri menarik tangan arissa untuk masuk ke bilik air

arissa hilang kata. hendak menghalang takut suaminya merajuk. sudah la dia merajuk kalah icha. baru sebulan berkahwin arissa bagaikan sudah boleh tahu perangai thaqeef yang manja ini.

" Mummy ! Daddy ! morning " jerit Alisya girang dimuka pintu.

dia yang sudah siap berbaju seragam taska melangkah masuk mendapatkan daddy nya.

" morning icha... wah dah siap ya ?sini kiss daddy " thaqeef mendepakan sebelah tangan dan sebelah tangan lagi menggengam erat tangan arissa.

tak mahu lepas langsung!

alisya melangkah laju ke arah daddy nya dan sebuah kucupan berlabuh di pipi kiri thaqeef bila dia didukung.

" eeeiii daddy busuk la. tak mandi lagi..eeeiii tanak kawan.." ujar alisya bila thaqeef sudah mula mengomol wajah nya.

ketawa arissa dengan kata2 alisya.

see? anak sendiri pun tahu daddy busuk.

" pandai ehh usik daddy. ni siapa benarkan icha masuk bilik daddy?" soal thaqeef ingin tahu. selalu nya dia yang akan ke bilik anak nya itu sebab icha memang susah nak masuk bilik dia.

" papa eshal" jawab alisya dengan dua jari dinaikan.

Ini ajaran dari papa eshal nya.

thaqeef ketap bibir bengang. Eshal ni memang penganggu betul. baru nak bermanja dengan isteri terrrrrchentaaa .

" awak tak rasa ke kita dah terlambat nak ke tempat kerja?" soal arissa bila suaminya itu sudah mula hendak membalas ayat alisya.

kening di angkat berkali kali sambil bibir menjuih ke arah jam di dinding. thaqeef tersengih sebelum bibir nya melabuh dengan pantas dibibir muncung si isteri.

mujur alisya tidak nampak. eeeiii encik suami ni pun !!

.

.

.

"Alya balik nanti kita singgah library kejap. aku ada buku nak pinjam." alya yang sedang membuat nota sejarah itu sekadar mengangguk sahaja.

Elfa tidak puas hati. tangan alya yang sedang mencatat sesuatu di kertas putih itu di kuis berkali kali.

"jangan ganggu aku boleh tak Fa??" alya menjeling ke arah sahabat nya itu. tapi Elfa buat selamba.

" kerja aku adalah menganggu kau. tak penat ke jadi pandai?" soal Elfa dengan wajah bosan. alya sememangnya salah seorang pelajar harapan sekolah itu.

tak belajar pun dia boleh pandai.
tak macam dia. bodoh berganda ganda 😅

" kenapa? kau dah penat jadi bodoh ke ?" soalan di balas soalan.

Elfa sekadar mencebik bibir.
sikit pun tidak berasa hati dengan kata kata sahabat nya itu. mereka sudah biasa berbicara sebegitu.

"boleh tak kau layan sahabat kau kejap?"

" tak boleh"

"sombong betul. ehh kau tahu tak hari ni ada pelajar baru masuk kelas kita?" bersungguh elfa menyoal sahabat nya itu.

" budak tu lelaki weh. dari sekolah menengah lelaki abdul hashim. kau tahu tak budak budak hensem dan orang berada je yang ada sekolah situ??kau tak rasa ke kelas kita akan jadi satu tarikan buat budak kelas lain?"

membebel sahaja mulut si elfa tanpa menghiraukan jelingan sahabatnya itu. bukan dia tahu alya tidak berminat seperti cerita begitu.

" engko ni kan. sampai hati berdiam diri bila aku bercerita?? boleh tak bagi apa apa reaksi bila aku cerita? kadang kadang en aku rasa kau ni macam tak ada perasaan tahu. macam bercakap dengan tunggul."

alya melihat elfa seakan berjauh hati darinya pantas ditampar lengan elfa.

" Faa aku buat nota pakai tangan. telinga aku masih jelas tau dengar suara kau. aku siap angguk tadi bila kau cakap. tak kan itu pun nak merajuk dengan aku?"

elfa buat tak dengar. sengaja nak seksa sahabatnya itu. nak tengok sejauh mana dia nak memujuk elfa.

alya menyimpan segala peralatan menulis nya. nota kecil disimpan dalam beg sebelum dia menarik tangan elfa untuk keluar dari kelas.

"jom pegi tandas. " ajak alya bersama senyuman paling manis. mampu mencairkan mata2 jejaka disitu.

"jom la Faa.. tak sayang aku dah ke?" tangan elfa ditarik tarik perlahan. kang tarik lelaju tercabut pulak.

" aku janji balik library kita singgah kedai mak Limah pekena cendol. nak?" pujuk alya bersungguh.

siap di angkat tapak tangan kanan tanda dia maksudkan dengan ajakan itu.

tersenyum lebar elfa bila mendengar alya akan belanja dia makan cendol kesukaan nya. bersinar sinar mata gadis itu.

" JOMM !!" bersemangat elfa sehingga satu kelas memandang mereka berdua.

" sorry weh. sorry " kedua tangan diangkat tanda tidak sengaja menjerit. rakan lain kembali membuat hal masing2.

belum sempat mereka melangkah keluar kelas Cikgu Fateh datang bersama seorang pelajar lelaki.

elfa sudah tersengih bila melihat kelibat pelajar lelaki disebelah cikgu fateh.

tapi tidak pada alya yang hanya beriak biasa seolah dia tidak berminat dengan kehadiran pelajar tersebut.

" hahh kamu berdua nak ke mana?sekarang bukan rehat lagi kan?" soal cikgu fateh bila melihat dua orang pelajar kesayangan nya sudah keluar kelas.

" hihi..kami nak ke tandas kejap cikgu. boleh?"

"dah keluar baru nak minta izin ke?" perli cikgu Fateh. alya tersenyum malu manakala elfa ketawa riang.

" alaaa cikgu macam tak biasa pulak dengan kitaorang" jawab elfa sambil mata mengerling ke arah pelajar baru itu.

"sebab terlebih biasa la saya tanya. dah pergi cepat. jangan dok meronda sekolah pulak" sempat juga nak perli orang cikgu Fateh ni.

belum sempat melangkah mereka ditarik masuk ke dalam kelas semula.

" sat. masuk kelas dulu. saya nak kenalkan pelajar baru ni. lepastu kalau nak pi tandas boleh laa."

akur mereka melangkah ke tempat duduk semula. alya kembali dengan pen dan kertas sejarah nya. sesekali dia melihat ke arah depan.

"okey kelas. hari ni kamu ada rakan baru dari sekolah menengah lelaki abdul hashim. haa kamu sila kenalkan diri." cikgu Fateh mengambil duduk di kerusi guru. matanya melihat ke arah pelajar baru itu.

" nama aku Rayyan Rizqin. boleh panggil aku Riz. " balas pelajar baru itu dengan nada tak berminat dan terpaksa.

"itu je?" soal cikgu Fateh. dan dijawab anggukan oleh Rayyan.

selesai pelajar baru itu mengambil tempat duduk cikgu fateh membenarkan alya dan elfa ke tandas.

"sombong bhai budak baru tu. fikir hensem ke? " rungut elfa dan Alya hanya mendengat rungutan elfa tanpa mahu campur.

bukan ada kena mengena dengan dia.

.

.

.

.

Thaqeef mencium pipi Alisya sebelum kanak-kanak itu masuk ke dalam taska dijemput oleh elly dimuka pintu.

manakala arissa yang sudah siap untuk keluar dari kereta ditahan thaqeef.

"kenapa abang? ada tertinggal sesuatu ke?", soal arissa ingin tahu.

" Macam tertinggal sesuatu. tapi apa eh?" berkerut dahi arissa dengan jawapan thaqeef.

apa yang bakal tertinggal?blur kejap arissa.

" abang bakal tertinggal kesayangan abang. abang rasa malas la nak pegi kerja. " rungut thaqeef dengan wajah masam. sengaja nak bermanja dengan sang isteri.

baru meriah rumahtangga. gituuuuu

" merepek je abang. petang kan boleh jumpa.." tangan suaminya digenggam erat. senyuman terukir di bibir arissa.

manja sungguh thaqeef lepas kahwin. semakin menjadi jadi manja nya. kalau ayie nampak perangai manja suami nya ni mau kena kecam.

" sayang tanya bos sayang, ada nak pakai pekerja tak? tak kisah la tukang kebun ke tukang mesin rumput ke apa ke..cuba tanya"

" siapa yang nak kerja?"

" abang " jawab thaqeef lalu dikucup tangan kanan arissa.

arissa julingkan mata ke atas. memain pulak laki aku ni.

" sudah. tak payah merepek, abang pergi kerja petang nanti kita jumpa ya. " tangan suaminya dikucup sebelum arissa melangkah keluar dari kereta thaqeef.

thaqeef masih memuncung kan bibir tanda tidak puas hati dengan balasan arissa. telefon bimbit dikeluarkan dari poket seluar. dilihat tubuh isteri nya telah hilang masuk ke dalam taska.

Arissa membuka beg tangan nya. telefon bimbit jenama Oppo dikeluarkan bila ada pesanan masuk.

En.Hubby 💞
abang tak boleh jauh dari sayang.
😭😭

arissa tersenyum dengan mesej dari suaminya.

ting ! masuk satu lagi pesanan.

En.Hubby💞
i love u
take care sayang.
petang nanti abang jemput sayang.

alahaiii encik suami. kenapa sweet sangat ni???

.

.

.











nak tanya sikit,

part alya ni okey ke kalau sis masukkan sekali dalam setiap bab dalam cerita ni? kot le korang rasa part dia macam menganggu ke apa sis okeh je kalau nak kurangkan.. 😊

hehehe

#SelamatHariRayaAidilAdha

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro