Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

30



Tiga minggu kemudian ...




" Hensem nya baby boys mama ni. Dah ada nama ke kakngah ?"  Soal alya saat melihat ke arah bayi kembar lelaki kakaknya.

Dua² hensem , mata menawan betul. Si abang ikut sebijik muka thaqeef,  manakala si adik muka arissa. Senang la tak susah nak berebut tanya,

'anak ni ikut muka siapa, ini muka siapa' .

Pandai betul mereka merancang. Bayi yang baru berusia seminggu itu digendong perlahan lahan.

Teringin juga untuk mempunyai anak, tetapi memandangkan dia baru sahaja selesai SPM maka dimatikan seketika hasrat itu.

Lagi pula hubungan dia dan eshal masih difasa pertunangan, untuk ke fasa perkahwinan macam lambertt lagi. Dia ada cita² untuk dikejar.

" Abang dah ada nama tak untuk diorang?" Soal arissa seraya melirik ke arah thaqeef yang tak pernah menjauh darinya.

Sentiasa melekat macam gam!

" Sayang tanya abang pula? Siapa dulu tiap² malam sebelum tidur cari nama untuk baby² kita? " Thaqeef menguis lembut hidung arissa.

Buat² tanya pula isteri ni, padahal dulu sebelum tidur ada saja nama yang dia tunjuk pada thaqeef untuk memilih yang mana sesuai.

" Tanya pun takleh. Merajuk la gini, abang tidur luar."

" Abang memang tidur luar pun, tapi sayang jangan risau. Sayang tetap ada dalam ni , dengan abang" ujar thaqeef sambil menunjuk ke arah dadanya.

Sweet la kunun nya. Eshal yang mendengar sudah mula nak termuntah. Buat dah mamat ni.

" Kot iye pun nak sweet takyah la depan kitaorang. Ingat sikit bini kau baru seminggu berpantang tau, masih ada berminggu-minggu lagi untuk kau tahan."
Bidas eshal dengan wajah selamba nya.

Takut apa? Raya nanti minta maaf lah!

" Alahh kau tu jeles sebab takleh nak manja2 macam aku kan? Kau boleh ke sentuh² macam aku buat ni? Tak kan? Sembangggg !"

Pipi arissa dikucup laju tanpa arissa sempat membuat apa².

Eshal lagi lah berapi melihat kemesraan yang sengaja ditunjuk oleh abang nya itu.

" Daddy , can you stop kissing mummy? Icha is pening. Daddy asyik dekat2² dengan mummy sampai icha tak dek ruang. " Tudiaa gais, alisya is bebel.

Berdekah manusia yang ada disitu dengan kata² icha.

Dari mummy nya pulang hospital bawa baby sampai sekarang daddy asyik nak berkepit saja dengan mummy.

Alisya yang menyaksikan hampir meluat, tetapi tidak lah sampai membenci. Hoho

" See ? Anak kau pun dah menyampah dengan perangai kau, tak menyabauuuu ! "

" Daddy bukan dekat saja2 la sayang, daddy kena jaga mummy dan adik baby's. Come to daddy , duduk sebelah mummy. " Àlisya akur dan menghampiri daddy.

Sebelah arissa dia duduk sambil tersengih gembira. Sesekali dia menjenguk untuk melihat adik baby's yang sudah terlena selepas menyusu.

" Mummy " panggil alisya sambil mata tak lepas memandang bayi lelaki yang berambut warna coklat keperangan.

" Ye sayang, kenapa?"

" This boy, i like him so much. Can we be Friends bila dia dah besar?" Soal icha sambil melihat bayi lelaki yang pertama milik arissa.

Thaqeef dan eshal berbalas senyuman. Sesekali eshal mengangkat kening pada thaqeef.

" Icha suka adik baby ni?" Soalan thaqeef mendapat anggukan dari alisya.

Dia sangat² suka kan baby itu.

" Did mummy have a name for them?" Wahh Alisya punya bahasa inggeris bukan main dia.

Makin hari makin fasih menyoal walaupun bukan semua bunyi itu betul.

" Entah kakngah ni, dari tadi lya tanya tak jawab². Nak juga tahu nama diorang. Comel nya sayang² mama "

Arissa ketawa sendiri. Hampir lupa pula dia tentang nama anak² nya.

" Yang adik namanya Ean Aariz Iqbal yang abang pula Ean Aakif Iqmal bin Eid Thaqeef . " Ujar arissa seraya tersenyum senang hati.

Itulah nama anak² lelaki nya. Kenapa Ean? Sebab nak kekalkan huruf E macam nama bapak, Eid. huruf A pula sempena namanya ,Arissa.


" Amboi nama , bukan main eh. Nak jugak letak macam nama daddy. " Komen eshal mendapat penumbuk dari thaqeef.

" Eh nama anak aku, mestilah ikut aku. Kau nanti dah ada anak cuba letak nama kau didepan. Mesti pelik, macam orang kuno !"

" Ah pandai lah kau! Anak aku nanti lagi hebat dari nama anak kau tahu!"

Lahh dua manusia ni. Pasal nama pun jadi isu ke?

" Korang berdua ni, pasal nama anak pun jadi isu ke? Mak okey je nama apa pun, asalkan besar esok jadi anak yang berjaya. Bahagiakan kedua ibu bapa. Tak gitu mak iti?" Puan aisyah menyampuk selepas menjadi penonton disitu.

Mendapat anggukan iya dari mak siti membuatkan thaqeef dan eshal hanya mampu tersengih malu.

Tahu pulak malu!

...

...

Arissa menepuk perlahan lahan Aariz Iqbal yang nampaknya sudah masuk ke alam mimpi. Sesekali bayi lelaki itu tersenyum dalam tidur .

Dia juga turut tersenyum melihat bayi² itu. Muka dah macam orang kacukan pula. Banyak tengok movie korea china masa mengandung, nak² lagi uncle mereka juga asal luar negara.

Uncle yang mana ? Uncle Adem Micheal lah !

Lelaki itu sudah diberitahu oleh thaqeef tentang kelahiran anak² mereka. Dan dalam masa terdekat lelaki itu akan mengunjungi bayi kembar itu.

"Sayang " terasa pinggang arissa dipeluk, oleh siapa?

Dah tentu la abang sayang , thaqeef! Sempat sebuah kucupan singgah dileher sang isteri.

" Abang ! Terkejut rissa, apa buat perangai macam ni?" Bisik arissa walaupun dalam keadaan terkejut .

Tidak mahu anak² nya terganggu dengan suara mummy nya.

" Sorry sayang, dah tidur ke twins?"  Soal thaqeef walaupun sudah terang lagi kan bersuluh yang baby's tu tengah sedap tidur.

" Dah. Abang nak apa ni?" Arissa mengalihkan duduk.

Kini dia menghadap thaqeef yang seperti kucing miang.

Senyuman thaqeef yang nampak agak menggoda malam ini membuatkan arissa rasa sesuatu sangat.

Lain maciemmm ..eemm

" Ermm... Nak piyukk mummy boleh ?" Suara thaqeef terus menjadi nada yang sangat-sangat menggoda iman seorang arissa !

Arissa memandang thaqeef dengan wajah yang tidak percaya. Makin manja !

" Tak boleh, mummy nak bersihkan diri sekejap. Daddy pergi tidur ya? Teman icha ke atau ummmm "

Satu saat dua saat tiga saat ..

Pap ! Bahu thaqeef ditampar lembut oleh arissa. Suaminya ketawa sebelum mengucup pipi arissa lama.

" Daddy gewam laa dekat mummy. Sekarang ni susah nak manja² dekat² macam ni .. "

Arissa menjeling geram.  Sebenarnya dia tak kisah tetapi memandangkan dia masih dalam pantang, hubungan intim suami isteri sememangnya sangat dilarang untuk mereka berdua.

Tapi yang nama nya thaqeef ni mana makan saman. Dia je tahu nak saman orang, tapi diri sendiri ke laut!

" Geram² pulak, mummy dalam pantang la." Acah² marah pulak dah arissa ni.

Padahal suka dapat sentuhan dari sang suami.

" Bawah yang pantang atas tak pun. Boleh laa daddy manja² kejap. Abang rindu dekat sayang. Mana pernah berpisah lama² macam ni. Ermmmmm "

Astaghfirullahalazim ......

Baru seminggu berpisah tempat tidur walhal siang ada saja masa untuk berkepit.

Tapi yelah, dah nama nya EID THAQEEF ni mana nak makan SAMAN !!

Arissa tersedar bila tangan suaminya sudah mendarat tepat didada nya. Nak tolak dah suami tapi ...

" Qeef ! Kau buat apa dalam bilik tu hah? Mak iti suruh keluar!! Kalau tak keluar sekarang aku redah masuk ehh "

Tiberrr kedengaran suara eshal dihadapan pintu bilik mereka. Thaqeef menjatuhkan tangan dengan segera.

Kacau daun lah. Nak manja pun ta olehhh !!!!

Main peranan betul si eshal ni.

Wajah masam thaqeef membuatkan arissa tidak dapat menahan tawa. Lantas ketawa akhir nya tercetus.

" Suka la ya ketawa kan abang? Tunggu laa lepas habis pantang nanti, sayang tak boleh tolak langsung. Abang akan kerjakan sayang habis habisan !!"

Sambil membebel itu sempat juga la mulut melekat di pipi arissa lama².

Thaqeef buka pintu dengan wajah bengang dia. Dilihat eshal yang telah merosak segala nya sebentar tadi.

Eshal pula sudah membuat muka mengejek.

" Bini tu baru seminggu pantang bang, bawak² la bersabar kejap. Pejam celik pejam celik nanti dapat juga !"

Ujar eshal seraya ketawa mengekek.

Ketawa itu bisa membuatkan seorang manusia bernama eid thaqeef kegeraman.

" Kau ni dah macam pantang jumpa ehh, asyik nak terkam. Tacoddd ah bebehh !"

Tuk tuk !

Kepala eshal menjadi tempat untuk dia melepaskan geram. Menyampah betul dia dengan perangai eshal yang asyik menyakitkan hati nya.

Dah mendapat.

" Sakit tak? Kau tunggu la nanti macam mana rasa bila bini kau berpantang. Aku akan suruh mak bawak balik berpantang jauh dari kau. Jumpa pun susah."

" Ehh kau doa yang baik² tak boleh ke? Bini aku tu nanti tetap berpantang dekat² dengan aku lah. Sibuk nak suruh duduk jauh² kenapa?"

" Yang kau sibuk² rumahtangga aku kenapa? Sibuk macam lalat!" Marah thaqeef sambil membawa diri ke ruang dapur.

" Tak wehh , mak iti pesan suruh kau turun .. kalau lama² jadi macam tadi la. Serba tak kena isteri kau ehh , sakan la kau ni qeef. Nafsu kalah ku- aduhhh !!"

Kali ini kepala eshal dikepit celah ketiak thaqeef. Mati kata lelaki itu.

Dan aksi mereka dilihat oleh puan aisyah dan mak iti yang kebetulan masuk ke dapur.

" Ya Allah, buat apa ni hah?" Tegur mak iti dengan gelengan kepala.

Apa benda la dua beradik ni. Ingatkan dah besar boleh² bawak diri. Dah bergusti di dapur pulak.

" Kenapa korang ni?" Soal puan aisyah pula.

Eshal yang masih dalam celah ketiak thaqeef meronta kuat.

" Orang nasihat dia jangan nak gatal² dengan rissa tapi dia takleh terima nasihat lepastu adehhh sakit laaa wehh !!"

Thaqeef yang mendengar kata² eshal itu terus memijak kaki eshal. Rasakan kesakitan yang berganda ganda!

Yeahhhh !



Beberapa tahun kemudian ...

" Jangan lah buli dia. Nanti kita kasitahu mummy kita yang awak buli dia. " Suara tegas milik alisya bergema di taman itu.

Dihampiri sang adik yang sudah terduduk ditolak oleh beberapa budak lelaki yang lain.

" Bangun aariz! Sakit dekat mana? Ada luka² tak?" Soal alisya yang berusia 12 tahun itu pada aariz yang berusia 9 tahun.

Mereka bertiga ke taman permainan berdekatan dengan rumah untuk bermain. Sudah semestinya aakif dan aariz menjadi tanggungjawab alisya untuk menjaga mereka.

" Apa lah kau, macam pondan. Sentuh sikit dah jatuh. Hahahaha " ejek budak lelaki seusia alisya yang juga merupakan teman sekolah alisya.

" Apa pondan² hah? Awak jangan melampau ya? Nanti kita tumbuk awak baru tahu!" Marah alisya bila budak lelaki itu mengejek aariz yang hanya diam.

Aakif yang kebetulan baru menyedari yang aariz ditolak oleh budak2 tersebut menghampiri mereka.

" Kenapa ni?" Soal aakif sambil melihat ke arah aariz yang hanya diam memerhati.

Hendak melawan tetapi dia masih ingat pesan mummy dan daddy.

Jangan gaduh². Mengalah lebih baik.

" Diorang sengaja tolak tolak aariz tadi lepastu ejek² cakap aariz pondan. Ni nampak ?" Penumbuk sebesar bawang besar itu ditunjuk pada budak lelaki itu.

"Elehh penumbuk besar lima puluh sen , balik la kau. Pondan!" Budak-budak lelaki tersebut berlalu pergi selepas mengejek aariz.

" Woii !" Jeritan suara aakif menghentikan budak-budak tersebut .

" Tak reti minta maaf ke?" Soal aakif sambil berpeluk tubuh.

Dengan wajah yang tak pernah nak senyum membuat kan sesiapa yang melihat akan melebelkan aakif seorang yang sombong.

Tetapi kacak.

Wahh , baru usia 9 tahun wajah dah kacak beb !

Aakif menghampiri budak-budak tersebut sebelum berhenti betul² depan budak lelaki yang mengejek aariz.

" Minta maaf atau kau dapat sakit??" Soal aakif dengan tegas. Mata tajam memerhati budak tersebut.

Malas mahu berpanjangan masalah ini alisya akhirnya memujuk aakif untuk pulang sahaja.

" Kalau kau ejek² adik aku, ni nampak ? Lebam biji mata kau !" Aakif memberi amaran keras siap dengan penumbuk ditunjukkan.

Budak-budak tersebut berlalu pergi selesai meminta maaf kepada mereka.

Aakif yang sentiasa serius membawa langkah dahulu di ikuti oleh alisya dan aariz dibelakang.

Sampai saja dirumah kelihatan daddy dan mummy serta adik kecil mereka sedang duduk bersantai di laman rumah.

" Assalamualaikum... " Alisya memberi salam buat mereka dilaman itu.

" Waalaikumussalam, dah balik? Cepat nya. Baru 20 minit je main. " Mummy arissa menyediakan air buat anak² nya.

Aariz mengambil tempat bersebelahan dengan aakif , manakala alisya duduk disebelah mummy sambil melihat adik bongsu mereka sedang makan makaroni sup.

" Heyy adik aqil. Makan apa tu? Sedap nyaa dia makan " alisya tersenyum melihat telatah aqil yang sudah pandai makan sendiri.

Ean Aqil Izwan dilahirkan 6 tahun selepas aakif dan aariz. Makna nya alisya mempunyai 3 hero yang perlu dia jaga apabila besar nanti.

Hebat tak mummy daddy? Lahirkan anak² lelaki semua nya.

Hehehee

Aakif sekadar melihat alisya dan aqil yang sedang bersembang itu. Entah apa lah yang melucukan alisya.

Ketawa sahaja alisya dengan telatah aqil.

Thaqeef yang melihat anak-anak nya tersenyum bahagia. Mata arissa dan dia bertemu sebelum mulut mengungkap satu kata bermakna.

" I love you sayang "

" I love you to Eid Thaqeef !"





















  TAMAT :)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro