Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

29 : T A M A T






" Hensem "

Puji anggota polis wanita setiap kali thaqeef melalui dihadapan pejabat untuk berurusan dengan kerani disitu.

Haikal yang kebetulan terdengar pujian itu mengerutkan dahi kehairanan.

Takkan lah perempuan ni tangkap cinta dengan tuan thaqeef pulak?

Lengan konstabel yang bernama Nadia itu dikuis laju.

" Tengok siapa sampai tak nampak kita disini?" Soal haikal ingin tahu walhal dia sudah tahu akan siapa yang Nadia lihat.

" Tuu, kerap la nampak abang hensem tu kat sini. Siapa eh? Sebelum ni tak nampak pulak saya " ujar nadia dengan wajah ingin tahu bercampur teruja.

" Tuan thaqeef, kenapa ? Kau berminat dengan dia ke?"

" Thaqeef ye nama dia. Wahhh nama macam bakal bapa anak² saya je.. hihihi " jawab nadia tanpa malu.

Haikal menggeleng kepala. Nadia ini baru sahaja ditugaskan dibalai ini dannnn rata² rakan dibalai ini tahu akan perangai gedik dan perasan nadia.

" Suami orang tu, berdosa kalau kau ada niat nak kacau rumahtangga orang.  Pergi buat kerja kau!" Haikal berlalu pergi dengan wajah menyampah.

Baru dia tahu perangai gedik nadia seperti ini.

Dia harus memberitahu tentang wanita ini pada thaqeef sebab dia boleh nampak aura yang nadia layak menjadi watak perampas dalam cerita ini.

Ya, dia harus bagitahu pada thaqeef !

Nadia mencebik dengan pemergian haikal. Bibirnya menarik senyuman sinis.

" Tunang orang pon aku boleh rembat, inikan pula suami orang." Bebel nadia dengan wajah gatal nya.

Tidak tunggu lama dia melangkah keluar dari balai itu, ada agenda baru untuk dia fikirkan.

:

:

Arissa menggeleng melihat baju² yang bersepah di atas katil. Pulang sahaja encik suami dari kerja terus saja lelaki itu membersihkan diri.

Dengan perut besar dia gagahkan diri untuk mengutip baju² yang bertaburan dilantai.

Dahsyatnya lelaki dia punya sepahkan baju. Kalah alisya pulak. Dah kenapa?

Pintu bilik air dikuak kasar, muncul wajah thaqeef dengan kusut tetapi senyuman diberi buat arissa.

Thaqeef berlalu ke bilik pakaian, arissa tidak diendahkan itu yang membuatkan arissa berfikir bahawa mungkin suaminya keletihan kerana tugas.

Tidak lama kemudian thaqeef keluar berkain pelikat serta baju t-shirt putih. Sejadah dibentang kan mengikut arah kiblat, tanpa menghiraukan arissa disitu dia menjalankan kewajipan yang tergendala kerana tugas kerja.

Arissa diam memerhati. Sesekali diusap perut yang membesar dengan bayi kembar meriah membuat party didalam perut nya.

" Anak² mummy main apa sayang? Kuat betul tendang. Berebutkan bola ke ?" Bisik arissa.

Sejak kebelakangan ini dia gemar bersembang dengan anak² didalam perut. Mereka juga semakin aktif buat kerja dalam perut dia.

" Besar nanti jadi anak² mummy yang kuat tau? Boleh jaga mummy, lindung kakak icha "

Thaqeef sekadar memerhati, usai mengaminkan doa dia melihat arissa berborak dengan bayi didalam perut. Sesekali mata nya jatuh pada wajah ceria arissa.

Adakah wanita ini sepatutnya dia sia² kan?

Tentulah tidak. Tidak akan sesekali dia sia² kan kasih sayang wanita ini , dia berharap rumahtangga yang dibina ini kekal selamanya.

" Sayang .. " panggil Thaqeef

"Hm? " Arissa melihat thaqeef menghampiri dirinya sebelum melabuhkan duduk disebelah. Perut yang membesar diusap penuh kasih.

"Dah berapa bulan eh? Besar betul perut sayang. Risau pula abang tengok, tak berat ke sayang?"

Arissa sekadar ketawa dengan pertanyaan suaminya.

" Berat rissa sebelum ni 85 tau, sekarang dah jadi 95, abang rasa?"

" Serius lah sayang? Kok berat amat ini anak ya? 10kg oiii , mesti berat sorang ni 5 kilo.. ah sudah. Baby bam² juga la nii, ikut mummy dia "

" Rissa gurau je, berat baby ni baru 5 kilogram macam tu, sebab berat rissa baru 90. Abang ni cepat percaya betul. "

Thaqeef menjeling arissa. Eee gewamm haku! Banyak main lah bini ni. Gigit kang!!

" tengah tunggu masa je ni bang, dokter cakap bila² je baby ni boleh keluar. Kalau ikut tarikh di buku 31 haribulan 10. Lagi dua minggu je bang"

Thaqeef mengangguk kepala tanda faham. Lagi dua minggu makna nya dia kena kosongkan jadual dia pada dua minggu tersebut.

Cuti tanpa gaji lah senang, ye dok?

" Abang akan ambik cuti start esok. Hari² rissa kena tengok muka abang tau. "

" Takkan nak cuti awal? Abang punya kerja macam mana ? "

" Anak² buah abang ada, abang serah pada diorang. Lagipun dah lama abang tak cuti panjang, apa salahnya abang manfaat kan cuti abang yang ada tu. Sayang pun suka kan abang ada sentiasa dengan sayang ?"

Arissa tersenyum senang hati. Lengan thaqeef dipeluk erat sebelum kepala dilentokkan di bahu thaqeef.

" Tipulah kalau rissa cakap tak suka kan ? Bagusnya suami rissa , memahami apa yang rissa nak. Rissa sayang abang sangat² tau, makin bertambah tambah sayang ni !!"

" Eh suka dia ya? Cepat² sikit keluar baby, daddy tak sabar nak bagi korang adik baru, mummy punya mengada ni boleh tahan juga. Mengoda daddy jer kerja nya. "

Ciuman hinggap di ubun-ubun arissa. Kasih nya dia pada wanita ini terlalu tinggi menggunung, tak pernah berkurang walaupun sikit .

Tak sangka mereka berjodoh sebegini, awalnya dia hanya menganggap bahawa hubungan mereka tidak boleh pergi terlalu jauh, kerana mendapat tentangan dari abang iparnya sendiri.

Tapi siapa sangka kan? Akhirnya disatukan jua dan sekarang dia sedang bahagia dengan wanita ini.

Malah dikurniakan pula baby kembar. Dan juga pewaris seorang Eid Thaqeef dan Arissa Hana.

" Gatal nya. Ini yang dalam perut pun belum keluar lagi tau. "

" Halahhh abang rancang dulu, nanti kita tengok la masa mana yang sesuai kita teruskan rancangan tu. Amacam?"

" Banyak la abang punya rancangan. Merepek! Rissa nak turun tengok icha, diam je kat bawah tu."

Arissa berdiri sambil dibantu oleh thaqeef. Bila dah nak sampai masa bersalin ni bukan main seksa nak bangun sendiri.

Eloklah thaqeef nak minta cuti, nanti boleh tolong thaqeef je senang.

Bila lagi nak susahkan suami, ye dok? Hehehehehe


..




Haikal melihat kelibat Nadia yang masam mencuka keluar dari bilik pegawai kanan. Muka masam mencuka itu memang boleh buat semua orang yang melihat sakit hati.

Tak reti nak senyum ke?

Pap!

Fail ditangan dihentak kasar atas mejanya. Nadia mengeluh sebelum menjeling Haikal yang dari tadi melihat segala gerak geri dia.

" Amboi menjeling! Bendera jepun ke makcik?" Soal haikal tanpa rasa bersalah.

" Sukahati la mata aku..sibuk kenapa!" Guman nadia dalam keadaan geram.

Penat dia bersiap cantik² untuk menggoda lelaki kacak yang selalu dia jumpa dipejabat kerani.

Alih2 dapat tahu yang lelaki bernama thaqeef itu minta cuti dua minggu!!

Ahh habis plan dia.

Baru saja dia berangan untuk menjadi wanita kesayangan lelaki itu, tapi akhirnya angan² mat jenin sahaja layaknya.

" Mesti kau cari tuan thaqeef kan? Jumpa tak? Hahaha "

" Awak nak apa haikal? Dah tak ada kerja ke ganggu saya?" Soal Nadia dengan malas. Sakit pulak hati bila haikal tanya soalan macam tu.

Macam tahu² je dia memang cari thaqeef.

" Ehh kerja lah ni. Tak nampak aku tengah buat apa?"

" Awak tengah soal saya. Buang masa sendiri. Itu yang kata kerja?" Perli nadia sambil tersenyum sinis.

Haikal ketawa senang hati. Nampaknya ada mangsa baru untuk dia cari gaduh. Nadia punya menjawab boleh tahan juga.

" Aku tengah praktis menyoal pesalah untuk masa akan datang. Salah ke aku soal kau? Ke kau ada masalah dengan soalan aku tadi tu?"

" Apa yang awak tak puas hati dengan saya ni?"

" Banyak yang aku tak puas hati. Sebelum kau masuk jumpa pegawai tadi bukan main merah mulut kau, kening tebal kalah Shinchan, tup² keluar muka macam taik. Kenapa? Mesti kau rasa kau dapat jumpa tuan thaqeef kan? Tapi sebaliknya orang lain yang ada dalam bilik tu hakhakhakhak!"

Sempat juga haikal ketawa menganjing pada Nadia. Bukan dia tidak tahu niat nadia itu apa.

Segala gerak geri nadia dia lihat, dan salah laku nadia dari balai lama semua dia tahu.

Nadia dipindahkan ke unit baru ini agar perangai dia tidak berulang lagi, tapi yang namanya wanita pelakor kau ghase ada masa untuk berubah?

Dalam mimpi lahh geng!

Nadia bangun dari tempatnya sebelum berlalu pergi. Sungguh dia terasa dengan kata² haikal itu. Bagai benar pula lelaki itu dapat membaca dalam fikirannya.

Ah kacau sahaja haikal!

Haikal ketawa melihat nadia berlalu pergi. Puas hati dapat menyakitkan hati wanita itu. Biar dia tahu diri sikit, jangan sesekali menganggu rumahtangga orang

Memalukan anggota sahaja!

" Nasib thaqeef minta cuti awal, kalau tak jenuh aku nak jadi spy tak bertauliah disini. Untung la jadi orang hensem, ramai yang pandang. Cuba muka macam aku ni? Mak aku je lah yang pandang itu pun bila dia marah aku sebab lupa basuh baju.. haishhh "

Bebelan haikal hanya dirinya sahaja yang dengar. Apalah nasib orang tak hensem ini..

Tapi takpa, sekurang nya dia seorang yang BER- UNIFORM.






..

Arissa menghampiri susuk tubuh yang dia kenal itu. Jejaka itu masih sama macam beberapa bulan lalu dia lihat.

" Hai Adem .. "

Adem senyum melihat kedatangan arissa ditemani oleh thaqeef.

Hari ini adem dibebaskan tanpa hukuman dari mahkamah Malaysia, setelah berbulan-bulan dia ditahan.

Dia tidak bersalah jadi untuk apa dia dipenjarakan?

Tugas nya menyelamatkan arissa sahaja. Dan menjadi perisik untuk pihak polis luar negara dalam kegiatan haram yang dilakukan oleh Alexander Louis.

Nampak gais ? Menjadi tak dia punya cerita palsu sebelum ni?

Kononnya dia menjadi anak buah Alexander Louis sebab lelaki itu banyak menolong dirinya sejak lama.

Tapi siapa sangka nasib menyebelahi dirinya kali ini?

" Hi pretty mom, sihat?" Soal adem sambil melihat arissa yang nampak berseri seri.

" Sihat macam awak tengok. Syukur awak tak dikenakan apa2 tindakan oleh pihak mahkamah."

" Yes, tapi aku masih tak boleh lama disini. Aku kena balik ke US untuk lapor diri."

" Saya tak sangka awak seorang perisik dari pihak polis US. Amazing!" Puji arissa pada adem. Thaqeef pula dah makan hati dengan pujian itu.

Bukan main eh arissa, tak sedar ke suami disebelah?

" Amazing right? Tapi tulah, aku harap aku boleh ada sampai baby kau lahir. "

" Eh boleh je kalau awak stay sini, kan abang?"

" No sayang. Dia tak boleh lama dinegara kita sebab negara kita tak perlukan perisik macam dia. Elok lah kalau dia balik sana cepat cepat." Ujar thaqeef dalam senyuman sinis.

Lelaki mat saleh dihadapannya ibaratkan musuh disebalik gajah.

Ini peribahasa baru thaqeef tau!  jangan pandai² nak ubah okeh!

" Don't worry dude! Aku tak kan kacau hubungan kau dengan my pretty ni. But I warn you, if I find out that she is hurt by your behavior, aku takkan teragak-agak untuk jadikan dia milik aku, YANG SAH. faham?"

Amaran dari adem buatkan thaqeef tidak boleh pandang remeh. Dia tersenyum lebar mengawal rasa geram.

" Tak faham dan tak akan sesekali. Arissa tetap milik aku sampai bila². Blah la kau, sakit hati pulak aku!" Thaqeef berlalu pergi meninggalkan arissa dan adem , tetapi tidak jauh perginya.

Cuma memberi ruang buat arissa dan adem seketika. Takut lama² disitu dia pulak akan bergaduh dengan adem.

Lelaki itu pandai menyakitkan hati dia.

Wajiaq mat saleh ni!!

" Sorry dengan kata2 thaqeef. Dia memang macam tu  " ujar arissa agak serba salah. Tetapi adem hanya ketawa kecil.

Seronok tengok thaqeef dengan muka tak puas hati dan cemburu bila dia usik tadi

" Sokey pretty, aku cuma bagi warning. Tapi kata² aku betul. Kalau dia cuba buat kau terluka, aku akan ambil kau dari dia. "

Arissa sekadar diam. Dan dia yakin thaqeef bukan orang seperti itu.

" Aku terpaksa pergi, maaf sebab tak dapat bersama sambut baby twins kau, cuma aku harap nanti kalau diorang dah besar aku nak ambil salah sorang dari mereka untuk jadi anak angkat aku. Suka atau tak, anggap saja itu balasan budi kau pada aku sebab dah Selamat kan kau "

Seutas kalung emas berloketkan bentuk rama rama diberi pada arissa.

" Hadiah dari aku, kirim salam pada thaqeef. I will miss you pretty. Bye !"

Adem berlalu pergi, arissa sekadar melambai dari jauh. Sungguh dia berhutang budi pada adem, semoga satu hari nanti mereka dapat bertemu kembali.

Amin ...









TAMAT

TQ GAIS 🥰
















 


































Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro