Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

28


Beberapa bulan kemudian ..

Alya yang sedang termenung ditegur oleh Arissa. Ditepuk bahu adiknya itu yang kelihatan sangat jauh 'pergi' sehingga tidak sedar akan kehadiran kakaknya disitu.

Rasanya sudah sepuluh minit dia duduk ditepi adiknya ini. Tetapi alya bagaikan tidak sedar akan kehadirannya.

" Eh kakngah, dah lama sampai?" Alya tunduk mencium tangan arissa .

Dilihat kakaknya yang semakin berseri sejak mengandung baby kembar.

Berganda ganda serinya. Cantik.

" Dah dua malam orang kat sini. Termenung apa ni? Sampai tak sedar kakngah datang "

Alya tersengih jangal. Entah apa yang dia menungkan tadi, dia sendiri tiada jawapan.

" Datang dengan siapa kakngah? Icha datang tak?" Alya mengubah topik.

Tidak mahu Arissa fikir yang bukan² tentang dirinya.

" Abang Qeef hantar tadi, lepas tu pergi ambik icha dekat taska kejap lagi diorang datang la sini.  Bukan tak tahu abang qeef tu sekarang dia punya risau macam mana "

Alya mengangguk. Sejak arissa selamat dijumpai abang ipar nya menjadi seorang yang sensitif dengan benda berkaitan arissa.

Kemana saja kakak nya pergi, pastinya ada thaqeef dimana sahaja!

Tak kira didalam rumah sekalipun, thaqeef tidak sesekali meninggalkan arissa sendirian, begitu juga dengan alisya.

" Dah sedia nak jadi tunang orang?" Soal arissa sambil mengusik adik bongsu nya. Malu² alya dengan soalan arissa.

Dia bakal mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihannya, iaitu Eshal Iskandar.

Dari membiarkan mereka terus rapat tanpa ikatan lebih baik disatukan sahaja. Lagi² melihat Eshal yang tidak boleh jauh dari alya.

" Ermm.. tapi alya tak yakin la kakngah." Keluh alya perlahan.

Itu yang dirisaukan Olehnya apabila lelaki itu mengatakan mahu melamar alya untuk menjadi surihati jejaka itu.

Bersediakah dia di usia muda untuk komitmen rumahtangga? Bersediakah dia untuk membahagi masa belajar dengan seorang isteri?

" Tak yakin untuk jadi isteri? Pada masa yang sama alya rasa alya tak kan ada masa untuk eshal ke?"

Alya mengangguk perlahan.

" Cuba tengok macam mana kakngah dengan abang qeef mula² dulu? Akak buat keputusan yang boleh hancurkan hidup akak sendiri. Tapi bila tengok kesungguhan abang qeef akak rasa tak salah bagi peluang untuk diri akak sendiri.''

Tangan alya digenggam arissa. Senyuman diberi buat si adik.

"Tapi tengok akak sekarang macam mana? Macam² dugaan  datang dalam rumahtangga, bermakna ujian itu sentiasa ada cuma kita kena kuat untuk hadapi segala ujian dari Nya. "

" Allah uji sebab dia tahu kita mampu. Akak faham alya masih bersekolah, tahun ni nak spm kan? Alya kena banyak fikir. Bertunang ni banyak dugaan nya alya. Akak tak pernah rasa dugaan bertunang sebab kami terus berkahwin, jadi alya yang bakal hadapi ujian bertunang ni akak harap alya tak akan buat keputusan yang boleh jejaskan hubungan alya dan eshal. Ada masalah terus slow talk, jangan nak emo². Insyaallah ,Allah akan permudahkan urusan korang nanti , cuma percaya pada takdir. Segalanya Allah dah tentukan "

Alya terharu akan nasihat kakngah nya terus menangis teresak esak dalam pelukan arissa.

Dengan nasihat kakaknya itu segala beban yang ditanggung tadi hilang serta merta.

Terus rasa senang dan tenang hati.

" Terima kasih kakngah, lya akan cuba yang terbaik. Doakan alya berjaya dan bahagia seperti kakngah. "

Arissa mengangguk.

Insya-Allah.

" Amin "


:

.
.

Makan tengahari dihidang untuk santapan anak menantu puan aisyah. Sudah lama mereka tidak berkumpul bersama sejak kejadian arissa dan alisya diculik.

Jadi hari ini puan aisyah masak makanan kesukaan anak² dan cucunya.

" Tokma , today kan kat school ada one boy ni cuba bagi icha chocolate. " Meja makan sudah riuh rendah dengan suara icha.

Puan aisyah hanya melayan sahaja cucunya bercerita.

" Yeke? Lepastu icha ambil tak?"

" Tak. Icha tak ambik sebab icha rasa tu chocolate curi. " Ujar icha sambil berpeluk tubuh.

Mata bulat nya tidak henti melihat ke arah makanan yang dihidang oleh mummy dan mama alya nya.

" Mana icha tahu tu coklat curi? Tak baik tau tuduh benda yang kita tak tahu betul atau tak" nasihat alya sambil menyendukkan nasi ke dalam pinggan.

Thaqeef yang menjadi penonton disitu hanya sekadar mendengar bicara alisya.

Sesekali dilihat ke arah arissa yang lincah buat kerja tanpa menghiraukan perut yang sedang 'membuncit' itu.

Eeee geram pulak tengok perut arissa. Lagi² wajah arissa, berseri seri lepas mengandung ni.

" I know everything. I see yang Arif curi Chocolat tu dari beg Naura. I see everything. " Yakin sekali icha bersuara.

" Dah tu icha buat apa?"

" Icha bagitau teacher elly dan Arif kena marah sebab curi that chocolate from naura. So i be the heroin today's" tudia, riak sekali icha berbicara dengan wajah tak kalah sombong nya.

Habis semua yang ada disitu ketawakan icha.

Ada² je lah perangai budak ni sorang.

" Ye lah , icha heroin sangat. Tapi sayur ni icha kena habiskan. Mummy nak tengok heroin tak anak mummy ni makan sayur "

Sayur kobis goreng diletakkan ke dalam pinggan makan icha. Kanak² itu sudah buat muka tidak sukanya.

" Tokma, help me. I don't want this rumput " bisik alisya pada puan aisyah, namun bisikan dia macam bercakap sahaja.

Sah² la satu meja tu dengar apa yang dia cakap. Thaqeef tepuk dahi !

" Sorry, tokma pun terpaksa makan 'rumput' tu, nanti mummy marah kalau tokma tak makan, kesian tokma kan?" Puan aisyah kejitkan mata nya berkali kali pada alisya.

Muncung panjang alisya kelihatan. Tidak suka akan sayur .

" Mama lya, boleh tolong icha?"

" Aa'h. Mama pon kena paksa jugak. Sorry sayang "

" Alaaaaa.. daddy "

" Ops sorry icha, daddy punya pinggan dah penuh dengan sayur, tak tahu nak letak mana. Cuba rasa dulu sayur tu macam mana, sedap ke tidak. "

Icha sekadar mengeluh. Terpaksa juga dia makan sayur ni.

" I hate this rumput !" Alisya hanya mampu mengeluh.

:

:

:

Arissa melangkah ke arah thaqeef yang sedang menyiapkan tempat beradu mereka.

Hari ini mereka bermalam dirumah keluarga arissa memandangkan esok bakal langsung majlis pertunangan adik mereka berdua.

Tak sangka eshal jugak yang menjadi pilihan alya. Biarlah mereka, semoga kekal ke jannah.

" Senyum² dari tadi, teringat kan siapa? Mamat saleh celup tu ke?" Soal thaqeef bila dari tadi dia melihat isterinya tersenyum sendiri.

Entah apa yang bermain difikiran arissa , ingin saja dia masuk ke dalam fikiran arissa untuk mengetahui apa yang difikirkan isterinya.

" Berdosa kalau seorang isteri fikirkan tentang lelaki lain tau. Abang nak ke tanggung dosa isteri abang yang fikirkan lelaki lain?"

Laju saja thaqeef menggeleng kepala. Memang takla !

" Abang takkan sesekali benarkan mana² lelaki masuk dalam fikiran sayang kecuali suami sayang ni je. Jangan kata masuk, siapa² kenyit mata dekat sayang semua abang tunjuk penumbuk tau !"

Tudiaaaa hebat ! 

" Wahhhh sampai macam tu sekali ye abang ?"

" Yelah. Sayang tu milik abang je. Tu baby dalam perut tu bukti abang paling berkuasa memiliki sayang . " Terangkat angkat kening thaqeef menutur bicara dengan bangganya.

Arissa ketawa kecil. Bantal peluk diletakkan di belakang pinggang.

Sejak² akhir ni makin aktif pula anak kembar mereka. Sehingga kan arissa tidak boleh tidur dengan tenang.

" Abang "

" Kenapa sayang? Dah minum susu abang bancuh tadi?"

" Dah abang. Rissa nak tanya sikit "

" Banyak pun takpe. Telinga abang dan mulut ni siap sedia untuk mendengar dan menjawab pertanyaan sayang "

Alaah² manisnya bicara sang suami.

Rawrrrr gituuu.

" Pasal alisya , abang tak nak cari keluarga kandung dia?"

Thaqeef mengerutkan dahinya hairan.

" Kenapa sayang tanya macam tu? Sayang dah tak sanggup nak bahagi kasih sayang pada Alisya ke?" Kendur suara thaqeef.

Apakah kerana arissa sudah mengandung kan anak mereka, sehingga wanita itu menyuruh dia untuk mencari keluarga kandung Alisya?

" Ishh abang ni, ada pulak fikir sampai situ. Maksud rissa abang tak nak usaha temukan alisya dengan keluarga kandung dia? Bukan rissa dah tak nak bahagi kasih sayang rissa pada dia. Alisya tu tetap anak rissa tau. Rissa sayang dia macam rissa sayang ibu, alya , abang dan orang lain. Jauh betul abang fikir tentang tu. "

" Taklah sayang. Abang minta maaf okey?  Abang cuma takut rissa akan 'buang' alisya nanti bila kita dah ada baby sendiri. Itu abang tanya macam tu. Maaf ya sayang?"

Thaqeef menggenggam erat tangan arissa sebelum membawa ke mulut. Berkali kali ciuman berlabuh disitu.

Kesian arissa dah terasa hati.

" Abang ada upah kawan abang untuk cari maklumat tentang keluarga Icha, sekarang Dorang tengah usaha kan untuk cari. Kalau ada perkembangan tentang keluarga icha, kita temukan dengan keluarga dia okey?"

" Eh tak payah la bang. Nanti sunyi kita kalau icha jauh dari kita. "

"Sayang, icha bukan milik kita tau ?"

" Tahu. Tapi abang ada hak sebagai keluarga angkat dia kan?"

" Ye memang abang ada hak, tapi keluarga dia lagi berhak ke atas icha sayang. Melainkan keluarga dia yang memang tak mahukan dia. Masa tu abang akan lawan dengan dorang.  Sayang jangan risau ya?"

Kepala arissa dikucup kasih sesekali perut besar arissa diusap perlahan. Terasa tendangan anak² nya yang kuat.

" Anak daddy jangan nakal² dalam perut mummy. Kesian mummy nanti tak boleh tidur. Daddy dapat tahu yang korang nakal² ni malam malam tendang perut mummy. Main bola ke sayang? "

Arissa tergelak mendengar bicara thaqeef. Automatik perut nya yang meriah tendangan berhenti serta-merta.

Wahhh ! Takut dekat daddy ya?

" Eh dah berhenti? Bola out ke tu? Esok kita ambik ya ? Malam ni tidur tau. Goodnight baby² daddy "

" Hah mummy takyah dok senyum² kambing macam tu. Daddy dah bagi warning dekat dorang, malam ni mummy boleh tidur lena. Jom sayang beradu "

Kain selimut ditarik menutupi tubuh arissa. Sebelum tidur dia membacakan beberapa surah untuk baby dan ibu.

berharap anak² serta isterinya dijauhkan dari sebarang gangguan jin dan sebagainya.

" I love you daddy !"

" Love you more mummy to be !"














































Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro