Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

27 : Baby Twins?



Thaqeef mengupas buah epal selepas dibasuh sebentar tadi. Buat masa ini isterinya dilarang untuk berjumpa dengan sesiapa pun, kecuali keluarga nya sahaja.

Dengan keadaan arissa yang baru stabil itu thaqeef bertindak untuk menjaga keselamatan dan kesihatan isterinya dan bayi kembar mereka.

Air suam dituang ke dalam gelas sebelum dia hulur betul-betul depan bibir arissa yang dari tadi memerhati gerak geri nya.

" Minum air dulu, lepas tu makan epal ni. " Ujar thaqeef sambil menyuap air dibibir arissa.

Wanita itu menurut saja, sepotong buah epal yang dipotong kecil disuap ke mulut arissa.

Perasaan sayang semakin membuah bila melihat arissa menguyah buah epal itu dengan senyuman.

Suka barangkali.

Seketika pipi gebu arissa dicubit geram.

" Auchh, sakit la abang !"

" Tahu sakit. Sayang bergurau macam tu tadi gelabah abang tau!"

" Alahh..macam tak biasa " ejek Arissa dengan gelak tawa.

Thaqeef menjeling geram. Ada saja alasan nya. Nasib sayang tau, eiii geram!

" Rissa minta maaf, rissa gurau je. Abang la muka serius macam harimau "

Thaqeef menggengam tangan Arissa. Sebuah kucupan berlabuh di dahi Arissa lama.

" Abang takut abang tak kuat bila sayang tak ada. Abang takut abang kehilangan sayang. Abang lagi takut bila sayang tak kenal abang. "

Arissa tersenyum penuh hiba. Wajah kacak thaqeef dipandang penuh kasih.

" Rissa akan sentiasa ada dengan abang. Sampai hujung nyawa rissa. Jadi, kalau rissa lupakan abang pun, abang boleh ingat kan rissa kembali kan? Setiap kenangan yang kita bina , setiap manis bicara yang kita kongsi, rissa tak rasa abang tak boleh. Suami rissa kan serba serbi boleh " pipi thaqeef diusap sayang.

Lama thaqeef memandang Arissa sebelum dia memeluk Arissa bagaikan tidak mahu lepas.

" Auchh abang, lengan rissa sakit" Arissa mengaduh sakit apabila lengan yang terkena tembakan berlaga dengan bahu thaqeef.

" Ya Allah sayang, abang minta maaf. Sakit sangat ke?" Soal thaqeef dengan riak risau.

" Tak sesakit rissa merindui abang " jawab Arissa penuh syahdu.

" Sayang ni, kita kat hospital tau " thaqeef menjeling manja.

Ada2 saja akal nya.

.

.

.

"Can i see mummy?"

Soal alisya kepada eshal yang sedang menyiapkan rambut nya. Dia diberi tahu bahawa eshal akan menjemput dia berjumpa dengan mummy rissa.

Sudah lama dia menanti kan detik² ini.

" Ye sayang, ni papa siapkan sayang nak bawa jumpa mummy di hospital"

" But, why mummy dekat hospital? Is she sick? Omaigod, mummy !!" Membulat mata alisya dengan kata² nya sendiri.

Comel kanak² itu, eshal sekadar melepaskan tawa.

" Mummy tak sihat la , kalau dia sihat kat mana dia sekarang?"

" My heart " jerit alisya teruja sebelum ketawa gembira.

" Bukan maih bahasa omputih dia "

Dia menari nari dihadapan cermin Besar bila sudah siap didandan oleh papa eshal.

" Papa, antara icha dengan mama lya siapa cantik lagi?"

Soal alisya dengan wajah teruja. Mesti la dia yang cantik lagi kan?

Eshal buat² fikir seketika.

" Papa rasa ...ermmm .." eshal meletakkan jari di dagu seolah olah berfikir.

" Papa ! Cepat lah!"  Rengek alisya bila papa eshal boleh buat² fikir pula.

" Papa bagi tahu ni jangan nak heboh² pula tau?"

Alisya angguk berkali kali. Teruja untuk mengetahui jawapan papa eshal.

Eshal membisik ditelinga alisya, mata alisya membesar teruja bila mendapat jawapan dari eshal.

" I know papa like Her so much. I can see in your eyes !" Jerit alisya sebelum melangkah keluar dari bilik nya.

Laju sahaja dia berlalu keluar.

Eshal tersenyum sahaja. Walaupun alisya bukan anak kandung abang nya, tetapi tetap dilayan dengan baik oleh mereka.

Jadi tidak sia² alisya di ambik sebagai anak angkat thaqeef.

Dapat pulak isteri yang menyanyangi alisya, semoga kanak² itu membesar dengan kasih sayang secukup nya

Eshal menutup pintu rumah sebelum mengunci. Langkah diatur ke kereta Honda civic putih miliknya. Hanya ada alya dan alisya didalam kereta.

" Mana mak iti?" Soal eshal bila sudah masuk ke dalam kereta. Bersedia untuk ke hospital melawat Arissa.

"Mak iti tak mahu ikut. Cuma kirim bubur nasi, ada dekat mama lya !" Jawab alisya yang berada di tempat duduk belakang.

Alya dipandang sekilas. Remaja itu menunduk sahaja sebelum memandang luar.

Eshal ingin menegur tetapi melihat alisya yang teruja hendak ke hospital, dibatalkan saja niat nya.

Nanti² la dia tanya. Pemanduan kini menjadi tumpuan eshal sambil ditemani celoteh alisya yang menyoal tentang lampu jalan dan sebagainya.

.

.

.

" Oh ya abang, rissa lupa nak tanya. "

Thaqeef yang selesai mencuci badan sang isteri hanya memandang tingkah laku Arissa.

" Tanya apa sayang? Ni butang baju tak tutup. Nak tunjuk kat siapa?" Soal thaqeef sambil membetulkan butang baju yang dipakai oleh Arissa.

Sesekali liur ditelan, entah kenapa waktu Arissa sakit² ni nampak seksi pulak. Tergugat Iman thaqeef seketika.

Cepat² dia beristigfar. Mungkin terlalu lama tidak melihat Arissa, perasaan rindu itu membuak buak.

' sabar qeef, tunggu rissa sihat dulu' bisik hati kecik thaqeef. Jangan dilayan perasaan ini, nanti lain jadi ya.

" Terima kasih abang. " Ucap Arissa bila thaqeef membutang kan baju nya.

Senyuman ikhlas diberi buat thaqeef, dan senyuman itu buat tidur malam thaqeef tidak tenang.

" Sama² kasih for my lovely wife" bisik thaqeef sebelum sebuah ciuman berlabuh di dahi isteri.

Lama.

Tangan Arissa digenggam erat. Tak sangka dia akan dipertemukan kembali dengan isteri nya. Dan bersama hadiah terindah, bayi kembar mereka!

Tak lama lagi dia bakal menjadi seorang bapa!

Akhirnya...

" Abang akan jadi daddy tak lama lagi.. "  ujar thaqeef sebak.

Arissa sekadar tersenyum sahaja. Boleh nampak wajah terharu thaqeef.

" Abang , adem macam mana?" Terus garang muka thaqeef bila nama adem disebut.

Baru nak syahdu tadi terus tak jadi.

" Sayang bagitahu abang, apa dia dah buat dekat sayang?" Soal thaqeef dengan garang.

Dia mahu tahu apa yang telah lelaki Mat salleh tu dah buat sampai isteri nya nyaris² terbunuh.

Jika ada bukti yang kukuh, dia mahu heret lelaki itu ke pihak atasan. Biar melingkup dalam penjara!!

" Abang jangan garang sangat, terkejut baby dalam ni.." lengan thaqeef ditarik sebelum memeluk erat.

" Biar terkejut baru dorang tahu daddy dorang garang. Cakap dengan abang, dia ada sentuh sayang tak??"

Arissa menggeleng perlahan. Mana ada lelaki itu buat yang buruk² kepada nya. Bahkan dia dilayan dengan baik dan elok cuma dia dikasari bila lelaki itu tiada.

" Rissa okey, dia jaga rissa dengan baik sepanjang rissa jadi tahanan disitu. Abang jangan la ambik tindakan dekat dia. "

" Sayang, abang tak boleh biarkan dia terlepas macam tu saja. Tengok keadaan rissa macam mana?"

" Tapi kalau tanpa bantuan dia rissa tak rasa abang boleh jumpa rissa hari ini. Boleh peluk cium rissa macam sekarang ni. "

Thaqeef merenung lama wajah Arissa. Ada benar nya juga kata² Arissa tetapi sebagai seorang anggota polis dia harus akur dengan undang undang negara.

Yang salah tetap salah.

" Sorry sayang, abang tak boleh nak tolong dia. Kes sayang ni berat, dah masuk sampai dalam berita luar negara. Dan jenayah yang dorang buat ni memang salah dan diorang sekarang dalam buruan pihak polis luar negara. "

Arissa akur. Tetapi baginya lelaki itu tetap tidak bersalah.

" Tapi abang boleh tolong dia. Ringan kan hukuman dia nanti. "

Arissa angguk sahaja. Tak apa lah janji lelaki itu tidak kena hukuman berat.

" Boleh rissa jumpa dia?"

" Nak buat apa??" Thaqeef punya renungan dah lain macam.

Alamak, jangan fikir bukan² sang suami.

" Nak tanya khabar. Boleh?" Arissa buat² muka comel.

Berharap suami nya bersetuju dengan cadangan dia.

" Jangan nak candy² kan abang dengan muka comel tu, fikir abang akan izin?"

" Alaaa boleh laa bang. Please " rissa muncung bibir.

Mata dikelip kelip berkali kali. Masih mengharap.

Thaqeef juling mata ke atas. Tak sampai hati pulak nak tolak, tengok la bini dia boleh buat muka comel macam tu.

Ini betul² mengugat iman seorang lelaki bernama Eid thaqeef !

" Okey. " Bersinar sinar mata Arissa bila mendapat izin dari thaqeef.

" YES !" Bila dia sebut perkataan itu mata thaqeef membulat garang.

Amboiii kemain dia !

" Tapiii .. ada tapi eh, sayang jangan nak teruja sangat jumpa Mat salleh tu. Abang akan teman sayang, titik !"

Arissa mengangguk sebelum menarik tubuh thaqeef ke dalam pelukan nya.

" Sayang suami rissa, i love you abang !"

Alahaii suka nauu thaqeef dengar kalimah yang sangat Mahal untuk Arissa ucap pada nya.

Kalau tahu Arissa akan peluk dia sekali pakej luah perasaan sudah lama dia memberi keizinan.

" I lap u more honey " 



...

...

...

Adem mendongak malas bila pintu wad dibuka dari luar.

Kelihatan susuk tubuh thaqeef sedang menolak seseorang yang sangat dia kenal di atas kerusi roda.

Senyuman terukir sedikit dibibir bila melihat Arissa yang kelihatan semakin membaik pulih dari kecederaan nya.

Cuma tangan kiri Arissa dibalut mungkin terkena tembakan semasa kejadian.

" Hi adem !" Ujar Arissa teruja dan ceria.

Thaqeef tayang wajah garang nya. Amboii bini dia seronok dok hai² Mat salleh ni.

" Hey pretty , dah sihat?"  Soal adem dengan wajah beku nya. Tetapi nada suara sangat lembut.

Berbeza semasa thaqeef menyoal dahulu.

'Bukan main eh kau' bidas hati kecil thaqeef.

" Alhamdulillah okey sikit cuma tangan ni, tak sihat lagi . Macam mana dengan awak? "

" Aku okey. Hero kau kan? Mana boleh sakit. "  Arissa tersenyum manis .

Melihat keadaan adem yang cuma bertampal di dahi itu menandakan lelaki itu tidak seteruk dirinya.

" Baby okey?" Soal adem lagi bila matanya jatuh ke perut Arissa.

" Qeef cakap Baby twin. Thanks to you, selamat kan saya" ucap Arissa ikhlas.

Dia sangat berterima kasih pada jejaka itu kerana telah menyelamatkan dirinya.
Tanpa lelaki itu belum tentu nasib nya selamat atau tidak.

Sungguh dia berhutang budi dengan lelaki ini.

" Sokey. Bukan orang lain , kau baik cantik comel memang dah jadi tanggungjawab aku selamatkan kau. Aku rasa kalau kau tak kahwin lagi aku nak jadikan kau isteri aku je. " Ujar lelaki itu tanpa menghiraukan pandangan thaqeef yang sudah berubah.

Fasih pula dia cakap Melayu.
Siap nak ajak kahwin dengan arissa Amboiiii Mat salleh ni!

" Wah kau lebih² dah ni sampai isteri aku nak kebas. Tak nampak ke aku dekat sini?" Soal thaqeef dengan wajah bengang. Sempat di jeling Arissa yang sedang ketawa.

Ehh mak buyung ni gelak kan orang pulak.

" Sorry sir? Aku tak perasan kau tadi. Bila masuk?" Soal adem tanpa perasaan.

Thaqeef sudah memusingkan kerusi roda Arissa namun sempat di tahan oleh wanita itu.

" Take care adem, terima kasih sekali lagi " ucap Arissa sebelum dia ditolak keluar dari bilik itu.

Sepanjang nak ke wad Arissa thaqeef tayang muka beku dia.

Olololo merajuk la tu.

" Hey suami rissa ni kenapa? Marah ? Ermm ?" Tangan thaqeef dicapai membuat kan tolakan kerusi roda terhenti.

" Siapa je tak marah ? Boleh pulak rissa ketawa kan abang. Rissa tahu tak dia nak rampas rissa dari abang !"

" Dia cakap macam tu ke tadi?" Soal Arissa dengan wajah tak bersalah.

Sambil² buat fikir andai adem ada cakap macam tadi tu.

" Sayang !" Bentak thaqeef geram.

Dah kenapa dia pulak jadi macam perempuan ni???

Astaga thaqeef.

Tangan lelaki itu ditarik, thaqeef berhadapan dengan Arissa. Wajah nya sedikit muram.

" Dia cakap kalau rissa bukan isteri orang. Bukan dia cakap nak rampas rissa dari abang. Kesayangan rissa ni dah salah faham. " Pujuk rissa , pipi suaminya di usap penuh kasih.

" Hati rissa, kasih sayang rissa, rindu rissa dan cinta rissa hanya untuk Eid Thaqeef seorang. Ni baby dalam perut ni bakal pewaris anak² abang dan rissa. Ini hadiah paling bermakna rissa hadiahkan untuk abang. " Tangan thaqeef ditekap atas perut Arissa.

Airmata gembira wanita itu akhirnya jatuh jua, mana mungkin dia mengantikan suami nya dengan lelaki lain.

Sesungguh nya lelaki ini yang terakhir dalam hidup nya. Tiada lelaki lain .

" Hanya abang dalam hati rissa. " Ujar rissa bersama senyuman gembira.

Sungguh dia berasa gembira.

Thaqeef kehilangan kata² terus memeluk isteri nya. Sungguh dia tidak akan tinggal isterinya lagi, selepas ini kemana pon dia akan angkut isteri nya.

" Abang sayang rissa. Sangat² sayang !"

"Mummy !!!" Jeritan alisya bergema di koridor itu menarik perhatian Arissa.

" Ya Allah anak mummy " alisya berlari mendapat kan mummy nya.

Dipeluk penuh kasih sebelum wajah Arissa ditilik oleh anak kecil itu.

"Pucat nya muka mummy.  Are you sick so much mummy??"

"Mummy okey sayang cuma biasa la mummy kan aktif sikit. "

" Ermm betul ke mummy? You know what, i miss you so much. Mummy rindu icha tak??"

" Rindu sangat² . Mana tak boleh rindu anak mummy sorang ni. " Arissa memeluk rapat alisya.

Semasa alisya hilang dia lah orang yang paling takut. Takut akan kehilangan alisya. Sungguh dia tidak tenang.

" Mummy betul ke dalam tummy ni ada adik baby?" Soal alisya dengan riuh. Ada saja soalan nya.

" Ye icha, dalam perut mummy ada adik baby. Icha akan dapat adik. Kembar, suka tak?" Ujar thaqeef sambil mendukung alisya.

Tahu sangat alisya rapat dengan Arissa jadi dia akan sentiasa melekat dengan Arissa dan itu akan membuat kan Arissa sedikit tidak selesa.

Jadi thaqeef harus bijak menangani keadaan ini.

" Kembar? Maksud daddy adik baby ada dua ?"

Thaqeef mengangguk mengia kan soalan icha.

" Wahhh icha will have a two little brothers !!" Teruja nya alisya sampai menjerit dikoridor hospital itu.

Masyalllahh dia punya suara .

Bingit telinga aihh.

" Mana icha tahu adik lelaki?" Soal ayie

" I think mummy akan keluarkan baby boy. Right?"

Arissa sekadar tersenyum, macam² la dengan alisya seorang ni.

Semoga kegembiraan mereka ini akan kekal buat selamanya.

Insyallah, Amin.













 

 














# maaf andai ada terkurang tertypo dan sewaktu dengannya.

😊

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro