Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

26 : " Saya Tak Kenal Encik "


Thaqeef melangkah dengan kelam kabut ke arah hospital. Tidak dia endahkan mata² yang melihat dia.
Dia mendapat panggilan bahawa isterinya sedang mendapat rawatan di situ. Saat ini arissa lebih penting!

" Wife saya pesakit tadi yang accident . Dekat mana ya?"

Soal thaqeef dengan nafas yang tercungap cungap. Ah peduli lah cungap ke mengah ke.

Yang penting sekarang adalah isterinya, Nur Arissa Hana.

Jururawat yang berada dikaunter itu terpaku sekejap dengan kekacakan thaqeef walaupun nampak serabut.

Siap dengan baju polis beroperasi lagi kau, cair hati mak gini 😅 ingat mak tak tahu ke baju operasi dorang macam mana??

Tapi sayang dah berpunya. Melepas pula dia nak mengorat.

"Maaf ye, boleh saya tahu nama apa?" Si jururawat itu menyoal ramah. Sekadar ingin mencuba nasib.

Mana tahu boleh jadi number dua lelaki itu, auch !

" Nur Arissa Hana bt Muhammad Adam Baru masuk tadi ni, ada tak??"

" Oh ya pesakit tu sekarang berada di zon merah icu- "

"DEKAT MANA??"

Hampir luruh jantung nya mendengar yang isterinya berada di wad ICU.
Mungkin keadaan isterinya sangat kritikal ketika ini.

" encik masuk terus belok kiri " takut² nurse itu memberitahu.

Kalau garang macam ni memang cancel lah !

Thaqeef melangkah pergi. Tidak dihiraukan pandangan mata² yang melihat.

Dia sebenarnya dalam operasi untuk selamatkan isterinya, semasa sedang bersiap dia terima satu pesanan ringkas mengatakan isterinya sedang dibawa ke sebuah tempat dan isterinya dalam keadaan selamat.

Jadi dia hanya perlu menunggu disitu untuk mengambil isterinya sahaja. Awalnya susah untuk dipercayai tetapi Nadim menggesa untuk berpecah kepada dua kumpulan.

Kumpulan pertama diketuai oleh thaqeef untuk ke tempat persembunyian arissa manakala Nadim ke tempat yang dinyatakan maklumat arissa akan ditinggalkan disitu.

Sampai saja digudang tersebut, keadaan berubah.
Beberapa ahli mafia berada di luar gudang dengan bersiap sedia untuk melarikan diri bila pihak polis sampai.

Maka berbalas tembakan disitu. Tiga terbunuh dan dua orang ditahan. Sempat thaqeef meninjau keadaan mana tahu isterinya berada disitu.

Tapi panggilan yang diterima oleh Nadim meluluhkan hatinya.

" Qeef, kau pergi hospital besar sekarang, isteri kau baru dihantar ke sana. Accident!"

Tidak tunggu lama dia memecut ke hospital besar dan sekarang kakinya sudah melangkah ke arah zon merah yang menempatkan bilik pembedahan.

Telefon dikeluarkan, nombor eshal didail. Beberapa saat kemudian panggilan berjawab.

" Arissa. "

Perkataan Pertama meniti dibibirnya. Sebak dia rasakan, memang dia tidak tahu bagaimana dengan keadaan arissa, tapi kalau dibilik pembedahan tidak mustahil bahawa isteri sangat kritikal.

" Kenapa qeef? Dah jumpa arissa ke?" Soal eshal ditalian.

" Dah. Tapi -"

" Alhamdulillah .. dia baik² saja kan?"

" Tak. Kau datang hospital besar. Zon merah. "

Panggilan dimatikan. Dia meraup wajah. Beberapa jururawat yang lalu disitu hanya dipandang.

Matanya terarah pada bilik pembedahan, yang menempatkan pesakit bernama Arissa Hana.

Kepala disandar lemah, bibirnya tak henti berzikir dan berdoa semoga isterinya dan bayi keadaan baik² sahaja.

Risau dengan keadaan arissa. Bayi mereka lagi, semoga baik² sahaja.

" Cik, pesakit dalam ni macam mana ya??"

Soal thaqeef bila kelibat seorang jururawat keluar dari bilik tersebut.

" Pesakit sedang dapatkan rawatan. Encik tunggu ya, sebentar lagi doktor keluar bertemu dengan encik." Ujar jururawat tersebut sebelum berlalu pergi.

Thaqeef cuba menenangkan diri. Celaru , sedih , kecewa semua nya bercampur menjadi satu.

Hampir dua jam dia disitu keseorangan sebelum namanya di laung seseorang.

" Qeef !"

Eshal menghampiri abangnya yang seperti mayat hidup terduduk lemah.

" Rissa, macam mana?"

Thaqeef menggeleng perlahan bahu diangkat sedikit.

" Jaket. Cover sikit kau punya identiti akan terdedah bila terlalu terbuka macam ni"  jaket jeans dihulur pada thaqeef.

Mujur dia sempat bawa jaket tersebut. Identiti thaqeef sebagai perisik anggota Vat69 tidak boleh terlalu menonjol Kerana mungkin ada pihak musuh berdekatan.

Siapa tahu kan?

" Maaf, siapa ahli keluarga pesakit Nur Arissa Hana?"

Kelam kabut thaqeef berdiri, sempat disarung jaket pemberian adiknya tadi.

" Saya! Saya suami dia. Macam mana keadaan isteri saya doktor?"

Doktor bernama Syakila itu tersenyum sebelum menghembus nafas.

" Keadaan puan arissa sekarang agak kritikal. Memandangkan puan arissa sedang mengandung kan bayi kembar, dan bahu kiri puan arissa terkena tembakan rambang. Jadi kami akan buat yang terbaik untuk selamatkan puan arissa dan bayinya."

Thaqeef meraup wajah. Dipandang dokter itu sebelum dia jatuh terduduk.

Arissa hamilkan bayi kembar !

"Ya Allah, kau selamatkan isteri dan anak² aku. Aku takut kehilangan mereka."bisik thaqeef sedih. Dalam masa yang sama fis bersyukur, arissa mengandung baby kembar !

" Sabar qeef, aku tahu arissa kuat. Insyaallah banyakkan berdoa"

Eshal cuba memberi semangat. Dia juga terkejut yang kakak ipar nya sedang hamil anak kembar.

Bukan kaleng² abangnya seorang ini.

" InshaAllah semoga ada keajaiban. saya minta diri dulu"

Doktor Syakila meminta diri. Thaqeef kembali duduk. Wajah diraup berkali kali. Pandangan mata dari adiknya yang cuba memberi semangat dihiraukan.

Dia benar² risau.

.

.

.

Rayyan melihat sekilas ke arah kakaknya yang menunduk. Dia mendapat panggilan dari balai polis menyatakan kakaknya Jasmine ditahan kerana kesalahan menculik.

Kini dia berada di balai polis. Patutlah kakaknya Beria mahu keluar negara. Rupanya sedang melarikan diri dari pihak polis.

Tak sempat nak lari dah kena tangkap. Jangan main² dengan polis Malaysia.

Tiada jaminan ikat jamin buat kakaknya Jasmine. Kerna kes yang melibatkan penculikan itu sememangnya dirancang oleh kakaknya.

Jadi pihak polis terus menahan tanpa sebarang ikat jamin.

Dan dia diberi masa beberapa minit berjumpa dengan kakaknya.

" Akak minta maaf. Akak gagal, gagal jaga kau. "

Ujar Jasmine perlahan. Wajah diangkat untuk memandang adiknya. Satu² adik lelaki nya, Rayyan.

Lelaki itu sekadar diam memerhati dirinya.

" Janji dengan akak, belajar rajin². Jangan jadi macam akak. Akak minta maaf, akak tahu kau malu dengan perangai akak. Benci la kalau kau nak benci. Akak faham "

Jasmine menangis teresak esak. Sedih kerana terlalu ikutkan hati. Ingin mendapatkan thaqeef tetapi tersilap cara. Hasilnya dia disini.

Seorang pegawai polis menghampiri mereka. Bersedia untuk membawa Jasmine kembali ke lokap.

Rayyan berdiri sebelum memeluk kakaknya. Tidak sesekali dia membenci wanita itu. Mereka adik beradik, ibarat air yang dicincang tidak akan putus.

" Yan harap akak insaf, Yan tunggu akak, lepas tu kita bina hidup baru. Yan sayang akak"

Ujar Rayyan dalam perlukan kakaknya.
Airmata yang ditahan mengalir,tumpah airmata jantan nya.

'yan sayang kakak sangat²'

.

.

.

Setelah tujuh jam bertarung nyawa, arissa disahkan kembali stabil cuma masih dalam keadaan belum sedar.

Thaqeef sujud syukur, arissa dan bayi² nya selamat.

Eshal yang melihat tersenyum lega. Lega melihat abang nya kembali menjadi 'manusia' bukan seperti tadi bagaikan mayat hidup saja.

Keluarga nya sudah dihubungi, Alisya manusia paling gembira untuk berjumpa dengan arissa. Sudah lama dia ingin bertemu dengan mummy nya.

Mujur saja alya dan yang lain pandai memujuk nya. Jadi kurang memberontak.

Selesai satu bab.

Thaqeef menolak untuk ke tempat kerja buat masa ini. Dia mahu ada bersama dengan isterinya. Risau jika isterinya terjaga tanpa ada dia disisi.

Dia tidak mahu begitu. Dia mahu arissa melihat dia orang pertama bila terjaga dari lena panjang.
Genggaman tangan digenggam erat. Bagaikan tidak mahu lepaskan sang isteri.

Tidak henti dia berdoa agar isterinya selamat dan juga baby kembar. Dia tersenyum.

" Abang tak sangka sayang hamil anak kembar" bisik thaqeef ditelinga arissa.

Dia dibenarkan masuk untuk menemani isterinya. Perut isterinya diusap sebelum ciuman berlabuh di perut yang semakin membuncit itu.

" Cepat sedar sayang, abang rindu "

Pintu diketuk maka terjengul lah wajah adik lelakinya eshal.

Cepat² kepala arissa ditutup dengan tuala kecil yang muat² untuk tutup rambut cantik isterinya.

Aurat isterinya perlu dijaga.

" Kenapa eshal?"

" Aku ganggu ke?"

" Tak la. Kenapa?"

" Ehh macam tak suka je aku masuk. "

" Mana ada. Kau masuk bukan saja² kan?"

Eshal tersengih sebelum menggaru kepalanya. Dia menghampiri abang nya.

Sempat dia melihat keadaan kakak iparnya yang masih belum sedarkan diri.

" Tak sedar lagi ke?"

" Nampak macam dia sedar ke?" Soal thaqeef geram.

Tak nampak ke arissa sedang tidur lena? Adik dia ni kangggg !

" Tadi kat luar macam apa je , mentang bini dah stabil kau berlagak dengan aku !" Bebel eshal sambil menjeling wajah selamba thaqeef.

" Doktor cakap lagi sejam dia akan terjaga sendiri "

" boleh kan cakap elok² dengan aku? Lupa dah aku, Nadim nak jumpa, kat luar"

Terus lelaki itu keluar. Tubuh Nadim yang sedang menyandar sambil meneguk minuman di hampiri.

" Macam mana wife kau? Aku dengar baby kembar, betul ke?" Soal nadim bila thaqeef menghampiri nya.

" Ha ah kembar. Terkejut juga aku"

" Tahniah. Aku datang ni nak ajak kau jumpa suspek yang bawa bini kau lari"

" Suspek? "

"Ya. Semasa kemalangan tu isteri kau dengan salah seorang anak buah Alex,  aku rasa dia nak bawa bini kau lari dari Alex la kot. Sebab tadi aku soal dia, langsung tak bercakap."

Thaqeef mengangguk. Maksudnya isterinya diselamatkan atau untuk dibawa lari ke mana?

" Kat mana budak tu?"

Mereka berjalan ke wad yang menempatkan lelaki itu. Wad itu dijaga oleh dua orang pegawai polis yang ditugaskan memandangkan suspek itu menjadi tahanan yang agak bahaya.

Buka saja pintu wad, kelihatan lelaki itu sedang memeluk tubuh dengan mata terpejam. Thaqeef menghampiri lelaki itu.

Boleh tahan kacak, macam kacukan. Ke memang kacukan? Thaqeef menolog sendiri.

" Adem Michael "

Lelaki itu membuka mata apabila namanya diseru. Dihadapan nya kelihatan dua lelaki. Dan salah seorang itu dia kenal, baru saja menyoal dia sebentar tadi.

" So, do you know Alexander Louis?" Soal thaqeef memulakan perbualan.

Lelaki bernama Adem itu sekadar melihat dia seperti tidak berminat untuk menjawab soalan nya.

Lelaki itu kembali memejam kan matanya.

" Oii orang tanya tu jawab la. Aku debik jugak budak ni kang!" Marah Nadim bila lelaki itu buat tidak endah.

' Ish kau ni. Sabar jap, jangan nak emo je"

" Dari tadi lagi dia palau kan soalan aku. Bengkak hati aku ni thaqeef!"

" Kalau nak bertekak silakan diluar. Aku nak rehat, bising!" Adem bersuara dengan mata terpejam rapat.

Thaqeef mahupun Nadim tergangga.

" Boleh cakap melayu rupanya. Padan la kau tak faham aku speaking tadi. Cissss tertipu sudah !"

Nadim keluar akibat mahu ketawakan diri sendiri.

Mati² dia ingat lelaki itu tidak faham bahasa melayu, tahu² dihalau nya mereka keluar jika mahu bergaduh.

Wajiaq !

Thaqeef memeluk tubuh memandang lelaki itu.

" Aku suami arissa." Lelaki itu membuka mata.

Dipandang thaqeef atas bawah bagaikan meneliti lelaki itu.

" I know " jawab Adem.

" Kau nak apa? Nak dakwa aku?"

Soal Adem malas.

Dia tak kisah kalau mereka nak humban dia dalam penjara pun.

Hidup dia tiada makna apa². Sekadar menjadi orang suruhan Alexander Louis sahaja.

" Kenapa kau larikan arissa?"

" Kenapa kau nak tahu?"

" Saja " jawab thaqeef senada.

Mata mereka saling menikam antara satu sama lain.

" Arissa macam mana?" Soal Adem ingin tahu tentang wanita itu.

Satu2 nya wanita yang melayan dia dengan baik.

" Kenapa kau nak tahu?"

" Saja " jawab Adem malas.

Ambik kau kena balik !

Wakaka

Thaqeef malas mahu bertekak dia keluar dari Wad Adem. Rasa menyampah untuk melihat wajah lelaki bongkak itu.

Kau fikir kau kacak sangat ke???

Ehh aku lagi kacak lah.

Omel hati thaqeef. Wajah tidak puas hati ditayang.

" Qeef !!! Arissa dah sedar !" Jerit eshal tanpa menghiraukan pandangan orang sekeliling mereka.

Thaqeef berlari ke wad arissa, dia melepaskan nafas lega apabila melihat arissa sudah mencelikkan mata.

Dihampiri isterinya dan dokter dan jururawat yang berada disitu mula meminta diri. Tinggal thaqeef dan arissa.

" Sayang" tangan arissa digenggam sebelum sebuah ciuman berlabuh disitu.

Arissa memandang dia pelik tapi tidak dihiraukan.

" Sayang abang minta maaf. Abang gagal jaga sayang dengan baik. "

" sayang? " Soal thaqeef bila arissa sekadar memerhati dia dengan pelik.

"Awak siapa? Kenapa saya dekat sini?"

Soal arissa pada lelaki yang tidak henti memanggilnya sayang.

Sedar sahaja terus diterpa begini.

" Sayang, ni abang suami sayang. Eid Thaqeef"

Arissa mengerutkan wajahnya. Suami?

" Saya tak kenal encik. "

Thaqeef kematian kata.

Serius lah arissa tidak kenal dia??































Sis kembali merapu 🤣
Maaf andai ada yang tak faham ,
Sis memang begini 😂

Selamat berpuasa untuk pembaca sis 😊

#stayathome
#kitajagakita









Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro