25 : "Kau Nak Mati Ke?!"
Saya tau cerita ni agak mengarut, tapi tolonglah terima ke-mengarut-kan cerita ni dengan hati yang lapang 😆
Peace yow 🤟
"Nombor tu dari sebuah gudang berdekatan dengan bukit lama. "
Ujar Nadim seraya mendapat lokasi tempat persembunyian arissa. Thaqeef meminta nya untuk mencari tahu nombor yang dihantar gambar arissa.
" Bukit lama tu bukan ke tempat kejadian skuad 69 bertempur dua tahun lepas? Kes yang seludup senjata haram dari UK?"
Soal Nadim apabila dia meneliti kembali maklumat yang baru diterima. Teliti punya teliti , memang itu tempat seludup senjata haram dua tahun lepas.
" Kau rasa siapa dalang yang culik isteri kau?" Soal Nadim dengan kening terangkat.
Terserlah kekacakannya mengalahkan Dato' Alif Syukri.
" Alexander Louis! "
serentak suara Nadim dan thaqeef bersatu. Thaqeef mengetap bibir bengang.
Dia fikir benda lepas itu sudah berakhir, tetapi tidak. Masih ada sambungan, lihat saja isterinya kini menjadi mangsa.
" Hebat betul dendam lelaki tu dekat kau kan? Macam mana dia boleh terlepas dari pihak polis UK?"
Thaqeef menggeleng perlahan.
BANG !!
Dua das tembakan dilepaskan oleh thaqeef apabila salah seorang pengganas melarikan diri dari celah² kotak berisi senjata api.
Tidak tunggu lama dia berlari mendapatkan salah seorang itu. Dapat kedengaran tembakan yang saling berbalas didalam gudang mewah yang terletak dihujung Bukit lama.
Satu demi satu kotak dia lepasi sebelum sampai ke kotak yang terakhir satu sepakan diberi namun thaqeef pantas mengelak.
Sepakan itu tersasar. Lelaki itu bangun dengan bengang. Sepakan nya yang selama ini tepat boleh tersasar
" Serah diri atau kau mati??!" Soal thaqeef tenang.
Nafas nya sedikit mengah akibat berlari dan mengelak dari terkena sepakan dahsyat milik penjenayah bernama Sein Louis.
" Try me " ujar Sein Louis dengan senyuman sinis.
Kini dua manusia itu saling merenung antara satu sama lain. Tidak tunggu lama pistol ditangan thaqeef disepak kuat sehingga jelas bunyi retak tulang jari thaqeef.
Pistol tercampak jauh. Thaqeef melepaskan dengusan kuat. Sakit dijari usah dikatakan, memang sakit. Tetapi penjenayah dihadapan nya ini lebih penting untuk ditumpaskan dengan segera.
Thaqeef membuat serangan balas. Pelbagai seni diri yang di ajar semasa latihan komando dikeluarkan.
Akibatnya Sein Louis tumpas jua. Tetapi tidak lama apabila entah dimana silapnya, Sein Louis tidak sengaja tertembak diri sendiri semasa mengelak dari ditahan oleh pihak polis.
Sein Louis mati ditempat kejadian. Dan disaksikan oleh adik lelaki itu, Alexander Louis.
Thaqeef yang melihat kejadian itu tu tidak mampu membuat apa². Sendiri yang mencari salah.
" You kill my brother. " Alexander Louis meludah darah dalam mulut.
Matanya mencerlung tajam ke arah thaqeef yang kebetulan dia nampak lelaki itu mengejar abangnya semasa abang nya cuba menyelamatkan diri.
" Aku akan hancurkan hidup kau One day "
" Eid Thaqeef!" Bahu nya ditepuk Nadim.
" Hah? Kenapa?"
" Kau tu yang kenapa?? Aku risau tengok kau tak gerak langsung. Kau okey ke?"
Thaqeef diam. Kejadian dua tahun lepas kembali bermain difikirannya. Dia fikir semua itu sudah berakhir, tetapi dia silap.
" Aku okey. "
" Kau ingat aku percaya ke? Kau masih fikir tentang kes dua tahun lepas tu kan?"
Lelaki itu diam. Kerana kejadian dua tahun lepas dia digantung kerja selama dua tahun.
Bukan saja² digantungkan tetapi sekadar untuk mengaburi mata² mafia tersebut.
Kerana thaqeef diugut oleh mafia itu jadi pihak mereka tidak mahu mafia² itu mencari thaqeef buat sementara waktu dan menggunakan alasan digantung kan kerja lebih baik.
Thaqeef membawa diri ke luar negara selama dua tahun dan dia turut ditawarkan untuk sambung belajar sambil bekerja.
Apakah pekerjaan thaqeef? Dia seorang perisik bagi pihak Vat69.
Dia dihantar ke luar negara untuk menjadi perisik bagi polis Malaysia.
Segala aktiviti haram dilakukan di luar negara yang berkaitan akan diberitahu pada pihak polis Malaysia.
Dan dalam dua tahun itu beberapa kes sudah berjaya dilaksanakan oleh nya.
" Aku tak sangka dia boleh follow aku. Boleh tahu tentang isteri aku. Aku -"
Thaqeef meraup wajah. Sungguh dia sedikit lalai kali ini tentang keluarga nya.
Dia fikir semuanya bakal selamat. Tetapi tidak.
Dia lalai !
.
.
.
" Where is mummy rissa? Kenapa dia tak ada? Icha miss her so much!"
Ujar Alisya apabila mereka sedang berada diruang tamu. Mak iti , puan Aisyah, Alya dan eshal hanya mampu diam tidak membalas.
" Two day sudah, where is mummy? Hello? Papa? Can't you answer my question?"
"Sayang, mummy ada kerja di luar kawasan and-"
" And what? Boleh tak Icha nak call mummy? I miss her. Please papa" Mata Alisya dikelip kelip tanda berharap.
Makin menjadi-jadi pulak bahasa budak ni.
Dua hari dia pulang ke rumah, tetapi wajah mummy rissa nya tidak kelihatan. Kerap dia bertanya pada semua manusia didalam rumah tetapi tiada hasil.
Cuma wajah manusia dalam rumah ini sangat keruh bila berkaitan tentang arissa. Alya juga ikut serta menangis lalu masuk ke bilik.
Malam nya hanya ditemani oleh eshal sahaja.
Daddy thaqeef juga tidak kelihatan. Mungkin Sibuk bekerja.
" Mummy lupa bawa telefon dia. Jadi kita Lost contact sekejap dengan dia." Ujar eshal bersama senyuman pahit.
" Papa tipu . Papa tak pandai tipu Icha !" Jerit Alisya bila eshal disangka menipunya.
" Icha, mummy memang tak bawa telefon. Nanti kita call mummy okey?" Mak iti pula cuba memujuk. Alisya sudah mengalirkan airmatanya.
Dah jadi drama airmata!
" Icha want mummy. I miss her so much. Please "
" Nanti mummy balik ya? Jom kita pergi dapur. Mama lya buat donut kegemaran Icha. Nak?"
Alisya mengesat airmatanya perlahan.
" Donut? Mama buat donut coklat tak?"
" Ya, jom kita celup donut Icha dalam coklat. Okey?"
Tangan Alisya ditarik masuk ke dapur. Eshal menghela nafas lega. Terlepas seketika azab untuk menjawab pertanyaan dari Alisya.
Bukan mereka tidak tahu yang Alisya sangat rapat dengan arissa.
Nama pun nak sama !
" Qeef tak ada bagitahu apa² tentang arissa ke? Mak risau laa . Dah banyak hari arissa hilang tanpa khabar. risau kalau dia tak makan, bayi dalam perut lagi."
Puan Aisyah melihat eshal. Wajah tua itu jelas kerisauan tentang arissa. eshal tidak mampu berkata apa-apa.
Dia juga seolah-oleh kehabisan kata².
" Mak, sabar lah. Dil pun ada minta tolong kawan dil cari arissa. InshaAllah doa yang baik² mak. " Ujar Aidil memujuk puan Aisyah yang mengalir airmata.
.
.
.
Arissa terjaga bila dirinya disentuh seseorang. Baru hendak menjerit Adem membuat isyarat senyap dengan jari diletakkan dibibirnya.
Setahu arissa sudah dua hari Adem tidak menjaga nya, kerana dia dijaga oleh seorang lelaki yang berbadan tegap.
Sudah la sombong, makanan arissa juga diberi sehari sekali sahaja. Tak tahu ke bayi dalam kandungan nya ini memerlukan makanan juga?
" Adem. Awak buat apa sini?" Adem sedang berusaha melepaskan gelang besi yang ditambat di pergelangan kaki arissa.
" Kau dalam bahaya. "
Arissa mengurut kaki yang sudah bebas. Lenguh dia rasakan bila hendak berdiri. Mungkin terlalu lama dia hanya duduk.
" Cepat, kau boleh berjalan tak?"
Arissa menggangguk perlahan. Walhal untuk berdiri dia masih merangkak-rangkak, inikan pulak nak berjalan.
Tapi dia cuba, takkan hendak berharap pada Adem? Mahu nya tumbang lelaki itu.
Adem yang melihat arissa sedikit payah hendak mengatur langkah tidak fikir panjang, terus dicempung tubuh berisi arissa.
Terkejut wanita itu dengan perlakuan pantas Adem.
" Heiii, turun kan saya. Saya berat tahu tak!" Terkejut arissa.
" Dah tahu berat yang kau makan banyak kenapa??!" Bebel Adem tidak mahu kalah.
" Saya makan sebab saya lapar. Turun kan saya, saya boleh je jalan sendiri!"
" kau nak mati ke? Kau tahu tak Alex dalam perjalanan ke sini. Aku cuba selamatkan kau, faham ?!"
Arissa terdiam dijerkah Adem. Terkebil-kebil dia melihat wajah Adem sebelum melihat sekeliling.
Rupanya dia berada disebuah gudang lama. Nampak mewah macam sebuah rumah, dilekat kemas tangan nya pada leher Adem, takut terjatuh pulak.
' maaf abang, rissa terpaksa!'
Sampai di pintu hadapan Adem menurunkan arissa. Arissa pula cepat² buat rengangan kaki. Rasanya dia dah boleh jalan sikit.
Sikit je la.
Adem melihat sekeliling sebelum menarik tangan arissa dan mereka keluar ke arah pintu hadapan yang tidak dijaga oleh sesiapa.
Nama saja mafia tetapi kawalan tak ketat. Senang je orang nak larikan diri. Omel hati arissa sambil tersengih.
" Kau dah kenapa? Gila?" Soal Adem yang kebetulan ternampak arissa yang senyum macam orang gila.
Mereka melarikan diri sehingga ke sebuah semak samun yang sedikit jauh dari gudang tersebut.
Baru hendak mendapatkan kereta yang disembunyikan oleh Adem kelibat dua biji kereta mewah masuk ke gudang tersebut.
Arissa kepenatan. Dengan berbadan dua dia berjalan beberapa langkah dia sudah mengah, inikan pula berlari.
Macam nak terberanak. Harap bayi nya baik² sahaja.
" Cepat, nanti dorang nampak kita. Lagi teruk!"
Arah Adem dengan kalut. Ditarik sahaja arissa yang sudah mengah. Ini yang terbaik dari membiarkan wanita itu.
Masuk saja ke dalam kereta sebuah tembakan dilepaskan dalam gudang itu. Tersentak mereka berdua, cepat² Adem menghidupkan kereta dan membelah laju jalan itu.
Arissa menarik nafas lega seketika. Akhirnya dia bebas !
" Terima kasih. " Ucap arissa bersama senyuman.
Adem yang sedang memandu mengendahkan saja. Ini bukan masa untuk buat drama airmata. Sempat dia lihat arissa mengesat airmata gembira nya.
Telefon bimbit nya berdering. Tertera nama 'big boss' .
Tak lain tak bukan, Alexander Louis.
" Kenapa tak jawab?"
" Kalau aku jawab sia² la aku selamatkan kau perempuan!"
Tangan nya ligat menaip sesuatu di skrin. Apabila mesej itu telah dihantar pada seseorang, dia melepaskan nafas lega.
BAM !
Tayar kereta yang dinaiki mereka ditembak dari belakang. Arissa yang terkejut cepat² menyentuh perutnya.
"Oh sh*t ! Kau tunduk, jangan panggung kepala kalau nak hidup lama!"
Tangan kiri Adem diseluk ke bawah kerusi, sepucuk pistol dikeluarkan dan cermin tingkap dibuka.
Maka Adem dan pemandu yang yakni orang suruhan Alexander Louis saling berbalas tembakan.
Pemanduan juga sudah terbabas,namun Adem cekap mengawal kembali. Arissa hendak menolong, tetapi badan nya rasa tidak bermaya.
Melihat Adem kalut berbalas tembakan sambil memandu, dia menawarkan diri walaupun dihalang oleh Adem.
" Tak apa. Kita sama² berkerjasama. Saya pandu, awak main tembak² dengan dorang."
Hampir ketawa Adem mendengar ayat terakhir arissa.
Main tembak2 ye?
Buat hal betul arissa ni.
Arissa mengawal stereng kereta, Adem berbalas tembakan. Entah dimana silapnya tembakan dari anak buah Alexander terkena tayar kereta sebelah kiri.
Akibatnya arissa hilang kawalan. Jalan yang dilalui mereka juga sudah mula masuk ke highway.
Tetapi dengan keadaan kereta yang sudah tidak dapat dikawal arissa hanya mampu berdoa agar mereka selamat.
" Auch!!" Tembakan bertubi tubi dari anak buah Alexander terkena pada bahu arissa.
Arissa yang mengawal stereng hilang arah. Bahu kiri nya terkena tembakan. Adem yang tidak mampu membuat apa² terkejut.
Pandangan arissa kabur, airmatanya tidak henti² keluar. Sebelum mata tertutup rapat, sempat dia dengar bunyi siren polis.
Adem juga terkena tembakan, kereta mereka hilang kawalan sebelum membelah sepohon pokok.
BAMMMM !!
Preview next chapter...
26
" Keadaan puan arissa agak kritikal. Memandangkan puan arissa sedang mengandung kan bayi kembar, kami akan buat yang terbaik untuk selamatkan puan arissa dan bayinya."
Thaqeef meraup wajah. Dipandang dokter itu sebelum dia jatuh terduduk.
Arissa hamilkan bayi kembar !
"Ya Allah, kau selamatkan isteri dan anak² aku. Aku takut kehilangan mereka."
" Sabar qeef, aku tahu arissa kuat. Insyaallah banyakkan berdoa"
.
.
" Awak siapa? Kenapa saya dekat sini?"
Soal arissa pada lelaki yang tidak henti memanggilnya sayang.
Nak tidur pun tak senang!
" Sayang, ni abang suami sayang. Eid Thaqeef"
" Saya tak kenal encik. "
Hi 😊
Sedikit sedutan part akan datang.
Arissa mengandung baby kembar, yeayy !💃
Tapi arissa tak kenal thaqeef.😱
Apa cer ni?🤔
Terima kasih sudi baca story sis Dan Cinta XXL berada dalam list nombor 1 #gemuk.
Tq gais support 🥰
Jadi, komen anda?
#stayhome
#kitajagakita
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro