24 : " Ya Allah, Ini Isteri Aku !"
Maaf typo merata rata , english berterabur 🙏
Jemput lah baca bab paling panjang ni 😅
--------
" Yang kau pandang nasi tu kenapa? Makan lah!"
Nasi ayam yang dibawa oleh Adem hanya mampu dilihat sahaja. Bukan arissa tidak lapar, dia lapar.
Tapi dia inginkan benda lain.
Hari ni genap seminggu dia dikurung dan dibekalkan nasi ayam sahaja. kalau malam dia diberi makan dua bungkus roti yang berharga rm0.90 itu sahaja.
Mungkin Adem faham yang dia sedang mengandung. Diberi makan yang mengenyangkan dia.
" Err.. saya jemu nasi ayam hari². Ermmm boleh tak kalau saya nak makanan lain?"
Adem juling mata ke atas.
" Banyak pulak kau punya makanan lain. Makan je lah apa yang aku bawak. Kau tahu tak gelandangan kat luar sana teringin sangat nak makan mewah macam ni. Kau je tak reti bersyukur, mintak makanan lain bagai!"
Arissa sekadar mencebik. Orang jemu la Hari² nasi ayam.
Tukar la menu lain, tomyam seafood ke, nasi goreng cina ke, sedap la jugak!
Melihat arissa sekadar menunduk sambil menunjuk riak ingin menangis, adem mengeluh.
" Kau nak makan apa?"
Terus panggung wajah arissa mendengar soalan adem. Bersinar sinar bercahaya gitu.
" Buah mangga muda. Saya teringin, boleh?"
Terliur arissa bila menyebutkan makanan yang dia inginkan.
Dicicah pula dengan kicap yang digaul bersama gula dan cabai burung.
Ya Allah sedapnya!!!
Adem bagai kematian kata. Pelik² selera orang mengandung ni.
" Kau yakin nak makan tu je?"
" Ha ah. Nasi ni tinggal la. Saya makan lepas dapat buah mangga tu. Boleh ya?"
Arissa tersenyum manis. Mata dikelip kelip berkali kali. Mengharap lelaki itu akan menunaikan permintaan dia.
"Kau tak payah buat muka comel tu. Fikir aku tergoda ke??"
" Comel ke?"
" Adala sikit " eh !
Arissa ketawa melihat adem yang gelabah bila terlanjur memuji nya.
" Awak kelakar adem. Saya tahu awak bukan jahat. "
" Mana kau tahu aku tak jahat? Pandai je !"
" Semunggu saya kena kurung sini, tapi awak tak ada pukul² saya pun. Siap jamu makan saya lagi. Baik la kan?"
Adem sekadar diam. Malas mahu melayan arissa dia melangkah keluar dari bilik itu tanpa berkata apa². Ditinggalkan sahaja wanita itu.
Biarlah dia sendiri yang tahu dia baik atau jahat.
Adem merungut sendiri. Dah jadi satu hal nak cari buah mangga muda dekat tawanan nya!!
.
.
.
" Qeef , makan la sikit. Ni ibu ada buat kan bubur nasi. Kejap lagi boleh makan ubat."
Seminggu arissa hilang tidak berjejak dan seminggu juga Thaqeef demam panas. Puan Aisyah dan mak iti bertukus lumus menjaga thaqeef yang bagaikan orang kematian isteri.
Makan tidak selera, apatah lagi tidur nya yang tidak menentu. Memikirkan nasib anak dan sang isteri.
" Rissa makk. "
Sayu hati puan Aisyah. Setiap kali dia masuk ke bilik thaqeef membawa makanan setiap itu juga nama anaknya disebut.
" Ye mak tahu qeef rindu dia. Semua orang rindu dia. Tapi kalau qeef tak sihat macam ni macam mana nak cari dia dan Icha?"
Thaqeef sekadar diam. Matanya melihat ke arah gambar perkahwinan mereka. Setiap malam dia berdoa semoga isterinya dalam keadaan baik2 sahaja.
Risau akan arissa yang sedang berbadan dua. Selesa kah arissa? Sudah makan kah dia? Bagaimana keadaan bayi mereka? Sihat² sahaja ka?
" Makan dulu. Jangan sia² kan masa kamu. Mak tahu kamu sedih, mak juga sedih. Tapi ingat, Allah sentiasa ada. Insyaallah rissa tak akan apa²"
Bubur nasi diletakkan atas meja kosong. penadol juga ditinggalkan bersama sebelum wanita tua itu melangkah keluar dari bilik.
Tinggal thaqeef sendiri. Dia memejam mata seketika, cuba untuk tidak terlalu memikirkan tentang arissa, tetapi tetap tidak boleh!
" Abang harap sayang kuat, kuat untuk abang dan anak² kita. Abang akan cari sayang, abang janji !"
.
.
.
Rayyan mengerutkan dahi dengan hairan. Hairan melihat kakak nya kalut menarik beg roda keluar dari bilik.
" Nak ke mana kak?"
" Aku nak balik overseas. Kau stay sini, duit poket kau nanti aku bank in."
Beg roda disumbat sahaja ke bonet belakang, Jasmine melangkah kalut ke arah kereta, tidak sempat sudah untuk dia menunggu lagi.
Lagi² bila mengetahui bahawa dia sedang dalam carian pihak polis. Aizat sudah ditangkap. Jadi dia perlu selamatkan diri terlebih dahulu sebelum rahsia nya hancur!
"Kak nak tinggal Rayyan semula ke?? Akak !"
Rayyan mengetuk cermin tingkap kereta Jasmine. Melihat wajah keruh adiknya itu membuatkan hati dia luluh. Sejujurnya dia ingin mengheret adiknya sekali, tetapi dia rasa tidak perlu.
Biar dia sendiri saja yang jadi buruan pihak polis. Dia tidak mahu masa depan adiknya hancur gara² perangai gila nya itu!
" Akak minta maaf, akak gagal jaga Rayyan dengan baik. Kalau akak tak ada nanti, jaga diri. Belajar rajin² dan banggakan akak. "
Rayyan kematian kata. Kakak nya memecut laju kenderaan.
Tanpa dia sedar itu perjumpaan mereka dua beradik.
Dia menoleh ke dalam rumah. Kembali kosong tanpa kehadiran kakaknya, Jasmine.
.
.
.
"Sedap nyaaaa !!"
Adem sekadar memerhati tingkah laku arissa yang begitu teruja mencicah buah mangga muda bersama penyicah yang dibeli di kedai tadi.
Berselera betul wanita itu mencicah. Dah tak pandang kiri kanan.
" Awak nak?" Soal arissa sambil menghulur sepotong buah mangga muda.
Lambat² adem mengambil buah mangga tersebut sebelum disumbat ke dalam mulut. Dua kali kunyahan dia meludah kembali.
" Masam la! Ini kau kata sedap??!"
Soal adem dengan riak garang, hilang macho dia bila menguyah buah masam itu.
Sumpah dia tak nak rasa dah.
" Jangan la marah, asyik nak badmood je. Terkejut baby saya dalam ni. Kesian mummy dia kena marah."
Adem menggeleng perlahan kepala nya. Macam2 akal isteri komander thaqeef ni.
" Macam mana kau boleh kahwin dengan musuh bos aku?"
" Cinta itu buta. Kalau yang buruk tapi masih nampak indah di mata dia. Saya tahu awak mesti nak perli saya kan?"
" Aku tak kata macam tu. "
Arissa sekadar tersenyum pahit.
" Ramai yang tak suka saya dan dia bersatu. Dorang anggap dia tak sesuai dengan saya sebab saya gemuk. "
Adem yang bersandar di dinding diam tidak berkata apa. Hanya memandang arissa yang kesedihan.
" Orang gemuk macam saya ni tak boleh bahagia ke? Jadi satu kesalahan ke bila orang yang macam dia kahwin dengan saya yang gemuk ni?"
Berkaca kaca mata arissa. Sudah lama dia pendam. Bahagia dengan layanan thaqeef, tetapi tidak dengan pandangan orang sekeliling yang masih melihat dia bila berjalan dengan thaqeef.
Pandangan jelek dan sinis dia dapat.
Bukankah itu satu hinaan buat arissa?
" Kau cantik. Tapi mulut toksik orang mana boleh tutup. "
Arissa mengesat airmatanya. Sekeping buah mangga muda dikunyah dalam tangisan.
" Kau bahagia dengan dia?"
Arissa angguk . Dia manusia paling bahagia bersuamikan thaqeef. Lelaki itu terlalu memahami dirinya, sampaikan dia rasa bertuah menjadi isteri milik thaqeef.
" Tolong lepaskan saya, boleh? Saya rindu suami saya"
Adem sekadar menggeleng. Kalau boleh dia bebaskan arissa sudah lama dia buat. Tapi keadaan tidak mengizinkan.
" Aku tak janji boleh bebaskan kau, tapi kau akan selamat dengan aku. "
Usai berkata adem melangkah keluar meninggalkan arissa. Manakala arissa tidak memahami kata2 adem menangis duka .
Dia nak balik !!
.
.
.
Thaqeef yang baru selesai menyarung baju menoleh bila pintu biliknya dibuka dari luar. Kelihatan eshal dengan wajah gembira nya.
" Kau kenapa?" Soal thaqeef malas. Satu persatu butang kemeja dibutangkan.
Dihiraukan eshal yang masih merenungnya. Kalau lah arissa ada, dia yang membutang kan baju kemeja thaqeef.
Sungguh dia rindukan isterinya.
" Amboi kau, bukan main bersiap. Dah sihat ke?"
Jam tangan disarung sebelum merapikan rambut. Dilihat kali terakhir dicermin, boleh tahan kacak jugak suami arissa ni.
'hensem jugak aku ni'
Omel thaqeef dalam hati.
" Dah sihat. Aku nak ke balai kejap. "
" Ha bagus. Sebab tadi aku dapat call dari balai polis Padang Besar yang Icha ada dekat balai sana. "
Membulat mata thaqeef, senyuman gembira terukir dibibirnya.
Alhamdulillah, Alisya dah jumpa!
" Serius la??!"
" Kau nampak aku main² ke?!"
PAP, kepala Eshal diketuk dengan bengang.
" Sakit laa bijak!" Bebel eshal bila kepala nya diketuk oleh thaqeef.
Dah lama tak kena ketuk dengan abangnya, jadi bila kena ketuk balik ni rasa sakit kepala menusuk sampai ke pinggang.
Mesti nak kentut nanti susah, effect ketukan barangkali.
" Ye aku tahu aku bijak pandai. Kau siap² la ikut aku ke Perlis. Kita ambik Icha lepas tu settle apa yang patut kat sana."
" Takkan nak tinggal ibu dengan alya dekat rumah? Bahaya la, kau je la pergi"
Thaqeef berfikir seketika. Ada betul juga kata² eshal.
Takkan nak harap pak rahim yang tua itu? Nak jaga mak iti lagi, macam mana ni?
" Aidil tak sampai lagi ke?"
" Lya cakap malam nanti baru sampai. Kalau kita gerak sekarang siapa nak jaga mak dengan alya?"
" Kau risau alya kan sebenarnya? "
Eshal buat² kelip mata tanda tidak faham. Jangan lah kantoi lagi.
" Apa guna anak buah aku kat balai tu kalau dorang tak buat kerja? Nanti aku suruh dorang berkawal dekat rumah ni. Dan Kau ! "
Jari telunjuk thaqeef terhenti di batang hidung Eshal .
Mata eshal sudah juling melihat jadi abangnya terhenti di hidung macho nya.
" Ikut aku. Jangan nak mengada. Kau ingat aku restu ke kau bercinta dengan budak sekolah?"
Kepala Eshal dikepit celah ketiak thaqeef. Ditarik adiknya itu turun sampai ke tingkat bawah.
" Sakit laaa qeef! Woiiiii !!"
Kelihatan mak iti dan puan Aisyah sedang bersembang diruang tamu. Manakala alya baru keluar dari dapur membawa dulang berisi air.
Minum petang kata kan.
Sempat Eshal mengeyitkan mata pada alya bila pandangan mereka bertemu. Thaqeef yang melihat menarik telinga Eshal.
" Adoiii sakit la qeef!!"
" Sempat je kan kau ni buat kerja?"
" Kerja apa pulak kau ni bang??"
" Mata tu, gatal !"
"Mana ada!" Laju Eshal membidas.
Sempat diusap telinga yang ditarik thaqeef. Dah merah !
Dah la tarik depan alya,hilang la macho dia.
Ishh !
" Mak, qeef keluar kejap dengan eshal. Mungkin esok baru balik. Tak payahlah tunggu kitaorang. "
Tangan ibu mentua nya disalam. Sempat dia membuat isyarat mata pada eshal untuk tidak memaklumkan tentang Alisya.
Buat masa ini biar lah mereka berdua sahaja yang tahu.
"Nak ke mana sampai esok baru balik? Dah jumpa rissa ke?" Soalan puan Aisyah buatkan thaqeef tersenyum pahit.
" Ada kerja sikit, saya ajak eshal teman sebab tanak dia menggatal dengan anak mak sorang ni."
Alya tertunduk malu. Jangan lah kantoi! Sempat dijeling maut buat eshal yang tersengih tidak bersalah.
" Kenapa dengan eshal? Dah berkenan dengan anak dara mak ni ke?" Soal puan Aisyah mengusik.
Eshal tersengih malu. Sempat dimaki abang nya dalam hati. Buat malu jer!
" Mak kahwin kan diorang cepat sikit,mangkuk ayun ni pun boleh tahan gatal juga. "
Thaqeef melangkah keluar meninggalkan adiknya yang tersengih malu.
" Mangkuk² pun ini adik kesayangan kau tau! Satu² nya adik KESAYANGAN kau !"
Apa punya abang la tak cover adik langsung! Di mangkuk kan ayun adik hensem dia.
Dasar abang dari melaka !!
" Err, Eshal minta diri dulu. Mak iti jangan lupa kunci pintu semua, malam ni tidur sini je teman mak dan lya. "
Mak iti mengangguk sahaja. Dilihat pemergian dua beradik itu meninggalkan rumah banglo dua tingkat milik thaqeef.
" Hati² la wahai anak² mak."
Manakala hati tua puan Aisyah terfikirkan arissa.
Makan kah anak nya itu?
Tidur lena kah ?
.
.
.
" Kau cakap apa?"
Soal adem pada dua orang lelaki yang ditugas menjaga rumah tempat arissa dikurung.
" Bos Alex cakap nak guna perempuan tu. Nanti malam dia turun jumpa itu perempuan. Lu stanby apa yang patut"
Ujar lelaki cina yang berbadan tegap. Menjadi salah seorang bodyguard disitu.
" Nak guna buat apa ni?" Soal adem tidak puas hati.
Apa ke gila Alexander ni nak guna arissa? Perempuan tu tengah mengandung kot!
" Haiya mana la wa tau. Bos Alex cuma kasitau itu saja."
Adem terus melangkah ke bilik arissa. Bukak saja pintu bilik kelihatan arissa sedang tidur nyenyak.
Sejujurnya dia kesian akan arissa. Yang menjadi mangsa kepada dendam Alexander Louis.
Semua nya gara² adik kepada Alexander dibunuh.
Tapi dia tak rasa adik lelaki itu dibunuh oleh suami arissa. Adem sudah menyiasat. Adik Alexander bukan dibunuh oleh thaqeef, tetapi terbunuh diri sendiri.
Bunyi nampak kelakar. Tetapi itu lah hakikatnya.
Dan Alexander diburu dengan dendam nya sendiri dan diculik arissa bila mengetahui kelemahan thaqeef adalah isterinya sendiri.
Selama tiga hari dia bersama arissa dia dapat rasa yang arissa seorang yang baik. Walaupun bentuk fizikal nya dijadikan bahan orang² mengata mengutuk, tapi sikap tabah membuatkan hati adem rasa sesuatu .
Adem raup wajah. Serabut!
" Adem? Awak okey?" Soal arissa yang sedang mengesat wajah.
Adem hanya diam memerhati arissa. Dia sedang keliru. Keliru dengan pekerjaan nya dan juga perasaan.
Dia satu² nya menjadi orang kepercayaan Alexander di sini.
Diberi tanggungjawab untuk menjaga tawanan milik Alexander. Tetapi dia juga kesian kan arissa. Wanita ini tidak bersalah.
Dia tahu Alexander seorang yang berdendam. Apa yang dia mahu dia akan pastikan dapat tidak kira dari cara kotor sekalipun.
Dan mereka adalah kumpulan mafia yang paling dikehendaki diseluruh Asia malah negara kelahirannya Alexander juga memburu kumpulan mereka.
Adem pada awalnya budak jalanan yang ditinggalkan oleh keluarga mereka kerana dilahirkan dalam keadaan serba kekurangan, dibesarkan oleh seorang wanita tua bernama Merry dan bila Merry mati dia hidup di jalanan sahaja.
Sehinggalah dia berjumpa dengan Alexander Louis yang ketika itu memerlukan pertolongan kerana diserang oleh kumpulan ganas disebuah lorong.
Kebetulan dia lalu disitu dan dia membantu. Dan bermula disitu dia dijadikan orang kepercayaan kumpulan mafia yang diketuai oleh Alexander.
Segala kemewahan diberi pada adem, tetapi dia masih kurang sesuatu.
Kasih sayang.
Dan layanan arissa kepada nya membuatkan hatinya tidak menentu.
Gila.
Dia sudah jatuh hati pada arissa kah?!
" Adem, awak okey tak ni? Awak nampak serabut."
Adem menggeleng perlahan. Serabut tu ya sebab memikirkan cara untuk melepaskan arissa dan sekaligus menggelak dari menjadi mangsa Alexander.
Tapi semua nya sudah terlambat apabila susuk tubuh Alexander melangkah masuk ke bilik itu dengan dua orang pengawal yang setia mengikut Alexander.
" Adem "
Adem menoleh sebelum menunduk hormat pada Alexander .
Jejaka Mat Saleh itu tersenyum manis ke arah arissa yang sudah mula ketakutan. Dihampiri tubuh arissa sebelum menyentuh pipi gebu wanita itu.
" Jangan sentuh aku la!" Jerit arissa ketakutan. Sempat dikerling ke arah adem yang melihatnya.
Dengan riak serba salah. Apabila pandangan mereka bertemu adem menoleh ke arah lain. Tidak sanggup melihat arissa disentuh bos nya.
Dia sendiri tidak menyentuh wanita itu.
" Garang. Aku suka perempuan garang macam kau ni " fasih sekali bicara Alexander.
Mungkin nampak agak kelakar bila Mat Saleh boleh bercakap bahasa melayu.
Tetapi itulah hakikatnya, dia banyak berurusan dengan orang atasan di Malaysia jadi tidak hairan dia boleh berbicara fasih sekali.
" Lepaskan aku lah. Apa kau nak ha??!"
" You know what i want darling " Tudung arissa direntap kasar. Habis terburai rambut arissa.
Kini mahkota nya sudah menjadi tatapan empat jejaka itu. Arissa rasa berdosa! Aurat yang selama ini dijaga sudah menjadi tatapan manusia lain.
Ya Allah, maafkan aku!
" Beautiful. Kau buat aku rasa tak jadi nak bunuh kau. Apa kata kau stay dengan aku. Jadi perempuan simpanan aku pun bagus juga." Ujar Alexander dengan senyuman sinis nya.
Semakin bernafsu dia melihat keadaan arissa yang tidak bertudung itu. Cantik dan seksi.
Adem mengetap bibir geram.
" Alex "
" What?!" Soal Alexander tanpa menoleh ke arah adem. Matanya ralit melihat wajah arissa yang sedang menangis ketakutan.
" Teruskan rancangan kau , kita tak boleh buang masa disini lama². "
" I know !! . Kau tak perlu ingatkan aku. Before tu bagi aku puas dengan perempuan ini. " Tangan Alexander mula meliar ditangan arissa.
Dari pipi turun ke tangan arissa sebelum ditepis kasar oleh wanita itu.
" Jangan sentuh aku la bodoh!" Dek rasa geram arissa meludah ke arah Alexander.
Terus terhenti tangannya. Direnung tajam arissa yang menangis.
Tidak tunggu lama tangan nya naik menampar pipi arissa berkali kali sebelum wanita itu tersandar lemah di dinding.
Bibirnya pecah akibat ditampar berkali kali oleh Alexander. Adem tidak sempat menghalang, cuma dia menoleh ke arah lain. Tidak sanggup melihat arissa dipukul.
Arahan diberi pada seorang pengawal dan merakam wajah arissa yang bengkak dan berdarah.
" Sent it to commander , biar dia tahu yang isterinya terseksa. Hahaha "
Ujar Alexander sebelum melangkah keluar dari bilik itu. Sempat dipesan pada adem supaya membiarkan wanita itu tanpa dirawat.
Arissa menangis teresak esak. Tidak sangka dia diseksa sebegini. Tangan nya jatuh pada perut nya yang membuncit.
Mujur perut nya tidak di apa² kan oleh lelaki tidak guna itu. Dia melihat adem yang menghampiri nya. Lelaki itu cuba merawat luka yang dialami oleh arissa.
Airmata yang mengalir diseka oleh tangan kasar adem.
"Maaf sebab tak mampu jaga kau."
Arissa hanya diam. Sakit di mulut nya bukan biasa² , bibirnya sudah pecah.
Airmatanya semakin galak turun, sedih bercampur sakit. Mata dipejam rapat, dalam hati dia berdoa semoga thaqeef cepat ² selamatkan dia.
Adem yang merawat bibir arissa menahan amarah.
Lagi2 apabila arissa diam tidak membalas apa², makin rasa amarahnya memuncak.
Mahu saja dia membunuh Alexander .
.
.
.
.
" Daddy !"
Jerit Alisya riang bila susuk tubuh thaqeef masuk ke dalam balai tersebut. Kelihatan Eshal turut tersenyum ke arah nya.
" Papa pun datang. I miss u daddy and papa!!"
Tubuh thaqeef didakap erat. Airmatanya tumpah. Terserlah kegembiraan alisya.
" Sayang! daddy miss you more. Icha sihat?" Kanak2 itu mengangguk riang.
Dia sihat, setelah tiga hari dirawat oleh mak melati dan kakak melur, hilang segala sakit yang dialami. Lagi2 melihat wajah daddy dan papa nya.
Terus sihat!
"Icha tinggal dengan siapa? Papa risau, semua orang risau dekat Icha "
" Icha say sorry papa. Icha duduk dengan mak melati dan kakak melur. Diorang yang jaga Icha " tunjuk Alisya ke arah dua orang perempuan yang sedang melihat ke arah mereka.
Thaqeef segera menghampiri mereka berdua. Kelihatan dua wanita seorang muda dan seorang lagi tua sebaya mak mentua nya.
" Terima kasih puan dan cik jaga anak saya. Saya terhutang budi pada puan dan cik berdua" ujar thaqeef merendah diri.
Nak salam haram, maka senyuman kacak sahaja mampu diberi.
" Eh tak apa aih. Lisya pun baik2 sahaja duduk dengan kami. Nih melur yang jaga Lisya. "
Ujar melati , sempat mengenalkan anaknya melur yang sedang tersenyum ke arah Alisya dan Eshal.
" Terima kasih melur. Ni sedikit sumbangan saya beri. " Dihulur sekeping sampul putih pada melur.
Termangu seketika gadis itu.
" Buat apa ni? Melur ikhlas jaga Lisya. Melur tak minta apa² ganjaran pun. Melur takmau semua ni, kan mak?"
Melati mengangguk setuju. Mereka tidak meminta ganjaran sebagai nya. Mereka ikhlas menjaga kanak² itu.
" Saya ikhlas. Anggap saya bagi hadiah. Jangan menolak ya?"
Melati dan melur hanya akur. Rezeki mereka.
eshal mengarahkan Alisya untuk bersalam dengan melur dan melati. Mereka perlu pulang segera ke kota, eshal mendapat satu mesej dari number tidak dikenali.
Ada beberapa gambar arissa berlumuran darah dihantar pada mereka. Tetapi thaqeef tidak mengetahui lagi, sebab itu jejaka itu masih boleh tersenyum mesra.
" Kakak melur, Lisya balik dulu ya. Nanti datang rumah Lisya, kita main masak². "
Pelukan diberi buat melur. Habis pipi melur dikucup. Mak melati dia mencium hormat tangan wanita tua itu.
" Mak melati jangan marah-marah kakak melur selalu tau. Nanti Lisya tak ada nak backup kakak melur."
Melur menahan airmata nya dari jatuh, Alisya sudah di anggap sebagai adik sendiri. Tidak sangka pula Alisya menjadi kanak² yang diculik, sampai dibalai polis apabila dimaklumkan tentang kanak2 itu terus mereka pula disiasat.
Masuk sahaja ke dalam kereta, thaqeef menyoal.
" Kalut² ni nak ke mana? Aku ingat baru nak stay sini sehari" bebel thaqeef yang sudah mula memandu keluar dari balai polis.
Sempat mengangkat tangan pada melati dan melur yang melangkah keluar dari balai.
Habis sudah satu hal. Alisya yang berada di belakang sudah mula melelapkan mata. Letih mungkin.
" Tak boleh. Kau berhenti dekat stesen minyak. Kita tukar, biar aku pandu."
" Apahal kau nak pandu?"
" Aku kata tu buat je lah!"
Dia tidak akan membiarkan thaqeef memandu jika dia mengetahui tentang keadaan arissa sekarang ini.
Mahu habis dia langgar kereta orang nanti.
Usai menukar pemandu, eshal menghulurkan telefon bimbitnya pada thaqeef.
" Buat apa?" Soal thaqeef pelik. Di lihat sahaja telefon eshal yang berjenama samsung tu.
" Rakam aku drive, nak masukkan dalam tiktok." Jawab eshal geram.
" Bodoh nyaa adik aku ni, fikir kau artis ke?!"
Eshal sudah menjulingkan matanya ke atas.
"Kau bukak mesej dalam tu. Jangan nak emo pulak!"
Thaqeef membuka mesej yang tidak dikenali dari siapa. Ada empat keping gambar arissa yang berlumuran darah.
" Wehh, mana kau dapat gambar ni??! Ya Allah isteri aku . Eshal, isteri aku ni. Kena pukul. Ya Allah eshal !!!"
Thaqeef sudah mengamuk teruk dalam kereta. Alisya yang tertidur tadi sudah terjaga. Terus dihampiri daddy nya yang sudah tidak tentu arah.
" Daddy, are you okey?" Soal Alisya sedikit takut .
Takut melihat thaqeef seperti orang kena rasuk. Meracau panggil nama mummynya.
Diperhati papa Eshal nya yang kelam kabut memberi signal kecemasan di lebuhraya.
" Kenapa kau tak bagitahu aku awal²?! Kau sengaja cari pasal kan???!" Jerkah thaqeef bila Eshal cuba menenangkan dirinya
" Sabar, mengucap banyak². Aku baru dapat gambar tu, memang nak bagitahu kau tapi masa tu kita baru jumpa Icha kan?"
Thaqeef menumbuk dashboard bengang. Tidak pernah dia menaikan tangan pada arissa. Tetapi penculik ini sudah melampau. Rambut arissa juga kelihatan !!
Ya Allah.
Melihat keadaan arissa tersandar lemah di dinding membuatkan jantung nya ingin luruh. Arissa nya diseksa.
Mengalir airmata jantan nya buat kali kedua.
' abang minta maaf sayang. Abang gagal, gagal jaga sayang!'
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro