23 : Alexander Louis Is Back !
Arissa sekadar diam melihat ke arah seorang lelaki yang baru masuk ke bilik yang menjadi tempat dia dikurung.
Kaki kanan nya di ikat dengan rantai besi. Manakala tangan nya bebas bergerak. Dia sendiri bingung, atas sebab apa dia diculik oleh orang yang tidak dia kenal.
Bungkusan berisi makanan di letakkan atas meja oleh lelaki misteri itu. Lelaki itu yang menjadi orang pertama dia lihat sebaik buka mata.
"Makan " lelaki itu mengenakan mask muka berwarna hitam sekadar menutup mulut dan hidung.
Tetapi mata grey itu masih kelihatan misteri.
Arissa sekadar melihat ke arah bungkusan itu. Seolah tidak berminat dengan makanan itu walaupun bau dari plastik itu seperti nasi ayam.
Kecur air liur arissa.
" Kalau kau tak makan baby dalam perut tu boleh mati. Kau nak anak kau mati ke?"
Arissa menggeleng perlahan. Hebat buat seorang arissa bila tersedar beberapa jam tadi dia tidak panik.
Sebalik nya dia memerhatikan sekeliling bilik kalau² ada ruang untuk dia melarikan diri.
Tapi nampaknya macam mustahil.
Tiada langsung ruang,dalam bilik ini sekadar ada tilam nipis dan sebuah meja untuk meletakkan makanan.
Manakala kaki nya ditambat dengan rantai besi yang elok tertanam di dinding.
Macam mana dia nak lari kalau ditambat bagaikan seekor anjing!!
" Saya dekat mana? Awak siapa?" Soal arissa.
" Bilik kosong. Dan aku manusia, sama macam kau"
Arissa menjulingkan mata ke atas. Menyampah dengan jawapan yang diberi lelaki itu.
" Kenapa kurung saya disini? Apa yang awak nak?"
" Aku diberi arahan untuk kurung kau kat sini. "
"Siapa??"
" Manusia . Kau makan kalau tak nak anak kau mati."
Arissa menyentuh perut nya .
Macam mana lelaki ini tahu dia mengandung?
Baju yang dipakai ditarik agar tidak menampakkan sangat perut nya.
"Kau gemuk, tapi aku tahu kau mengandung. Tak payahlah nak cover perut kau tu. Tetap nampak "
" Baik kau makan, kalau budak aku lagi sorang tu jaga,kau langsung tak diberi makanan. Kau nak mati ke??"
" Mati lagi senang. Kalau saya mati saya jadi hantu lepastu cekik awak yang culik saya. Padan muka !"
" Banyak pula cakap. Makan, kalau aku masuk kau tak makan memang aku bunuh anak kau tu!'
Lelaki itu terus melangkah pergi. Arissa terkebil-kebil seorang diri.
Dia takut tapi dia cuba beranikan diri.
Bungkusan dihadapan nya dilihat sebelum dia menyentuh perut.
"Mummy kena makan, mummy tanak baby mummy lapar. Maafkan mummy sebab lalai. "
.
.
.
" Dah dapat Aizad?" Soal Nadim pada pegawai polis yang bertugas disitu.
" Dah tuan, suspek ada dalam lokap. Tuan nak saya bawak ke bilik siasatan ke?"
Nadim hanya mengangguk. Dia mendahului pegawai polis itu masuk ke dalam bilik soal-jawab. Disitu terdapat thaqeef yang sedang menunggu dengan wajah dingin.
" Qeef. "
Thaqeef menoleh ke arah Nadim. Mereka sudah berkawan sejak dari zaman sekolah. Dan kini bertemu kembali sebagai rakan sekerja cuma thaqeef sahaja berpangkat tinggi darinya .
Jika mereka berdua panggilan nama digunakan.
" Kalau kau tak boleh nak soal, bagi pada aku. Biar aku soal dia. Kawal sikit marah kau."
Nadim tahu thaqeef bukan seorang yang pemarah. tetapi bila berkaitan dengan hal rumahtangga nya sudah tentu lelaki itu boleh bersikap baran!
Tidak mahu tercetus pergaduhan yang diluar kawalan, Nadim memberi nasihat.
" Aku nak tahu,kenapa dia culik anak dan isteri aku !"
Klek!
Pintu dibuka pegawai polis yang membawa suspek utama, Aizad Faez.
Thaqeef menyinsing lengan baju kemeja nya, dia tidak sabar mahu menumbuk wajah tidak bersalah yang dipamerkan oleh Aizat.
" Mana kau sorok Alisya?" Soalan pertama oleh Nadim.
Aizad yang masih selamba itu dilihat. Macam tak bersalah je muka.
" Mana la aku tahu. Eh kau yang kahwin dengan arissa kan? Bini kau sihat tak? Aku rindu dekat dia. Boleh bawak aku jumpa dia tak?" Soal Aizad sengaja menambah kan lagi amarah thaqeef.
Bibir tersengih dengan sengaja. Bengang dia bila dia ditahan oleh pihak polis dengan kesalahan menculik kanak² bernama Alisya.
Dan itu memang dalam rancangan dia, tetapi bukan menculik Alisya. Dia mahukan arissa.
Ini semua gara² Jasmine. Perempuan itu menjadikan dia sorang suspek buruan polis. Baru merancang untuk melarikan diri, tapi sayang rumah diserbu terlebih dahulu oleh pihak polis.
Tak guna!
" Kau yang culik arissa kan??" Soal thaqeef dengan bengang. Kalau boleh dia mahu menumbuk wajah Aizat.
" Bila masa pulak aku culik dia. Dia sendiri yang datang dekat aku. Sebab dia rindukan belaian aku. Ada suami tapi suami sibuk -"
Bukk!
Penumbuk thaqeef mendarat di pipi Aizad. Pantang dia bila orang cuba memburukkan isterinya.
" Eh celaka ! Arissa tu isteri aku, kau jangan nak burukkan dia lah !!" Jerkahan thaqeef bergema dalam bilik itu.
Nadim menghalang thaqeef dari menumbuk Aizad yang sengaja bermain tarik tali dengan thaqeef. Dia tahu thaqeef tidak dapat dikawal bila terlalu marah.
" Sabar qeef ! Dia cuba nak saiko kan kau. Biar aku soal dia. Kau sabar ! Kau kena ingat ini bukan tugas kau. Stop it !"
Aizad yang jatuh terduduk cuba bangun. Dia tersenyum sinis sebelum merenung tajam ke arah thaqeef.
" Kau akan berterima kasih pada aku kalau kau tahu siapa dalang sebenar yang rancang culik anak kau."
Ujar Aizad, Sejujurnya dia tidak ingin perkara ini berlaku.
Dia masih ada akal fikiran yang waras! Untuk apa dia menculik anak kecil itu sedangkan orang yang dia inginkan arissa
Tetapi atas sebab rancangan Jasmine dia menurut saja. Asalkan arissa menjadi miliknya. Tidak sangka lain pula jadinya bila Alisya hilang.
Dan Jasmine pula sudah melarikan diri. Entah dimana perempuan itu bersembunyi.
" Siapa yang culik anak aku??!" Soal thaqeef sebelum mencengkam kolar baju yang dipakai Aizad.
Aizad tersengih.
Nadim dan pegawai polis yang berjaga saling berpandangan.
Thaqeef menantikan jawapan Aizad. Dapat saja dalang sebenar dia akan pastikan suspek itu meringkuk di penjara!
.
.
.
" Kak ngah hilang? Dah cek CCTV ke ?"
Soal alya kepada eshal yang menjemput dia pulang dari sekolah. Patut lah dari semalam dia tidak senang hati. Bagaikan ada sesuatu yang bakal terjadi.
" Dah cek semua, tapi tak dapat jejak. "
" Ya Allah kak ngah. Mak dah tahu ke?"
Eshal mengangguk sahaja. Puan Aisyah kini sudah berada dirumah thaqeef. Dijemput oleh pemandu mereka pakcik rahim awal pagi tadi.
" Ada apa² petunjuk tak kak ngah ke mana? Takkan kakngah main redah keluar je?"
" Arissa kena culik. Bukan hilang keluar merayap. Abang dah cek CCTV semua, mak iti perasan yang pasu bunga pecah kat pintu dapur, dengan kasut arissa berterabur . "
Beristighfar alya mendengar kata² yang keluar dari mulut Eshal.
Kakak nya kena culik!
Belum Alisya ditemui lagi kini kakaknya pula menjadi mangsa.
Ya Allah ,dugaan apa lagi yang engkau berikan ini?
" Pihak polis dah cek?"
" Dah. Abang qeef tengah settle dekat balai. Cuma buat masa ni alya kena duduk dengan abang dan yang lain. Abang takut ada orang cuba buat benda buruk kalau alya dan mak duduk kat rumah. Aidil pun takda kan?"
Alya mengangguk. Abang sulung nya sudah dimaklumkan dengan kehilangan Alisya dan arissa. Cuma dia sedang menguruskan cuti untuk pulang dari sabah dengan segera!
" Lya rasa ni semua salah lya. Kalau la-"
" Stop blame'it yourself! Abang tahu bukan salah lya. Benda nak jadi kita bukan tahu. Jangan terus letakkan diri alya sebagai pesalah! Abang tak suka."
Alya diam menikus. Airmata yang mengalir dilap penuh duka.
Sedih nya berganda ganda.
.
.
.
"Commander Thaqeef's wife is really beautiful, even though she is chubby. "
Komen lelaki misteri kepada arissa yang terkebil kebil melihat ke arah tiga lelaki dihadapan nya.
Yang seorang tu dia kenal memandangkan lelaki itu yang mengugut akan membunuh anaknya tadi !
Dan dua orang lagi tidak dia kenal. Tetapi rupa paras macam mat saleh. Dengan tatu di leher dan pergelangan tangan.
Siapa mereka ini? Dan komander thaqeef??
Tiba² arissa rasa mahu ketawa. Bukan ketawa lucu tetapi ketawa gelabah campur risau.
Apakah?
Arissa sudah pening dengan status pekerjaan suami sendiri.
Ini kalau ada thaqeef depan dia memang habis dia soal siasat!
" You Don't know who i am. But i know your husband. Aku Alexander Louis. Kau kenal tatu ni?" Fasih betul Mat Saleh ni cakap melayu , siap campur² lagi kau.
Tiberrr 😂
Arissa merenung tajam ke arah tatu bercorak naga dengan sayap besar terukir di leher Alexander Louis itu.
Macam pernah tengok, membulat mata arissa.
Mafia!!
Elly pernah menunjuk tatu bercorak tersebut kepada nya dahulu.
Katanya mafia ini paling dikehendaki oleh pihak CIA ( CENTRAL INTELLIGENCE AGENCY) di Amerika kerana kes membekalkan senjata secara haram.
Tapi apa kena mengena suaminya dengan mereka ini?
" Suami kau salah seorang buruan aku. Dia punca senjata aku di rampas. Adik aku dibunuh oleh dia!! Kau akan aku jadikan galang ganti untuk umpan suami tak guna kau ke sini. Dan sampai masa i will kill him !!"
Alexander Louis ketawa kuat. Tetapi tidak lelaki misteri yang memakai mask hitam itu. Dia sekadar diam dan memerhati arissa.
Bagai ada sesuatu dirancang oleh lelaki misteri itu. Tetapi dia buat² tidak peduli dan sekadar diam.
" Adem, kau jaga dia elok². Kita nak simpan dia sampai suami tak guna dia datang sini. Sampai masa kita akan bunuh dia."
Adem,jejaka misteri yang memakai mask hitam itu sekadar mengangguk sahaja. Alexander Louis melangkah keluar dari bilik itu dengan seorang lagi pembantu nya.
Adem sekadar menghantar pemergian bos nya itu dengan pandangan. Dia melihat ke arah arissa.
" Awak mafia!" Ujar arissa perlahan, ada nada ketakutan disitu.
" Bingo ! Tapi aku tetap manusia,macam kau" jawab adem dengan wajah bosan.
Eh mamat ni, ada jugak yang makan penampar arissa kejap lagi.
" Kalau kau nak selamat, kau kena ikut cakap aku. Aku akan bantu kau"
" Saya tak percayakan awak. Mafia tetap mafia." Nak bantu aku konon , pigidahhhhh !
" Ya whatever. "
Ejek adem sebelum melangkah keluar dari bilik itu. Meninggalkan arissa keseorangan yang sudah mula mengalirkan airmata
' Qeef. Rissa takut'
Maaf kalau english saya berterabur 😌
Saya tak pandai tapi saya cuba walaupun dari google ! Sorry gais !!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro