Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

22




Thaqeef melangkah masuk ke dalam bilik siasatan. Disitu sudah ada kelibat Nadim bersama beberapa pegawai yang terlibat sedang berkumpul berbincang sesuatu.

"Tuan " tegur Khalish yang kebetulan ternampak kehadiran thaqeef.

" Apa maklumat terbaru?"

Soal thaqeef kepada anak buah nya. Sebuah file berisi maklumat diambil dan diteliti. Berkerut kerut kening nya membaca segala maklumat yang tertulis disitu.

" Laporan yang diterima ni mengatakan penculikan ini ada kaitan dengan suspek bernama Aizad. "

Sehelai kertas dihulur pada thaqeef oleh Ameera. Dia selaku pegawai yang diamanahkan untuk menyiasat kes itu bersama rakan sekerja nya Haikal.

" Aizad Faez?" Soal thaqeef kehairanan.

Apa motif mamat ni culik anak dia? Setahunya hanya arissa menjadi target Aizad, bukan Alisya!

Pelik.

" Dan kami syak dia dibantu oleh seseorang, tetapi saya masih mencari maklumat tentang ini."

Thaqeef mengangguk faham. Penjelasan dari Ameera membuat kan dia keliru.

" Suspek yang sekarang berada di ICU sudah sedarkan diri, baru sebentar tadi pihak hospital hubungi saya." Khalish bersuara, melihat wajah keliru dan dingin tuan nya sedikit menakutkan dirinya.

Ini kali pertama dia ditugaskan bersama tuan thaqeef. Sebelum ini dia hanya bekerjasama dengan Nadim sahaja.

" Nadim, hantar dua orang pegawai ke hospital. Soal dia sampai dia bagitahu perkara sebenar. "

Nadim mengangguk sahaja, tetapi tangan cekap membuat kerja.

Thaqeef melepaskan keluhan. Selepas arissa tidur tadi dia terus bergegas ke balai apabila diberitahu yang mereka ada maklumat penting buatnya.

Eshal yang kebetulan berada dirumah disuruh menjaga isterinya seketika.

Sudah kematian akal thaqeef memikirkan tentang aizad. Entah apa motif lelaki itu menculik alisya.

.

.

.

Abang keluar kejap,
Ada hal dibalai.
Kejap lagi abang balik, sayang rehat okey?

Iloveyou

Qeef.
Abang masham sayang.

Kertas yang ditampal pada cermin meja soleknya dilihat sebelum tersenyum kecil.

Katanya selepas makan tadi thaqeef mahu membawa arissa keluar ambil angin tapi terjadi pulak drama airmata sehingga dia tertidur

Mungkin tidak mahu mengganggu arissa, jadi pesanan hanya dipesan melalui sekeping kertas nota berwarna biru muda.

Arissa membersih kan wajah nya sebelum keluar dari bilik. Dia melangkah ke arah ruang tamu yang tiada sesiapa disitu.

Kelibat mak iti juga tiada didapur. Entah kenapa pergi manusia di dalam rumah ini.

Kaki diatur ke arah luar, pintu yang berhadapan dengan ruang tamu dibuka, arissa menghampiri kolam renang yang tersergam indah.

Dia mahu mengambil angin petang, walaupun waktu sekarang sudah masuk ke pukul 7 petang.

Dua jam dia tidur, mungkin kerana keletihan. Letih menangis dan muntah².

Krakk!

Arissa menoleh ke arah hujung kolam yang bertembung dengan pintu dapur. Rasanya dia terdengar bunyi sesuatu.

" Mak iti?" Panggil arissa.

Kaki diatur ke arah bunyi tersebut.

Sampai saja dibelakang pintu dapur ada sebuah pasu bunga jatuh berkecai. Habis bertaburan segala kaca² pasu tersebut.

Arissa mengambil penyapu dan mula membersihkan nya. Sambil itu mulut tidak henti membebel.

" Siapa pulak bagi jatuh pasu kesayangan mak iti ni? Bising mak iti nanti kalau nampak pasu dia pecah..Ish "

Usai berkemas pasu pecah, arissa menoleh ke belakang untuk menyimpan kembali penyapu dan penyodok sebelum mulut nya ditekup sesuatu.

Hendak meronta dia tidak kuat dan akhirnya dia tidak sedarkan diri.

Lantas tubuh itu dicepung seseorang sebelum melangkah pergi dari rumah thaqeef tanpa disedari oleh orang lain, mak iti atau eshal !

.

.

.

" Ehh kau ni, dah orang tanya tu jawab jela! Saja nak bagi aku berangin pasai apa!"

Bebel Khalish bila soalan nya tidak dijawab oleh Ahmad Khalid, penculik yang baru sedar dari koma.

" Weh sabar kejap. Dia baru sedar kan. " Haikal cuba menenangkan Khalish yang sedikit panas hati dengan sikap Khalid.

Mamat tu baru tersedar dari mati kot! Eh dia ni kang !!

" Engkau ni muka hensem tapi perangai macam apa je! Ah malas aku nak soal, hang ja yang soal dia. " Khalish terus keluar dari wad yang menempatkan Khalid.

Khalid yang baru sedar beberapa jam berasa sedikit pening. Baru nak hilang pening dia sudah disoal oleh dua orang manusia yang dia tidak tahu siapa.

Berkerut kerut dahi dia seketika.

" Saya dekat mana ni encik?" Soal Khalid memandang wajah Haikal.

" Dekat hospital. Encik ingat nama encik apa?"

Khalid menggeleng perlahan. Siapakah diri dia?

" Encik ingat macam mana encik boleh ada disini?" Soal Haikal lagi .

Jika dilihat dari rupa Khalid nampak macam budak ni hilang ingatan. Mungkin kepala ada terhantuk dimana mana.

Pintu dikuak dari luar, kelibat Khalish melangkah masuk dengan wajah sebal nya.

Masih tidak puas hati.

" Hang tanya apa kat dia?" Soal Khalish dengan riak ingin tahu. Wajah dingin ditayangkan. Acah² garang !

" Kalau saya tahu macam mana saya ada disini dah lama saya bagitahu. Sebab tu saya tanya encik, saya dekat mana?"

Khalish bercekak pinggang sambil memandang tajam pada Haikal yang tersengih.

" Hang toksah dok sengih supa kerang busuk lagu tu. Yang hang pi dok soal lagu tu pasai apa?"

Terus keluar lograt utara si Khalish. Kalau tengah marah memang keluar habis segala lograt utara dia.

Al maklum lah orang Kedah.

" Saja nak test. Jangan marah nanti cepat tua"

Tersengih Haikal dengan kelakuan Khalish. Sejujurnya dia sengaja menyoal begitu.

" Apa nama kau?" Soal Khalish semula pada Khalid.

" Saya tak tahu. Encik berdua ni siapa?"

" kami Polis. Takpa mau hang tak ingat nama sendiri. Mehh aku ingat kan hang. Nama hang Ahmad Khalid bin Ahmad. Ada seorang abang kembar nama Ahmad anuar bin Ahmad. Betoi?"

Khalid termangu seketika sebelum dahi nya berkerut memikirkan maklumat yang baru disampaikan oleh Khalish.

" Kejap. Saya nama Khalid? "

" Habis tu takkan aku pulak nama Khalid bingai !"

Marah Khalish. Bengang pulak bila tengok wajah tak bersalah si Khalid ni.

" Sabar Lish! Adoi la kau ni, yang nak marah² kenapa? Benda boleh soal elok² kan?"

Terharu garu kepala Haikal dibuatnya. Bukan dia tidak suka akan perangai Khalish, tetapi jejaka itu mudah sangat melenting bila berhadapan dengan manusia seperti Khalid.

Khalish mengangguk buat² faham sebelum memeluk tubuh dihujung katil Khalid.

" Kau lah soal, maleh dah aku!"

Haikal mengambil alih soal siasat itu sambil diperhatikan oleh Khalish.

.

.

.

" Kakak melur. "

Melur yang sedang membalut buah Harumanis yang sedang berbuah ditegur oleh Alisya

" Iya Lisya? Awat ? "

" Icha miss mummy daddy. Bila Icha boleh balik home?"

Tergaru garu kepala melur mendengar Alisya bersoal dengan lograt english nya.

Bukan dia tidak faham, lebih dari faham tapi untuk membalas balik dalam lograt inglish memang dia tidak tahu.

Melur tidak bersekolah. Tapi dia seorang yang bijak dalam membuat hal lain.

" Macam mana tah nak habaq bagi hang paham Lisya. Lisya nak jumpa mummy daddy kan?"

Alisya mengangguk teruja. Tidak dihiraukan kaki nya yang sakit dan dia terpaksa berjalan terhinjut hinjut.

Melur tersenyum manis. Kanak² ini sudah mula mahu bersuara bila mak Melati memujuk.

Entah apa la mak Melati tu pujuk. Elok pulak Alisya bercakap.

" Lisya kena lega dulu. Tu pipi dengan kening luka lagi. Kaki pun jalan tak betoi, nanti dah elok kak melur hantaq Lisya kat balai. Kita report bagi depa habaq dekat mummy daddy Lisya na?"

Alisya hanya mengangguk faham. Walaupun ada perkataan yang dia tidak faham tapi mendengarkan nama daddy mummy disebut dia menjadi teruja.

" Tak sabar nya nak sembuh. Nanti boleh meet daddy and mummy. Oh ya papa eshal dan mama lya ! "

Melur sekadar ketawa melihat wajah teruja alisya.

" Berapa banyak mak bapak hang ada ni??"

'sabaq sat noh,nanti kakak melur hantaq lisya balik '

Bisik hati kecil melur.

.

.

.

" Dah cek CCTV?"

Soal thaqeef sambil merenung tajam adiknya, Eshal.

Dia dimaklumkan oleh eshal bahawa arissa hilang dan kehilangan arissa baru disedari oleh mak iti ketika hendak mengejutkan arissa untuk bangun makan.
Kerana wanita tua itu diberitahu oleh eshal yang arissa tidur di bilik.

Eshal yang ketika itu terlelap dikejutkan dengan suara jeritan mak iti menyatakan arissa hilang.

Maka berlaku la sedikit kelam kabut, rata tempat mereka cari. Takkan arissa nak keluar dari rumah tanpa beritahu mereka?

" Dah, kali terakhir rissa keluar duduk dekat kolam tu sebelum dia pergi pintu dapur. "

Mereka melihat pergerakan arissa yang bagaikan terkejut sesuatu. Tapi CCTV itu sekadar menunjukkan ke arah pintu dapur sahaja, tidak diluar itu.

Jadi kelibat arissa memang tidak akan nampak.

" Mak iti nampak pasu ni pecah lepastu kasut rissa pakai berterabur. Mak iti risau"

Thaqeef meraup wajah. Belum selesai kes Alisya dah tambah kes baru. Arissa pulak menjadi mangsa culik.

Jam tangan dilihat sudah pukul sepuluh malam. Sudah 3 jam isterinya hilang!
Terus saja dia menghubungi Nadim.

" Datang rumah aku, sekarang!"

Thaqeef menumbuk dinding dengan bengang. Eshal cuba menenangkan abangnya namun hanya sia² kerana lelaki itu masih menumbuk dinding.

" Sudah qeef !" Halang eshal bila thaqeef bagaikan hilang kawalan.

" Kenapa kau tak jaga rissa??!" Jerkah thaqeef kuat.

Bergema habis ruang tamu itu dengan jerkahan thaqeef. Mak iti serta suaminya hanya diam tidak menjawab apa².

Takut mereka melihat thaqeef dalam keadaan begitu. Eshal jugak turut terdiam.

" Aku terlelap kejap qeef. Aku minta maaf , salah aku"

Thaqeef menggeleng kepala perlahan. Wajah letih eshal dipandang sebelum dia meraup wajah.

Bukan salah eshal . Dia tahu Eshal baru pulang kerja dan boleh nampak adiknya keletihan tetapi dia berpesan sekadar untuk mengingatkan Eshal.

Sehingga dia terlupa bahaya nya sekarang terletak pada arissa.

" Ya Allah, dugaan apa lagi yang Kau beri pada hamba MU ini "






























Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro