Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

21 : Melur dan Melati


Sudah dua hari Alisya hilang, rumah yang dulu riuh rendah kini sunyi sepi bagaikan tiada penghuni.

Pintu bilik dibuka, dengan berat hati dia melangkah masuk ke bilik yang dihiasi dinding berwarna pelangi.

Semua atas permintaan Alisya yang mahukan  biliknya di cat seperti warna warni.

Baju² Alisya yang belum dibasuh di ambil dan dipeluk. Sungguh dia rindukan anak kecil itu.

Mak iti ada meminta untuk membasuh namun dia menengahnya. 

Dikala dia merindui alisya, baju² itu berguna untuk hilangkan rindu.

Selagi Alisya tidak dijumpai jangan sesiapa sentuh barang Alisya.

"Sayang "

Bahu arissa di paut. Wajah kusut arissa menyakitkan hati lelaki nya.

Arissa kurang makan dan dia juga tidak mahu bercakap dengan orang sekeliling.

" Buat apa sini? Jom kita makan,kesian baby lapar. " Pujukan thaqeef tidak memberi apa² makna.

Bahkan arissa hanya diam dan tidak peduli kan dia. Baju Alisya dalam pelukan isterinya diperhati.

Bukan arissa seorang yang merindui akan anak kecil itu, tetapi dia juga.

Dia yang menjaga Alisya dari bayi turut terasa sedih, namun dikuat kan hati agar orang sekeliling tidak terkesan.

Alya sudah dibawa pulang oleh puan Aisyah. Gadis itu juga bagaikan menyalahkan diri sendiri kerana lalai menjaga Alisya walaupun banyak kali dipujuk oleh Eshal dan thaqeef.

Dan puan Aisyah memutuskan untuk membawa pulang alya ke rumah mereka.

" Sayang-"

"Icha mana ? Dia selamat kan? Rissa rindu dia "

" Sabar sayang,abang tengah usaha kesan Icha dekat mana. Abang janji abang akan bawak Icha pulang ke pangkuan kita semula."

Arissa tersenyum. Dia menatap wajah thaqeef, mata mereka bertentangan.

" Abang janji? Icha akan pulang?" Penuh berharap dia menyoal thaqeef , pipi thaqeef di usap penuh harap. Mata nya redup memandang wajah sang suami.

Penuh mengharap.

"Janji sayang, tapi dengan syarat" tangan arissa dipipi nya di jatuh kan lalu bawa ke mulut nya.

Dikucup penuh kasih.

"Hmm?"

" Sayang kena makan, jaga kesihatan. Kalau Icha balik nanti dia tengok mummy dia tak sihat macam mana? Siapa nak siap kan makanan sedap² dekat Icha?"

Arissa mengangguk perlahan, mengiakan kata² suaminya. Benar kata suaminya, kalau nanti alisya pulang dalam keadaan dia yang tidak sihat bagaimana dia mahu melayan anak kecil itu?

Tidak tunggu lama tangan arissa ditarik keluar dari bilik. Mereka masuk ke dapur, ada pelbagai hidangan untuk arissa.

Salah satu nya tomyam seafood kesukaan arissa. Ada udang ,sotong, isi ketam.

Kecur air liur arissa dibuatnya.

" Sayang makan sikit tau, kesian abang dari semalam tak makan " thaqeef memuncungkan bibirnya sambil mata dikelip kelip.

" Abang tak makan dari semalam?" Soalan arissa mendapat anggukan dari Thaqeef tanda mengiakan.

Aku mengetap bibir kesal. Adakah dia terlalu mengikut perasaan sampai mengabaikan orang sekelilingnya?

" Rissa minta maaf. Rissa abaikan abang. " Ujar arissa kesal. Kenapa dia terlalu ikutkan perasaan?

Kesannya thaqeef yang hadap. Allah!

" Sokey sayang, abang faham keadaan sayang. Cedok kan abang nasi , lapar ni " thaqeef menjuih bibir, mata di kelip-kelip kan.

Suka betul dia kelip² mata macam tu. Tahulah hensem !

Arissa terus mencedok nasi ke dalam pinggan thaqeef sebelum mencedok isi tomyam ke dalam mangkuk kecil yang tersedia.

Thaqeef sekadar memerhati gerak geri arissa, sesekali matanya jatuh pada baby bump yang mula kelihatan.

Baru masuk 6 minggu usia kehamilan isterinya,sudah menampakkan perut arissa timbul.

Comel.

" Abang, tengok apa?"

Berkerut dahi arissa melihat thaqeef yang tidak lepas memandang perut nya.

" Dah nampak baby bump. Eee abang tak sabar nak tengok perut sayang membesar. " Thaqeef mengusap perut arissa.

Arissa juga tunduk melihat perut nya. Normal kah untuk ibu mengandung? Baby bump dia sudah kelihatan pada usia enam minggu!

Ya Allah, bahagia nya dia rasa ketika ini. Hilang segala penat lelah dia selama dua hari mencari jejak Alisya.

" Abang suka tak?"

"Semua pasal sayang abang suka. Dah duduk makan lepas tu kita keluar kejap. "

"Pergi mana abang?"

" Ambik angin petang"

.

.

.

"Menurut maklumat yang saya dapat, mangsa tu tercampak berdekatan kereta. Sebab dari bukti kita ada ni mangsa memang tercampak dan kemudian ada seseorang menolong mangsa."

Ujar pegawai siasatan bernama Nadim. Dia diberi tanggungjawab untuk menyiasat kes anak kepada pegawai tinggi mereka, Eid Thaqeef.

" Saya pun berpendapat yang sama macam tuan. Sebab benda ni tak logik kalau budak tu cuba larikan diri. Kesan darah kat tempat kejadian memang milik mangsa." Ujar salah seorang anak buah Nadim, Khalish.

" Mangsa ni anak tuan thaqeef kan?" Soal Ameera rakan sekerja kepada Khalish.

" Ha ah. Sebab tu tuan thaqeef nak penculik tu dijaga dengan rapi. Bahaya kalau diorang terlepas" Nadim bersuara tegas.

Matanya ralit melihat rekod jenayah yang dilakukan oleh salah seorang penculik yang bernama Khalid.

Ahmad Khalid penculik yang terselamat dari kemalangan itu dan kini sedang dirawat kerana mengalami kecederaan yang teruk. Dan sedang berada dalam keadaan koma dirawat di ICU.

Manakala seorang lagi penculik sudah selamat dikebumi dan bernama Ahmad anuar yang merupakan abang kembar kepada Ahmad Khalid.

"Kesian nya budak tu. Baru umur tiga tahun entah kat mana dia sekarang. "

"Jejak dia hilang terus, bomba semua dah cari. Musykil pulak aku. "  Bebel Khalish dengan riak wajah berkerut.

Sedangkan yang mencari tu bukan orang yang biasa².. bomba kot, siap dengan anjing pengesan bagai. Tapi hasilnya tetap sama, tak dapat dikesan!

Sakit pulak kepala memikirkan.

Pintu bilik diketuk kuat sebelum Nadim memberi arahan untuk masuk.

Kelihatan seorang lagi pegawai yang turut serta kes penculikan Alisya, Haikal melangkah masuk bersama sebuah file ditangan.

" Tuan, ini sedikit maklumat terbaru yang penyiasat kita berikan. " File tersebut berubah tangan.

Nadim tekun meneliti setiap perkataan yang tertulis di kertas itu sebelum memberi arahan pada Khalish untuk menghubungi thaqeef.

" Suruh dia datang balai segera. Penting !"

Hanya itu arahan diterima Khalish sebelum dia menyambung talian dengan thaqeef.

.

.

.

" Mak, budak tu dah sedaq kan?"

Gadis bertudung biru muda itu menyalam tangan wanita tua yang baru saja keluar dari bilik.

" Baqu sedaq. Dok tanya mana mummy dia. "

" Ceq pi tengok dia sat nah "

Gadis itu menghampiri kanak² berumur dalam lingkungan tiga atau empat tahun yang sedang duduk melihat sekeliling.

Wajah kanak² itu yang mengalami luka di pipi dan dahi tidak mencacatkan wajah comel kanak² itu.

Alisya mengundur sedikit ke belakang. Wajah nya takut akan kehadiran gadis bertudung biru itu.

Siapa mereka ini?

" Jangan takut. Nama kakak melur, tadi tu mak kakak, nama dia Melati. "

Lembut sekali gadis bernama melur itu bersuara. Alisya yang sedikit takut terasa kurang.

" Nama adik apa?"

Alisya diam. Hendak menjawab tetapi mulut tidak mahu memberitahu. Terkunci rapat. Hanya mata melihat sekeliling sebelum memandang melur kembali.

" Jangan takut. Kakak cuma nak tolong adik ja. Bagitau nama adik, nanti kami hantaq adik pada keluarga asal"

Pujuk melur lagi. Entah kenapa kanak² ini terlalu takut dengan nya

" Dia takut dekat hang tu melur. Dengan mak elok ja dia bercakap. Hang marah dia ka?"

" Ish mak ni, mana ada la. Melur tanya ja, tapi dia tak jawab apa pon. "

Jawab melur dengan tidak puas hati. Ada saja la mak dia seorang ini.

" Melur, macam mana hang boleh jumpa budak ni dalam kebun kita? Budak ni mai daqi mana?"

" Melur tak tau. Masa mak suruh melur kutip buah di kebun, melur ikut ja. Sampai salah satu pokok buah mempelam melur nampak budak ni sudah jatuh meniarap disitu. Itu melur tolong mak. "

" Habis berdarah bagai ni, kamu pukul dia ka?"

" Astaghfirullah al-Azim, apa mak ni. Melur tak buat macam tu lah. Melur tolong dia kan?"

"Mak tanya ja, yang hang marah mak pasai apa?"

"Mana ada melur marah. Ish mak ni "

Manakala Alisya sekadar memerhati dua beranak itu bertikam lidah. Sesekali dia melihat sekeliling, rumah yang bercirikan kayu papan menjadi tatapan matanya.

'mummy, daddy. Icha takut '

.

.

.

Arissa yang berada dalam pelukan thaqeef berasa sedikit selesa. Sakit di pinggang makin menjadi jadi walhal kandungan baru berusia 6 minggu.

Rasa macam dia mengandung dua orang pulak. Sesekali dia bangun memicit kaki yang lenguh.

Thaqeef yang melihat keadaan arissa tidak selesa segera menyandarkan arissa pada bantal. Kemudian dia turun sedikit ke bawah memicit kaki arissa.

" Lenguh ke sayang?"

Arissa sekadar mengangguk kepala. Lenguh yang tak boleh bawak berbincang langsung!

Setiap pagi bangun saja dari tidur dia akan muntah selama tiga puluh minit, selang lima minit ke tandas.

Dah macam rutin harian pulak. Cuma buat masa ini dia belum mengidam apa² makanan pelik dan itu membuatkan thaqeef sedikit lega.

" Sayang, kenapa baby bump sayang comel sangat ni?" Usik thaqeef bila dia menyentuh Perut arissa yang timbul.

" Daddy geram gila dengan baby bump mummy ni. Mehh daddy gomol sikit "

Arissa ketawa gelihati bila thaqeef terusan mencuti perut dia. Wajah thaqeef yang kegembiraan itu membuatkan dia rasa bersyukur.

Bersyukur dikurniakan seorang lelaki yang tak pernah jemu mengembirakan hatinya.
Walaupun dia tahu lelaki itu lelah memikirkan tentang kehilangan Alisya.

" Daddy harap dalam ni hero. Nanti boleh jadi pelindung mummy daddy dan adik². " Bisik thaqeef diperut arissa.

Dia tidak kisah lelaki atau perempuan tetapi dia berharap anak pertama ini lelaki, agar boleh menjadi pewaris dia satu hari nanti.

" Dan kakak Icha " bisik arissa dalam sendu sebelum dia menangis.

Ini yang mahu dielakkan oleh thaqeef.

Emosi isteri nya terganggu Sejak kehilangan Alisya, dia tidak mahu arissa tertekan dan boleh menjejaskan kandungan nya.

" Shuhhhh sayang, abang janji Icha selamat. "

Ya, dia janji Icha selamat.
Dia akan berjumpa dengan anak nya seorang itu.

Semoga Allah permudahkan urusan dia.





















Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro