Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

20 : Alisya Kena Culik !

" Akhirnya sampai jugak noh hampa perlis ni. Terima kasih sudi mai kenduri kahwin aku "

Arissa dan Ain Faqirra berpelukan. Walaupun pertemuan mereka singkat tetapi cukup untuk membuatkan dua rakan itu saling melepas kan rindu.

Thaqeef sekadar menjadi pemerhati. Rasa puas selepas bedal tiga biji buah pelam Harumanis di Perlis.

Manis. Isi padat. Sedap.
Makan pula bersama pulut serta santan.

Masyaallah, aura nya itu kalah aura yang ke 19!

" Terima kasih jemput kami. Dan bagi kami buah Harumanis ni. Lepas mengidam suami aku "

" Memang nak bagi kat hang pun. Dok teringat tu ja, laki hang pulak mengidam, rezeki lah tu ! "

" Suami mengidam tak mengapa. Kalau isteri mengidam minta yang bukan² itu yang risau sikit "

Ujar thaqeef sambil mengenyit mata pada arissa. Sekadar mengusik.

Tetapi mujur saja arissa tidak mengidam yang bukan². Kalau tidak jenuh dia mencari.

" Dah berapa minggu ni ?" Soal Faqirra sambil mengusik sedikit perut arissa yang mula menampakkan baby bump.

" Baru masuk enam minggu."

" Biaq betoi ni enam minggu?"

"Ye betul la enam minggu. Kenapa qirra?"

" Nampak besaq gila. Hang nak boleh kembaq kot nih !"

Arissa sekadar tersengih. Entah la. Dia tak kisah kembar ke apa, janji baby nya sihat.

Thaqeef pula tersenyum suka. Kalau kembar pun boleh je. Lagi best, meriah keluarga mereka.

.

.

.

" Abang nak isi minyak. Alya dengan Icha nak turun tak? Beli apa² ke?"

Soal Eshal apabila mereka tiba di stesen minyak. Mereka mengikut arissa ke Perlis tetapi pulang awal dahulu kerana Eshal ada hal penting.

" Lya nak pergi bilik air. Icha nak ikut mama lya tak?"

Alisya mengangguk laju.

" Icha nak cingg "

Eshal mengisi minyak sementara matanya memerhati tingkah laku alisya dan alya menuju ke bilik air.

Usai mengisi Eshal parking kereta ditepi sebelum keluar menunggu kedatangan alya dan alisya.

Sempat dia berbalas chat dengan thaqeef. Dan lelaki itu baru keluar dari rumah pengantin.

10 minit kemudian kelibat alya dan alisya mula menghampiri mereka, namun tidak lama kemudian sebuah kereta putih menghentikan kereta dan menarik alisya masuk ke dalam kereta.

Tubuh alya ditolak jatuh bila hendak menarik alisya kembali.

"Alisya !!" Jeritan alya bergema di stesen minyak itu.

Rata² orang yang berdekatan menolong alya bangun.

Eshal yang nampak kejadian itu tidak sempat menahan kereta putih itu yang sudah memecut laju.

" Icha abang. Icha !"

Eshal menghampiri alya yang sudah menangis. Tubuh lemah alya segera dipapah masuk ke dalam kereta.

Beberapa orang wanita diminta untuk menjaga alya sebentar sementara dia masuk untuk melihat cctv.

Sempat dia menghantar mesej kepada thaqeef untuk memberitahu keadaan sekarang.

Dengan bantuan pekerja stesen minyak tersebut, nomber plat kereta putih berjenama honda Civic dapat dikesan.

Sejam kemudian thaqeef tiba bersama arissa. Kelam kabut arissa menghampiri kereta eshal.

"Kakngah, lya minta maaf . Lya lalai, icha kena culik. Maafkan lya !"

Arissa memeluk tubuh Alya. Wajarkah gadis ini dipersalahkan?

Thaqeef pula sedang berbicara sesuatu dengan Eshal dan beberapa polis disitu. Sempat dia melihat polis disitu memberi tabik hormat pada thaqeef.

Mungkin sebab sesama polis kot.

Ya thaqeef seorang anggota polis. Itu saja yang dia tahu.

" Kakngah marah lya ke? Abang qeef marah lya ke? Lya minta maaf kakngah. "

" Sudahlah lya, benda dah jadi. Abang qeef tengah settle dengan polis tu. Lya jangan risau, doa banyak². "

Pujuk arissa pada adik perempuan nya. Gadis itu mengalami sedikit kecederaan di siku dan dahi.

Mungkin akibat ditolak dengan kuat.

"Dahi lya luka ni" ujar arissa sambil membelek dahi alya.

" Sayang !"

" abang kena pergi balai. Sayang balik dengan Eshal okey ? " Ujar thaqeef saat dia menghampiri arissa.

" Icha macam mana? Siapa yang culik dia?" Soal arissa kalut. Tidak kisah akan dirinya yang berbadan dua itu.

" Icha selamat. Dorang dah dapat detect nombor plate kereta tu. Sayang balik dengan alya. Tunggu dirumah. Okey?"

Dahi arissa dikucup penuh kasih sebelum dia memberi laluan agar arissa masuk ke dalam kereta.

"Kau balik terus Eshal, apa² hal update dekat aku terus !" Bahu eshal di tepuk tanda dia betul² mengharapkan pada adik nya.

"Okey, kau tu jangan kalut sangat."

Thaqeef hanya mampu melihat pemergian isterinya bersama Eshal dan alya. Dalam hati dia berdoa agar orang tersayang selamat sampai ke destinasi.

" Tuan "

"Maklumat terbaru, kereta tu sekarang dalam perjalanan ke perlis. Dan saya jangka dorang nak masuk sempadan ."

Thaqeef mengetap bibir geram. Maklumat dari seorang polis yang mengatakan itu berkemungkinan yang Alisya bakal dibawa ke siam, Thailand.

Apa salah anak kecil itu?

Ya allah, semoga Alisya selamat.

.

.

.

" Dah dapat bos.."

" Kami tunggu di padang besar, korang cepat sikit. Jangan lambat !"

" Baik bos, bereh. Kami dalam perjalanan. "

Panggilan ditamatkan. Wanita itu melakar senyuman manis.

Akhirnya dapat juga budak itu. Alisya akan dijadikan umpan, tapi kalau keadaan semakin kacau, dia akan bunuh budak itu.

" Aku pelik, kenapa kau beria sangat culik budak tu?!"

"Why not? Kita akan jadikan budak tu sebagai tebusan. "

" Tebusan apa pulak? Aku cuma nak kan arissa. "

Jasmine menjulingkan matanya ke atas. Menyampah betul dengan Aizad. Kalau lah dia tidak tahan ,mahu saja dibunuh Aizad.

" Kita akan buat perjanjian dengan mereka. Kalau nak budak ni selamat,pastikan rumahtangga thaqeef dan arissa runtuh. "

"Maksud kau, nak dorang bercerai baru nak lepaskan budak tu?"

Jasmine mengangguk sambil tersenyum manis. Aizad pula terkedu.

Dia merasakan yang Jasmine sudah tidak betul atau pun hampir gila.

Dan sedikit bodoh.

Apakah akan menjadi rancangan mereka?

.

.

.

" Comel betul budak ni. Kenapa eh bos kita nak budak ni?"

Soal penculik pertama yang sedang duduk disebelah Alisya masih tidur itu. Alisya diberi ubat tidur selepas ditangkap kerana kanak² itu bersikap agresif!

Habis di tendang² nya lelaki itu.

"Mana la aku tahu. Kalau aku tahu memang dah lama aku bagitau kau. " Jawab di penculik yang sedang memandu.

Kini mereka sudah masuk ke negeri Perlis dan akan berdepan dengan beberapa anggota polis  yang sedang menunggu di khemah UPP untuk menuju ke padang besar.

" Lid, kau sembunyikan budak tu. Depan sana ada UPP . Kang dorang nampak hangus kita. " Gelabah penculik pertama memberi tahu rakan nya.

" Eh nuar, nak sembunyi macam mana? Kereta ni mana ada ruang. Kau bukak bonet la aku seludup dia"

" Mana ada masa dah bodoh! Kau sembunyikan je la kat mana2. Cepat weh !"

Entah apa lelaki bernama lid itu buat yang pasti budak perempuan itu harus disembunyikan tanpa dihidu oleh pihak UPP.

" Assalamualaikum encik.." Nuar memberi salam berserta senyuman paling berseri abad ini.

"Waalaikumussalam, nak ke mana encik?" Soal pegawai UPP yang menahan mereka.

" Nak tuju padang besar sekejap. Hantar barang " tersengih lelaki itu, wajah cuak cuba disembunyikan.

" Boleh berhenti ditepi jalan? Untuk pemeriksaan "

Anuar menelan liur.

Adakah mereka sudah kantoi?

Tak tunggu lama, anuar terus memecut laju kenderaan mereka. Kalau mereka berhenti mereka akan ditahan dan ditangkap.

Tak rock la kalau kena tangkap!! Mereka gangster kot!!

Kereta dipecut selaju mungkin. Jalan pintas menghala ke kebun getah dilalui bila terdengar bunyi siren kenderaan polis.

" Yang engko lari kenapa Nuar?? Dah jadi satu hal kena kejar polis!"

"Habis kalau dia periksa tadi jumpa budak ni kau ingat kita ada masa untuk lari ke??"

" Betul jugak. Eh aku kena inform dekat bos ni."

Anuar tidak membalas sebalik nya dia memecut laju kenderaan.

Yang pasti mereka harus lolos dari kejaran pihak berkuasa.

.

.

.

Malam melabuhkan tirai, diruang tamu rumah semua yang ada di situ kelihatan suram.

Puan Aisyah menenangkan alya yang masih menyalahkan diri sendiri diatas kecuaian dia.

Manakala mak itu diam tidak berkata apa, pak rahim serta Eshal berulang kali menjenguk di pagar luar.

Eshal pula membatalkan segala hal yang penting untuk menjaga keluarga ini. Dia rasa ada sesuatu yang tidak kena.

Sementara itu arissa sabar menunggu berita dari encik suami nya tentang Alisya.

Dia berharap ada keajaiban dari thaqeef. Entah siapa punya kerja yang cuba menculik Alisya. Apa lah dosa kanak² berusia tiga tahun itu.

Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam, alya sudah terlena dalam dakapan puan Aisyah namun masih menangis.

" Rissa marah kan alya ke? " soal puan Aisyah sambil membelai kepala alya yang bertutup tudung.

" Buat apa rissa nak marah dia. Benda dah jadi, bukan salah dia sepenuhnya."

"Betul tu Aisyah, siapa la kita nak menghukum dia. " Sampuk mak Iti yang menatang dulang berisi air sejuk.

Sudah banyak minuman yang masuk ke dalam perut mereka malam ini. Sabar mereka menanti berita dari thaqeef.

Kelibat eshal masuk membawa telefon. Wajah cemas dan sedikit risau.

" Okey, thaqeef baru call tadi. Dorang dapat tangkap penculik tu tapi, salah sorang dari mereka terbunuh manakala seorang lagi tidak sedarkan diri "

Masing² terkejut dengan perkhabaran itu. Arissa mengucap panjang.

" Icha macam mana??!" Soal arissa kalut.

Dia berharap semoga Alisya tidak ada apa². Dan kembali ke pangkuan keluarga mereka dengan selamat.

Eshal jadi serba salah. Hendak memberitahu perkara sebenar atau pun merahsiakan dahulu.

" Jangan diam macam ni eshal!! Bagitahu laa, macam mana dengan Icha?!"

Eshal menghembuskan nafas yang sukar. Sukar untuk dia memberitahu perkara ini. Tetapi memandang semua orang sudah ada disini jadi elok la dia memberitahu.

" Kereta yang dipandu diorang terbabas dan melanggar pokok getah, diorang cuba lari dari pihak polis "

" Polis hanya jumpa dua suspek tu je, Icha tak ada dalam kereta tu. "

" Ya Allah Alisya " mak iti sudah menangis hiba. Pak rahim segera menenangkan isterinya.

Manakala puan Aisyah yang memangku alya kehilangan kata. Mujur saja alya tidak terjaga.

Sedangkan arissa sudah terduduk di sofa dengan beribu perasaan.

Sebak, sedih, kecewa, semua nya bercampur menjadi satu.

Tidak mungkin Alisya hilang ataupun-

" Takkan icha tak ada dalam tu ?" Soal arissa dengan nada hairan.

" Diorang dah cek dalam kereta, tak ada Icha cuma dorang jumpa kasut yang Icha pakai saja. "

Arissa menangis . Entah dimana anak kecil itu berada .

Jika tidak bersama penculik itu di manakah Alisya?

" Pakcik rahim, bawak mak iti balik rehat. Jangan risau pasal icha, nanti dorang jumpa dia. Mak bawak lya naik atas dan rehat sekali. "

Puan Aisyah mengangguk faham, segera di kejutkan alya yang masih mamai dan masuk ke bilik.

Arissa terduduk diam disofa. Airmatanya mengalir laju.

Eshal melihat kakak iparnya menangis. Dia sendiri terkejut dengan perkhabaran dari thaqeef.

Tidak menyangka Alisya boleh hilang.

"Rissa, kau pergi masuk rehat. Kau tu dah la mengandung, nanti jatuh sakit risau pulak qeef. "

"Alisya.. dia -"

" Insyaallah dia selamat. Pihak bomba dengan polis tengah cari dia. Kita doakan yang terbaik. Kau pergi berehat dulu. Nanti ada apa² aku bagitahu kau."

Arissa hanya akur, dengan kudrat yang ada dia berdiri sebelum melangkah ke arah bilik.

Tinggallah susuk tubuh Eshal yang agak serabut. Telefon ditangan dilihat sebelum airmata dia jatuh setitik demi setitik.

Gambar wallpaper berlatarkan dia dan Alisya sedang tersenyum riang.

Dia hanya berharap anak kecil itu selamat dan kembali semula ke pangkuan mereka sekeluarga.

" Papa sayang 8cha, tolong laa balik dengan selamat sayang !"






















Assalamualaikum.

Maaf andai ada terkurang dan typo merata.

Kalau yang perasan dari bab sebelum arissa berkahwin saya ada masukkan babak yang thaqeef berjumpa rakan sekerja nya yang bernama Nadim.

Dan disitu korang dah boleh agak dia kerja apa😁 tapi takpe. Tak kisah pon saja je nak bagitahu hehehehe

A : sis orang Perlis dan sis suka makan tomyam seafood😋

Q: setakat ni korang faham tak jalan cerita CINTA XXL?

Terima kasih vote Dan baca 🥰

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro