19 : Thaqeef Mengidam??
" Mummy, kita nak pergi mana ni?"
Soalan Alisya kedengaran dalam kereta itu. Arissa memandang thaqeef yang sedang memandu.
Sejujurnya dia pun tidak tahu ke mana lelaki itu mahu membawa mereka. Apabila ditanya thaqeef hanya menjawab.
" Kita pergi syurga"
Amboii ayat kemain dia.
" Entah lah sayang, mummy pon tak tahu. tanya daddy la."
Alisya yang berada di tempat duduk belakang menghampiri daddy nya.
Anak kecil itu segak berbaju blouse paras lutut berwarna biru muda dengan toncang di ikat dua.
" Daddy, where we're go?" Soal Alisya lagi.
Pipi daddy nya diusap sebelum dia memeluk lengan thaqeef yang kebetulan sedang berada di gear.
" Daddy nak bawak icha jalan². Kan icha kata nak pergi pantai" jawapan thaqeef membuatkan arissa tersenyum.
Mengada je nak ke syurga bagai. Suami siapa la ni.
" Oh really? Wahh mummy, daddy nak bawak kita pergi pantai! I love it so much." Ucap Alisya dengan riang nya.
Mata bulat membesar dengan sinarnya. Tangan ditepuk tanda gembira.
Sekarang alisya dah pandai nak bercakap English, jadi mereka hanya melayan sahaja.
" Banyak mana icha sayang daddy dan mummy?" Soal thaqeef bila melihat keterujaan anak dara nya yang seorang itu.
" Banyak ni. " Alisya mendepakan tangan nya menunjukkan betapa banyaknya dia sayangkan mummy dan daddy nya.
Pipi thaqeef dan arissa menjadi singgahan bibir comel alisya.
" Icha love mummy and daddy so much !!"
Arissa tersenyum dan membalas kucupan di dahi alisya. Sungguh pun bukan anak kandung nya, tetapi Alisya adalah anak yang baik dan menurut perintah.
Atas didikan thaqeef yang menjaga dari berumur bayi sehingga memasuki 3 tahun, alisya menjadi seorang yang penyayang dan baik walaupun sekecil ini.
"So sweet anak daddy ni. Daddy love you too and mommy to be " tangan kanan arissa menerima kucupan bibir thaqeef.
Perut arissa yang sedikit menampakkan baby bump diusap. Melihat daddy nya mengusap perut arissa, anak kecil itu turut mengusap sama perut comel itu.
" Mummy, bila baby nak keluar? Icha dah tak sabar nak play together with him !! "
" Icha kena tunggu lagi beberapa bulan, dan lepas ni baby keluar icha boleh main dengan dorang." Jawab arissa sambil mengelus pipi gebu alisya.
Dah makin berisi anak dara nya ini. Tetapi masih cantik dan comel.
Siapa la yang tergamak buang anak kecil ini? Mujur ada thaqeef yang terjumpa dan sudi menjaga.
" Suka tak nak main dengan dorang?"
"SUKA SANGAT MUMMY!!"
Thaqeef mahupun arissa hanya ketawa. Bahagia nya mereka saat ini.
Dan biarlah kebahagiaan ini kekal selamanya.
"Abang.."
" Ya sayang, kenapa? Rasa nak muntah ke? Pening ke?" Soal thaqeef sedikit risau.
Kenderaan diperlahankan sedikit, melihat wajah arissa yang sedikit pucat membuat kan hati nya gundah.
Alisya sudah kembali melukis dibelakang dengan peralatannya.
Melihat minat Alisya dalam seni, bilik alisya sekarang sudah dibesarkan dan mempunyai ruang untuk dia melukis dan menghabiskan masa disitu.
Banyak gambar² berkaitan dengan baju yang direka mengikut
" Tak abang. " Arissa ketawa kecil melihat tingkah suaminya yang sedikit kelam kabut.
"Dah tu kenapa? Sayang okey tak ni? Kalau rasa nak muntah bagitahu abang. Kita stop kejap." Tangan arissa yang berada dalam genggaman nya di genggam erat.
" Kita nak ke mana ni sebenarnya?" Soal arissa, tahu la nak ke pantai. Tapi pantai tu dimana?
Tambahan lagi melihat kereta thaqeef sudah berada di atas highway hendak menuju ke luar negeri.
" Kita pergi pulau pinang. Dalam dua tiga jam lagi sampai la. Sayang boleh tahan tak?"
Arissa mengangguk sambil tersenyum. Melihat senyuman arissa ,thaqeef juga turut tersenyum lega.
" Boleh. Abang jangan risau la. "
" Mana boleh tak risau, isteri abang ni kan pregnant. "
Arissa sekadar tersenyum. Melihat thaqeef yang sedikit risau membuat kan hati nya bertambah sayang.
Tepat dua jam di sana, thaqeef membawa alisya kepada eshal dan alya. Turut ada disitu mak iti bersama suaminya, pakcik rahim.
" Lya datang sini mak tahu tak?" Alya mengangguk tersengih.
Gila tak bagitahu. Nanti lagi banyak dibebelkan oleh ibu mereka.
" Kenapa tak cakap nak datang sekali? " Soalan arissa bagaikan angin lalu.
Siapa pon tidak berani jawab, sebaliknya mata mereka melurut ke arah thaqeef yang sudah siap berurusan dengan pihak hotel.
" Bilik Lya dengan alisya sekali, mak iti dan pakcik rahim dan ni kau punya Eshal. " Tiga kad akses untuk masuk ke bilik masing2 bertukar tangan.
Masing² sudah membawa diri ke arah bilik hendak dituju. Thaqeef sibuk menarik beg roda. Manakala alisya sudah hilang bersama alya.
Tangan arissa ditarik bila wanita itu tidak bergerak. Penat sangat kah isteri?
"Sayang?"
"Ha?"
" Menung kan apa? Sayang letih ke? Jom kita rehat "
Arissa menurut sahaja. Tetapi masih dalam keadaan keliru dan bingung. Macam kena pukau pon ada 😂
Kena pukau dengan siapa?
EID THAQEEF .
Sampai dibilik mereka, arissa melabuhkan duduk di katil yang dihias cantik bagaikan orang berbulan madu.
Thaqeef siap menyimpan segala baju² mereka. Mereka bercuti atas nasihat ibu mentua nya yang mahu arissa merehatkan minda nya.
Arissa nampak sahaja kuat. Tetapi dalam hati siapa saja yang tahu. Wanita itu banyak terasa hati dengan kata² orang sekeliling.
Terasa bahunya diurut thaqeef, laju arissa menoleh dan senyuman tenang suami nya membuat kan dia selesa.
"Penat?" Soal thaqeef.
Tangan setia mengurut bahu dan sesekali dia menyentuh leher arissa yang masih berlapikkan tudung.
" Sikit la. Mehh sini rissa urut abang"
" Tak pe. Abang bukan penat sangat" thaqeef mencipta alasan.
Bukan dia tak penat, penat tu ada tapi melihat keadaan rissa yang mengandung anak mereka, hilang segala penat yang ditanggung.
" Rissa tahu abang penat, drive jauh². Sini la rissa urutkan.. "
Thaqeef hanya menurut. Badan thaqeef diurut sehingga lelaki itu tertidur kerana keletihan memandu.
Arissa membiarkan suaminya tidur, dia berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri.
Sempat perut diusap, buat masa ini dia tidak ada alahan yang teruk cuma berasa sakit pinggang dan lenguh kaki sahaja.
Dan dia berharap kandungan nya baik² sahaja.
.
.
.
Aizad duduk dengan keadaan gelisah. Sakit hati dia melihat pasangan bahagia itu bercuti di sebuah pulau. Mujur sahaja dia cepat mengekori pasangan itu.
Wanita yang berada disebelah nya ini sekadar mendiamkan diri. Apa yang dia tahu, Wanita ini punya perancangan yang lebih baik untuk menjalankan misi mereka yang tergendala.
" Aku nak kau tarik perhatian lelaki tu. Buat dia jauh dari arissa" ujar Aizad bila keadaan tenang.
Mata asyik memerhati ke arah hotel yang menjadi tempat singgah pasangan itu.
"Lepas tu kau nak buat apa dengan perempuan gemuk tu?"
" Adalah urusan aku! Kenapa kau sibuk nak tahu pulak?!"
Wanita itu sekadar tersenyum sinis. Gelabah dan kelam kabut sahaja lelaki itu.
" Memang bukan urusan aku. Tapi bila kau bersetuju untuk pisahkan dorang, Maksudnya urusan tu urusan aku juga. "
" Kita tukar plan. Kau kena culik budak kecik tu dulu."
Aizad termangu seketika. Kenapa perlu kaitkan budak kecik itu dengan wanita kesayangannya?
" Aku nak arissa, bukan budak tu. Kau faham kan??"
" Berapa kali aku ingatkan kau. Lelaki tu bahaya. Sekelip mata je dia boleh buat kau jatuh dan meringkuk dalam penjara. Kau nak sangat ke hidup dalam tempat tu ??!"
Dan kini terjadi perbalahan dua manusia itu. Tanpa sedar mereka berdua sedang diperhatikan oleh seseorang.
Seseorang yang bakal menjatuhkan mereka juga.
.
.
.
Thaqeef tersedar dari tidur yang tak berapa nak panjang. Gara² sedar yang si isteri tiada disisi.
Dia bangun dengan kelam kabut, pintu bilik air dibuka, kelibat arissa tiada didalam.
Keluar dari bilik itu ruang tamu yang berdekatan pintu masuk bilik mereka dituju.
Dia melepaskan nafas lega. Sungguh dia risaukan keselamatan isterinya. Dan percutian ini juga dia rasa tidak selamat, tetapi memandangkan dia sudah berjanji dengan alisya dia terpaksa teruskan.
Bukan tak tahu Alisya kalau sudah merajuk. Kalah arissa dibuatnya.
" Sayang ?"
Arissa yang sedang mengunyah kacang kuda menoleh ke arah thaqeef. Seketika berkerut dahi arissa melihat thaqeef yang macam baru lepas marathon.
Rambut berserabai, butang kemeja terbuka dan wajah yang sedikit risau.
Thaqeef melabuhkan duduk disebelah arissa. Wajah tidak bersalah arissa dipandang penuh sayang.
Jujur dia katakan, dia lah lelaki paling beruntung dapatkan arissa. Wanita bertubuh xxl itu berjaya buatkan hati nya berdegup kencang.
Tidak kira waktu.
Tidak kira tempat.
Dan dia bahagia bila wanita itu berjaya dimiliki. Bangga dan sedikit riak 😂
" Abang okey ke ni? Kenapa tidur sekejap je?" Tangan arissa naik mengusap pipi sang suami.
Thaqeef menarik wajah masam.
Manja time's !!
" Sayang lupa ke??!"
" Lupa apa ?" Arissa garu kepala. Tiberr encik suami tanya soalan gini.
" Bantal peluk abang takde. " Muncung thaqeef sedepa. Amboii dah boleh sangkut baju nihh.
" Bantal peluk ? Abang tak suruh rissa bawak pon ?"
Thaqeef tarik lengan baju arissa. Lepas itu dipintal sikit² hujung lengan baju itu sebelum bibir dimuncungkan.
Arissa terkedu. Kenapa thaqeef nampak lain macam hari ni?
Eh buka hari ini, tetapi saat ini. Kenapa lelaki ini nampak lain macam?
" Abang.. err okey ke?"
Risau jugak bila tengok keadaan thaqeef yang sedikit manja?
" Abang tak okey. Bantal peluk abang tak de!"
" Bantal peluk abang tu pegi mana sampai muncung kalah itik ni" usik arissa bila melihat thaqeef dengan muncung nya itu.
" Tengah sedap makan kacang sambil layan Didi & Friends. " Bebel thaqeef dengan wajah masam.
Arissa tidak dapat menahan ketawa. Maka terletus tawa nya dek melihat thaqeef.
" Tengok tu, ketawakan orang pulak. Abang merajuk kang, sayang tidur sorang² malam ni"
Wehh main ugut pulak laki arissa ini. Eee anak siapa ni?
Kutip jap !
Arissa mendepakan tangan nya dan memeluk tubuh thaqeef.
" Abang tak kesian ke rissa tidur sorang² ?" Soal arissa dengan wajah yang cuba dicomelkan.
"Kesian. Tapi rissa tak kesian kat abang ke tinggal abang sorang² dalam bilik tadi?"
" Abang tidurkan tadi. Rissa tak nak ganggu abang. Mana ada rissa tinggal abang pun. Elok je ni ha tengah makan kacang. " Tersengih arissa bila thaqeef mencubit pipi nya.
" Mana dapat kacang ni?"
Dua biji kacang kuda disumbat masuk dalam mulut thaqeef. Tangan masih setia memeluk sang isteri.
" Ada orang bagi tadi." Membulat mata thaqeef mendengar kata² arissa.
" Siapa bagi? Bila dia bagi? Lelaki ke perempuan? Dia ada buat apa² tak dekat sayang??"
Arissa menggeleng laju. Apasal kelam kabut sangat ni.
" Rissa gurau je abang. Ni kan rissa bawa bekal dari rumah. "
" Rissa ni suka buat jantung abang tak stabil tau. Nak kena denda ni "
Pipi arissa menjadi tempat singgah bibir thaqeef.
" Abang sayang rissa, abang risau rissa akan tinggalkan abang satu hari nanti. "
" Selagi hayat dikandung badan , selagi Allah izinkan arissa jadi milik abang, rissa akan setia bersama abang. Sampai hujung nyawa "
Thaqeef tersenyum. Dalam masa yang sama dia rasa terharu. Entah kenapa dia menjadi manja hari ini.
" Sayang "
Arissa merenung dalam mata suaminya. Mesti ada sesuatu!
" Abang teringin nak makan buah Harumanis laa yang " mata dikelip kelipkan.
Berharap agar arissa memahami keinginan nya yang satu itu.
Manakala arissa sudah garu kepala. Mana nak cari buah yang dimaksudkan suaminya itu.
" Buah apa tu abang? Boleh makan ke?"
" Buah mangga. Tapi Harumanis ni buah mangga yang paling sedap dari mangga yang lain."
Arissa diam seketika.
" Dekat mana nak cari Harumanis tu? "
" Tak tahu. Sayang carikan la. Abang teringin ni. Slurpp.."
Haaa kau, sekali air liur ditelan. Thaqeef mula membayangkan andai dia dapat makan buah Harumanis itu
Nikmat nya !
Dalam fikiran arissa sudah terbayang macam². Macam mana nak cari buah Harumanis itu, macam mana nak hadap perangai laki dia kalau buah tu takda.
Haa macam mana?
Telefon bimbit arissa berbunyi. Panggilan dari rakan semasa dia kursus diperlis dulu.
" Hello assalamualaikum qira "
"Waalaikumussalam halluu rissa! Sihat dak hang? Lama nohh tak contact² nih. Lupa aku ka apa nih??"
Arissa ketawa. Ain Faqirra ni tak pernah la tak riuh kalau bercakap. Rindu pulak dia dengan gadis itu.
" Sihat alhamdulillah. Busy dengan hal rumahtangga, biasa la. Hang sihat tak ?"
Thaqeef sekadar memasang telinga. Tetapi dekat jugak lah telinga dia dengan telefon arissa tu
Bukan main encik suami ni.
Isyarat mulut dibuat. Thaqeef suruh bukak loudspeaker. Senang nak dengar isteri dia membawang apa dengan budak tu.
" Lebih dari sihat kita ni. Dakk aku call hang ni nak jemput makan kenduri dirumah aku lusa. Lama dah nak call habaq dekat hang, tapi aku lupa. Kalut dengan persiapan kenduri ni sama "
Thaqeef mengangguk seolah dia pula yang bercakap dengan rakan arissa.
" Hang nak kahwin ke ?!" Teruja arissa menyoal.
" Hala nak kahwin. Tu aku jemput hang. Kalau hang mai lusa aku boleh bagi stok buah pelam Harumanis ni. Dok teringat nak post bagi kat hang, tapi yalah. Aku kan pelupa teruk HAHAHA "
Dengar saja Harumanis disebut terus bersinar sinar mata thaqeef.
Sempat dia menelan air liur dengan nikmat. Arissa yang melihat sekadar mampu memandang.
Teruk sangat dah suami aku mengidam ni. Kalah dia yang mengandung.
" Lagi pun sekarang ni dekat kampung aku musim Harumanis. Kalau nak rasa hang kena mai tauu !"
Thaqeef mengangguk laju.
" Sekarang jugak kami pi nohh !" Ujar thaqeef sebelum bangun dan masuk ke bilik tidur.
Arissa termangu seketika. Sebelum dia melepaskan tawa.
Macam² perangai orang mengidam ni. Bukan beshe².
Hi 😊
Maafkan sis sebab lambat update.
Sis busy kerja 😅 busy macam² dah kalah menteri pulak.
Harap bab terbaru ni tak mengecewakan anda² semua.
Teaser kisah Anak² Thaqeef Dan Arissa
(Belum ada tajuk , nanti saya pikir apa tajuk yang sesuai 🤣)
" Kau berambus !! Jangan nak jejak kaki dekat rumah ni lagi. Lantak la mana kau nak merempat pun! kau dengan mak kau sama je. Dua² menyusahkan hidup mak aku!" Jerit puteri ayda puas.
Alisya mengesat airmata nya. Tergamak ibu tirinya menghalau dia. Sedangkan rumah ini milik puan asmah dan encik asmadi.
" Tentang abah kau, pandai2 la aku nak jaga. Aku bagi amaran ya, Jangan sesekali kau jenguk abah kau disana. kalau aku tahu kau jumpa abah kau, kedai bunga kau tu nanti aku bakar !!" Ugut puan amelia.
.......
" Biasa la, akil kan hensem itu dorang kejar. "
"Tapi kan kak hensem lagi abang Aakif.
Betul tak akak?"
Alisya kematian kata. Sebut saja nama lelaki itu jantung nya berdetak laju.
Lelaki yang dingin. Hanya dingin dengan alisya sahaja.
Sedangkan dengan ahli keluarga lain elok sahaja lelaki itu bersenda gurau.
Mungkin kerana dia hanya anak angkat keluarga ini, jadi lelaki itu tidak mahu menganggap dia sebagai ahli keluarga mereka.
Tak mengapa la.
Biar dia begini, sekurang-kurangnya dia sedar di mana dia berpijak sekarang.
...
Baru sahaja alisya hendak baring ,pintu bilik diketuk seseorang.
Jam dinding dilihat, sudah pukul 12.30 malam. Siapa la yang berani datang ke teratak bilik nya ?
Ewahh ichaa, tiberhhhh!
Dengan malas dia menuju ke pintu , dibuka saja sudah terserlah susuk tubuh Aakif dengan wajah beku dimuka pintu.
Aakif dengan pintu dua² takda beza, beku !
"Ehh Aakif! kenapa?" Soal Alisya sedikit hairan.
Jarang la Aakif nak ketuk pintu biliknya. Selalu yang rajin sangat ketuk pintu bilik dia ni hanya Aariz dan Akil.
Lepas ketuk tu terus ajak teman buat assignment. Entah apa² je perangai akil.
Kalau Aariz jejaka itu akan suruh dia buat kopi hitam. Hanya Alisya sahaja yang pandai buat kopi hitam.
" Turun "
ujar Aakif sebelum turun ke bawah dengan membawa wajah bekunya.
Sombong² nak ke mana hah?
Alisya menjulingkan mata ke atas. Geram dengan Aakif yang sangat beku dengan nya. Sepatah je dia cakap.
"Turun!" Ejek alisya geram.
Baik takyah cakap, tulis mesej je senang. Takda la nak sakit hati sangat.
📍Dah bersedia tak? Settle edit story ni saya sambung cerita anak² thaqeef dengan arissa ✌️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro