Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

18 : Thaqeef Menghilang








Arissa mengeluh perlahan, perutnya diusap sambil sesekali melihat ke arah kolam ikan dihalaman rumah banglo milik thaqeef.

Sudah seminggu sejak kejadian dihospital dia bergaduh dengan thaqeef.

Dan lelaki itu terus hilang sampailah sekarang batang hidung pun tidak kelihatan.

Seminggu hidup nya tanpa lelaki itu.

" Rissa "

arissa menoleh sebelum sebuah senyuman terukir.

Puan Aisyah datang bersama dulang ditangan. Ada dua cawan berisi air susu dan cucur udang.

" susahkan mak je buat semua ni. "

"Apa yang susah nya, sekarang kan semua benda main campak² je. Beli yang dalam paket tu balik bancuh je. Tak susah pun. Minum susu tu, nanti baby kuat macam ibu dia " terang puan Aisyah panjang lebar.

Bukan dia tidak tahu akan perangai arissa yang kembali diam selepas keluar dari hospital.

Menantunya pulak sekadar menitipkan pesanan untuk menjaga arissa seketika dia ada urusan lain.

Wajah bersih arissa dipandang dalam. Entah apa yang difikiran si anaknya itu. Selera arissa juga berkurangan dan sekadar minum susu dan roti sahaja bila lapar.

" Rissa, makan la sikit. "

" Rissa tak lapar mak " Arissa menunduk. Tangan kembali mengusap perut nya.

'mommy sayang anak mommy, membesar dengan cepat sayang ' bisik hati kecil nya.

" Rissa tak lapar. Tapi baby tu lapar. Makan sikit. Tengahari tadi tak jamah pun nasi. Banyak lauk mak masak, semua kegemaran rissa. "

Arissa hanya memandang puan Aisyah. Jujur dia rindukan suaminya. Ke mana hilangnya encik suami? Sudah seminggu tidak bersua muka.

"Mak, Qeef benci rissa ke? Dia tak suka baby ni ke? Kalau dia tak suka kenapa dia sentuh rissa mak?" Soal Arissa tanpa perasaan.

Didalam fikirannya sekarang ini hanyalah penuh tentang thaqeef dan baby dalam perutnya.

Betul kah thaqeef rasa terbeban dengan bayi yang dikandungnya?

Atau lelaki itu tidak mahu mempunyai anak dengan dirinya?

" Atau perkahwinan kami ni sebenarnya satu kesilapan?" Soal arissa perlahan. Airmatanya kembali mengalir di pipi.

"Astagfirullahhalazim rissa! Apa cakap macam tu ?? Sedar tak yang rissa sedang buka aib suami rissa? Apa yang buat rissa fikirkan sampai macam tu?"

Arissa diam. Wajah nya kosong. Disapu air mata yang mengalir.

" Dia tak perlukan rissa mak. Hakikatnya dia yang tinggal kan rissa lepas dapat tahu rissa mengandung. Dia tahu rissa mengandung kenapa dia yang tak bagitahu rissa?? Kenapa mak? Dia memang tak nak bayi ni pun !"

Ya, thaqeef yang tidak mahu bayi ni. Dia perlu lakukan sesuatu.

" Rissa, kau tak boleh cakap macam tu dekat thaqeef"

Puan Aisyah menoleh. Susuk tubuh Eshal datang ke arah mereka. Jejaka itu sekadar berdiri dengan tangan memeluk tubuh.

Arissa menggeleng perlahan. Apa saja yang mereka tahu?? Sudah terang lagi bersuluh lelaki itu meninggalkan dia tanpa pesanan.

Mungkin kerana dia marah akan lelaki itu. Tapi bukan salahnya!

" Qeef ada sebab kenapa dia tak bagitahu pada kau. "

" Dia ada kerja yang terikat dengan keselamatan kau. Bila dia dapat tahu kau mengandung, dia sendiri buntu. Dalam masa yang sama dia gembira. Aku boleh nampak wajah teruja dia. "

Arissa diam. Dalam hati memikirkan sesuatu.

" Dia sayang kau, tak kan bayi kau dia tak terima? Itu kan darah daging dia sendiri. Anak pertama korang. "

"Entah la. Rissa tak nak fikir. Rissa masuk dulu, terima kasih mak buatkan susu untuk rissa. "

Arissa melangkah pergi. Macam² bermain dalam fikiran nya saat ini.

Puan Aisyah hanya mampu memandang pemergian arissa.

Eshal melabuhkan duduk ditempat yang diduduki arissa tadi.

" Mak tak rasa yang rissa boleh bertahan. Dia rindukan thaqeef. " Ujar puan Aisyah sambil memandang ke arah eshal.

" Thaqeef masih ada kerja mak, Nanti dia balik dan dia sendiri akan jelaskan pada arissa semua ni. "

Puan Aisyah hanya mampu berdiam. Dia bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Eshal.

Biar thaqeef sendiri yang selesaikan semua ini.

.

.

.

"Buat apa tu ?"

"Oittmakhangkualiterbang!"

Dek sergahan dari Eshal yang tak berapa nak kuat tetapi mampu mengejutkan seseorang itu, membuatkan Alya yang sedang mengelamun melatah tanpa sengaja.

" Abang ni ! Terkejut Lya tau tak. Apa main sergah² macam ni " bebel alya sambil menjeling tajam pada Eshal yang sudah melabuhkan punggung disebelah nya.

Eshal sekadar ketawa kecil. Anak matanya jatuh pada buku² nota Alya.

"Study pun boleh lagi eh berangan? Fikirkan siapa baby?" Soal eshal sambil merenung Alya.

Dengan gadis ini mata nya tidak mampu beralih. Ada aura yang mampu buat mata dia menetap di wajah gadis itu.

Yang pasti bukan aura yang ke 19 yang viral pada zaman dulu² itu.

" Ish abang ni. Jangan nak baby² sini. Nanti mak dengar apa pulak dia fikir."

"Ehh biar la dengar. Abang okey je. Baby study macam mana? Okey ke atau ke laut?"

Alya mencebik.

Susah bercakap dengan manusia bijak pandai ni. Ada je benda nak dijadikan bahan usikan.

" Okey je abang. Ermm, boleh lya tanya sikit tak?"

" Banyak pon takpe."

" Macam mana kita nak tahu lelaki ikhlas nak berkawan dengan kita?"

Soalan dari Alya membuatkan Eshal sentap.

Kejap. Kenapa mesti sentap? Adakah alya sedang mengenali hati budi seseorang?

" Siapa yang nak berkawan dengan baby ni? Lelaki mana ? Siapa? Budak sekolah tu ke? Atau rakan sekelas baby?"

" Abang melalut apa ni? Lya tanya sikit je. Lya nak jawapan, bukan pertanyaan balik." Jawab Alya dengan wajah masam.

Eshal masih lagi merenung tajam ke arah Alya. Masih memikirkan soalan alya itu.

" Tak payah nak tahu lelaki ikhlas nak berkawan macam mana. Lelaki ni, sebelum dapat dia memang beria kejar, nanti dah dapat baby jugak yang terabai ! "

" Lagipun baby masih sekolah. Tahun ni nak exam. Fokus je dekat pelajaran, tak payah gatal² nak bercinta semua tu. Abang tak suka."

" Jangan tidur lewat, esok sekolah."

Usai itu eshal terus bangun dan melangkah pergi meninggalkan Alya seorang diri di ruang tamu.

Manakala alya terkebil kebil dengan tingkahlaku eshal.

Dah kenapa?

.

.

.

Arissa yang sedang di ulit mimpi dikejutkan dengan susuk tangan seseorang sedang melingkar dipinggangnya.

Mata yang mengantuk dipaksa untuk terbuka.

Sudah seminggu dia tidur berseorangan, jadi tangan siapa yang sesat dipinggang nya?

Elok pulak mendarat diperut nya.
Lama dia memerhati tangan itu sebelum mengalih ke belakang untuk melihat.

Wajah yang dirinduinya itu menyapa pandangan mata. lelaki itu tidur nyenyak dengan dengkuran halus.

Arissa membelai wajah lelaki itu. Sungguh dia rindukan suaminya. Seminggu tanpa mendengar suara dan menyapa wajah, dia boleh jadi gila.

"Sayang " tangan arissa yang bermain diwajah thaqeef disentuh.

Dibawa tangan itu masuk dalam genggaman nya. Arissa sudah berair matanya.

Ya. Dia rindukan thaqeef. Rindukan suaminya!

" Abang tinggal saya, abang dah tak sa-" terus tubuh arissa dipeluk erat. Sebak bila arissa menutur kata² itu.

" Abang minta maaf. Abang tak tinggal sayang. Jangan menangis, abang dah balik. "

Arissa masih setia menangis dalam dakapan thaqeef. Tersendu sendiri dengan kerinduan terhadap sang suami.

Lama keadaan mereka begitu sebelum tangisan arissa rehda. Thaqeef sabar menunggu sehingga arissa betul² okey semula.

Arissa mendongak melihat wajah thaqeef. Sedikit luka ditepi bibir lelaki itu. Dan wajah thaqeef juga sedikit pucat, tetapi tidak mencacatkan raut wajah kacak nya.

" Abang pergi mana?abang bergaduh ke? Kenapa bibir luka?  Abang marahkan rissa ke?" Soal arissa bila keadaan sunyi.

Thaqeef mengerling jam di dinding, pukul 2.30 pagi.

Pulang dari tugasan penting disabah, dia terus balik ke rumah apabila Eshal memberitahu bahawa arissa bagaikan tidak terurus. Asyik termenung dan tidak mahu makan.

Tangan arissa yang digenggam erat dibawa ke bibir dan dikucup penuh kasih. Masing² tersandar di birai katil dengan arissa berada dalam pelukan thaqeef.

" Abang tak pernah marahkan sayang. Atas apa yang terjadi di hospital tu, bukan salah sayang. Masa tu salah faham dan abang tak ambil hati pun. "

Arissa diam.

Thaqeef mengucup dahi arissa bagi memberitahu bahawa dia sentiasa sayangkan isterinya.

" Abang bersyukur sangat sayang mengandung kan anak abang, anak kita. Zuriat yang selama ini abang nantikan bersama sayang. Terima kasih"

Arissa mengangguk perlahan. Jujur dia tenang dengan penjelasan suaminya. Nak2 lagi berada dalam dakapan thaqeef.

" Tapi abang pergi mana seminggu ni? Tak call rissa, tak pujuk rissa. Abang buat rissa tertunggu kan abang. "

" Abang kerja sayang. "  Ujar thaqeef bersama senyuman nya.

Arissa bangun membetulkan duduknya, tidak lagi berada dalam pelukan sang suami.

" Kerja apa sampai seminggu?" Soalan yang diberi berserta dengan sedikit nada curiga.

" Ke abang kahwin lain? Simpan bini nombor dua abang kat luar?" Arissa mula memeluk tubuh. Direnung wajah thaqeef seperti mahu menelan.

" Astagfirullahalazim yang. Mana ada la. Sayang seorang pun dah cukup pada abang. Buat apa nak tambah lagi? "

" Mana la tahu. Abang dah hilang selera nak hadap -"

Arissa kematian kata apabila bibir thaqeef berlabuh dibibirnya tanpa isyarat. Terkaku dia dengan mata terkebil kebil.

Thaqeef menghembuskan nafas perlahan.

" Abang tak nak isteri abang berdosa sebab buat suaminya terasa hati."

Arissa menunduk malu. Segan sedih dan sebagainya bercampur menjadi satu.

" Sayang nak tahu abang kerja apa?" Soal thaqeef mula mengubah topik. Tidak mahu isterinya terbawa dengan perasaan, tambahan lagi arissa sedang dalam keadaan mengandung.

Emosi tidak stabil.

" Kalau orang buat jahat dengan siapa Dorang kena berhadapan?"

Soalan thaqeef buat arissa rasa nak ketawa. Soalan apa la suaminya bagi ni.

" Polis?"

Thaqeef mengangguk kepala. Merenung ke wajah isterinya yang masih lagi blur.

" Jangan cakap yang abang ..."

Arissa menekup mulut dengan dua belah tangan.

" Abang polis ke??!" Dengan matanya membulat besar, wajah arissa membuatkan thaqeef tergelak kecil.

Comel betul. Bini sapa ni woii ??
Mai kutip sat 😂

" Tak la. Abang keja kerani je..aduh yang, sakit !" Haaa mendapat thaqeef dengan cubitan ketam arissa.

Beria ria arissa teruja sampai nak terkeluar biji mata nya. Last² kena tipu.

Ceihhh !

" Abang mainkan saya. Benci lah gini ! Tanak kawan abang" jelingan diberi buat suaminya.

Thaqeef galak ketawakan arissa. Comel tahap yang tak boleh bawak bincang.

Shoo kiutt !

" Okey², abang bagitahu sikit. Sayang google sendiri okey?"

" Bagitahu terus tak boleh ke?"

" Abang nak mandi ni, melekit. Balik kerja terus terkam isteri comel abang ni, ingat boleh tidur. Sekali sayang pulak terjaga haa begini lah kita sekarang "

Arissa tersenyum sebelum menggelengkan kepalanya.

Ada² je jawapan encik suami ni. Nasib baik sayang !

Thaqeef berikan telefon kepunyaan nya kepada arissa. Siap dibukakan aplikasi google. Ditaip sesuatu dan kemudian telefon diberi pada arissa.

" Dan sayang akan jumpa pekerjaan abang kat situ. Good luck "

Dahi arissa dikucup lama sebelum bangun ke bilik air untuk mandi.

Arissa sekadar melihat pemergian suaminya masuk ke bilik air sebelum dia menekan huruf² yang disebutkan oleh suaminya tadi.

Tidak sampai 5 minit, arissa termangu sendiri.

Serius lah ini pekerjaan suaminya???!

.

.

.

Thaqeef hanya menjadi pemerhati. Arissa bagaikan orang tidak makan setahun. Dua set burger kfc sudah selamat mendarat masuk ke dalam perutnya.

Kini ada satu set dinner plate yang sedang menunggu giliran untuk masuk ke dalam perut arissa.

Usai membersihkan diri tadi, arissa membuat permintaan mahu makan burger KFC.

Jam tangan dilihat, pukul 4 pagi mereka berada di KFC 24jam yang berada berhampiran rumah mereka.

" Sayang, air tu jangan minum. Gas dia kuat, tak elok untuk baby. " Thaqeef menghulurkan sebotol air mineral yang dibeli nya tadi.

Mahal pun mahal la, janji isterinya tidak minum air bergas itu.

" Kenyang dah abang, terima kasih belanja rissa " ujar Arissa dengan senyuman manisnya.

Thaqeef sekadar membalas dengan anggukan. Tangan arissa digenggam kemas dan mereka keluar dari KFC menuju ke kereta yang diparkir berhampiran.

" Sekarang kita balik tidur. Sayang ada nak makan apa² lagi tak?"

Arissa sekadar menggeleng kan kepala.

"Nak makan abang boleh?" Soal arissa dengan riak nakalnya.

Terangkat kening thaqeef mendengar usikan dari arissa.

Wahh dah pandai mengusik encik suami.

" Betul ke ni isteri abang?" Soal thaqeef dengan wajah keliru.

Ah sudah. Arissa mula menggelabah. Dah kenapa encik suami tanya macam tu?

" Betul la rissa ni. Abang kenapa?"

" Gatal dia lagi harok dari abang, manja !" Usik thaqeef sambil menghadiahkan cubitan pada pipi tembam arissa.

Rasakan cubitan suami muu sayang !

" Eee abang nii" masam wajah arissa dengan usikan thaqeef.

Dalam hati dia bersyukur kerana hubungan mereka kembali baik semula.

Dan tentang pekerjaan suaminya itu, dia sudah jelas dan faham mengapa lelaki itu menghilang kan diri seketika

Kerana pekerjaan lelaki itu sangat terikat akan keselamatan dia dan keluarga nya.

"Hey, sampai mana dah tu?" Dagu arissa di kuis manja oleh thaqeef.

Sedar yang arissa mengelamun seperti memikirkan sesuatu. Tangan arissa dikucup penuh kasih sebelum mengusap perut arissa yang sudah berisi anak nya.

" Daddy sayang mommy, daddy sayang baby. Jangan nakal² dalam tummy mommy. Kesian mommy tak boleh manja² dengan daddy "

Awal nya arissa tersenyum senang dengan ayat thaqeef namun diakhir ayat suaminya itu arissa menghadiahkan jelingan buat thaqeef.

Dia yang mengada, aku pulak kena.

Suami siapa ni? Tolong kutip jap 😂

.

.

.

Aizad diam. Sudah lama dia mengikut pasangan itu. Seminggu arissa menjadi bahan intipan nya.

Mencari cara untuk menculik wanita pujaan hatinya itu. Lebih lagi bila thaqeef tiada bersama nya.

Lagi mudah untuk Aizad buat kerja. Tapi lain pulak hari ini, kelibat pasangan bahagia itu membuatkan hati aizad sakit.

Benci melihat arissa tersenyum bahagia dalam pelukan lelaki itu.

Dan seharusnya dia yang boleh buat arissa bahagia sebegitu, bukan thaqeef!

Buntu, namun dia harus mencari cara. Wanita itu akan menjadi miliknya kembali!!

"Kau tunggu aku sayang. Aku akan ambil kau satu hari nanti. "

Desis hati kecil aizad.

" Mampu tengok je ke?" Sapa satu suara membuatkan aizad yang sedang mengintip pasangan itu menoleh laju.

Seorang wanita cantik sedang tersenyum sinis padanya.

Ah, siapa pulak ni?

" Aku tahu apa yang bermain dalam fikiran kau. " Aizad ligat memikirkan cara untuk menggelak dari plan nya diketahui.

"Apa maksud kau ha? Kau siapa yang nak sibuk hal aku??!"

" Sabar. Jangan marah, aku akan tolong kau dapatkan perempuan tu."

Wanita itu melangkah menghampiri aizad yang nampak ketakutan, tetapi masih buat² selamba.

Dia tersenyum sinis. Rambut yang ikal mayang dibetulkan.

" Yang pasti, kita sama² memerlukan. "

Ujar wanita itu sebelum matanya tajam melihat ke arah pasangan yang baru keluar dari restoran 24jam itu.

" Aku akan ambil balik apa yang sepatutnya jadi milik aku dulu, thaqeef. Dan kegembiraan kau takkan bertahan lama"

Senyuman sinis bertukar pudar. Kenapa lelaki itu memilih wanita gemuk yang tidak cantik menjadi isteri? Sedang kan dia yang cantik thaqeef tidak pandang langsung.

Takpe, kau tunggu. Aku akan hancurkan hidup kau wahai cikgu arissa.

" Cuma satu je aku nak pesan, Lelaki tu bahaya, aku nak kau berhati hati."

wanita misteri itu meninggalkan aizad yang kebingungan disitu. Apa yang dia tahu, rancangan untuk pisahkan pasangan itu bermain main dalam fikirannya.

Dan Aizad akan dijadikan bahan untuk  buat pasangan itu hancur. Sehancur hatinya saat ini.















MAAF ANDAI CERITA INI BANYAK BENDA² MENGARUT, PERCAYALAH CERITA INI SEKADAR IMAGINASI SAYA SEBAGAI SEORANG PENULIS✌️

JANGAN MARAH TAUUU !

Terima kasih sudi baca dan menunggu sis update bab² seterusnya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro