17: Arissa mengandung?
Thaqeef diam.
Bilik yang menempatkan Arissa yang masih lagi tidak sedar kan diri dalam keadaan sunyi. Yang kedengaran hanyalah bunyi penghawa dingin yang terpasang.
Berita yang diterima tadi masih bermain main difikirkannya. Sesekali tubuh arissa yang terbaring di atas katil dipandang lama.
Wajah diraup perlahan. Kusut dia rasakan. Dua perasaan dia rasakan sekarang ini. Gembira dalam masa yang sama hati nya sedikit risau.
"Qeef .. kau okey ?" Eshal menyapa, bahu abangnya di tepuk perlahan.
Riak gusar abang nya itu dipandang. Semestinya abang dia sedang memikirkan tentang isteri dan masa depan keluarga kecil itu.
" Aku.. entah la eshal. " Wajah eshal dipandang kosong.
Eshal menghulurkan sebotol air mineral putih. Dia faham dengan keadaan abang nya itu.
" Kau dah bagitahu dia tentang pekerjaan kau yang sebenar?" Soal eshal sambil melirik ke arah arissa yang masih tidak sedarkan diri.
Terkejar kejar mereka membawa arissa semalam ke hospital. Apabila saja sampai thaqeef pantas mendukung tubuh comel arissa untuk dibawa ke dalam bilik pemeriksaan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
Dan khabar yang diterima tengah malam itu bagai mimpi buat eshal. Sungguh dia tak jangka kan perkara itu berlaku secepat ini.
" Aku ingat nak bagitahu hari ni. Tapi lain pulak jadi. Entah la eshal. Aku keliru, aku takut, macam² aku rasa sekarang ni. Dengan keadaan arissa macam tu. Aku- aku tak tahu "
Thaqeef menundukkan wajah. Pekerjaan nya ini hanya mak iti dan eshal sahaja yang tahu.
Bahkan makngah nya juga tidak tahu dan mereka menyangka thaqeef sekadar bekerja disebuah syarikat sebagai pegawai biasa sahaja.
Ibaratkan indah khabar dari rupa.
" Sabar Qeef. Kau kena bertenang. Jangan terlalu fikirkan sangat. Aku tahu arissa mesti faham keadaan kau. Cuma aku harap kau tak jejaskan kandungan dia je. "
Thaqeef terdiam.
Tadi dokter memberitahu yang isterinya sedang hamil empat minggu. Ini bermakna sudah sebulan usia kandungan yang dikandung arissa.
Tetapi tiada pula tanda² isterinya terkena penyakit perempuan mengandung, cuma isterinya cepat terasa sahaja.
Mungkin itu salah satu?
" Aku tahu kau tak bersedia lagi, dengan keadaan kerja kau yang satu tu perlu dirahsiakan, Tapi aku tak nak kau buat kakak ipar aku tu stress macam semalam, sampai pengsan dibuatnya. " Bebel eshal dengan gaya mak² dia. Hilang dah rasa kesian dekat abangnya.
Thaqeef melihat dengan wajah jengkel nya. Sibuk nak nasihatkan dia, diri sendiri pun tak berapa betul.
Kutuk thaqeef dalam hati.
" Mana la aku tahu dia mengandung. Ini semua salah makngah kesayangan kau tu. Sibuk dengan hal rumahtangga aku. " Bidas thaqeef bengang.
Kalau tidak kerana makngah nya tiada la mereka berkampung di hospital ini.
" Ehhh kau, baik sikit eh. Orang tua tu semua benda dia tak puas hati. "
" Icha kau tinggal dekat siapa?" Thaqeef teringat akan anak dara nya sorang itu. Dari semalam duduk dengan mak iti.
" Mak iti ada, mak mentua kau pun ada. Tengahari nanti dorang datang la , Aku ada kerja so tak dapat stay lama sini."
Thaqeef mengangguk faham. Mata kembali terarah pada arissa.
Perlukah dia berterus terang tentang pekerjaan nya itu ? Apakah arissa dapat menerima ?
Thaqeef buntu !
.
.
.
Selepas mendapat arahan dari cikgu disiplin, Alya dan Elfa kini sedang berkumpul dengan pelajar lain didalam dewan sekolah mereka.
Elfa menjeling Alya yang sedang membaca nota. Sempat je budak ni bawak nota bagai. Patut la jadi pelajar harapan sekolah mereka untuk spm nanti
Nak harapkan dia, memang tak la. Esok exam hari ni baru tergedik gedik nak cari nota segala.
" Pah, nak tanya ni. Kenapa eh kena berkumpul sini ?" Elfa menyoal rakan sekelas yang kebetulan berada di sebelah nya.
" Aku rasa cikgu nak bagi taklimat kot. Sebab dua hari lepas aku dengar cikgu dah atur kem spm untuk pelajar tingkatan lima. " Syarifah Sakinah menjawab pertanyaan Elfa.
" Serius la ? Apasal budak form six pon ada sekali?"
" Dorang akan ikut sekali kem tu nanti sebagai apa tah aku tak tahu la Fa. Tapi yang aku tahu Hakimi join sebab ada Alya " sempat Syarifah Sakinah menguis lengan Alya.
Namun Alya hanya buat tidak tahu. Eh biar lah. Siapa je kisah kalau hakimi tu nak join ??
" Lya, kau memang tak ada sikit ke perasaan dekat abang hot kita tu ?" Soal Syarifah Sakinah ingin tahu.
Hampir satu sekolah tahu yang hakimi tu minat gila dekat Alya. Sampaikan ada pelajar lelaki lain yang ingin dekat pun dia marah dan siap bagi amaran yang alya tu milik dia.
Gila !
" Tak " malas alya menjawab. Mata nya masih melekat pada nota sejarah ditangan.
" Hanat nya perangai kau Lya. Abang pengawas kita tu sikit punya hot, rupa segak weh. Kau boleh cakap tak??" Amani menyampuk dengan kata² tak puas hati.
Tapi mereka tahu yang alya memang tak layan si hakimi tu pun. Cuma hakimi tu saja syok sendiri.
Kesian kau hakimi.
" Tapi kan, aku rasa dia sesuai dengan Rayyan." Syarifah Sakinah tidak mengalah. Mahu mencelah juga. Sempat dipetik nama budak baru kelas mereka.
Alya tersenyum nipis bila nama Rayyan disebut. Pelajar baru yang masuk ke kelas mereka. Apa yang boleh dia katakan, Rayyan jenis yang tak suka bergaul dengan orang.
Suka buat hal sendiri sahaja di dalam kelas. Dengan rupa yang kacak dan menawan itu siapa saja yang tak terpikat.
" Hensem baii dari hakimi tu. Ehh betul la macam sesuai je dengan Lya. " Amani menepuk tangan. Entah apa yang suka sangat.
Elfa mencebik. Mata juling naik atas.
" Rayyan tu sombong la. Memang la berupa tapi kalau dah sombong buat apa ? Kau tengok tu, bukan nak bergaul dengan budak² lain. " Elfa menunjuk ke arah rayyan berada.
Rayyan hanya berdiri sambil kedua tangan memeluk tubuh. Muka dia takyah cakap la, dingin je. Nasib baik kacak !
"Alaaa kau ni, sebab dia dingin macam tu la lagi ramai peminat dia. Kau tahu tak, sekarang ni siapa pelajar perempuan paling minat ?" Syarifah Sakinah mengukir senyuman misteri.
Kalau dulu hakimi menjadi pelajar yang disebut oleh kaum hawa disekolah mereka kerana kekacakan dia.
Ramai perempuan ditolak hakimi, kerana dia hanya mahukan Alya.
" Rayyan !" Sebut Elfa dan Amani serentak sebelum Syarifah Sakinah mengangguk dengan senyuman.
Alya menggeleng kepala. Dia tidak berminat nak tahu hal selanjutnya. Biar lah Elfa dan makcik bawang tu disitu.
Kaki diatur ke tandas yang terletak di belakang dewan. Belum sempat masuk ke tandas dia sudah ditegur oleh sekumpulan pelajar perempuan tingkatan lima. Beza nya geng itu kelas paling belakang sekali dan pelajar bermasalah disekolah.
" Oiii perempuan! aku dengar kau ni tengah jadi topik hangat abang² form six! Kau jual 'barang' kau ke ?" Sinis kata² keluar dari mulut ketua kumpulan itu, Bella.
Alya malas melayan. Bagi dia, mereka semua ini sedang mencari salah nya untuk dibawa ke bilik disiplin.
Kaki diatur masuk ke tandas tetapi tubuh nya ditolak oleh salah seorang rakan Bella.
" Kau pekak ke ? Tak dengar ke Bella tanya apa ?" Marah pelajar itu. Dia bengang dengan perangai selamba alya.
"Kau ingat kau rapat dengan hakimi tu kitaorang takut nak buli kau ke??" Soal bella dengan garang. Mata sempat dijenggil untuk menakutkan alya.
Alya memeluk tubuh. Matanya masih setia memandang bella n the geng.
" kau nak apa?" Soal alya malas. Mata melihat sekeliling, tetapi tiada sesiapa yang lalu belakang dewan ni. Rasanya semua dah ada dalam dewan.
" Kau ingat kau cantik ke? Kau ingat kau hebat sangat bila hakimi tu gilakan kau ??" Soal bella dengan tidak puas hati. Alya menggeleng kepala.
Apa benda weh semua ni.
Mengarut betul. Kenapa la dia boleh terjebak kat sini ?
" Kalau nak gaduh cari tempat elok sikit. Depan tandas pon bertekak dah kenapa ?" Satu suara menegur.
Alya menoleh, susuk tubuh rayyan sedang berpeluk tubuh memerhati mereka.
Bella terus bergerak masuk ke dewan. Dia tidak berani mahu mencari gaduh dengan rayyan.
Kerana dia tahu Rayyan orang yang macam mana. Jadi dia tidak mahu ambik risiko itu.
Alya menjongket kan keningnya. Pergi macam tu je ?? Tak tunggu lama dia terus melangkah masuk ke dewan. Hilang terus hajat mahu ke tandas.
" Sama² " ucap Rayyan dengan jengkel nya. Alya terasa disindir terus berlalu pergi.
"Terima kasih !!" Jerit alya tanpa memandang rayyan.
Rayyan menahan senyuman.
.
.
.
Arissa hanya diam memandang susuk tubuh thaqeef yang sedang mengupas buah epal merah.
Lelaki itu banyak mendiamkan diri sahaja sejak dia sedar dari tidur yang panjang.
" Abang " panggil arissa.
Thaqeef hanya membalas dengan pandangan sahaja.
Okey, ini sangat pelik.
" Abang okey tak ni? Abang marah saya ke ?"
Thaqeef meletakkan piring yang berisi buah epal yang sudah elok dikupas dan dipotong.
Sepotong diambil lalu disuapkan ke mulut arissa, tetapi wanita itu hanya melihat sahaja.
" Makan.." sepatah thaqeef memberi arahan.
"Tak nak"
" Makan la sikit " arissa menggeleng kepala tanda tidak mahu.
Thaqeef menarik kembali tangan yang di sua ke mulut arissa, terus buah itu masuk ke dalam mulut nya.
Susah sangat kan? Biar dia yang makan.
Mulut perlahan menguyah buah epal. Bukan dia tak nampak pandangan mata arissa yang merenung tajam ke arah nya.
Pintu bilik diketuk, kelibat dokter dan seorang nurse melangkah masuk ke dalam bilik arissa.
" Puan arissa, macam mana rasa hari ni? Ada sakit dekat mana² tak ?" Soal dokter Farish selaku dokter yang merawat arissa.
" Alhamdulillah okey. Cuma saya selalu sakit pinggang dengan kaki. Kenapa ye dokter ?"
Dokter Farish hanya tersenyum memandang Arissa dan thaqeef bersilih ganti.
" Puan tak tahu lagi ke ? Suami puan tak ada bagitahu apa² pada puan ?" Soalan dokter farish mengundang cemas diwajah thaqeef.
Bukan dia tak nak bagitahu, tapi dia sendiri sedang buntu.
Yang doktor ni sibuk pulak nak pecah rahsia. Aduhhh !
"Puan mengandung. Dah 4 minggu, jadi puan kena banyak berehat sebab kandungan puan masih baru. Puan tak boleh banyak berfikir.. dan puan kena ambil vitamin untuk baby dalam kandungan dan ibu. Supaya baby dan ibu sihat² saja" ceria sekali wajah dokter Farish memberitahu berita yang gembira itu
Arissa tersenyum sebelum mengusap perut nya perlahan.
'ya allah, rissa nak jadi ibu dah mak !!' bisik hati kecil arissa.
Dokter farish meminta diri. Hanya tinggal arissa dan suaminya yang tiba² jadi pendiam itu.
Arissa pandang thaqeef yang kebetulan memandang dirinya.
" Abang tak bagitahu saya. Sedangkan abang tahu saya mengandung." Ujar arissa perlahan.
Melihat keadaan thaqeef tadi dia dapat merasakan thaqeef seperti mahu merahsiakan tentang kandungan itu.
Tapi kenapa?
" Abang tak nak-"
" Abang tak boleh terima saya mengandung kan anak abang. Macam tu ?"
" Tak sayang. Bukan macam tu. " Tangan arissa diraih, namun wanita itu menepis perlahan.
Airmata yang jatuh ke pipi Arissa membuatkan thaqeef lagi tidak tentu arah.
"Abang tak nak anak ni kan ??" Soal arissa dengan sebak.
Kenapa thaqeef nampak seperti tidak suka ??
Emosi Arissa tidak stabil. Dia menanggalkan jarum yang tercucuk ditangan. Dia bangun dari katil, thaqeef yang melihat segera menghalang.
Tubuh Arissa dipeluk kuat. Arissa segera meronta dalam pelukan thaqeef.
Untuk apa dia disini andai thaqeef tidak suka akan kandungan yang dikandung nya itu.
" Lepaskan saya. Abang tak suka saya kandung kan anak abang kan. Lepas lah!!"
" Tak sayang. Bukan macam tu, sayang salah faham ni. Abang sayang kan baby, abang sayang kan isteri abang. " Thaqeef memujuk, tubuh arissa dipeluk semakin erat.
" Abang tipu! Kalau abang sayang, kenapa abang tak bagitahu saya. Abang penipu !!"
"Ya Allah rissa !" Jeritan mak iti bergema dalam bilik itu. Alisya dalam dukungan Alya terkejut dengan jeritan mak iti.
Tubuh alya dipeluk kuat. Dia takut melihat arissa dalam keadaan tidak terkawal.
Manakala thaqeef memeluk erat tubuh arissa yang tidak terkawal. Mak iti segera memanggil doktor dan tidak berapa lama beberapa nurse dan juga doktor tiba dibilik Arissa.
Dan arissa yang sedang memberontak itu mula lemah dengan mata terpejam didalam pelukan thaqeef selepas dicucuk oleh doktor ubat penenang.
"Abang penipu" sempat bisikan itu keluar dari bibirnya sebelum mata terpejam rapat.
Thaqeef hanya mampu menahan rasa.
'maafkan abang, sayang "
.
.
.
.
"Apa yang jadi sebenar nya ni ?" Puan Aisyah menyoal menantu lelaki nya itu.
Sebentar tadi Alya menghubungi nya untuk memaklumkan keadaan arissa tidak terkawal.
Dan sekarang dia berhadapan dengan menantu nya, thaqeef. Berharap penjelasan dari lelaki itu.
" Mak .. rissa cakap Qeef tipu dia pasal kandungan tu. Jujur nya Qeef masih keliru. Qeef tak sangka-"
" Kamu tak sangka yang anak mak boleh mengandung secepat ini ?" Potong puan Aisyah laju. Wajah thaqeef dipandang.
"Atau Qeef tak bersedia nak jadi bapa?"
"Tak mak, bukan macam tu. Qeef lah manusia paling gembira bila arissa mengandung. Tapi tentang pekerjaan Qeef ni, Qeef belum bagitahu dia. Qeef takut dia tak boleh terima dan kandungan dia boleh terjejas. "
Berkerut dahi wanita tua itu dengan penjelasan menantunya. Pening dia rasakan saat ini.
" Bukan ke Qeef kerja dengan syarikat dekat bandar tu? Kenapa pulak rissa tak boleh terima?"
Thaqeef menggeleng lemah. Lupa yang ibu mentuanya ini belum mengetahui pekerjaan nya yang lagi satu itu.
"Sebenarnya Qeef kerja .."
.
.
.
Haiii 😁
Sis kembali mengarut dalam bab ni.
Harap korang tabah la baca cerita mengarut ni.
Dan cuba teka, apa pekerjaan Qeef yang sebenarnya?
Jeng jeng jenggggg !
Ada sesiapa sudi buatkan cover untuk story ni tak ? Kalau ada boleh pm sis ya 😉
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro